Wednesday, November 30, 2011

Muawiyah menganjurkan majlis kedukaan untuk khalifah Usman bin Affan

Benarkah penduduk Sham menyambut hari kesedihan untuk Khalifah Usman bin Affan sedangkan menurut Wahabi, tangisan dan membaca syair duka terhadap orang yang sudah meninggal akan menyebabkan azab bagi mayat.

Mengapakah Muawiyah hadir dalam acara-acara dukacita tersebut? Bahkan ia tidak menghalang malah mempertahankan adat ini.

Zahabi berkata:

فنصب معاوية القميص على منبر دمشق، والأصابع معلقة فيه، وآلى رجال من أهل الشام لا يأتون النساء ولا يمسون الغسل إلا من حلم، ولا ينامون على فراش حتى يقتلوا قتلة عثمان، أو تفنى أرواحهم، وبكوه سنة.

Muawiyah meletakkan bajunya di atas minbar Damsyiq bersama jari-jari (yang terpotong). Lelaki-lelaki Sham berazam tidak akan mendekati isteri-isteri mereka, tidak akan mandi kecuali bermimpi, tidak akan tidur di atas permaidani sehingga mereka membunuh pembunuh Usman atau pembunuh itu terbunuh. Mereka menangis selama setahun.

Ruj: Zahabi, Tarikh Al-Islam, jilid 1 halaman 446.

Mengapakah Wahabi tidak memprotes majlis kedukaan untuk khalifah Usman? atau mengatakan mayat usman mendapat siksaan berat di dalam kubur? malangnya Wahabi yang ghuluw mengatakan majlis kesedihan untuk Saidina Husain sebagai syirik.

Thursday, November 24, 2011

Jemaah Masjid Negara musyrik menurut Wahabi!


Mungkin ramai yang tidak tahu mengapakah ajaran Wahabi adalah gerakan terrorist. Jawapannya sangat mudah, iaitu menganggap umat Islam sebagai Kafir atau musyrik. Lantaran itu membunuh umat Islam menurut mereka adalah wajib. Inilah ajaran yang termaktub dalam kitab-kitab Ibnu Taimiyah dan kita sudah lihat banyak bukti kekejaman yang dilakukan golongan ini.

Baru-baru ini seorang wahabi cuba menyebarkan racunnya dalam Harakah atau Parti Islam Semalaysia kononnya Syiah itu kafir dan musyrik. Antara bukti yang cuba beliau ajukan ialah gambar Ahmadinejad sedang bersolat di samping makam Imam Khomeini. Beliau menuduh ini adalah perbuatan syirik dan tidak akan diampun oleh Allah. Namun beliau tidak sedar bahawa amalan solat di samping kubur juga adalah amalan Syiah yang sama dengan Ahlusunah Wal Jamaah.

Saya katakan penyebar propaganda palsu ini memahami agama Islam yang suci dengan hawa nafsunya yang serakah. Apabila ditegur dengan baik, beliau telah menghapuskan komen-komen di situ. Antaranya ialah:

1. Ahmadinejad solat mengadap ke arah kiblat, bukan ke arah kubur.
2. Golongan Muwahhid membina masjid di depan gua Ashhabul Kahfi
3. Kebanyakan masjid-masjid di Malaysia dibangunkan di samping kubur

Dengan hati yang keras Wahabi tersebut tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata yang membongkar rahsia Wahabi, iaitu yang mereka sembunyi daripada pengetahuan Ahlusunnah Wal Jamaah di seluruh dunia, beliau mengaku tidak solat di masjid yang ada kubur, walaupun masjid negara!!!!

Intisari daripada reaksinya ialah: Orang yang solat di samping kuburan hukumnya syirik. Ertinya golongan wahabi telah menuduh jemaah masjid negara sebagai musyrik!

Saudara-saudari sekalian, sila rujuk pada pautan ini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=166239670139441&set=a.165010146929060.36697.138966516200090&type=1&ref=notif&notif_t=like&theater

Masjid Negara yang bakal dibom oleh Wahabi apabila mereka rasa sudah kuat dan agresif.

Sunday, October 30, 2011

Latihan militan terrorist Wahabi di Khorasan


Dengan bantuan dana daripada Amerika dan Zionis, gerakan Wahabi telah lama berlatih senjata untuk membunuh umat Islam di kawasan Khorasan.

Ketika Wahabi rancak menuduh bahawa Dajjal akan muncul dari Khurasan, mereka lupa bahawa asal usul negeri Khurasan meliputi sebahagian besar negara Sunni iaitu Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan dan Afghanistan. Sebahagian kecil sahaja yang mencangkupi Iran. Meskipun begitu kita tidak menuduh bahawa Dajjal akan muncul daripada golongan Sunni. Namun penemuan video terrorist Wahabi yang sedang berlatih senjata ini cukup membimbangkan. Saya siap membantu jikalau pihak Polis inginkan video-video seperti seperti ini.







Wahabi sedang khusyuk solat, tanpa menyedari bahawa mereka sedang menyembah Dajjal.








Thursday, October 27, 2011

Terrorist Wahabi berhasrat memasukkan Alawi ke dalam pengisar daging!

Video kali ini menunjukkan tokoh yang sangat diminati oleh Wahabi, iaitu Adnan 'Ar'ur yang mengancam, jikalau mereka menguasai Syria, mereka akan tangkap golongan Alawi dan memasukkan ke dalam mesin pengisar daging dan memberikan kepada anjing!.

Terlalu banyak bukti yang saya telah tampilkan bahawa mereka ini adalah terrorist.







Azizan Abdul Razak & Aziz Hanafi diperalatkan oleh terrorist Wahabi


Saya diminta untuk mengulas sedikit tentang pejabat mufti negeri Kedah (utara Malaysia) yang baru-baru ini berjaya menganjurkan Seminar Isu Ajaran Syiah Dan Penguatkuasaan Undang-Undang. Ternyata saya tidak mempunyai waktu yang banyak kerana terlalu sibuk dengan urusan harian. Namun cukuplah pada hari ini saya ceritakan sedikit kes yang berkaitan dengan Azizan dan Aziz Hanafi.

Sebelum ini saya sudah membawa banyak bukti-bukti kegiatan Wahabi yang semakin rancak menumpahkan darah umat Islam meskipun pihak mereka cuba menafikannya dengan beraneka dalih. Namun perkara ini bukanlah misteri untuk diperdebatkan kerana bukan hanya Majlis Keselamatan Negara sahaja yang sedar tentang aktiviti kejam kelompok ini, malah seluruh dunia sudah menyaksikan kesan negatif ajaran yang suka mengkafirkan fahaman lain.

Oleh kerana mereka ini menyamar sebagai Ahlusunnah, kadangkala kita sukar untuk mengesan gerakan rapi pengganas ini sehingga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan bin Abdul Razak dan Dr Aziz Hanafi telah pun menjadi alat untuk menyebarkan fahaman ini. Kita perlu ingat sandiwara mereka yang kononnya ingin memerangi Syiah habis-habisan ini hanyalah untuk membasuh otak golongan yang cetek ilmu agama agar membenci Syiah dan sekaligus menyerapkan akidah-akidah Wahabi di dalam pemikiran mereka.

