Thursday, October 23, 2014

Pembohongan facebook ISIS di Malaysia 19 Jun 2014


Sebuah lagi pembohongan terrorist Wahabi yang berjaya dirakam hari ini. Malangnya page terrorist tersebut sudah deactivate setelah sejam pembohongan ini berlangsung!

Sila lihat perkembangan terkini yang dilaporkan mereka pada hari ini:

 
 


Setelah diteliti ternyata gambar tersebut telah lama beredar dalam internet, antaranya ialah bertarikh 26 Mac 2014!


Memang benar, Terrorist Wahabi tidak akan mendapat meraih sokongan umat Islam melainkan dengan pembohongan.

Fitnah Wahabi terhadap mantan Mufti Mesir

Salah satu akaun penganut ajaran sesat Wahhabi beberapa minit lalu dikesan menyebarkan gambar yang menunjukkan mantan Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah telah mengeluarkan fatwa bahawa jimak dengan kondom tanpa perkahwinan bukanlah zina. Tanpa usul periksa akaun Wahabi yang bernama Abu Huzaifah al-Riyadhi itu langsung menghina ulama Ahli Sunnah tersebut.




Namun sebuah laman sosial sebaliknya mendedahkan bahawa gambar yang disebarkan itu telah dipalsukan! Mari sama-sama kita lihat dan cari kebenarannya:

https://www.facebook.com/DaBegad/photos/a.178588762292398.1073741826.178569885627619/389842287833710/?type=1&theater


Friday, May 2, 2014

Siapakah terrorist Wahabi menurut ulama Ahli Sunnah?


Menurut kajian kami, golongan ini mempunyai banyak nama di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah, antaranya ialah Wahabi, Khawarij Moden dan Anjing Neraka. Namun mereka tak layak dipanggil Salafi kerana Salaf (yang terdahulu) pada mereka hanya terbatas beberapa orang sahaja iaitu Muawiyah dan Yazid tanpa memasukkan Ali bin Abi Talib (a.s), Hasan dan al-Husain (a.s).Saksikan video berikut, dan insyallah ada lagi yang akan menyusul.








Thursday, December 12, 2013

Pengertian hakikat selawat (siri 1 - 4)


Allah s.w.t berfirman:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Iaitu sesugguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang yang beriman, berselawatlah ke atas baginda. Al-Ahzab ayat 56

Seakan-akan ayat memberikan peringatan bahawa Allah s.w.t ketika ingin menyuruh orang beriman beramal, pada mukadimahnya Allah s.w.t sendiri yang mendirikan amalan tersebut kemudian barulah Dia memerintahkan orang lain.

Umumnya Allah s.w.t secara langsung menujukan firmanNya kepada orang beriman sebagaimana dalam firman-firman yang lain: 

Wahai orang yang beriman (يا أيها الذين أمنوا) dirikanlah sembahyang (َأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ) - Al-Baqarah ayat 43, Wahai orang beriman, janganlah kamu berkata apa yang tidak kamu ketahui, (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ), demikianlah berpuluh-puluh ayat yang diawali kata-kata fokus secara langsung kepada orang beriman.

Di antara ayat-ayat yang jarang ditemui dalam al-Quran, kita dapati Allah s.w.t ketika mana menyuruh orang beriman melakukan amalan, kita dapati Allah s.w.t mula-mula yang memukaddimahkannya terlebih dahulu, setelah itu menyuruh orang beriman melakukan amalan ini, 

Selanjutnya kita dapati ayat suci yang mulia ini menyuruh orang beriman melakukan selawat!
Kalau kita pehatikan ayat-ayat yang lain, nescaya kita dapati ayat ini menyentuh tentang tauhid, membimbing kita ke arah hakikat diriNya sebagaimana firman dalam surah Al Imran ayat 18:

Jadi kita dapati urutan betapa pentingnya selawat sehingga kronologi, Allah s.w.t terlebih dahulu berselawat ke atas Nabi, kemudian disusuli para malaikat, setelah itu barulah perintah melakukannya bagi orang beriman. 

Bersambung…


Pengertian hakikat selawat (2)

Dari segi ilmu nahu, ayat selawat tidak didatangkan dengan fiʽil Mādhi (past tense), namun fiʽil Muḍāriʽ (present tense):


إِنَّ الله وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النبي

iaitu membawa maksud kesinambungan ungakapan selawat dalam ibadah dan kehidupan sehari-hari. Selain itu selawat membawa pengertian beberapa noktah penting seperti berikut:

1) bahawa selawat menunjukkan ketinggian urusan Nabi
2) tidak sepatutnya orang lain mendahului baginda dalam kepimpinan berbanding makhluk yang lain.

Ayat berikutnya datang dengan sighah Amar, iaitu perintah “berselawatlah ke atas baginda. Ianya menunjukkan bahawa hukum selawat itu wajib.

Maka timbullah persoalan asasi dalam ayat tersebut, apakah Nabi memerlukan selawat? kenapa kita diwajibkan berselawat? 

