Thursday, January 28, 2010

Riwayat Tahrif al-Quran dalam kitab Ahlusunnah

Dalam meredah belantara kehidupan yang penuh ranjau ini, kadang kala tidak sepi menghadapi berbagai tuduhan luar biasa yang terpaksa saya berikan jawabannya. Tuduhan kali ini ialah mereka mengatakan bahawa orang Syiah percayakan al-Quran mengalami perubahan saperti pengurangan atau penambahan ayat. Saya menafikannya habis habisan dan menyatakan ulama Sunni dan Syiah menolak sebarang riwayat Tahrif al-Quran dalam kitab-kitab mereka. Namun sahabatku tidak percaya dalam kitab Ahlusunnah pun punyai riwayat Tahrif dan memberi tantangan/cabaran supaya saya menunjukkan bukti beserta rujukannya. Maka saya berjerih payah mencarinya supaya berhenti menghantam Syiah dengan tuduhan tidak masuk akal ini. Mereka seharusnya lebih banyak membaca kitab-kitab tafsir sendiri. Berikut adalah riwayat dari kitab Ahlusunnah yang mengatakan Mu'azatain bukan dari al-Quran, sama-samalah kita saksikan kebenaran.

Jawaban bagian pertama:

Syukur pada Allah anda dapat belajar bahasa Arab, sungguh sayang sekali saya tidak berpeluang berpelajaran tinggi seperti anda dan hari-hari tersibuk mencari rezeki kais pagi dan petang. Pengalaman saya melayari blog anti Syiah membuktikan Wahabi pernah menokok nambah riwayat yang dinukil dari kitab Syiah. Karena itu saya mahu anda turut memasukkan teks aslinya supaya mudah pengkaji mencari kebenaran. 34 point yang seterusnya akan saya teliti insyallah, diam bukan berarti mendukung atau menafi. Biarlah bantahan point ini dahulu saya jelaskan pada saudara.

Aneh sekali kalian tidak menemui riwayat perubahan al-Quran dalam kitab Ahlusunnah. Maka inilah riwayat tahrif yang antum minta. Pastikan anda memiliki kitab-kitab ini dan tunjukkan pada sahabat-sahabat anda. Saya percaya ulama Sunni menolak riwayat-riwayat ini

Ibnu Mas’ud menafikan Surah al-Fatihah dan dua surah Ma’uzatain (an-Nas dan al-Falaq) sebagian dari al-Quran dalam tafsir al-Razi, bab 7 tafsir Surah al-Fatihah, jil 1 halaman 198:

نقل في الكتب القديمة أن ابن مسعود كان ينكر كون سورة الفاتحة من القرآن وكان ينكر كون المعوذتين من القرآن

Saya turut menemui riwayat kononnya Ibnu Mas’ud menolak surah Ma’uzatain dari al-Quran dalam kitab paling sahih setelah al-Quran menurut Ahlusunnah iaitu Sahih Bukhari, bab tafsir surah an-Nas, jil 4, halaman 1904, hadis 4692.

- حدثنا علي بن عبد الله حدثنا سفيان حدثنا عبدة بن أبي لبابة عن زر بن حبيش . وحدثنا عاصم عن زر قال

: سألت أبي بن كعب قلت يا أبا المنذر إن أخاك ابن مسعود يقول كذا وكذا ؟ فقال أبي سألت رسول الله صلى الله عليه و سلم فقال لي ( قيل لي فقلت ) . قال فنحن نقول كما قال رسول الله صلى الله عليه و سلم

[ ر 4692 ]

[ ش ( أخاك ) أي في الدين . ( كذا وكذا ) أي إن المعوذتين ليستا من القرآن يعني أنه لم يثبت عند ابن مسعود رضي الله عنه القطع بذلك ثم حصل الاتفاق بعد ذلك ]

Hadis ini ada online dalam bahasa Inggeris, Volume 6, Book 60, Number 501:

http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/060.sbt.html

Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari sekali lagi menceritakan penafian Abdullah ibnu Mas’ud bahawa 2 surah tersebut bukan dari al-Quran:

وَقَدْ أَخْرَجَهُ عَبْد اللَّه بْن أَحْمَد فِي زِيَادَات الْمُسْنَد وَالطَّبَرَانِيُّ وَابْن مَرْدَوَيْهِ مِنْ طَرِيق الْأَعْمَش عَنْ أَبِي إِسْحَاق عَنْ عَبْد الرَّحْمَن بْن يَزِيد النَّخَعِيِّ قَالَ " كَانَ عَبْد اللَّه بْن مَسْعُود يَحُكّ الْمُعَوِّذَتَيْنِ مِنْ مَصَاحِفه وَيَقُول إِنَّهُمَا لَيْسَتَا مِنْ كِتَاب اللَّه

Fath al-Bari jilid 14 halaman 181, rujuklah pada bab:

قَوْله : ( وَقَالَ اِبْن عَبَّاس : الْوَسْوَاس إِذَا وُلِدَ خَنَسَهُ الشَّيْطَان ، فَإِذَا ذُكِرَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ ذَهَبَ ، وَإِذَا لَمْ يُذْكَر اللَّه ثَبَتَ عَلَى قَلْبه )

Bersambung…

------------------------------------------------------------------------------------------
Jawaban bagian kedua

Sambungan….