Dengan ini salah satu cara yang paling ampuh untuk meluaskan fahaman Wahabi adalah memperkudakan Azizan dan Aziz Hanafi dalam menyebarkan pembohongan atas nama Islam.
Terlebih dahulu, izinkan saya mengkritik dan mempertikaikan status akademik kedua-dua tokoh ini melalui kes pelancaran buku ‘Mengapa Aku Meninggalkan Syiah’ sehingga kita melihat di manakah mereka ini telah diperalatkan oleh Wahabi. Setahu saya setiap orang wajib dikritik apabila melakukan perkara mungkar. Barangkali ahli Pas tidak senang kalau tokoh mereka dikritik, namun saya tak sanggup melihat rakyat negeri Kedah ditipu bulat-bulat.

Beberapa ketika sebelum saya difahamkan bahawa YAB Menteri Besar telah melancarkan buku yang diterjemah dari judul aslinya ialah Lillah thumma littarikh. Menurut informasi, ianya diedarkan percuma dengan menampilkan warna kulitnya yang bewarna merah sesuai dengan latar bendera negeri Kedah. Selain itu pihak penerbit sanggup meletakkan logo kerajaan negeri supaya ianya kelihatan seolah-olah melambangkan alat rasmi kerajaan Negeri. Malangnya Dr. Aziz Hanafi dalam kata penghargaan di halaman kedua buku ini secara optimis mengatakan:

Buku ini sebenarnya satu lagi pendedahan secara akademik yang sekali gus membongkar perkara pokok pegangan Syiah Imamiyah.





Betapa angkuhnya Aziz Hanafi ini, apakah dia sudah meneliti kebenaran isi kandungan buku tersebut atau terlalu gelojoh membenarkan apa saja fakta yang tidak betul tentang Syiah. Mungkin beliau menganggap Syiah tidak ada harganya dan boleh berbohong apa sahaja tanpa rasa berdosa sedikit pun. Tapi jangan lupa Allah membalas perancangan kamu dan sebaik-baik perancang itu ialah Allah (s.w.t). Saya cuma ingin mengulangi analisa Dr Abu Mahdi Al-Qazwini iaitu penulis mendakwa pernah melawat As Sayid Dildar Ali bin Muhammad Mu’in An Naqawi yang meninggal pada tahun 1235 Hijrah.

Dalam masa yang sama penulis dilahirkan lebih dari 100 tahun kemudian!!!
Bagaimanakah cara kita menjejaki usia pengarang itu? Mari kita lihat dalam buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 160:

… sahabat ku seorang penyair yang hebat iaitu Ahmad Shofi al-Najafi. Aku mengenalinya sebaik sahaja mendapat pangkat Ijtihad dan kami berdua menjadi sahabat yang rapat walaupun beza umur di antara kami cukup jelas. Beliau lebih tua daripada ku 30 tahun atau lebih.
Nota kaki menyatakan: Ahmad al-Sofi al-Najafi (1897-1977M).

Dilahirkan di Najaf. Seorang penyair Iraq yang hebat.
Ini bererti penulis dilahirkan sekurang-kurangnya pada tahun 1927 (1897+30) Masihi. Tahun 1927 bersamaan dengan 1345 Hijrah menurut Gregorian-Hijri Dates Converter . Maka jarak di antara kematian Sayid Dildar Ali dan kelahiran penulis ialah 110 tahun! Maka di manakah akal anda wahai Azizan dan Dr. Aziz Hanafi? Untuk melihat lebih lanjut kritikan sepintas lalu buku tersebut, sila rujuk pada posting blog ini.

Kesimpulan.


Azizan Abdul Razak dan Dr. Aziz Hanafi telah diperalatkan untuk menconteng arang ke muka institusi ilmu dan mencemarkan nama negeri Kedah serta Parti Islam Semalaysia atas nama Islam. Maruah kerajaan negeri Kedah harus dibersihkan segera dan diharap lebih berhati-hati supaya tidak menjadi alat propaganda musuh Islam. Pejabat mufti pula digesa agar bertanggung jawab menyiasat dan mendedahkan dana yang kelompok ini perolehi ketika mencetak dan menyebarkan buku ini secara percuma. Saya khuatir ada dalang yang cuba mengwahabikan penduduk Kedah yang selama ini majoritinya berpegang dengan mazhab Ahlusunnah. Jikalau gerakan anti Syiah ini tidak dibendung segera, saya yakin pengikut golongan pengganas Wahabi ini akan bertambah. Aziz Hanafi perlu bertanggung jawab atas dosanya mendukung pembohongan. Selain itu status akademik kedoktorannya juga perlu dipertikaikan. Selain itu Azizan bin Abdul Razak perlu memohon maaf secara terbuka kerana perbuatannya melancarkan buku tersebut boleh mencetuskan perpecahan umat Islam.

Walaubagaimana pun saya sanggup bekerjasama dengan pejabat mufti untuk memberikan informasi yang tepat tentang Syiah.

Saturday, October 15, 2011

Sepintas lalu buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah”

Sepintas lalu buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah”

Oleh: Dr. Abu Mahdi


بسم اللّه الرحمن الرحيم‏

Mukadimah.

Menurut salah satu pusat penyelidikan yang berpengkalan di Hawzah (pusat pengajian agama) di Qom, lambakan buku-buku yang ditulis untuk memerangi Syiah di sepanjang sejarah telah melebihi dari 5000 judul dan secara keseluruhan hampir 7000 bab-bab dan syubhat yang yang berada di dalam 600 tajuk di dalam buku-buku tersebut.

Namun di antara buku-buku ini, naskah yang berjudul “Lillāh thumma littārikh” (للّه . . . ثمّ للتاريخ) atau terjemahannya “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” mempunyai ciri-ciri tersendiri sehingga dapat dikatakan: Kitab anti-Syiah yang tergolong sebagai paling merosakkan. Buku ini sarat dengan syubhat yang didapati dari dalam buku-buku anti-Syiah lain dengan huraian menurut citarasa aqidah mereka dan cuba membuatkan pembaca terpengaruh dengan ajaran mereka.Tidak pernah terjadi seperti sebelumnya, kerajaan Arab Saudi terlalu menekankan betapa pentingnya penyebaran dan pengedaran buku ini di kalangan remaja-remaja Syiah.

Saya pernah berada dalam sebuah majlis ilmu bersama dengan salah seorang ulama terkenal Syiah di wilayah Qatif, negara Arab Saudi, malam 12 Rejab, pada tahun (1382 kalendar Syamsi) di Makkah Al-Mukarramah. Beliau mengatakan buku “Lillāh thumma lit-tārīkh” telah mereka edarkan secara percuma kepada Syiah di kawasan Qaṭīf dan Aḥsā’. Buku ini juga dicetak sebanyak ratusan ribu dan diedarkan di negara Kuwait pada tahun 1380 di mana wakil Wilāyatul Faqīh, yang berbahagia encik Mehrī telah memaklumkan kepada kerajaan Kuwait: Andainya penyebaran dan pengedaran kitab yang menghina dan anti-Syiah tidak dibendung, adalah dikhuatirkan negara Kuwait akan bertukar menjadi sebuah lagi wilayah Lubnan. - Surat Khabar Al-Rā’y Al-ʽĀm Al-Kuwaytiyyah (الرأي العام الكويتيّة) dengan tarikh 30-6-2001, surat tersebut disiarkan dalam berbagai laman web.