Hendaklah kita menghindarkan diri dari bertanya persoalan pertama kerana kita tidak berhak mempertikaikan hukum Allah, namun bagi menjawabnya secara berilmiyah ianya memerlukan pengertian kepada 2 noktah penting yang telah disebutkan sebelum ini. Bagi soalan kedua, Imam Zainal Abidin (a.s) dalam Sahīfah Al-Sajjadiyah menegaskan seperti berikut: 


اللهم إنك أمرت بالصلاة والتسليم على نبيك محمد صلى الله عليه وآله فريضة منك واجبة

“Ya Allah, sesungguhnya engkau memerintahkan selawat dan salam ke atas nabiMu, Muhammad s.a.w), iaitu fardhu yang diwajibkan daripada kamu”.

Dari sini datangnya ijma’ di kalangan ulama Syiah bahawa selawat adalah wajib di mana sahaja bumi kita berpijak, tidak terhad hanya dalam tahiyat semata-mata. Pun begitu terdapat perselisihan di kalangan sebahagian ulama Ahli Sunnah tentang perihal kewajipan selawat ini.

Menurut mazhab Abi Hanifah, selawat tidak wajib, dalam kitab Al-Baḥr Al-Zākhir Li Ibnu Najīm menyatakan bahawa:
وأما موجب الأمر في قوله تعالى { صلوا عليه } فهو افتراضها في العمر مرة واحدة في الصلاة أو خارجها ; لأن الأمر لا يقتضي التكرار
البحر الرائق شرح كنز الدقائق، علامة زين الدين ابن نجيم الحنفي، ناشر دار الكتاب الاسلامي، القاهرة، جزء الاول، كتاب الصلاة، باب صفة الصلاة، سنن الصلاة، صفحة 320



“Adapun kewajipan dalam firman Allah “صلوا عليه” merupakan kewajipan sekali selama hayat dikandung badan, samada dalam solat atau di luar solat, kerana perintah tersebut tidak menyatakan pengulangan.”

bersambung…

Pengertian hakikat selawat (3)
Imam Syafiʽī menjadikan selawat sebagai syarat, bahkan tidak sah solat tanpa selawat. Sebahagian daripada mereka berargumen bahawa selawat ke atas nabi dalam solat adalah wajib secara ijmaʽ
Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa selawat datang dengan ṣighah Amar dan Muḍāriʽ yang membawa maksud kesinambungan dan penerusan amalan. Kenapa pula masih ada yang menafikan kewajipan bahkan sebahagian menyatakan selawat hanya wajib satu kali seumur hidup, sehingga yang lain pula menegaskan solat menjadi batal tanpa selawat. Semua ini akan dibahaskan dalam tulisan ini nanti.

Dalam Sahih al-Bukhari Kaʽab bin ʽUjrah berkata, kami bertanya kepada Nabi:



 فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ الصَّلاَةُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ عَلَّمَنَا كَيْفَ نُسَلِّمُ . قَالَ « قُولُوا

Wahai Rasulullah, bagaimana cara kami berselawat ke atas kamu Ahlul Bait, sesungguhnya Allah telah mengajar kami bagaimana kami memberi salam. Jawab baginda: Katakanlah:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

 Untuk masuk ke dalam perbahasan ini perlu diketahui apa makna Allah berselawat ke atas seseorang.

Selawat dalam makna istilah itu ialah ‘selawat’ ialah:



وسُمِّيت الصلاةُ المخصوصة صلاةً لما فيها من تعظيم الرَّبِّ تعالى 
لسان العرب ج: 14 ص: 466

 Dinamakan solat khusus ialah solat (selawat) yang mana Allah mengagungkan seseorang.

Inilah dia maksud selawat yang menjadi amalan kita siang dan malam. Namun dari segi bahasa ketika kita berkata selawat yang berasal dari perkataan ‘solat’, maka ia membawa makna ‘doa’.

وأَصلُها الدعاءُ في اللغة
لسان العرب ج: 14 ص: 466


“dari segi bahasa, asal usulnya ialah doa”

Apa maksud Allah s.w.t dan para malaikat berselawat ke atas seseorang?

Terdapat riwayat dari kedua-dua firqah, Syiah dan Sunni yang menyatakan "إنزال الرحمة عليه" iaitu penurunan rahmat ke atasnya. Dalam kitab Thawāb Al-Aʽmal, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib ketika ditanya tentang selawat, beliau menjawab:


حين سُئل عن ذلك فقال : صلاة الله رحمة من الله له

ثواب الأعمال : 187 / 1


‘Selawat Allah’ ialah rahmat Allah untuknya

Begitu juga dalam kitab Maʽāni Akhbar:


فقال : الصلاة من الله عز وجل رحمة
معاني الأخبار : 367 / 1، ثواب الأعمال : 156


Selawat daripada Allah ialah rahmat.
Kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah juga memuatkan makna selawat sebagai rahmat:


وَقَالَ الْمُبَرِّد : الصَّلَاة مِنْ اللَّه الرَّحْمَة

فتح الباري ج: 18 ص: 137


Al-Mubarrid berkata: Selawat daripada Allah ialah rahmah



قال الأَزهري هذه الصَّلاةُ عندي الرَّحْمة
لسان العرب ج: 14 ص: 464

Al-Azhari berkata: Selawat ini menurutku ialah rahmat


ابن الأَعرابي الصلاةُ من اللهِ رحمةٌ
لسان العرب ج: 14 ص: 464


Ibnu Al-Aʽrabī berkata, selawat daripada Allah ialah rahmat
Bukan bermakna Allah mengambil tasbih dengan tanggannya dan menghitung selawat, tidak! bukan begitu. Dalam perkara laknat pun begitu juga.

