Wednesday, August 4, 2010

Amaran Sayed Hasan Nasrullah: Persiapan cukup untuk menghadapi aggresif penceroboh.


Setiausaha agung Hizbullah Sayed Hasan Nasrullah memberi amaran pada hari Selasa kelmarin sambil mengisyaratkan serangan Israel di selatan Lubnan kelmarin bahawa Moqawamah tidak akan berdiamkan diri jikalau Israel menyerang tentera Lubnan di waktu akan datang. Beliau memberi jaminan bahawa tangan tentera Israel yang menyerang tentera nasional akan dipotong.


Amaran Sayed Hasan Nasrullah: Persiapan cukup untuk menghadapi aggresif penceroboh.

Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (as), Setiausaha Agung Hizbullah Sayed Hasan Nasrullah memberi amaran pada Selasa kelmarin bahawa pergerakan Moqawamah tidak akan berdiam diri jikalau tentera Israel menyerang tentera Lubnan di waktu akan datang, beliau memberi jaminan bahawa tangan penyerang akan dipotong.

Sayed Nasrullah telah berucap di televisyen layar besar di Stadium al-Raya di Selatan Beirut ketika pergerakan Hizbullah menyambut ulangtahun festival kemenangan, beberapa jam setelah serangan ganas Israel terhadap tentera Lubnan.

"Saya menyatakan dengan tulus hati, di mana saja tentera Lubnan yang diserang dan di sana juga ada Moqawamah, di sana juga ada kemampuan, pergerakan Moqawamah tidak akan berdiam diri atau senyap mahupun menahan diri", Sayed Nasrullah memberitahu orang ramai yang menyertai acara itu.

Menurut Sayed Hasan Nasrullah, keganasan Israel menyerang Lubnan, tanah airnya dan kedaulatannya tidak akan berhenti namun ia berlanjutan dengan berbagai jalan. "Ia telah mewujudkan bahawa tidak kurang dari 7,000 serangan ganas Israel terhadap kedaulatan Lubnan sejak 14 Ogos 2006 di mana dunia memilih untuk tidak membuka mulut. Serangan ini berlaku di udara, darat dan laut. Apa yang kita telah saksikan hanyalah pernyataan setelah itu" tambah beliau apa yang berlaku dalam peristiwa selasa lalu adalah buktinya.

Pernyataannya tentang kemajuan di selatan Lubnan, Sayed Nasrullah memberi perhatian kepada tentera Lubnan yang gugur itu ketika mempertahankan negara mereka. "Tentera Lubnan melakukan apa yang harus mereka lakukan iaitu mengorbankan tentera mereka. Wartawan Lubnan juga turut terkorban". Katanya.

Sementara itu setiausaha Agung Hizbullah menekankan bahawa Moqawamah telahpun mencapai kewaspadaan yang tinggi sepanjang hari, beliau menerangkan bahawa pemimpin Hizbullah telah dimaklumkan oleh tentera Lubnan sejak konflik pertama dan ia telah pun bersiap untuk berdiri di samping. "Ada panggilan peribadi komandan kawasan tersebut dan saya memberi arahan supaya tidak bertindak tanpa arahan secara langsung. Kami dimaklumkan bahawa kami tidak boleh memulakan sebarang kegiatan selama belum mendapat tugas dari arahan tertinggi tentera Lubnan. Kami sudah menghubungi komandan tentera Lubnan dan menerangkan bahawa kami sudah siap mengambil tindakan jikalau mereka arahkan. Kami telah lakukan apa yang diperlukan dalam usaha mempertahankan tanah air suci kami".

Sayed Nasrullah menekankan bahawa pesanan Lubnan tentang konflik ini sangat jelas, "Lubnan, seluruh Lubnan tidak akan berlunak dengan mana-mana serangan ganas tanah sucinya walaupun satu tangan pun". Menurutnya, kaedah ketenteraan ialah tentera, orang awam dan Moqawamah akan dimandikan dengan darah.

Hingga kini, Sayed Nasrullah bersumpah bahawa peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi diwaktu mendatang melainkan Israel mengulangi kesilapannya. "Mulai sekarang tentera Lubnan yang diserang di mana-mana bahagian Lubnan yang ada Moqawamah, pejuang Moqawamah tidak akan berdiri malas". Setiausaha Agung Hizbullah berjanji, "Kami akan memotong tangan Israel yang menyerang tentera Lubnan", katanya lagi.