Salah seorang ulama yang disegani memaklumkan kepada jemaah haji di Makkah, terjemahan (bahasa Parsi) kitab ini dalam beberapa malam sahaja, 300 hingga 400 naskah diedarkan ke beberapa hotel yang didiami oleh pemuda dan mahasiswa Iran.

Ayatullah Subhani pergi menunaikan umrah, beliau berkata: Sebaik sahaja memasuki kawasan Baqiʽ, salah seorang mahasiswa Iran datang mendekati saya dan menyatakan bahawa sistem pemikirannya kusut dengan membaca buku ini.

Sepintas lalu ciri-ciri buku tersebut.

1. Penulis kitab memperkenalkan dirinya sebagai seorang ulama dan mujtahid Syiah. Setelah menukilkan beberapa kelemahan dan keraguan tentang mazhab Syiah, akhirnya beliau menunjukkan kecenderungannya ke arah mazhab Ahlusunnah. Beliau menukilkan beberapa perkara daripada pemimpin-pemimpin mazhab dan marji’ taqlid agama dengan tujuan memburuk-burukkannya.

2. Beliau mengeluarkan hadis-hadis para Imam daripada sumber Syiah, supaya pembaca merasakan bahawa mazhab tersebut tidak sah menurut Ahlul Bait. Bahkan Ahlul Bait dikatakan tidak ada hubungan sama sekali dan bertentangan dengan mazhab Syiah dan yang lebih dahsyat lagi dari semua perkara ialah menyebut sejarah dongeng kononnya golongan ini berkait rapat dengan pembunuh para Imam Syiah.

3. Penulis mendakwa bahawa pengikut mazhab Syiah mencipta hadis untuk mencapai matlamat mereka dan mengesahkan mazhab tersebut dengan mengaitkan pembohongan kepada para Imam (a.s) sementara imam-imam berlepas diri dari golongan ini.

4. Yang lebih penting dari semua isi ialah beliau menukilkan daripada kitab-kitab Syiah perkara-perkara yang menunjukkan kebencian dan perseteruan Syiah terhadap Ahlusunnah seterusnya boleh mencetuskan prasangka buruk pembaca terhadap mazhab Syiah. Semua ini menyebabkan kebencian mereka terhadap Syiah.

Jawapan untuk syubhat buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah”.

Telah dikatakan bahawa salah satu dalil yang menyebabkan buku ini menjadi rosak ialah penulis memperkenalkan dirinya sebagai seorang mujtahid Syiah. Setelah menukilkan beberapa perkara yang lemah dan syubhat daripada mazhab Syiah, beliau cuba menunjukkan dirinya cenderung kepada mazhab Ahlusunnah.

Dalam bahagian ini, kita hendaklah mengamati perbahasan dan penelitian berikut:

Pertama: Penulis merupakan seorang individu yang diragui, tokoh khayalan dan hakikatnya tidak pernah wujud.

Kedua: Penulis seorang individu Ahlusunnah sehingga beliau tidak kenal dengan istilah-istilah umum Syiah dan Hawzah Ilmiyah.

Ketiga: Beliau menukilkan pembohongan-pembohongan yang kononnya diambil daripada sumber hadis Syiah di mana riwayat-riwayat tersebut sedikitpun tidak memberi kesan.

Keempat: Beliau mengaitkan kerosakan pemikirannya dengan kisah rekaannya tentang marji’ taqlid.

Kelima: Demi mengesahkan perbuatan haram yang dilakukannya, beliau mengagungkan individu-individu yang telah murtad dan yang bertentangan dengan agama di mana tidak seorang pun orang yang waras dan umat Islam dapat menerimanya.

1. Pembohongan pengarang.

Setelah buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” disebarkan di mana pengarangnya memperkenalkan diri sebagai salah seorang daripada fuqahā’ dan marjiʽ Najaf dan beliau juga mendakwa telah memperolehi ijazah sebagai mujtahid daripada Syaikh Muhammad Husain Al Kāshif Al-Ghiṭā’, para ulama dan tokoh hawzah ilmiyah Najaf dan Karbala secara rasmi mengistiharkan bahawa mereka tidak pernah kenal individu seperti ini. Begitu juga Bayt AyatuLlah Kāshif Al-Ghiṭā’ turut mengeluarkan pernyataan rasmi yang menerangkan bahawa mereka tidak pernah memberikan sebarang ijazah mujtahid kepada individu yang tidak dikenali seperti ini. Untuk penelitian lebih lanjut sila rujuk kepada laman web Markaz Al-Ibhāth Al-ʽAqā’idiyyah (مركز الابحاث العقايدية) di alamat www.aqaed.com.

Manusia berusia 200 tahun.

Dengan melihat sepintas lalu, jelaslah bahawa individu yang dicurigakan ini telah menerangkan dalam beberapa bahagian buku tersebut tentang fakta dirinya sendiri yang saling bertentangan. Contohnya penulis didapati hidup selama 200 tahun, sila rujuk pada halaman 114:

في زيارتي للهند التقيت السيد دلدار علي فأهداني نسخة من كتابه «أساس الأصول»

Semasa aku menziarahi India, aku bertemu dengan As-Sayid Dildar Ali. Beliau menghadiahkan kepada ku sebuah kitab hasil karangan beliau sendiri iaitu “ أساس الأصول ” - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 220.

Sedangkan Sayid Dildar Naqavi meninggal dunia pada tahun 1235 Hijrah, sebagaimana yang ditulis oleh Āghā Buzurg Ṭehrānī:

«أساس الأصول : في الرد على الفوائد المدنيّة الاستراباديّة، للعلامة السيد دلدار علي بن محمد معين النقوي النصير آبادي اللكهنوي، المجاز من آية الله بحر العلوم، والمتوفى سنة 1235» . الذريعة إلى تصانيف الشيعة 4 / 2 .

Peristiwa ini juga disebut juga oleh Sayyid Aʽjāz Ḥusayn di dalam kitab Kashful Ḥijab Wal Astār (كشف الحجب والأستار), halaman 41, Ismāʽīl Bashā Al-Baghdādī di dalam Hadiyyah Al-ʽĀrifīn (هدية العارفين), jilid 1 halaman 772 dan Khayruddīn Zarkālī Wahhābī di dalam kitab Al-Aʽlām (الأعلام), jilid 2 halaman 340.

