Thursday, August 19, 2010

Kisah Cendiakawan & Tokoh Syiah; Tiga hikayat menarik tentang Syaikh Mufid.





Mimpi benar Syaikh Mufid

Pada suatu malam Syaikh Mufid bermimpi sedang duduk dalam satu masjid di Baghdad dan Fatimah Zahra (as) mengambil tangan Imam Hasan dan Imam Husain (as) lalu datang kepada Syaikh Mufid sambil berkata:یا شیخ! علّمهما الفقه"Wahai Syaikh! Ajari mereka berdua Fiqh"Sayikh Mufid terjaga dari tidur terpinga-pinga lantas memikirkan mimpi akah ini? dan saya ini siapa untuk mengajar Fiqh kepada dua imam? Dari sudut yang lain mimpi melihat Imam Maksum bukanlah mimpi syaitan.

Ketika subuh menyinsing Syaikh itu pergi ke masjid yang telah dia bermimpi dan duduk di sana, tiba-tiba dia melihat dari jauh seorang yang keliahatan seperti hamba sahaya perempuan yang baik memasuki masjid dan ditangannya dua anak lelaki.

Beliau datang kepada Syaikh dan berkata:ا شیخ! علّمهما الفقهSyaikh kini sudah mengerti maksud mimpinya dan beliau memberi pengajian dan pendidikan kepada anak-anak itu dengan bersungguh-sungguh serta meletakkan penghormatan yang sangat besar kepada kedua mereka.

Kedua anak itu tiada yang lain lagi kecuali Sayid Ridha yang tersohor sebagai Syarif dan Sayid Murtadha yang terkenal sebagai 'Allamul Huda. Kedua mereka merupakan ahli Fuqaha terkenal di zaman mereka.

Kebenaran bersama siapa?

Mereka telah berkata: Ada satu masalah antara Syaikh Mufid dan Sayid Murtadha khilaf pendapat. Mereka berdua bersetuju untuk menulis masalah tersebut ditulis kepada Amirul Mukminin (as)

Beberapa ketika berlalu, tertulis jawapan dengan satu tulisan bewarna hijau iaitu: انت شیخی و معتمدی و الحق مع ولدی علم الهدیiaitu: Wahai Syaikh Mufid! dikau berada dalam keyakinan namun kebenaran bersama anakmu (anak muridmu) 'Allamul Huda (Sayid Murtadha).

Kesilapan fatwa Syaikh Mufid dan bantuan ghaib.

Seorang warga desa datang kepada Syaikh Mufid bertanyakan soalan: Seorang perempuan hamil telah meninggal dunia dan kandungannya masih hidup, apakah perut perempuan itu hendaklah dibedah dan bayinya dikeluarkan atau beliau dan kandungannya dipusarakan? Syaikh Mufid menjawab: Kebumikanlah dia bersama kandungannya.

Lelaki itu pulang dalam perjalanan beliau terlihat seseorang datang kepadanya sambil berkata: Wahai lelaki, Syaikh Mufid berkata perut perempuan itu hendaklah dibelah, bayinya hendaklah dikeluarkan dan perempuan itu ditanam.Setelah beberapa lamanya peristiwa itu berlalu, kisah tersebut sampai ke pengetahuan Syaikh Mufid. Syaikh mengatakan: Saya tidak pernah mengutuskan sesiapa pun, termaklumlah bahawa orang itu Imam Mahdi. Saya telah tersalah dalam hukum hakam syariat, lebih baik saya tidak memberikan fatwa lagi. Kerana itu beliau balik ke rumah dan menutup pintunya. Beliau tiada lagi keluar dari rumah dan menjawab pertanyaan.

Beberapa ketika kemudian datanglah surat dari Imam Mahdi (aj) kepada Syaikh dengan jaminan: Tanggung jawab engkau ialah memberikan fatwa dan tanggungjawab kami ialah menjaga engkau. Kami tidak biarkan engkau melakukan kesilapan. Setelah mendapat arahan ini Syaikh kembali mengeluarkan fatwa.

Sumber: Kisah-kisah kehidupan ulama, karya Muhammad Taqi Sharfi

No comments:

Post a Comment