Bersambung.....


Pengertian hakikat selawat (4)

Namun sebelum kita berpindah ke perbahasan asal ini, adalah lebih baik kita ambil perhatian terhadap noktah penting ini, dan janganlah kita lupa bahawa ayat selanjutnya menyatakan:


وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 

“Dan sampaikanlah salam yang sebenar-benar salam”?

Apakah makna sampaikanlah salam dengan sebenar-benar salam? Biasanya yang difahami dari ayat tersebut ialah ‘salam’. Kerana itu ketika nama Nabi s.a.w disebut maka kita akan menyusulikan lafaz:


صلى الله عليه وآله وسلم

kalau begitu di sini kita mengambil taslīm dalam ayat tersebut sebagai makna salām, yang bermaksud: 


السلام عليك يا رسول الله 

“Salam ke atasmu wahai Rasulullah”

Inilah yang difahami oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun ketika kita merujuk kepada hadis-hadis Syiah dalam tafsir ayat ini, maka kita dapati antaranya ialah hadis berikut:


سألت أبا عبدالله الصادق عليه السلام عن قول الله عزل وجل إِنَّ الله وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ، قال عليه السلام: الصلاة عليه والتسليم له في كل شيءٍ جاء به 

Aku bertanya kepada Aba Abdillah, Imam Jaafar Al-Sādiq a.s tentang firman Allah ‘Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat’. Jawab imam Jaafar: Ianya ialah selawat ke atas baginda, dan kepatuhan dalam setiap yang dibawa baginda. - Tafsir al-Burhan, Sayid Hashīm Al-Baḥrānī.

Apakah Imam a.s menafsirkan ‘taslīm’ sebagai salam atau kepatuhan? Jelas perbezaan besar kalau kita katakan makna ‘wa sallimū taslīmā’ sebagai ‘Salam ke atasmu’ (السلام عليك)/ ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya’ dengan maknanya sebagai “patuhilah Rasul s.a.w dengan sebenar-benar kepatuhan’, atau tafsir dengan ayat al-Qur’an yang lain: 


وَمَا آتَاكُمُ الرسول فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا 

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.”

Oleh itu ayat tersebut bukanlah perintah memberikan salam kepada Rasulullah s.a.w setelah perintah selawat. Namun Allah s.w.t menyuruh kita berselawat ke atas Nabi s.a.w, kemudian apa yang perlu dilakukan oleh orang beriman? yang perlu dilakukan ialah taatilah Nabi s.a.w. Oleh itu wajiblah bagi orang beriman agar mematuhi segala yang dibawa oleh baginda.

Hadis ke-dua dari kitab tafsir, daripada Amīrul Mukminīn Ali bin Abi Talib a.s, dalam firman:


إِنَّ الله وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النبي يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
ولهذه الآية ظاهر وباطن فالظاهر قوله : " صلوا عليه " والباطن قوله : " وسلموا تسليما" أي سلموا لمن وصاه واستخلفه، وفضله عليكم، وما عهد به إليه تسليما، 


Ayat ini mempunyai makna zahir dan batin. Makna zahirnya ialah: patuhilah orang yang menjadi waṣī, yang menggantikan baginda, yang dilebihkannya ke atas kamu, dan kamu semua hendaklah mematuhi dengan sebenar-benar kepatuhan.

Ianya membawa makna kepatuhan dengan bersungguh-sungguh terhadap apa yang disampaikan oleh baginda mengenai wīlāyah Ali bin Abi Talib a.s. 

Oleh itu ayat ini dari satu sisi membawa penerangan bahawa wajib ke atas kamu berselawat, setelah selawat samada ‘memberi salam ke atas baginda dengan sebenar-benar salam’ atau ‘mematuhi dengan sebenar-benar kepatuhan’. Yang mana satu benar di antara kedua-duanya?

Dari asas ini, hendaklah kita katakan, seandainya ‘sallim’ dan ‘taslīm’ ke atas Nabi s.a.w itu bermakna ‘memberikan salam’, apakah Allah s.w.t memberikan salam ke atas baginda dalam ayat sebelumnya atau tidak?

Dalam al-Qur’an Allah s.w.t hanya berselawat! Maka ayat ‘wa sallim’ itu menyusul padahal tidak disebut Allah memberikan salam. Pun begitu masih ada golongan yang mengambil makna ‘taslīm’ sebagai ‘memberi salam’.

Terbayang difikiran kita sebahagian saudara-saudara mengambil makna ‘sallim’ sebagai memberikan salam. Sedangkan terdapat banyak riwayat daripada para imam Ahlul Bait a.s yang menerangkan bahawa makna ‘salām’ dalam ayat ‘وسلموا’ bukan bermakna ‘sampaikanlah salam’, iaitu: 


السلام عليك يا رسول الله 

Bahkan sebenarnya ‘Patuhilah baginda dan patuhilah apa sahaja yang disampaikan baginda.

Antara yang perkara penting yang disampaikan oleh baginda ialah wasiat kekhalifahan Amīrul Mukminīn Ali bin Abi Talib a.s, maka inilah masalah asasi. Imam Ali a.s dikatakan mempunyai tafsir zahir dan batin.

