Tuesday, August 3, 2010

Keajaiban semesta alam + gambar tujuh masjid

Saluran Discovery dan True Vision memperkenalkan

Keajaiban semesta alam + gambar tujuh masjid




Saluran Discovery Channel dan True Vision akan menayangkan tujuh masjid lama dan ajaib dalam dunia Islam sebagai usaha memperkenalkan keagungan seni bina dan keajaiban penting ke seluruh dunia. Masjid Imam Khomeini di Isfahan adalah salah satu dari masjid tersebut.

Menurut Agensi Berita Ahlul Bait (as) - Masjid umat Islam selain dari tempat ibadah, perhimpunan, penggubalan undang-undang, pendidikan, pengajaran dan mengasuh ruhani, ia juga menzahirkan tingginya kesenian dan kejuruteraannya. Masjid yang penuh dengan syarat-syarat seni bina dan seni reka eksklusif kesan dikaitkan dari berbagai pelajaran dari al-Quran dan citarasa penduduk tempatan, penduduk di zaman berbeza yang telah memeluk agama Islam.

Antara masjid-masjid ini, tujuh masjid indah dan bersejarah diputuskan sebagai “Tujuh keajaiban dunia Islam yang memaparkan sejarah keagungan dan kecemerlangan agama Ilahi” Ia juga akan diperkenalkan juga dalam salah satu televisyen Thailand saluran ‘True Vision’ pada jam 9 pagi hari Ahad awal Ogos.

Dokumentari ini membawa penontonnya menyusuri dunia Islam dengan menunjukkan tujuh masjid indah. Ia juga memaparkan pandangan enam pemuda Islam tentang jejak sejarah dan mesej Islam. Dokumentari satu jam ini menggambarkan perasaan pemuda-pemuda itu setelah pergi ke Makkah dan bagaimana identiti Islam di Negara mereka dibandingkan dengan pelbagai masjid yang lain. Berdasarkan fokus terhadap tujuh masjid itu, ia menerangkan kehidupan enam pemuda tersebut yang tinggal berhampiran dengan masjid-masjid itu dan mengerjakan shalat di sana .

Tujuh keajaiban dunia Islam ini dihidangkan dalam dokumentari berjudul Pemegang Amanah Kegemilangan Sejarah dan Keagungan Islam dan menunjukkan seni bina Islam iaitu:

1. Masjidul Haram di Makkah al-Mukarramah, Hijaz
2. Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin
3. Masjid Hamra di Granada, Spanyol
4. Masjid Imam Khomeini, Isfahan, Iran
5. Masjid Biru di Istanbul, Turki
6. Masjid Jami' di Djenne, Mali
7. Masjid Badashahi, di Lahor, Pakistan

Pandangan sisi lain Masjidul Haram di Makkah al-Mukarramah, Hijaz

.

.Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin

Pandangan sisi lain Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin

.

Masjid Hamra di Granada, Spanyol


.Masjid Hamra di Granada, Spanyol


Masjid Imam Khomeini, Isfahan, Iran

.Pandangan sisi lain Masjid Imam Khomeini, Isfahan, Iran


Masjid Biru di Istanbul, Turki

Masjid Jami' di Djenne, Mali

.

Pandangan sisi lain Masjid Jami' di Djenne, Mali

.

Masjid Badashahi, di Lahor, Pakistan

.

Masjid Badashahi di waktu malam



Rancangan ini akan menemui penonton sehari setelah dokumentari selama 1 jam ini disiarkan di televisyen Thailand pada 2 Ogos dalam Discovery Channel. Discovery merupakan saluran TV Amerika berbahasa Inggeris yang menghasilkan dokumentari sangat berkualiti tentang sejarah, ilmu, geografi dan teknologi maklumat.


No comments:

Post a Comment