Thursday, August 19, 2010

Wahabi Saudi menyerang majlis Imam Mahdi di Madinah




Bulan lalu, polis agama telah menyerang majlis agama yang diadakan di Kota Madinah pada hari lahir Imam Mahdi.

Menurut Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA), pada bulan lalu, Polis Agama di Arab Saudi telah menyerang majlis mengenang kelahiran Imam Mahdi. Imam tersebut menurut kepercayaan Syiah adalah Imam ke 12 yang menjadi penyelamat umat manusia di akhir zaman.
Penyerangan tersebut ditujukan kepada Pertubuhan al-Ahsa yang sedang menganjurkan majlis kelahiran Imam Mahdi di sebuah hotel berdekatan dnegan Masjid Nabawi.

Menurut saksi, tanpa sebarang notis awal, beberapa anggota Polis Agama menyerang lokasi pertubuhan itu di sebuah hotel dan memusnahkan semua lukisanb, slogan, kain rentang yang mengandungi kata-kata Nabi Muhammad dan kata-kata tentang Imam Mahdi. Tambahan lagi beberapa anggota Polis Agama telah memaksa penganjur majlis membatalkan acara tersebut serta merta. Tatkala serangan berlaku, Syaikh Ali al-Hejji sedang memberikan ucapan kepada hadirin.

Tiada maklumat tentang kerosakan atau penahanan penganjur dalam serangan tersebut. Meskipun demikian, Polis Agama mengenakan peraturan keras terhadap penziarah Syiah ke Masjid Nabawi dan permakaman Baqi' yang melarang mereka membawa sebarang buku tatacara solat yang dianggap Polis Agama berunsur syirik.

Insiden serangan ke atas majlis keagamaan yang dianjurkan oleh pertubuhan Haji dan Umrah di hotel mereka jarang direkodkan.

Banyak pertubuhan Umarah dan Haji dari al-Ahsa dan al-Qatif pergi ke kota Makkah dan Madinah ketika cuti musim panas untuk meluangkan waktu melaksanakan Umrah di Makkah dan menziarahi makamn Nabi Muhammad di Madinah.

Walau bagaimana pun banyak laman web radikal Salafi melaporkan maklumat yang tidak disahkan tentang keselamatan yang ketat di sekitar Masjid Nabawi dan permakaman Baqi'.
Tahun lalu, Polis Agama yang disokong oleh pasukan kesalamatan Saudi telah dituduh menyerang ribuan penziarah Syiah ke masjid Nabawi yang membawa kematian dan penangkapan dalam insiden yang dipanggil peristiwa al-Baqi'.

No comments:

Post a Comment