Sunday, September 5, 2010


Indonesia;
Ahli akademik dakwa Candi Borobudur adalah tinggalan nabi Sulaiman (as)

Ahli akademik Indonesia yang membuat penyelidikan Lembaga Studi Islam dan Kepurbakalaan yang dipimpin oleh KH. Fahmi Basya, pensyarah Matematika Islam Universiti Islam Syarif Hidayatullah dikatakan telah berhasil mengaitkan kompleks candi di Jawa Tengah itu sebagai bangunan yang dibina oleh tentera Nabi Sulaiman (as).

Negeri Saba dalam kisah ratu balqis sebelum ini disebut berada di Yaman pernah juga dikaitkan dengan dengan negeri Sabah di kepulauan Borneo, Malaysia. Namun baru-baru ini ahli akademik Indonesia yang membuat penyelidikan Lembaga Studi Islam dan Kepurbakalaan yang dipimpin oleh KH. Fahmi Basya, pensyarah Matematika Islam Universiti Islam Syarif Hidayatullah dikatakan telah berhasil mengaitkan kompleks candi di Jawa Tengah itu bangunan yang dibangunkan oleh tentera Nabi Sulaiman (as).

Antara alasan yang dikemukakan adalah ratu Boko dalam sumber literatur Jawa mempunyai nama lain iaitu ratu Balqis. Manakala nama kota Slemen di Jogyakarta dikatakan berasal dari perkataan Sulaiman. Fahmi Basya menerangkan Sulaiman adalah satu-satunya nabi yang menggunakan pangkal nama Su. Kata suku Su inilah yang menjadi pangkal nama beberapa pemimpin Indonesia seperti Sukarno, Suharto dan Susilo.

Sementara patung-patung Buddha di candi tersebut dikatakan patung bidadara syurga yang mengambil nabi Sulaiman berambut kerinting sebagai modelnya. Rumusan penyelidikan tersebut turut menyimpulkan bahawa suku Jawa dikenali juga sebagai Bani Lukman kerana sifat-sifat suku tersebut berpandukan ajaran Lukmanul Hakim sebagaimana yang ada di dalam al-Quran.

Walau bagaimanapun teori Fahmi Basya ini perlu dikukuhkan dengan sebarang manuskrip yang seharusnya menjadi tunjang sejarah premier. Ahli sejarah, JJ Rijal pula memberitahu Jakarta Globe bahawa dakwaan Fahmi itu mungkin boleh dikategorikan sebagai sejarah ideologi.

Walau bagaimana pun Fahmi Basya menegaskan, setelah bukti-bukti berjaya dihimpunkan, beliau akan menyerahkan petisyen ke mahkamah untuk menuntut Candi Borobudur menjadi hak milik warisan Islam. - Wartawan ABNA.ir

Halaman gerbang candi Ratu Boko

No comments:

Post a Comment