|
(c) http://unggaspagi.blogspot.com
Ketika aku masih kecil sekitar 10 atau 11 tahun, aku beriya-iya ingin memakai hijab. Akan ku pakai ia nanti. Inilah kepatuhan dikau kepada Allah tanpa mengambil peduli apa saja yang orang katakan.
Namun aku berada di dalam sekolah Kristian yang mengharamkan hijab! Walaupun warga Islam dan Kristian dalam negaraku hidup tenteram dan damai dalam satu tahap, ada orang mengatakan bahawa sekolah yang melarang hijab itu adalah dikeranakan ingin meraih bantuan dana dari Perancis. Apa pun aku hanya menanti waktu. Aku masih kecil dan aku tahu sepupu dan sahabat-sahabatku belum mulai membusanakan telekung.
Setelah aku selesai tahun akhir di sekolah dalam bulan Jun, aku sungguh girang dan bersyukur. Terkenang angan-angan yang telah ku pasang dan hijab adalah matlamat teratas. Ku kira ia akan ku pakai di musim panas namun telah ku tangguh beberapa ketika untuk memperolehi pakaian yang menepati citarasa, tudung dan segala macam... Tidak seperti yang aku jangkakan, bermulanya hari pertama di universiti nanti adalah satu kejutan untuk aku mengenakan hijab lantaran lemahnya aku untuk mencari alasan memakainya meskipun sudah tidak ada kaitan dengan sekolah yang telah ku tinggalkan. Lemahnya aku mengambil langkah itu!
Aku memakainya dan merenung pada cermin sambil membayangkan jikalau aku tidak kelihatan begini serta tidak berani keluar dari rumah. Setiap pagi aku berkeadaan begini selama beberapa minggu kemudian terlupakan ia.
Setelah itu aku mendapati diriku sungguh menyedihkan. Tidak ada lagi kepercayaan yang diletakkan pada diri sendiri. Selalu ku katakan, aku mesti memakainya, hanya kerana ini aku tidak menghadiri pengajian. Namun di sana tidak ada siapa-siapa yang boleh menjaga perasaanku melainkan diri sendiri. Badanku terasa lemah... Tidak dapat ku kawal diri ini untuk melaksanakan apa yang ku rasa benar. Makanya aku tidak mampu melawan tentangan luaran!
Lantas teringat aku bagaimana caranya, sebelum memulainya aku mesti menyebut hijab dalam doa. Namun setelah bermula pengajian setiap kali aku memikirkan hijab dan ingin berdoa, air mata mula minitis tanpa terdaya menyebut sebarang perkataan pun. Jikalau mengatakan aku ingin memakai hijab, ini bererti aku berdusta. Malunya ingin ku bicarakan tentangnya. Inilah kisah kegagalan!
Ramadhan menjelang! Oh aku sukakan bulan ini! 2 minggu pertama seperti bulan ramadhan tahun lalu: berpuasa, solat, membaca al-Quran dan berdoa. Setelah berbuka seluruh keluarga akan ke masjid. Seperti biasa aku membusanai pakaian solat. Namun pada suatu ketika aku memakai hijab menuju ke masjid. Oh sungguh indah ku rasakan.
Telah dua hari aku memakai hijab ke masjid, rumahku sepi. Semua orang pergi kerja atau sekolah dan kuliah ku bermula pada pukul 12:00. Aku sudah siap dan sudah memikirkan apa yang hendak dipakai. Hijab kelihatan di mataku sejak awal pagi dan aku mencubanya lantas mengambil waktu yang panjang merapikannya. Akhirnya: inilah hari aku memakai hijab.
Aku bersumpah, sepanjang jalan ke universiti seakan-akan bermimpi aku sedang terbang.
Kesudahannya aku memakainya! Kataku pada diri, "Aku lebih dekat dengan Allah sekarang... kini aku boleh keluar dan menghimpun kebaikan setiap kali orang memandangku. Penampilanku mengingatkan orang tentang Islam.
Perasaan mendapat belasan rahmat tuhan mulai menyapa, jauh dari sudut hati inginku menangis dan bersyukur. Masih ku ingat reaksi rakan-rakan di universiti: Setiap orang mengucapkan tahniah dengan senyuman atau pelukan mesra sambil mengatakan aku kelihatan cantik dengannya. Orang yang aku sukar mengenalinya pun ada mengungkapkan syabas. Sungguh aku menghargai mereka yang memberikan tidak balas positif. Sekembalinya aku ke rumah ibu bapa ku amat terkejut dan hati mereka benar-benar bergetar. Aku tidak rasa mereka dapat menjangkanya walaupun telah ku beritahu.
Itulah hari yang istimewa buatku. tidak dapat ku lupa hari itu bagaimana aku tidak mampu meleraikan senyuman yang menguntum di wajahku beberapa ketika. Aku merasai semuanya - langit yang berarak, pepohon yang melambai-lambai serta manusia yang kegembiraan kerana tindakanku.
Sekarang setelah empat tahun kisah ini berlalu pergi, aku berani katakan bahawa hijab adalah satu pencapaian besar dalam hidupku. Ia membawa diriku lebih mendekati Allah, mengingatkan orang lain tentang Islam ketika menyusuri denyut nadi kehidupan ini. Aku merasakan kejayaanku di sekolah dan semua jurusan punyai asas. Ia memberikan aku kudrat dan keyakinan yang tidak ku raih sebelumnya. Hijab benar-benar mempengaruhi seluruh hidupku. Sekarang bolehlah aku memberi perhatian terhadap diriku dan Islamku dari sisi yang lain. Inginku katakan kepada semua saudaraku yang mahu memakai hijab namun belum menguruskannya sampai sekarang:
Jikalau dikau cukup kuat mengawal diri sendiri, maka engkau mampu menempuhi cabaran yang lain. Namun kalaulah engkau terlalu lemah, maka tidak dapat kau menguruskan segala-galanya. Sekiranya Islam bersemanyam dalam hatimu, adalah menyenangkan ia ditampakkan dan maklumkan kepada dunia melalui penampilan bahawasanya engkau seorang muslim.
|
No comments:
Post a Comment