Kerana itu tatkala anda merujuk pada kalimah para penyelidik di kalangan ulama yang teliti, nescaya ditemui perkara ini dalam kitab-kitab mereka tidak berkata:


صلى الله عليه وآله وسلم 

Tetapi mereka berkata:


صلى الله عليه وآله

Apakah mereka menambah ‘وسلم’? tidak! mereka tidak menambahnya.


Bersambung...

Tuesday, December 10, 2013

[Jawapan fitnah khutbah Jumaat JAKIM] Pernahkah Ahlusunnah menghalalkan liwat? 09:16 12122013


Dalam khutbah Jumaat  29/10/2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cuba menimbulkan fitnah bahawa Syiah mengharuskan liwat. Sebagai jawapan balas, kami dedahkan bukti bahawa terdapat individu dikalangan Sunni yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Apakah JAKIM ingin kita saling membuka aib masing-masing sedangkan musuh kita bersorak? Harapan kami daripada pihak JAKIM ialah segera memohon maaf secara terbuka dan berhenti memfitnah mazhab Syiah Imamiyah sebelum jawapan balas begini muncul satu persatu.

Ijma’ ulama tentang pengharaman liwat:

Tidak seorangpun tokoh-tokoh besar empat mazhab Ahlusunnah yang mengizinkan amalan ini kerana mereka menganggap perbuatan tersebut bercanggah dengan nas al-Qur’an.

Mazhab Hanafi tidak menjatuhkan hukuman had ke atas perbuatan ini, namun pelakunya dikenakan ta’zir

Di kalangan para ulama mazhab Ḥanafi, ada pendapat tidak perlu menjatuhkan hukuman had ke atas individu yang melakukan perbuatan ini, malah menurut hakim mereka pelakunya hendaklah dikenakan hukuman ta’zir:


 مَطْلَبٌ فِي حُكْمِ اللِّوَاطَةُ... فَعِنْدَ أَبِي حَنِيفَةَ يُعَزَّرُ بِأَمْثَالِ هَذِهِ الْأُمُورِ.
حاشية رد المختار ابن عابدين الحنفي ج 4 ص 27، دار الفكر-بيروت، الطبعة: الثانية، 1412هـ - 1992م

Mengenai hukum liwat… menurut Abu Hanifah hukumnya ta’zir
Ḥashiyah Rad al-Mukhtār Ibnu ʽĀbidīn Al-Ḥanafī, jilid 4 muka surat 27





Berikut adalah beberapa contoh mengenai hukuman ta’zir yang diputuskan oleh ulama mazhab Imam Abu Hanifah terhadap pelaku liwat:

حكم اللواطة بالرجال  : واما اللواط بالرجال فانه ليس في التحريم كالجماع ولا يحرم شيئا
وحده كحد الزنا في قول النخعي وابي يوسف ومحمد وابي عبد الله وفي قول ابي حنيفة ليس فيه حد وفيه التعزير 
فتاوى السغدي ج1/ص269

Hukum liwat bagi lelaki: Liwat bagi lelaki, tidaklah haram sebagaimana ijma’, tidaklah menyebabkan haram seseorang terhadap yang lain, dan had baginya seperti zina adalah menurut pandangan al-Nakha’i, Abu Yusuf, Muhammad dan Abu Abdillah.
- Fatawa al-Saghdi, jilid 1 muka surat 269.

Beberapa ulama Syafi’i yang tidak menganggap hukuman liwat adalah had, sebaliknya ta’zir yang dikenakan:

Dalam perkara ini Ibnu Sahl Abi Wardi yang merupakan ulama tersohor mazhab Syafi’i menukilkan seperti berikut:

التلوط بالغلام المملوك : ذكر القاضي الحسين في التعليقة أنه حكي عن الشيخ ابن سهل وهو الأبيوردي كما هو مصرح به في بعض نسخ التعليقة وصرح به ابن الرفعة في الكفاية أن الحد لا يلزم من يلوط بغلام مملوك له بخلاف مملوك الغير ؛ قال القاضي وربما قاسه على وطء أمته المجوسية أوأخته من الرضاع وفيه قولان انتهى . 
وهذا الوجه محكي في البحر والذخائر وغيرهما من كتب الأصحاب لكن غير مضاف إلى قائل معين وعلله صاحب البحر بأن ملكه فيه يصير شبهة في سقوط الحد ؛ والذي جزم به الرافعي تبعا لأكثر الأصحاب أنه لا فرق بين مملوكه وغيره ، نعم في اللواط من أصله قول أن موجبه التعزيز . قال الرافعي : إنه مخرج من القول بنظيره في إتيان البهيمة ، قال : ومنهم من لم يثبته - طبقات الشافعية الكبرى ج4 ص45 

Qadhi Husain dalam komennya menyebut bahawa Syeikh Ibnu Sahal Abi Wardi menyatakan sekiranya seseorang itu meliwat hamba sahayanya, namun sekiranya hamba sahaya ini kepunyaan orang lain, maka dia akan dikenakan hukuman had. Al-Qadhi berkata, kemungkinan kata-kata ini berasal dari qiyās bersetubuh dengan hamba Majusi atau saudara susu perempuan. Ini disebabkan terdapat dua pendapat yang diterima (salah satunya hukuman had, dan pendapat lain ialah ta’zīr).

