Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan membentangkan kaitan dan dokumen penglibatan regim Zionis dalam pembunuhan Rafiq Hariri mantan perdana menteri lalu. |
Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (as) - ABNA - Sayed Hasan Nasrullah dalam sidang media melalui Video Conference' telah menyiarkan gambar-gambar tempat pembunuhan Rafiq Hariri dan sambil menegaskan, "Pesawat pengintip regim Zionis pada Februari tahun 2005 telah mengambil gambar di tempat letupan kereta mantan Perdana Menteri Lubnan di Beirut."
Setiausaha Agung Hizbullah menerangkan, "Gambar ini menunjukkan penglibatan regim Israel dalam pembunuhan Rafiq Hariri."
Dalam pernyataan Sayed Hasan Nasrullah, "Hizbullah Lubnan berusaha memperolehi gambar-gambar seperti ini yang membuktikan pesawat pengintip Israel dalam berbagai waktu, sudut dan jarak sedang mengambil gambar pergerakan kereta yang membawa Rafiq Hariri. Gambar diambil sebelum letupan keretanya pada Februari tahun 2005."
Sayed Hasan mengingatkan, "Dokumentasi dan gambar ini dapat menunjukkan mukadimah perlaksanaan operasi bunuh."
Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan dalam sidang media 2 jam setengah tadi malam menekankan, "Hizbullah mempunyai maklumat dan berita-berita yang lain yang berkaitan dengan perkara ini, namun mereka belum mendedahkannya lagi. Dalam keadaan yang memerlukan pada waktu lain ia akan sampai ke pengetahuan umum."
Sayed Hasan Nasrullah menekankan, "Operasi ganas terhadap Rafiq Hariri terjadi dalam rangka kerja yang dibentuk oleh politik besar dalam rantau."
Beliau menyatakan jawatankuasa penyiasat memburukkan nama Hizbullah sambil menegaskan, "Oleh kerana ini kami tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Jawatankuasa Penyiasat Mahkamah Antarabangsa tentang pembunuhan Rafiq Hariri, namun jika kerajaan Lubnan sendiri yang membentuk jawatankuasa untuk ini, Hizbullah akan menyerahkan bukti dan dokumennya."
Setiausaha Agong Hizbullah menerangkan tentang tuduhan regim Zionis bahawa Hizbullah terlibah dalam pembunuhan Rafiq Hariri, "Regim Zionis dari awal lagi sejak berlaku peristiwa 13 September 1993 mula membuat tuduhannya."
Sayed Hasan Nasrullah menambah, "Semua warga Lubnan tahu pada hari itu surat perjanjian Oslo ditandatangani dan Hizbullah berdemonstrasi di pinggir selatan Beirut dan menentang kerajaan yang berada di bawah tanggungjawab Hariri pada waktu itu."
Nasrullah menambah, "Pada waktu itu 10 orang penunjuk perasaan ditembak mati dan hampir 50 orang cedera serta ketegangan politik tercetus antara Hizbullah, kerajaan Rafiq Hariri dan Rafiq Hariri sendiri."
Setiausaha Agung Hizbullah berkata, "Israel masuk ke dalam lapangan dan berusaha melalui salah satu dari tentera upahan meyakinkan bahawa Hizbullah berusaha membunuhnya. Rancangan pembunuhan itu pun masuk ke fasa perlaksanaannya."
Sidang media Hizbullah itu menyiarkan rakaman pengakuan salah seorang ejen Zionis. Hasan Nasrullah mengatakan, "Pengakuan-pengakuan cerita rekaan Israel ini pada ketika itu menunjukkan bahawa pemikiran Rafiq Hariri disibukkan dengan masalah ini."
Beliau mengatakan, "Israel pada 14 Februari 2005 (hari pembunhan Hariri) langsung menuduh kami melakukannya dan
mengulangi tuduhan ini hingga Spiegel melanjutkannya dengan menyebarkan risalah untuk menuduh Hizbullah."
Sayed Hasan menambah, "Anda juga baru-baru ini mendengar pendedahan Israel tentang perkara ini namun ketika kita perhatikan dengan teliti, kita dapat melihat ringkasannya hanya menunjukkan bukti tuduhan Israel ke atas Hizbullah."
Sebagai tambahan dalam sidang media ini, Sayed Hasan Nasrullah menyiarkan perincian dan pengakuan seorang lagi ejen Zionis yang sudah ditangkap bernama Mahmud Rafi'. Sayed Hasan mengatakan tentang perisik ini, "Mahmud Rafi' telah mengakui cuba menyimpan nombor komandan Hizbullah."
Beliau sambil menerangkan peribadi ini ditangkap ketika pemasangan bom di kawasan Zahrani pada tahun 2005 yang disasarkan kepada ketua parlimen Lubnan. Namun sistem maklumat tentera Lubnan telah menemui dan melupuskan bom itu. Beliau mengatakan, "Pengeboman di kawasan al-Zahrani sangat jitu dan berbahaya di mana wujud laporan dan gambar yang berkaitan."
Nasrullah menambah, "Bom ini menurut pengakuan Mahmud Rafi' dan pengamatan terhadap ciri-cirinya sertatus peratus ianya buatan Israel. Masalah ini menunjukkan Israel dalam pandangan kami adalah pembunuh mantan Perdana Menteri Rafiq Hariri pada awal tahun 2005. Mereka berhasrat ingin membunuh ketua Syiah perlimen Lubnan dalam tahun tersebut serta mencetuskan fitnah antara Syiah dan Sunni dalam Lubnan namun tuhan sekali lagi menyelamatkan Lubnan."