Sedangkan dalam Tafsir al-Qurtubi mengatakan al-Ma’uzatain adalah seperti mana surah al-Baqarah dan Aali ‘Imran. Barangsiapa yang mendakwa ia bukan bagian dari al-Quran maka kafirlah ia:

قال يزيد بن هارون : المعوذتان بمنزلة البقرة وآل عمران من زعم انهما ليستا من القرآن فهو كافر

Tafsir al-Qurtubi, jilid 1 halaman 85, rujuk bab:

باب ذكر جمع القرآن وسبب كتب عثمان المصاحف وإحراقه ما سواها وذكر من حفظ القرآن من الصحابة

Banyak lagi pengriwayatan seperti ini ditemui dalam kitab Ahlusunnah. Apakah saudara mahukan lagi? Saya bisa membawakannya lagi Insyallah.

Ulama Syiah Syaikh Saduq dalam kitab al-‘itiqadat fi din al-Imamiyah, halaman 84 mengatakan:

الاعتقادات في دين الإمامية - الشيخ الصدوق - ص 84

( 33 ) ( باب الاعتقاد في مبلغ القرآن ) قال الشيخ - رضي الله عنه - : اعتقادنا أن القرآن الذي أنزله الله تعالى على نبيه محمد صلى الله عليه وآله وسلم هو ما بين الدفتين ، وهو ما في أيدي الناس ، ليس بأكثر من ذلك ، ومبلغ سوره عند الناس مائة وأربع عشرة سورة ……………………. ومن نسب إلينا أنا نقول إنه أكثر من ذلك فهو كاذب


“I’tiqad kami, sasungguhnya al-Quran yang Allah ta’ala turunkan atas nabi Muhammad (saw) di antara dua sampul/kulitnya, ialah seperti yang ada di tangan manusia dan tidak melebihi darinya. Surahnya seperti mana disisi manusia mencangkupi 114 surah…. Barangsiapa mengaitkan kepada kami, bahawa kami mengatakan al-Quran itu lebih banyak darinya, maka ia pendusta”

Terakhirnya, al-Quran yang berada pada tangan orang Syiah hari ini ialah sama seperti yang dibaca oleh Ahlusunnah, baik di Iran mahupun di Nusantara. Ulama Ahlusunnah turut mengakui bahawa al-Quran yang ada pada Syiah Imamiah Ithna 'Asyariyah terjaga daripada perubahan dan penggantian. Orang yang mengatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat kekurangan, perkataannya tidak bisa diterima. Tahun 2005 saya pernah jalan-jalan di Iran ternyata al-Quran di sana sama seperti yang kita pakai.

Saya memohon maaf kalau ada kata-kataku yang salah atau tulisanku terlalu panjang, sasungguhnya saya tiada pernah terfikir untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak pantas. Saya cuma ingin berdialog sebagai saorang saudara muslim. Syukran wassalam…


Posting riwayat Tahrif lagi...


Assalamualaikum sahabatku, mohon maaf saya mahu bertanya apakah bagian pertama tulisan ku tentang riwayat Tahrif dalam kitab Ahlusunnah tak sampai? karena ku lihat hanya bagian kedua saja terpapar di layar. Jika tidak sampai saya akan kirim kembali bagian pertama itu.

Di sini ada beberapa riwayat Tahrif Ahlusunnah mengatakan dalam al-Quran pernah ada 70 nama orang Munafik, namun nama-nama itu telah dihapuskan karena anak-anak mereka adalah orang yang beriman. Allamah Baghwi mencatatkan dalam kitab tafsirnya, jilid 4 halaman 68, bab 22:


قال عبد الله بن عباس رضي الله عنهما: أنزل الله تعالى ذكر سبعين رجلا من المنافقين بأسمائهم وأسماء آبائهم ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة للمؤمنين، لئلا يعير بعضهم بعضا، لأن أولادهم كانوا مؤمنين.

Tafsir al-Khazin, jil 3, halaman 300, bab 63:

وقال ابن عباس : أنزل الله ذكر سبعين رجلاً من المنافقين بأسمائهم وأسماء آبائهم ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة منه على المؤمنين لئلا يعير بعضهم بعضاً لأن أولادهم كانوا مؤمنين


Tafsir al-Sirajul Munir, jil 1 halaman 1358, bab Surah al-Taubah:


قال ابن عباس: أنزل الله تعالى ذكر سبعين رجلاً من المنافقين بأسمائهم وأسماء آبائهم ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة على المؤمنين لئلا يعير بعضهم بعضاً لأنّ أولادهم كانوا مؤمنين

Tafsir al-Labab Ibnu ‘Adil, jil 8 halaman 312, bab 60:


قال ابن عباسٍ : « أنزل اللهُ تعالى ذكر سبعين رجلاً من المنافقين بأسمائهم ، وأسماء آبائهم ، ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة على المؤمنين ، لئلاَّ يُعيّر بعضهم بعضاً؛ لأن أولادهم كانوا مؤمنين »

Bagaimana pendapatmu tentang riwayat ini? Dan jikalau ada masalah tentang rujukannya silahkan beritahu saya, syukran, wassalam

1/29/2010 11:25 PM


Perawi Hadis Syiah dalam Sahih Bukhari

  1. Apakah Imam Bukhari tidak tahu mereka ini Syiah?
  2. Apakah mereka sudah Thiqah menurut pandangan saudara kita Ahlusunnah?
  3. Mengapakah Syiah mempercayai perawi Hadis Ahlusunnah dalam kitab mereka?
  4. Siapakah perawi-perawi Hadis Syiah itu?

Dalam kesibukan mencari rezeki kais pagi dan petang, tajuk di atas sangat bermanfaat untukku teliti sekarang....