Kemungkinan ianya menceritakan perkara ini yang dinukil dari kitab Al-Baḥr, Dzakhā’ir dan kitab-kitab mazhab Syafiʽi yang lain lagi. Tetapi tidak dapat dipastikan siapakah orang yang berkata demikian, dan sebab-sebab. Pengarang kitab al-Baḥr menganggap fatwa ini disebabkan faktor tersebut yang mana kepemilikan (hamba) menimbulkan syubhat dan hukuman had digugurkannya. Namun apa yang diyakini oleh Rafiʽī dan kebanyakan golongan Syafiʽi ialah tidak ada perbezaan antara hamba dan orang lain. Memang benar prinsip dalam perkara liwat ialah menyebabkan taʽzir. Al-Rāfiʽī berkata: Amalan ini seperti menyetubuhi haiwan, sebahagiannya belum dapat disabitkan (tidak dikenakan hukuman had).
- Ṭabaqāt Al-Shāfiʽiyyah al-Kubrā, jilid 4 muka surat 45




Dalam beberapa perkara, sebahagian ulama mazhab Hanbali menjatuhkan hukuman taʽzir, bukan had 

Anak murid terkenal Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah yang merupakan salah seorang pemimpin pemikiran akidah golongan Salafi dan tokoh mazhab Hanbali berkata:

وقال ابن عقيل في فصوله فإن كان الوطء في الدبر في حق اجنبية وجب الحد الذى أوجبناه في اللوط وعلى هذا فحده القتل بكل حال وإن كان في مملوكه فذهب بعض اصحابنا أنه يعتق عليه وأجراه مجرى المثلة الظاهرة وهو قول بعض السلف
بدائع الفوائد ج4 ص908 

Ibnu ʽAqīl di dalam kitab Fushūlnya berkata: Sekiranya liwat pada dubur perempuan ajnabi, diwajibkan hukuman had sebagaimana yang diwajibkan ke atas kita, iaitu hukuman bunuh. Tetapi sekiranya meliwat hamba sahayanya, maka beberapa ulama kita memberikan fatwa bahawa hamba sahayanya itu dimerdekakan (tidak dijatuhi hukuman), dan perbuatan ini dikira seperti hukuman memotong anggota tubuh hamba, inilah pandangan sebahagian ulama Salaf.

Apakah pandangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaʽah tentang taʽzir?

Taʽzir ialah hukuman yang dijatuhkan oleh seseorang hakim, iaitu sekiranya ia mahu cukuplah hanya melepaskan kemarahan dan memberikan keampunan, samada sepuluh sehingga 70 sebatan sebagaimana yang disebut Zailaʽī al-Ḥanafī mengenai perkara ini:

  فصل في التعزير   ... واجتمعت الأمة على وجوبه في كبيرة لا توجب الحد أو جناية لا توجب الحد  ثمّ هو قد يكون بالحبس وقديكون بالصفع وبتعريك الآذان وقد يكون بالكلام العنيف أو بالضرب وقد يكون بنظر القاضي إليه بوجه عبوس وليس فيه شيء مقدر وإنما هو مفوض إلى رأي الإمام على ما تقتضي جنايتهم ... وكذا ينظر في أحوالهم فإن من الناس من ينزجر باليسير ومنهم من لا ينزجر إلا بالكثير وذكر في النهاية التعزير على مراتب تعزير أشراف الأشراف وهم العلماء والعلوية بالإعلام وهو أن يقول له القاضي بلغني أنك تفعل كذا وتعزير الأشراف وهم الأمراء والدهاقين بالإعلام والجر إلى باب القاضي والخصومة في ذلك وتعزير الأوساط وهم السوقية بالإعلام والجر والحبس وتعزير الأخسة بهذا كله والضرب
تبيين الحقائق ج3 ص207 

Fasal menyatakan tentang Taʽzir… Umat sepakat hukuman tersebut wajib dikenakan bagi hukuman dosa besar yang mana ia tidak menyebabkan hukuman had, atau jenayah yang dikenakan hukuman had. Ta’zir boleh jadi pemenjaraan, atau ditampar belakangnya dengan telapak tangan secara perlahan dan menyakiti telinganya, kadangkala juga diherdik atau dipukul, kadang-kadang pula hakim merenungnya dengan garang. Tidak ada ukuran hadnya, ia terserah pada pandangan hakim ke atas perbicaraan terhadap jenayah mereka… Hakim akan melihat pada keadaan para penjenayah, kerana ada sebahagian insan dapat menjadi baik dengan sedikit peringatan, manakala sebahagian yang lain pula tidak akan beradab melainkan dengan peringatan keras. Kesimpulannya taʽzir menurut peringkat keadaan orangnya. Taʽzir yang paling besar untuk pembesar yang terdiri daripada golongan ulama dan sādāt, dengan cara memberi peringatan, iaitu qadhi berkata kepada pesalah: Telah sampai ke pengetahuanku bahawa engkau melakukan perbuatan itu. Taʽzir untuk pembesar iaitu para pemimpin dan ketua kampung dengan memberi peringatan dan membawanya ke rumah qadhi dan mahkamah. Taʽzir untuk orang pertengahan iaitu para peniaga dengan memberi peringatan, membawa pesalah ke mahkamah dan memenjarakannya. Taʽzir untuk orang biasa ialah sama seperti semua hukuman sebelum ini beserta sebatan.