Nota: Buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” versi pdf yang disebarkan di dalam internet mengakui perkara ini dalam nota kakinya seperti berikut:

- As-Sayid Dildar Ali al-Nasirabadi (1753 hingga 1820M). Juga dikenali dengan Sayid An-Naqawi. - halaman 220

- As Sayid Dildar Ali bin Muhammad Mu’in An Naqawi An Nasir Abadi Ar Ridhawi Al Mujtahid. Beliau merupakan di antara ulama’ besar Syiah Imamiah pada zamannya dan ulama’ hebat di India. Bertanggungjawab dalam menyebarkan Syiah di sana. Menghadiri majlis al-Wahid Al-Bahbahani dan Al-Mirza As-Shahrastani di Karbala’, Iraq ketika berhijrah ke sana. Kemudian pulang ke India dengan membawa ijazah-ijazah dan syahadah-syahadah yang

banyak. Merupakan ulama’ yang banyak memberi kesan dalam bidang feqah, usul, falsafah dan ilmu kalam. Dilahirkan pada tahun 1166H bersamaan 1753M dan meninggal pada tahun 1235H bersamaan 1820M. - halaman 111

Jikalaulah pertemuan ini terjadi di penghujung usia Sayyid Dildār ʽAlī, dan penulis mengunjungi beliau ketika berumur 15 tahun, maka sudah tentu ia dilahirkan pada tahun 1220 Hijrah.

Di halaman 93 beliau menulis:

«قال الإمام الخوئي في وصيته لنا وهو على فراش الموت» .

Al-Imam Al-Khu’i juga turut mewasiatkan kepada kami semasa sudah hampir kepada saat kematian dengan wasiat… Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 176.

Dengan mengamati bahawa kematian Ayatullah Al-Khū’ī pada tahun 1414, maka penulis sudah tentu berusia 185 tahun ketika itu!.

Jikalau penulis masih hidup ketika penyebaran buku tersebut iaitu pada tahun 1422 Hijrah di mana pada halaman ke-8, ia mengatakan:

أما أنا فما زلت داخل العراق وفى النجف بالذات

Adapun aku sendiri masih lagi menetap di Iraq betul-betul di Najaf. - Mengapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 26.

Oleh itu penulis hendaklah berusia lebih 200 tahun.

3. Mencapai martabat ijtihad pada usia 109 tahun.

Di halaman 10 beliau menulis:

المهمّ أنّي أنهيت الدراسة بتفوّق، حتى حصلتُ على إجازتي العلميّة في نيل درجة الاجتهاد من أوحد زمانه سماحة السيد محمد الحسين آل كاشف الغطاء زعيم الحوزة

Apa yang penting, aku menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Akademik bagi mencapai tahap Ijtihad daripada ulama ulung zaman ini daripada Samahah al-Sayid Muhammad Al-Hussain Kasyif al-Ghito’ yang merupakan Ketua Al-Hauzah… - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 21.

(Nota kaki buku tersebut di halaman 15 penerjemah menyatakan: Al-Syeikh Muhammad al-Husain Al-Kasyif Al-Ghito’ bin Ali bin Muhammad Redha Al-Najafi. Seorang ulama Islam bermazhab Syiah yang amat masyhur. 1294-1373H)

Telah sedia maklum bahawa Al-Marhum Syaikh Muḥammad Kāshif Al-Ghiṭā’ lahir pada tahun 1294 Hijrah (1877 M). - Al-‘Abaqāt Al-ʽAnbariyyah fī Al-Ṭabaqāt Al-Jaʽfariyyah: 15, ta’līf Kāshif Al-Ghiṭā’ (العبقات العنبريّة في الطبقات الجعفريّة : 15 تأليف كاشف الغطاء).

Jikalau Al-Marhum mula mengajar pada usia 30 tahun, maka sekurang-kurangnya penulis telah belajar selama 5 tahun dan berjaya meraih tahap ijtihad pada usia 109 tahun.

4. Seorang yang beberapa kali lahir ke dunia.

Di halaman 81 beliau menulis bahawa penyair terkenal di zaman ini berusia lebih tua 30 tahun daripadanya:

صديقي المناضل الشاعر البارع المجيد أحمد الصافي النجفي رحمه اللّه والذي تعرّفت عليه بعد حصولي على درجة الاجتهاد، فصرنا صديقين حميمين رغم فارق السن بيني وبينه إذ كان يكبرنى بنحو ثلاثين سنة أو أكثر

… sahabat ku seorang penyair yang hebat iaitu Ahmad Shofi al-Najafi. Aku mengenalinya sebaik sahaja mendapat pangkat Ijtihad dan kami berdua menjadi sahabat yang rapat walaupun beza umur di antara kami cukup jelas. Beliau lebih tua daripada ku 30 tahun atau lebih. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 160.

(Nota kaki menyatakan: Ahmad al-Sofi al-Najafi (1897-1977M). Dilahirkan di Najaf. Seorang penyair Iraq yang hebat.)

Denurut nukilan Al-Dhariīʽah (25/221) tahun kelahiran Ahmad Sofi ialah 1313 Hijrah, manakala Muʽjam Rijāl Al-Fikr Wal Adab Fi Al-Najaf (2/793) ialah tahun 1314 Hijrah.

Penterjemah buku tersebut dalam bahasa Parsi yang berjudul Ahl Bayt Az Khoud Difāʽ Mi Kounad (اهل بيت ازخود دفاع مى‏كند) di halaman 26 menulis:

سن ايشان اكنون نزديك به نود سال است .

Usia beliau sekarang hampir 90 tahun.

Oleh kerana perterjemahan dan percetakan buku tersebut terjadi pada tahun 1423 Hijrah, maka penulisnya hendaklah lahir kira-kira pada tahun 1330.

Dengan mengamati lawatan penulis dengan Sayid Dildār ʽAlī, maka sudah tentu beliau lahir pada tahun 1220.

Maka melalui 3 penerangan ini, beliau telah lahir ke dunia sebanyak tiga kali (1220 - 1330 - 1344) dengan jarak waktu 124 tahun.

5. Pengarang dalam dua wajah, yang asli dan samaran.

Pengarang di halaman 101 menulis:

«توفّي أحد السادة المدرسين في الحوزة النجفية، فغسلّتُ جثمانَه مُبْتَغياً بذلك وجهَ الله، وساعدني في غسله بعض أولاده، فاكتشفت أثناء الغسل أن الفقيد الراحل غير مختون!! ولا أستطيع الآن أن أذكر اسم هذا (الفقيد) لأن أولاده يعرفون من الذي غسّل أباهم، فإذا ذكرته عرفوني، وعرفوا بالتالي أنّي مؤلف هذا الكتاب، واكتُشِفَ أمري، ويحصل ما لا تُحْمَدُ عقباه» .

Ketika meninggalnya seorang Sayid tenaga pengajar di Al-Hauzah An-Najafiah. Aku juga turut memandikan jenazah beliau bertujuan mencari keredaan Allah. Aku dibantu oleh beberapa orang daripada ahli keluarganya, apa yang menyedihkan ketika sedang memandikan jenazah tersebut aku dapati al-Faqih itu tidak berkhatan !!! Aku tidak mahu menyebutkan namanya dibimbangkan anak-anaknya mengenali siapa aku. Sekiranya aku menceritakan kejadian ini, nescaya mereka akan mengenali ku dan mengetahui aku adalah pengarang kitab ini. Akibatnya akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 215.

Menurut apa yang disebutkannya itu, mereka tidak mengenali beliau dengan nama Sayid Husain Musawi sedangkan penerjemah buku ini (dalam bahasa Parsi) menyatakan:

مؤلف از بزرگترين چهره‏هاى علمى معاصر در حوزه علميه نجف اشرف است اما متأسفانه شرايط دشوار محيط به ايشان اجازه نداده كه اسم اصلى خود را بر ملا كنند، بنا بر اين اسم روى جلد و همچنين در داخل كتاب اسم مستعار است .

