|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Canselor Universiti al-Azhar menyambut baik Fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin dunia Syiah Ayatullah Sayed Ali Khamenei yang mengharamkan sebarang penghinaan terhadap sahabat-sahabat nabi Muhammad dan seluruh isteri baginda.
Penghinaan tersebut telah menjadi kontroversi hangat antara Sunni dan Syiah dan menghalang perpaduan, namun kelompok ekstremis yang melakukan penghinaan tersebut terlalu sedikit bilangan mereka dan sering menimbulkan kontroversi seterusnya menjadi fitnah buat perpaduan Sunni Syiah.
Ahmad Tayyib menulis bahawa fatwa tersebut adalah tindakan bijak dan bakal menghancurkan fitnah.
"Saya berbesar hati menerima fatwa tersebut", ujar beliau dalam tulisannya.
Kata beliau, telah menjadi tanggungjawab bagi umat Islam untuk mengekalkan perpaduan dan tidak boleh mencetuskan perbalahan antara mazhab berbeza yang akan menghancurkan perpaduan ummah.
Tayyib juga menyatakan bahawa Mesir telah menerajui barisan depan perpaduan ummah. Media barat kelihatan berdiam diri terhadap fatwa ini.
No comments:
Post a Comment