Tentang Pengiktirafan Mahmud Rafi' tentang penerimaan, perlindungan dan bantuan terhadap beberapa orang dari kumpulan Israel dalam bumi Lubnan, Hasan Nasrullah mengatakan, "Apakah Jawatankuasa Antarabangsa Penyiasat ada menyoal Mahmud Rafi' tentang Israel dan kemasukan mereka dalam Lubnan dengan bantuannya?"
Dua orang lagi ejen Israel yang bernama Nasir Nad dan Faisal Muqallid diperkenalkan dalam sidang media ini.
Hasan Nasrullah mengatakan tentang ejen ini, "Individu ini telah memindahkan kumpulan-kumpulan Israel dalam Lubnan antara pantai dan kawasan dalaman Lubnan."
Nasrullah menambah, "Persoalannya kumpulan ini masuk ke Lubnan untuk apa? Apakah mereka mengumpulkan maklumat? Apakah
Israel kekurangan anggota untuk mengumpulkan maklumat sehingga terpaksa mengutus beberapa orang dari Mosad atau tentera Israel ke dalam bumi Lubnan beberapa hari?"
"Ejen ini dan pengakuan yang ditegasnya bahawa beg-beg hitam yang terdapat di dalamnya bahan letupan dan senjata atau sesuatu yang mirip dengannya telah dialih dan diletakkan dalam kawasan pergunungan Lubnan."
Tambahnya lagi begitu juga Adibul 'Ilm salah seorang ejen Israel yang telah diumumkan, setelah dia ditangkap dalam tahun 2009 oleh pasukan keselamatan Lubnan telah mengakuinya dengan memberi gambaran vektor, penelitian jalan-jalan, kawasan pantai dan pergunungan Lubnan."
Nasrullah juga mengatakan, "Penangkapan ejen penting dalam sektor komunikasi dan pengiktirafan mereka juga menunjukkan bahawa musuh (Israel) mendominasi teknikal komunikasi Lubnan sehingga mereka boleh mendengar setiap orang, setiap tujuan, mengetahui dengan tepat tempat kehadirannya, pergi balik seseorang itu sehingga dapat individu tersebut dibunuh."
Sayed Hasan Nasrallah memberi perhatian tentang pesawat Regim Zionis dan dengannya Israel dapat bergerak di Lubnan.
Beliau mengatakan, "Pesawat ini boleh mengambil gambar di tempat-tepat yang dikehendaki seperti, rumah-rumah, jalan-jalan, kereta-kereta dan perarakan-perarakan yang ada."
Nasrullah juga mengatakan kami mempunyai gambar-gambar tentang persediaan Israel untuk membunuh Hariri, "Setelah kesyahidan Hariri saya pergi menziarahi keluarganya meminta Hizbullah membantu penyiasatan. Setelah penyiasatan sempurna, kami dapat maklumat perisikan yang menerangkan tindakan Israel."
Sambil menerangkan mata-mata asing yang sudah keluar negara beliau mengatakan, "Kami ada filem dan gambar bahawa pesawat-pesawat Israel mengambil gambar perjalanan dan kawasan yang berkemungkinan ingin melangsungkan operasi."
Sayed Hasan Nasrullah mengatakan, "Sahabat-sahabat kami beratus jam menghabiskan waktu untuk meneliti filem ini dan mereka telah memberi dialog-dialog berkaitan serta meminta bantuan daripada individu-individu kognitif tentang wilayah-wilayah berbeza yang kami tidak banyak mengenalinya. Dari penyiasatan ini kami mendapati keputusan yang sangat penting dan telah dimaklum jika hasilnya disampaikan kepada mereka dengan tindakan sebelum kita menyatakan terlebih dahulu, kita akan dituduh menentang Israel."
Tambahannya lagi gambar yang diambil pesawat pengintip Israel dari berbagai sudut dan waktu tempat pembunuhan Hariri telah ditayang. "Saya ada satu soalan penting, apakah anda kenal kawasan ini berkaitan dengan Hizbullah dan para pejuang atau rumah, ataupun tempat kehadirannya di mana Israel telah mengambil gambar? Mengapa Israel mengambil perhatian kawasan ini sehinggakan lima jalan raya dan tiga jalan masuk dalam zaman yang berbeza dan sudut yang berbeza hampir dari pantai?
Apakah pengambilan gambar ini tidak disengajakan?
Nasrallah mengatakan, "Kami mempunyai maklumat lebih kukuh tentang pergerakan musuh yang berkaitan pada hari 14 Fabruari 2005. Setiap badan antarabangsa yang mengikuti penyiasatan ini bolehlah mencari jadual penerbangan Israel jikalau mereka mahu mengakui. Dalam bentuk yang lain boleh juga dicari gambar-gambar pergerakan dari antena negara-negara jiran yang mempunyai radar yang telah dirakam mereka. Kami mempunyai bukti-bukti sendiri dan jika waktu jawatankuasa penyiasat bukan bermotif politik benar-benar terbentuk, kami akan bekerjasama untuk mencari kebenaran. Saya tidak mendakwa kami telah memberikan bukti kukuh. Kami membentangkan akan tetapi pandangan umum, maklumat, saksi dan pertanyaan akan kami terangkan sehingga arah baru penyiasatan terbuka. Jika sesiapa yang inginkan kebenaran hendaklah dokumen-dokumen dan maklumat dipertimbangkan. Sebahagian maklumat yang kami perolehi ini telah lama dan maklumat yang lain ditangguhkan ke masa akan datang."
Di samping itu Televisyen al-Jazirah memaklumkan setelah ucapan Hasan Nasrullah bahawa Setiausaha Agung Hizbullah telah berusaha tidak menghuru harakan ketenangan dalam Lubnan dan menjauhkan kemasukan analisa-analisa politik.