Paling banyak sepuluh sebatan!

Ahli Sunnah Wal Jamaah juga mempunyai hadis dari kitab muktabar mereka iaitu paling banyak bagi hukuman taʽzir ialah sepuluh sebatan. Al-Bukhāri di dalam kitab Saḥīḥnya, bab al-Muḥāribīn berkata:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ حَدَّثَنِى يَزِيدُ بْنُ أَبِى حَبِيبٍ عَنْ بُكَيْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِى بُرْدَةَ - رضى الله عنه - قَالَ كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « لاَ يُجْلَدُ فَوْقَ عَشْرِ جَلَدَاتٍ إِلاَّ فِى حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ- صحيح البخاري، ج 22، ص 404 ح 6848

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seseorang tidak boleh didera lebih dari sepuluh kali deraan, kecuali di dalam salah satu hukum hudud."

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِىٍّ حَدَّثَنَا فُضَيْلُ بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ أَبِى مَرْيَمَ حَدَّثَنِى عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جَابِرٍ عَمَّنْ سَمِعَ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « لاَ عُقُوبَةَ فَوْقَ عَشْرِ ضَرَبَاتٍ إِلاَّ فِى حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ- صحيح البخاري، ج 22، ص 405 ح 6849

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seseorang tidak boleh didera lebih dari sepuluh kali deraan, kecuali di dalam salah satu hukum hudud."

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنِى ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِى عَمْرٌو أَنَّ بُكَيْرًا حَدَّثَهُ قَالَ بَيْنَمَا أَنَا جَالِسٌ عِنْدَ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ إِذْ جَاءَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جَابِرٍ فَحَدَّثَ سُلَيْمَانَ بْنَ يَسَارٍ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا سُلَيْمَانُ بْنُ يَسَارٍ فَقَالَ حَدَّثَنِى عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جَابِرٍ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا بُرْدَةَ الأَنْصَارِىَّ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « لاَ تَجْلِدُوا فَوْقَ عَشْرَةِ أَسْوَاطٍ إِلاَّ فِى حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ - صحيح البخاري، ج 22، ص 406 ح 6850

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kamu mendera lebih dari sepuluh kali deraan, kecuali di dalam salah satu hukum hudud."

Muslim Nishābūrī turut meriwayatkan hadis yang hampir sama di dalam kitab Ṣaḥīḥnya, pada bab Qadr Aswāṭ al-Taʽdzīr, malangnya keremehan hukuman liwat menyebabkan beberapa orang yang berpenampilan ulama dan khalifah yang hidup setelah beliau telah melakukan perkara ini atau menganggap perbuatan tersebut dibenarkan!

Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaʽah yang dituduh melakukan perbuatan ini


Yaḥyā bin Aktham (يحيى بن أكثم)

Beliau merupakan salah seorang musuh para Imam Ahlul Bait dan terkenal dengan kisah debatnya dengan Imām Jawād (a.s). Menurut cendiakawan Islam Sunni, beliau merupakan salah seorang imām dan ulama yang tinggi martabatnya. Ibnu Kathīr berkata tentangnya:


كان يحيى بن أكثم من أئمة السنة وعلماء الناس ومن المعظمين للفقه والحديث 
البداية والنهاية ج 14 ص 350 

Yaḥyā bin Aktham merupakan salah seorang imām Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan salah seorang ulama bagi manusia, daripada tokoh besar fikah dan hadis. - Albidāyah Wal Niḥāyah, jilid 14 muka surat 350





Beliau merupakan salah seorang qadhi Ahli Sunnah dan ulama terkenal. Kedua-dua golongan Syiah dan Sunni telah menukilkan banyak perkara daripada beliau, namun tulisan ini akan memberikan fokus terhadap kata-kata ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap personalitinya:

Thaʽālibī: Yaḥyā bin Aktham dan Bani Al-ʽAbbās peliwat terulung bangasa Arab

Salah seorang ulama terkenal Ahlusunnah bernama Thaʽalibī, meninggal dunia pada tahun 420 Hijrah telah menulis perihal Yaḥyā bin Aktham sebagai individu paling terkenal dengan amalan liwat. Menurutnya:

لواط يحيى ابن أكثم
أصله من مرو؛ واتصل بالمأمون أيام مقامه بها، فاختص به، واستولى على قلبه، وصحبه إلى بغداد، وأحله محل الأقارب أو أقرب.
وكان متقدماً في الفقه، وأدب القضاء، حسن العشرة، عذب اللسان، وافر الحظ من الجد والهزل.
ولاه المأمون قضاء القضاة، وأمر بألا يحجب عنه ليلاً ولا نهاراً؛ وأفضى إليه بأسراره، وشاوره في مهماته.
وكان يحيى ألوط من ثفر، ومن قوم لوطٍ؛ وكان إذا رأى غلاماً يستشرطه، وقعت عليه الرعدة، وسال لعابه، وبرق بصره.
وكان لا يستخدم في داره إلا المرد الملاح، ويقول قد أكرم الله تعالى أهل جنته بأن أطاف عليهم الغلمان في حال رضاه عنهم، لفضلهم على الجواري؛ فما بالي لا أطلب هذه الزلفى والكرامة في دار الدنيا معهم!.
ويقال: إنه هو الذي زين للمأمون اللواط، وحبب إليه الولدان، وغرس في قلبه فضائلهم ومحاسنهم وخصائصهم؛ وقال: إنهم بالليل عرائس، وبالنهار فوارس؛ وهم للفراش والهراش، وللسفر والحضر؛ فصدر المأمون عن رأيه، وجرى في طريقه؛ واقتدى به المعتصم، حتى استهتر بهم، وملك ثمانية آلاف منهم.
وما كان بنو العباس يحومون حولهم
ثمار القلوب في المضاف والمنسوب ج1 156 ش 221 