Penulis merupakan salah seorang tokoh besar pemuka ilmu di zaman ini di Hawzah Ilmiyah Najaf Al-Asyraf, namun malangnya disebabkan situasi persekitarannya memaksa beliau tidak mendedahkan nama sebenarnya dimullahkan. Oleh itu nama di atas kulit dan di dalam kitab adalah nama samaran.

…maka sebab itulah beliau tidak menyebutkan nama yang sebenar takut perkara ini tersingkap dan terjadi benda yang tidak diingini ke atas diri beliau. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 17, dibawah Mukadimah Peratuan Kebajikan Salahuddin.

Walau bagaimana pun di halaman 81 beliau menukilkan daripada penyair Ahmad Sofi yang memanggil namanya sebagai Husain:

«إذ كان يكبرنى بنحو ثلاثين سنة أو أكثر عند ما قال لي : ولدي حسين» .

Beliau lebih tua daripada ku 30 tahun atau lebih. Beliau berpesan kepada ku: Wahai anak ku Husain. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 160.

Di halaman 104, beliau menukilkan kata-kata Imam Khomeini bahawa sebaik sahaja beliau melawatnya setelah kemenangan revolusi Islam Iran di Tehran. Imam Khomeini memanggil beliau sebagai Sayid Husain:


«وفي جلسة خاصة مع الإمام قال لي : سيد حسين، آن الأوان لتنفيذ وصايا الأئمة صلوات الله عليهم» .

Ketika sedang duduk berbual bersama Imam Khomeini secara perseorangan, beliau berkata kepada ku: Sayid Husain, sampailah waktunya untuk kita melaksanakan segala wasiat para Imam sebelum ini. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 198.

Setelah dua lawatan ini, jelaslah bahawa beliau sudah dikenali dengan nama Sayid Husain.

6. Syiah berusia 200 tahun ini jahil istilah-istilah Syiah.

Dengan telaah buku ini dapatlah kita temui bahawa penulisnya seorang yang jahil, meskipun tentang peristilahan hawzah yang paling istilah contohnya di halaman 15, 19, 21, 30 dan 80, Al-Marhum Syaikh Muhammad Husain Āl Kāshif Al-Ghitā’ dipanggil dengan gelaran Sayid. Sangat jelas di kalangan masyarakat Syiah, seorang yang bukan daripada anak cucu nabi tidak akan dirujuk dengan kalimah Sayid. Perkara ini terang sekali, meskipun anak kecil Syiah pun tahu tentangnya, namun bagaimanakah seorang yang mendakwa dirinya sebagai mujtahid Hawzah Ilmiyah jahil tentang masalah ini?.

Beliau juga merujuk perkataan Sayid kepada Mirzā ʽAli di halaman 25 dan 60, Syaikh Muḥammad Jawād Al-Mughniyah di halaman 32 dan 40 serta Ayatullah Syaikh LutfuLlah Al-Ṣāfī di halaman 112 (Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf). Sedangkan tidak seorang pun tokoh-tokoh ini adalah Sayid dan bukan terhitung daripada zuriat Rasulullah. Tidak ada penutur, penulis dan khatib walaupun orang awam Syiah sejak dari zaman dahulu yang memanggil mereka ini sebagai Sayid.

Dengan ini terbuktilah bahawa penulis merupakan seorang Sunni ekstrim dan fanatik di samping jahil tentang istilah asasi masyarakat Syiah.

7. Mujtahid yang jahil tentang istilah-istilah hawzah ilmiyah.

Penulis di halaman 25 mengatakan bahawa beliau membaca kitab Al-Kāfī dengan bergurukan Ayatullah Al-Khū’ī:

كنا نقرأ أصول الكافي مرة مع بعض طلبة الحوزة في النجف على الإمام الخوئي فرد الإمام الخوئي

Pernah sekali kami membaca “ أصول الكافي ” bersama sebahagian penuntut Al-Hauzah Al-Ilmiah di Najaf bergurukan Al-Imam Al-Khu’i… - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 57.

Jelas sekali, walaupun seseorang yang kurang dari sebulan belajar di hawzah ilmiyah pun tahu bahawa kitab Al-Kāfī bukanlah kitab pelajaran yang diajar oleh guru-guru.

Ini jelas menununjukkan bahawa penulis buku tersebut adalah seorang Sunni dan ia berkhayal bahawa kitab Al-Kāfī seperti kitab Ṣaḥīḥ Al-Bukhārī dan Muslim yang menjadi modul pelajaran yang diajar bersama guru.

Di halaman 115, penulis mengatakan kitab Jāmiʽ Al-Rawāt telah dikarang oleh Muqaddas Ardebīlī sedangkan semua orang tahu bahawa ditulis oleh Muḥaqqiq Ardebīlī yang bernama Muḥammad bin ʽAlī. Beliau meninggal setelah 1100 Hijrah.

Muqaddas Ardebīlī pula bernama Aḥmad bin Muḥammad dan meninggal pada tahun 993 Hijrah. Beliau tidak mempunyai kitab Rijāl, namun kitab beliau yang masyhur adalah bidang Fiqh iaitu Majmaʽ Al-Fā’idah Wal Burhān (مجمع الفائدة والبرهان).

8. Pengkhianatan ilmu.

Penulis mengaitkan beberapa hadis dengan kitab-kitab Syiah sedangkan hakikatnya ia tidak pernah wujud dalam sumber-sumber Syiah.

Contohnya di halaman 39, beliau menulis:

مَنْ تَمَتَّعَ بامرأة مؤمنة كأنما زارَ الكعبةَ سبعين مرة

“Sesiapa yang bermut’ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali” - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 87.

Sedangkan tidak ada satu pun kitab-kitab Syiah yang mempunyai kesan-kesan seperti ini.

Di halaman 39, beliau menukilkan dari kitab Man Lā Yaḥḍuruhul Faqīh, jilid 3 halaman 366 sebagai berikut:

«قال الصادق عليه السلام إنَّ المتعةَ ديني ودينُ آبائي فَمن عَمِل بها عَمِلَ بديننا، ومَن أنكرها أنكر ديننا، واعتقد بغيرِ ديننا» .

"Sesungguhnya mut'ah agama ku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad dengan selain daripada agama kami". - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 87.


«قال النبي( ص ) من تمتّع مرّة أمن من سخط الجبار ومن تمتّع مرّتين حشر مع الأبرار»

"Sesiapa yang bermut'ah sekali akan selamat dari kemarahan Allah terhadapnya, sesiapa yang bermut'ah dua kali, akan dikumpulkan dengan orang-orang yang baik”.

Hadis ini tidak pernah wujud di dalam mana-mana Kutub Al-Arbaʽah, Wasā’īl, Mustadrak dan Biḥārul Anwār.

Di halaman 52, beliau menukilkan daripada Imam Aṣ-ṣādiq (a.s) yang berkata:

قد حرمت عليكما المتعة

"Telah diharamkan kepada kamu berdua Mut'ah" - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 107.