"Pegawai dan tentera Lubnan adalah saudara kami yang tercinta. Bagaimana pejuang akan duduk diam sejak sekarang dalam keadaan tentera diserang? Saya berkata secara tulus, kami tidak akan berdiam diri dan akan memotong tangan Israel yang dihulurkan untuk menyerang tentera".

Setiausaha Agung Hizbullah juga mengingatkan isu tribunal siasatan khas Lubnan yang menyiasat pembunuhan perdana menteri Rafiq Hariri, beliau menolak tuduhan Israel bahawa Hizbullah terlibat dalam pembunuhan itu. Beliau berjanji akan memberi bukti yang jelas penglibatan Israel dalam kes tersebut pada sidang media bulan depan.

"Media Israel sedang bergembira menyiarkan segala jenis spekulasi ke arah itu, mereka berbicara tentang ledakan bom yang besar, perang saudara, krisis dan banyak lagi". Sayed Nasrullah mengatakan, partinya menekankan kebenaran. "Kami mahu mempertahankan perpaduan Lubnan dan menjadi rakyatnya yang sejati". Kata beliau lagi "Kami mahu mempertahankan negara kami, perpaduannya dan keamanan awam, oleh kerana kami mahukan kebenaran dan keselamatan untuk negara kami, kami telah mengadakan protes beberapa minggu lalu".

"Pada Isnin mendatang, saya akan mengadakan persidangan media di mana saya akan tampilkan bukti penglibatan Israel dalam pembunuhan Rafiq Hariri dan ia akan dibawa ke tribunal antarabangsa di Hague. Kami akan bawakan bukti penting bahawa Israel melalui ejennya, sudah cuba meyakinkan Hariri bahawa dalam tahun 1993 Hizbullah cuba membunuhnya. Kami menyalahkan Israel dalam pembunuhannya, dan beberapa orang yang akan saya dedahkan akan membuka garis penyiasatan terbaru yang akan membawa pengenalan ke atas pembunuhnya". Ujar Nasrullah.

Sayed Nasrullah mengistiharkan bahawa pada mulanya dia akan terpaksa mendedahkan salah satu rahsia penting hubungan salah satu operasi besar untuk mendekati bukti penglibatan Israel yang terlibat dalam pembunuhan Hariri. "Setelah persidangan media hendaklah inisiatif yang lebih serius diambil atas fakta yang akan didedahkan". Kata Sayed Hassan.

Sementara itu, Seiausaha agung Hizbullah berkata persidangan tiga pihak yang telah dilangsungkan di Beirut minggu lalu yang menggabungkan Presiden Lubnan Michel Sleiman, president Syria Bachar Assad dan Raja Saudi Abdullah bin Abdul-Aziz adalah perhatian untuk melindungi Lubnan. "Apa yang kami mengerti adalah terdapat usaha Arab untuk melindungi Lubnan dan kami mengalu-alukan semua usaha ini dan menyatakan kegembiraan setiap pendekatan Arab, terutama sekali antara Syria dan Arab Saudi kerana ia akan memberi kesan pertama Lubnan dan konsekuensi perselisihan Arab akan terlihat pertama kalinya di Lubnan". Komen Nasrullah tentang persidangan minggu lalu.

Sayed Nasrullah juga menekankan bahawa "Ada yang membangkitkan kebimbangan perang terhadap Lubnan boleh tercetus". Namun telah dipastikan sehingga kini tiada tanda-tanda perang di Lubnan dan beliau menafikan ada perang dalam masa terdekat. "Biarkan Israel salah maklumat dan biarkan dia percaya apa yang dia mahu, ada perkara yang akan kami dedahkan untuk mempertahankan negara dan ada perkara yang kami rahsiakan demi mempertahankan negara". Nasrullah menyatakan polisi Hizbullah tentang 'kekaburan konstruktif'yang menghalang beliau mendedahkan apa yang pejuang miliki menuruti "aerial deterrence" melainkan berlakunya perang berasingan dengan Zionis.

No comments:

Post a Comment