Liwat Yaḥyā ibn Aktham: Dia berasal dari Marwa, mempunyai hubungan dengan makmun ketika dia mempunyai kedudukan, berjaya menguasai hatinya, dan menemaninya ke Baghdad, merupakan individu khas yang paling dekat dengan makmun. Beliau terkedepan dalam bidang fikah dan Adab al-Qadā’, mempunyai interaksi dan penerangan yang baik, pakar dalam berjenaka dan berbicara serius. Makmun mengangkatnya sebagai qadhi al-Qudhāt. Beliau memerintahkan supaya Yaḥyā tidak dihalang untuk bertemu dengannya samada malam atau siang. Makmun mendedahkan rahsia kepadanya dan bermesyuarat dengannya tentang apa sahaja. Yaḥyā adalah peliwat lebih besar dari thafar dan kaum nabi Lut. Sekiranya melihat anak lelaki yang membuatkannya kekaguman, dirinya bergelora, air liurnya mengalir dan matanya berkedip. Dia tidak mengambil pekerja di rumahnya melainkan lelaki muda (belum tumbuh janggut) yang menyenangkannya.  Katanya: Allah (s.w.t) memuliakan ahli syurga kerana mengelilingkan mereka dengan anak lelaki sedangkan Dia meredai mereka, kerana mereka merupakan hamba-hamba yang terbaik. Kenapa tidak aku terlintas untuk meminta kenikmatan dan kemuliaan ini di dunia bersama mereka!
Dikatakan bahawa: Dialah yang mendorong makmun untuk melakukan liwat, dan menyebabkannya suka pada anak lelaki, menyemai dalam hatinya tentang keelokan, kelebihan dan ciri-ciri istimewa mereka. Dia berkata: Kerja mereka di malam hari adalah pengantin perempuan, dan disiang hari adalah penunggang, mereka bekerja samada di rumah, perburuan, perjalanan atau di kota. Kerana itu Makmun menerima pandangannya dan menuruti jalannya. Muktasim mengikuti jejaknya sehingga terkenalkah tempat perhimpunan para anak lelaki yang berjumlah lapan ribu. Bani Abbas pun tidak memperdulikan mereka.
- Thimār al-qulūb Fī al-Muḍāf wa Al-Mansūb



Makmun dan perbuatan Yaḥyā


ويحكى أن المأمون نظر يوما إلى يحيى فى مجلسه وهو يحد النظر إلى ابن أخيه الواثق وهو إذ ذاك أمرد تأكله العين فتبسم إليه وقال يا أبا محمد حوالينا ولا علينا فقال يا أمير المؤمنين إن الكلب لا يأكل النار 
ثمار القلوب في المضاف والمنسوب ج1 156 ش 221

Diceritakan bahawa pada suatu hari dalam satu majlis, Makmun melihat pada Yahya sedangkan Yahya memerhatikan anak saudaranya bernama al-Wāthiq  yang masih muda, tidak berjanggut dan mata mempersonakan. Maka dia tersenyum padanya dan berkata: Wahai Aba Muhammad, janganlah cuba berurusan dengan kami dan pergilah kepada yang lain. Jawabnya: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya anjing tidak makan api (aku tidak mampu berurusan denganmu)
- Thimār al-qulūb Fī al-Muḍāf wa Al-Mansūb, jilid 1

Pengakuan Yahya  tentang amalannya:

Ketika berkhalwat bersama Makmun, Yahya memuji amalan kejinya untuk Makmun dan menukilkan perbuatan terkutuk itu. Silakan rujuk sendiri dalam kitab Thimār al-Qulūb, pada halaman yang sama kerana matannya tidak dapat disebutkan di sini.


Sindiran Yahya kepada cucu Abu Hanifah 


وسمعه إسماعيل بن حماد بن أبى حنيفة يوما يغض من جده فقال له ما هذا جزاءه منك قال حين فعل ماذا حين أباح المسكر ودرأ الحد عن اللوطى 
ثمار القلوب في المضاف والمنسوب ج1 156 ش 221

Pada suatu hari, cucu Abu Hanifah mendengar bahawa Yahya berkata keburukan datuknya, kemudian cucu Abu Hanifah berkata: Apakah ini balasan engkau (kepada datukku)? Jawabnya: Malah dia menghalalkan mabuk dan mencegah hukuman hudud terhadap perbuatan liwat.
- Thimār al-qulūb Fī al-Muḍāf wa Al-Mansūb, jilid 1

Sindiran dan kenyataan para penyair tentang Yahya bin Aktham

Kemasyhuran perbuatan liwat Yahya, mendorong para penyair menuduhnya dengan amalan itu secara terang-terangan dalam bentuk rangkai kata syair.

Abu Sakhrakh al-Riyashi mendendangkan Syair ini manakala Ahmad bin Abu Naʽim membacanya di hadapan Makmun.