Namun sambungan daripada hadis ini tidak ditunjukkan di mana Imam berkata:

قد حرمت عليكما المتعة مِنْ قِبَلى ما دمتما بالمدينة، لأنّكما تكثران الدخول عليَّ، فأخاف ان تؤخَذا، فيقال : هؤلاء اصحاب جعفر

الكافي - الشيخ الكليني - ج 5 - ص 467

Telah diharamkan ke atas kamu berdua Mutʽah selama kamu menetap di Madinah, kerana kamu berdua selalu bertemu denganku dan aku khuatir kalian berdua diambil dan dikatakan bahawa ini adalah sahabat Ka’far. - Al-Kāfī Al-Kulaynī, jilid 5 halaman 476.

9. Kebiadaban terhadap para marji’ taqlid.

Di halaman 104 beliau menulis:

فزرت إيران بعد شهر ونصف - وربما أكثر - من دخول الإمام طهران اثر عودته من منفاه باريس، فَرَحَّبَ بي كثيراً، وكانت زيارتي منفردة عن زيارة وفد علماء الشيعة في العراق، وفي جلسة خاصة مع الإمام قال لي : سيد حسين، آن الأوان لتنفيذ وصايا الأئمة صلوات الله عليهم»، سنسفك دماء النواصب نقتل أبناءهم ونَسْتْحِيي نساءهم، ولن نترك أحداً منهم يُفْلِتُ من العقاب، وستكون أموالهم خالصة لشيعة أهل البيت، وسنمحو مكة والمدينة من وجه الأرض لأن هاتين المدينتين صارتا معقل الوهابيين، ولا بد أن تكون كربلاء أرض الله المباركة المقدسة، قبلة للناس في الصلاة وسنحقق بذلك حلم الأئمة عليهم السلام . لقد قامت دولتنا التي جاهدنا سنوات طويلة من أجل إقامتها، وما بقي إلا التنفيذ!!

Aku telah melawat Iran selepas sebulan setengah (atau lebih) Imam memasuki Tehran sebaik pulang daripada buangan dari Paris. Maka Imam menyambut ku dengan penuh kegembiraan. Kedatangan ku pada kali ini berseorangan tanpa kehadiran rombongan ulama Syiah Iraq yang lain.

Ketika sedang duduk berbual bersama Imam Khomeini secara perseorangan, beliau berkata kepada ku: Sayid Husain, sampailah waktunya untuk kita melaksanakan segala wasiat para Imam sebelum ini. Maka kita akan menumpahkan darah golongan An-Nawasib, membunuh anak-anak mereka dan menjatuhkan maruah perempuan-perempuan mereka. Jangan sekali-kali kita tinggalkan seorang pun daripada mereka terlepas daripada hukuman. Harta-harta mereka akan menjadi hak milik seratus peratus untuk Syiah Ahli Bait a. Kita juga akan melenyapkan Makkah dan Madinah daripada muka bumi kerana kedua-dua tempat ini menjadi tempat perlindungan golongan Wahabi. Mahu tidak mahu kita mesti menjadikan Karbala’ sebagai tanah yang mulia dan sebagai kiblat manusia untuk mendirikan solat. Dengan itu kita akan merealisasikan impian para Imam. Sekarang kerajaan yang kita impi-impikan yang bertahun kita usahakan telah terbina. Maka tidak ada perkara lain lagi melainkan kita perlu melaksanakannya!!! - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 198-199.

Cukup untuk membuktikan pembohongan dengan fakta-fakta berikut:

Pertama: Imam Khomeini tidak tinggal di Tehran setelah kemenangan revolusi Islam Iran, namun beliau berpindah ke Qom.

Kedua: Sepanjang hayat Imam Khomeini setelah revolusi, tidak pernah ulama dari Iraq melawatnya melainkan secara berkumpulan.

Ketiga: Perkara yang disebutkan bercanggah dengan realiti, seluruh pengaruh, fatwa dan ucapan Imam Khomeini.

Di halaman 43 beliau menulis:

“Pernah sekali aku mendapat peluang musafir bersama beliau setelah beliau mendapat jemputan dari bandar Tal'afir, sebuah bandar yang terletak di barat Mausil”

Sampailah ke perenggan:

أبصر الإمام الخميني صبيّة بعمر أربع سنوات أو خمس ولكنّها جميلة جدّاً، فطلب الإمام من أبيها سيّد صاحب إحضارها للتمتع بها، فوافق أبوها بفرح بالغ، فبات الإمام الخميني والصبيّة في حضنه ونحن نسمع بكاءها وصريخها

Imam Al-Khomeini melihat kanak-kanak perempuan berumur empat atau lima tahun dan kanak-kanak tersebut sangat cantik. Imam meminta daripada ayahnya Sayid Shahib untuk bermut'ah dengannya dan ayahnya bersetuju dengan perasaan sangat gembira. Imam Al-Khomeini tidur dan kanak-kanak tersebut berada dalam dakapannya. Kami mendengar suara tangisan dan teriakan kanak-kanak tersebut. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 91.

Saya (Dr. Abu Mahdi) bermusafir 40 hari ke Makkah (lapan tahun lalu), pada malam 16 bulan Rejab dalam satu majlis ilmu bersama beberapa mahasiswa universiti Al-Qura, berhampiran dengan BaytuLlah Al-Ḥarām, salah seorang daripada mereka yang bernama Ḥamadī berkata, “Saya secara terus terang ada beberapa pertanyaan, apakah kamu menjawabnya dengan tulus?”

Saya menjawab, “Iya”.

Tanya beliau: “Bagaimanakah peristiwa mut’ah Imam Khomeini dengan anak perempuan 5 tahun dan orang yang bersamanya?”.

Saya menjawab, “Peristiwa ini ada di dalam kitab “Lillāh thumma li Tārīkh” di mana penulisnya adalah watak imaginasi dan khayalan. Sudah tentu ia bukan realiti kerana, pertama: Apa yang terjadi ialah Ṣaddām Ḥusayn, presiden Iraq dan Pahlavi Shah Iran mencari titik kelemahan dan apa yang boleh menjatuhkan Imam Khomeini. Perkara ini telah di kemukakan di dalam media massa dan lain-lain lagi kerana ia adalah perantara terbaik untuk memajukan matlamat mereka.

Kedua: Bagaimana mungkin peristiwa ini terjadi pada seorang tua berumur 70 tahun yang tiada lagi hasrat berahinya.

Ketiga: Musuh-musuh Imam Khomeini sama sekali tidak menuduh kerosakan akhlak terhadap beliau meskipun bermacam-macam tuduhan dibuat seperti hubungan dengan barat, komunis dan lain-lain lagi. Ini disebabkan mereka tahu bahawa orang ramai yang mengenali reputasi beliau tidak akan menerima tuduhan-tuduhan tersebut. Kerana itulah setiap pemuda Iran yang membaca peristiwa ini di dalam buku Lillāh thumma Lit Tārīkh akhirnya memandang buruk terhadap kerajaan Arab Saudi sebagai ganti terhadap Imam Khomeini.

Beliau berkata: Penulis dan penyebar buku ini tidak mempunyai pemahaman politik dan akhlak yang asasi”.

