Tuesday, August 3, 2010

Dari menjadi seorang penari terkenal kepada seorang yang sujud dan beribadah.




Penari universal Amerika yang mempunyai mendapat banyak tempat untuk nyanyian dan tarian tidak menghalang Loon, penyanyi Amerika memeluk agama Islam.


Dari menjadi seorang penari terkenal kepada seorang yang sujud dan beribadah.

Penari universal Amerika yang mempunyai mendapat banyak tempat untuk nyanyian dan tarian tidak menghalang Loon, penyanyi Amerika memeluk agama Islam.

Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (as) - (ABNA) Penyanyi muda Amerika yang masyhur Chauncey Lamont Hawkins yang dikenali sebagai Loon telah masuk Islam kira-kira 7 bulan lalu. Beliau menamakan dirinyua sebagai Amir Muhaddis. Katanya, "Menyanyi di Amerika telah cukup membuatkan saya sangat terkenal sehingga saya termasuk dalam senarai undian Top 10 penyanyi teratas di Amerika dan semakin hari saya semakin terkenal.

Beliau mengatakan, "Namun terkenal dan kedudukan harta tidak sekali-kali sesuai untuk mengiringi kebahagiaan dan ketenangan dalaman sehingga saya menerima kesan kebudayaan Islam di kota Abu Zibbi, Emarat. Di sana saya lihat orang awam pergi ke masjid melaungkan azan dan menunaikan shalat. Saya telah menyaksikan akhlak dan perangai baik mereka. Sejak itu saya mengambil keputusan untuk meneliti bagaimana agama Islam berada di tengah-tengah masyarakat.

Amir menambah, "setelah berfikir dengan lama dan bersungguh hati, saya meninggalkan bidang nyanyian yang telah lama saya melibatkan diri iaitu sejak usia 17 tahun. Sekarang saya dapat merasakan ketenangan hati yang ajaib"

Penyanyi ini baru masuk Islam minggu lalu telah menziarahi Mekah dan Madinah.

Amir juga mempunyai hubungan komunikasi dengan Anjuman Tabligh Kanada yang menyebabkan dia semakin hari semakin bertambah kecintaannya terhadap Islam. Beliau berkata, "Saya mempunyai program dakwah untuk menarik penyanyi dan seniman masuk Islam"

Amir Muhaddis Hawkins pada 20 Jun 1975 telah dilahirkan di kawasan bangsa kulit hitam di New York. Beliau telah berjaya merakamkan beberapa album rap Amerika seperti U.S. sales, Worldwide Sales dan Singles.

No comments:

Post a Comment