Saya berkata, “Pada bulan Ramadhan tahun lalu, saya telah berkata tentang perkara ini kepada Syaikh Abdul Aziz Wikālah Al-ʽĀmah Li Shu’ūn Al-Masjid Al-Nabawī (وكالة العامة للشئون المسجد النبوى). Ianya berkesan dan saat kehadiran saya, urusetia pejabat Dāirah Al-Amr bil Maʽrūf (دائرة الأمر بالمعروف) Masjid Nabawī, Syaikh Ibrāhīm memberikan arahan larangan penyebaran terjemahan buku ini yang berjudul “Ahlul Bait Az Khud Defāʽ Mikunad” (terjemahan Parsi).

Pada tahun ini saya juga telah memaklumkan perkara ini dalam pertemuan bersama Ayatullah Subḥānī, Syaikh Ṣāliḥ, ketua urusan umum Al-Ḥaramayn Al-Sharifayn.

10. Mengangkat orang yang murtad dan menyimpang dari agama.

A) Mengangkat Mūsā Mūsāwī, cucu Al-Marḥūm Esfahānī:

Penulis di halaman 13 mengangkat darjat Dr. Mūsā Musawī dengan menyebut nama datuknya Sayid Abul Ḥasan Esfahānī yang cuba membuat pembaharuan di dalam mazhab Syiah dan anaknya disembelih seperti seekor kibas agar pembaharuannya dapat dihalang:


فإذا كان هذا نصيب الدكتور الموسوي من الكذب والافتراء والإشاعات الرخيصة، فما هو نصيبي أنا وماذا سَيُشيعُونَ عني؟! ولعلَّهم يبحثون عني ليقتلوني كما قتلوا قبلي ممن [كذا] صدع بالحق، فقد قتلوا نجل مولانا الراحل آية الله العظمى الإمام السيد أبي الحسن الأصفهاني أكبر أئمة الشيعة من بعد عصر الغيبة الكبرى وإلى اليوم، وسيد علماء الشيعة بلا منازع عندما أراد تصحيح منهج الشيعة، ونبذ الخرافات التي دخلت عليه، فلم يَرُقْ لهم ذلك، فذبحوا نجله كما يُذْبَحُ الكبش ليصدوا هذا الإمام عن منهجه في تصحيح الانحراف الشيعي» .

Kalau inilah nasib Dr. al-Musawi dengan segala tuduhan dusta, rekaan dan publisiti murahan ke atasnya, apakah pula nasib ku selepas ini dan apakah yang akan ditujukan kepada ku nanti? Mungkin mereka akan mencari dan membunuh ku sebagaimana mereka membunuh orang yang menyatakan kebenaran sebelum ku. Sebagaimana diketahui mereka telah membunuh anak lelaki Maulana Ayatullah al-‘Udzma al-Imam al-Sayid Abu Al-Hasan Al-Asfahani Imam terbesar Syiah selepas zaman Al-Ghaibah Al-Kubra sehingga sekarang. Mereka membunuh anaknya ketika beliau cuba untuk membetulkan manhaj Syiah dan membuang khurafat yang masuk ke dalamnya. Perkara tersebut tidak disenangi mereka maka mereka menyembelih anaknya bagaikan seekor kibas untuk menghalang beliau daripada berbuat demikian.

Perlulah diperhatikan beberapa noktah:

1. Dr. Mūsā Mūsawī pengarang kitab Shīʽah Wa Al-Taṣḥīḥ merupakan seorang yang fasiq, kaki pesta, peminum arak dan ejen CIA, dan beliau lari sebelum kemenangan revolusi Islam Iran.

2. Di dalam kitab Al-Shīʽah Wa Al-Taṣḥīḥ (الشيعة والتصحيح) telah membawa fitnah paling jahat dan buruk terhadap revolusi, pengasas-pengasasnya dan mereka yang berakidah Syiah seperti mana yang dinukilkan oleh Ayatullah Subḥānī bahawa Ṣaddām berkata, “Jika peperangan dengan Iran tidak membawa apa-apa manfaat, maka cukuplah penulisan kitab ini buat kami (لو لم تكن للحرب فايدة إلّا تأليف هذا الكتاب لكفينا).

3. Penulis buku “Lillāh Thumma Lit Tārīkh” melabelkan Al-Marḥūm Sayid Abul Ḥasan Esfahānī sebagai: Imam terbesar Syiah selepas zaman Al-Ghaibah Al-Kubra (أكبر أئمة الشيعة من بعد عصر الغيبة الكبرى وإلى اليوم، وسيِّد علماء الشيعة بلا منازع), di mana kata-kata tersebut sama seperti yang terdapat di dalam buku Al-Shīʽah Wal Taṣḥīḥ (الشيعة والتصحيح), halaman ke-5. Perkara ini bertentangan dengan kebenaran kerana semua orang tahu bahawa Al-Marḥūm Esfahānī merupakan salah seorang marjiʽ besar Syiah di sepanjang sejarah, bukan imam terbesar.

4. Sebab pembunuhan Sayid Ḥasan, anak Sayid Abul Ḥasan Esfanānī hanyalah masalah peribadi dan harta di mana Al-Marḥūm memberikan jawapan negatif terhadap permintaan bantuan dan pertolongan luar batasannya. Ini menyebabkan kebencian terhadapnya dan mengakibatkan anaknya dibunuh ketika solat Maghrib dan Isya. Untuk maklumat yang lebih, sila rujuk pada kitab Aʽyān Al-Shīʽah (اعيان الشيعة), cetakan Dārul Taʽāruf, jilid 3 halaman 362 dan jilid 7 halaman 391.

B) Mengagungkan Al-Kisrawī

Pengarang di halaman ke-13 telah mengagungkan Aḥmad Kisrawī dan dan menyatakan bahawa beliau cuba memperbaharui manhaj-manhaj yang tidak sahih mazhab Syiah sehingga dibunuh dan dikerat-kerat:

كما قتلوا قبله السيد أحمد الكسروي عندما أعلن براءته من هذا الانحراف، وأراد أن يصحح المنهج الشيعي، فَقَطَّعوه إِرَباً إِرَباً

Sedangkan semua orang tahu bahawa Kisrawī adalah seorang yang murtad, muballigh ideologi komunis dan materialism selain hampir dan akrab dengan pemikiran yang sama Iḥsān Ṭabarī. - Sila rujuk pada buku: Īrān dar dou sade vabastan (إيران در دو سده وابستن), halaman 263.

Beliau secara terang-terangan menghina Rasulullah (s.a.w). Di dalam kitab Hawl Al-Islām (حول الاسلام) halaman 9 menulis persoalan berikut:

زعم المسلمون أنّ اللّه بعث بشراً وأوحى إليه بواسطة جبرائيل، يطلبون منه المعجزة، فإن أتى بها قُبلت دعواه، وإلّا فلا، وهذا الزعم باطل من الأساس نشأ من الحُمق

Umat Islam meyakini sesungguhnya Allah mengutuskan seorang manusia dan mewahyukannya dengan perantara Jibrail. Mereka meminta mukjizat daripadanya, jikalau ia mendatangkannya maka seruannya dapat diterima. Jika tidak, seruan tidak akan diterima. Keyakinan ini adalah salah kerana terbit dari kebodohan.

Di halaman 11, beliau mengingkari penutupan para nabi dengan menulis:


إنّ المسلمين ادّعوا أنّ النبوّة قد ختمت برسالة محمد وهو جهل فاضح وفى الواقع أنّهم أنكروا قدرة اللّه على إرسال رسول بعده

Sesungguhnya kaum muslimin mendakwa bahawa kenabian telah ditutup dengan pengutusan Muḥammad. Ia adalah jahil yang aib, sebenarnya mereka mengingkari kuasa Allah atas pengutusan rasul setelah baginda.

Di dalam halaman 63, beliau melemparkan penghinaan paling parah terhadap seluruh umat Islam daripada Sunni dan Syiah dengan menulis:


نعلم كلّنا أنّ المسلمين اليوم من الشيعة وأهل السنّة هم أرذل الناس وأذلّهم

Kita semua mengetahui bahawa kaum muslimin hari ini daripada Syiah dan Ahlusunnah adalah golongan yang sangat keji.

Sebab utama pembunuhan beliau hanyalah kerana menyambut hari pembakaran Mafātīḥ di mana beribu-ribu naskah Mafātīḥ termasuk Al-Qur’ān dibakar di Tabrīz (Iran). Beliau melukakan sensitiviti orang ramai dan akibatnya beliau telah dipukul sehingga mati.

Abū Mahdī Al-Qazwīnī

Saturday, July 16, 2011

ANCAMAN JAKIM TERHADAP AHLUSUNNAH

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sanggup bersekongkol dengan penganut ajaran sesat Wahabi untuk memusnahkan Ahlusunnah Wal Jamaah dan Islam keseluruhannya. Ini dapat kita saksikan apabila blog Ahlusunnah mendedahkan kesesatan Pegawai Penyelidik JAKIM yang menganut ajaran Wahabi, malangnya hingga hari ini pihak JAKIM belum dilihat mengambil tindakan ke atas pegawai tersebut. Sila rujuk pada pautan ini:

http://ustazmoden.wordpress.com/2010/07/17/pegawai-penyelidik-jakim-sendiri-masih-sesat-isu-nur-muhammad/

Pihak JAKIM juga dikhuatiri memusnahkan ajaran Ahlusunnah yang sebenar apabila menyebarkan pembohongan bahawa Syiah yang membunuh Saidina Husain di Karbala. Sila rujuk pada pautan ini:

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/jawab_syiah.pdf

Padahal yang memberi Bai'ah dan mengundang Imam Husain adalah warga Kufah. Dengan tidak semena-mena JAKIM menunding jari bahawa penduduk Kufah itu adalah Syiah. Dengan memutarbelitkan fakta ini, apakah pihak JAKIM menyangka mereka dapat membasuh otak orang ramai Ahlusunnah supaya tidak menyalahkan pembunuh sebenar Saidina Husain, iaitu Yazid.

Saya merujuk perkara ini di dalam buku teks At-Tarikh Al-Islami yang diajar di sekolah-sekolah agama di Kedah. Secara terang-terang buku ini mengkritik Yazid selaku pembunuh saidina Husain. Lihat imbasan di bawah:






Hanya Wahabi sahaja yang tidak mahu mengaku Yazid sebagai pembunuh Saidina Husain. Sebaliknya mereka akan meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak Syiah. Saya mempunyai banyak bahan rujukan bahawa ulama Ahlusunnah melaknat Yazid dan sekaligus membuktikan pembunuh Saidina Husain ialah Yazid. Jikalaulah matlamat pegawai JAKIM itu menafikan Yazid sebagai pembunuh sebenar saidina Husain, maka saya beranggapan bahawa JAKIM adalah ancaman kepada Ahlusunnah. Selain itu saya menganggap JAKIM sudah diperalatkan oleh golongan Wahabi untuk menyebarkan kesesatan mereka terhadap umat Islam.

Sunday, June 26, 2011

Wahabi menghina Isteri nabi.

Sudah lama saya tidak dapat menulis kerana tersibuk dengan urusan hidup. Saya berharap semoga Allah memberikan lebih banyak ruang dan waktu untuk saya membaca dan meneliti. Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang isu caci maki.

Seperti biasa golongan Wahabi bersama Yahudi merancang supaya umat Islam berperang sesama sendiri dan cuba memperalatkan isu semasa atau institusi kerajaan agar terjadinya insiden keganasan di Malaysia. Saya sudah membaca tulisan tidak berilmiyah "127 - Malapetaka Syi’ah Bersama Demonstrasi BERSIH 2.0" dari link ini: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2011/06/127-semangat-syiah-dalam-demonstrasi.html

Antara pembohongan yang dicanangkan ialah Syiah caci-maki para sahabat! Saya katakan caci maki adalah haram di dalam Islam dan al-Quran sudah menjelaskannya. Tak perlu kita bicarakan, mencaci maki adalah terkeluar dari ajaran Ahlusunnah dan Syiah.

Dalam waktu yang singkat ini biarlah saya bawakan sebuah hadis untuk membuktikan bahawa mencaci maki isteri nabi memang sudah lama menjadi amalan Wahabi. Abu Dawud di dalam Sunannya yang ditermasuk sebagai Sahih Sittah (Six Compilers of Hadith: Bukhari, Muslim, Ibn Majah, Abu Dawood, Tirmizi and Nisa'i) menceritakan: Ketika berlaku pertengkaran sengit antara Aisyah dan Zainab di depan mata Rasulullah (s.a.w), Zainab mula mencerca Aisyah. Rasulullah pun berkata kepada Aisyah:

سبيها، فسبتها فغلبتها
.

Iaitu Rasulullah memberi arahan kepada Aisyah, “Cercalah ia, maka Aisyah pun mencaci maki Zainab, dan Aisyah pun menang”.

Pertengkaran di depan Rasullah ini pernah diriwayatkan juga di dalam Sahih Muslim. Aisyah berkata Rasulullah kelihatan gembira ketika aku mencerca Zainab dan dalam membela Aisyah baginda bersabda: “Sesungguhnya Aisyah adalah anak Abu Bakar”

انها ابنة ابی بکر

Saya mengatakan perbuatan mencerca ini dilarang di dalam surah Al-An’am ayat 108: "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan". Tak kan lah Rasulullah melakukan perkara bertentangan dengan Al-Quran? Tapi golongan Wahabi membolehkan caci maki terutama sekali kalau kita membaca karya Ibnu Taimiyah, bacalah di dalamnya penuh dengan caci maki seperti perkataan pondan, anak najis dan sebagainya yang tidak syak lagi sebuah perbuatan buruk yang bertentangan dengan Al-Quran!!!

Ayatullah Sayid Ali Khamenei selaku pemimpin dan Marji' Syiah terbesar di dunia telah mengeluarkan fatwa haram menghina simbol Ahlusunnah apabila timbol kontroversi Yasir Al-Habib, lihat di: http://unggaspagi.blogspot.com/2010/10/fatwa-sayed-ali-khamenei-haram-menghina.html

Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Ulama besar ini, semoga perpaduan Sunni dan Syiah semakin utuh di samping kita sama-sama membongkar kegiatan Wahabi membunuh dan merosakkan tempat suci umat Islam dalam persidangan antara mazhab nanti.