حاكمنا يرتشي وقاضينا             يلوط والرأس شرّ ما رأس‏
تاريخ بغداد ج14/ص196 

Hakim mengambil harta kami tanpa hak dan qadhi kami meliwat, oleh itu kepala kejahatan ialah ketuanya. - Tārīkh Baghdād, jilid 14 muka surat 196

Begitu rangkai kata yang dinisbahkan kepada Yahya seperti berikut:


قاض يرى الحد في الزنا            ولا يرى على من يلوط بأس
تاريخ بغداد ج14 ص196 - تاريخ مدينة دمشق ج64 ص81 و 82- المنتظم ج11 ص319 - شذرات الذهب ج2 ص41 - محاضرات الأدباء ج1 ص249 

Qadi melihat hukum had pada zina, dan tidak apa-apa pada orang yang meliwat.
- Tārīkh Baghdād, jilid 14 muka surat 196, Tārīkh Madīnah Dimashq, jilid 64 muka surat 81-82, Al-Muntaẓam, jilid 11 muka surat 319, Shadzarāt al-Dzahāb, jilid 2 muka surat 41, Muḥādharāt Al-Udabā, jilid 1 muka surat 249.


Begitu juga dalam rujukan berikut:

Muḥādhrāt Al-Udabā, jilid 1 muka surat 249; Thimār al-qulūb Fī al-Muḍāf wa Al-Mansūb, jilid 1, muka surat 156.

Ucapan Yahya apabila melihat pemuda yang mempersonakannya

Dzahabī dan beberapa tokoh Sunni yang lain menukilkan perbuatan Yahya bin Aktham dengan menyatakan: 


مضيت أنا وداود الاصبهاني إلى يحيى بن أكثم ، ومعنا عشرة مسائل ، فأجاب في خمسة منها أحسن جواب . ودخل غلام مليح ، فلما رآه اضطرب ، فلم يقدر يجئ ولا يذهب في مسألة . فقال داود : قم ، اختلط الرجل.
سير أعلام النبلاء ج12 ص10- تهذيب التهذيب ج11 ص160 - تهذيب الكمال ج31 ص211 - تاريخ مدينة دمشق ج64 ص83 


Aku dan Da’ūd Iṣfahānī pergi kepada Yahya bin Aktham, pada kami ada sepuluh persoalan. Dia menjawab dengan baik lima pertanyaan. Ketika itu seorang anak lelaki yang mempersonakannya masuk dan Yahya rasa bergelora apabila melihatnya. Yahya tidak lagi mampu menjawab pertanyaan. Da’ūd pun berkata: Bangunlah, dia sudah bingung!.
- Siyar Aʽlam Al-Nubala, jilid 12 muka surat 10; Tahdzīb Al-Tahdzīb jilid 11 muka surat 160; Tahdzīb al-Kamāl, jilid 31 muka surat 211; Tārīkh Madīnah Dimashq, jiilid 64, muka surat 83.





Abdullah bin Mubarak:


لما استولى الناصر على طبرستان فوض إلى عبد الله بن المبارك القضاء وكان يرمى بالابنة فقال يا أمير المؤمنين أنا أحتاج إلى رجال أجلاد يعينونني فقال قد بلغني ذلك
محاضرات الأدباء ج1ص249 

Tatkala menguasai Tabristan, Al-Nāṣir menyerahkan kuasa kehakiman kepada Abdullah bin Al-Mubarak. Beliau dituduh mengalami penyakit pruritus. Abdullah berkata: Wahai Amirul Mukminin, aku perlukan seorang lelaki ‘Jalud’ (bertenaga) untuk membantuku. Nāsir menjawab: Telah sampai ke pengetahuanku mengenai perkara itu! - Muḥādarāt al-Udaba

Khaṭīb Baghdādī


روى الذهبي عن  مكي بن عبد السلام الرميلي قال : كان سبب خروج الخطيب من دمشق إلى صور ، أنّه كان يختلف إليه صبيّ مليح ، فتكلّم الناس في ذلك. 
 سير أعلام النبلاء: 281/18.

Dzahabī meriwayatkan daripada Makki bin ʽAbd Al-Salām Al-Rumaylī yang berkata: Sebab keluarnya Al-Khāṭīb dari Damsyik ialah kanak-kanak comel keluar masuk ke rumahnya, dan manusia berbicara tentang perkara itu.
- Siyar Aʽlam Al-Nubalā’

Ibnu Al-Anmāṭī (ابن الانماطى)

Dzahabī berkata tentangnya:


الحافظ البارع مفيد الشام ...  وقال عمر بن الحاجب: كان إماماً ثقة حافظاً مبرزاً فصيحاً سألت عنه الحافظ الضياء فقال : حافظ ثقة مفيد إلا أنه
كثير الدعابة مع المُرْد. 
تذكرة الحفاظ:  ج 4 ص 1404 ، سير أعلام النبلاء: ج 22 ص 174

Al-Ḥāfiz, seorang yang mahir, memberi pengajaran kepada penduduk Shām…
Umar bin Al-Ḥajib berkata: Beliau adalah seorang Imām, thiqah, ḥāfiz, terpelajar, fasīḥ, aku bertanya pada Ḥafiz Al-Ḍiyā tentangnya, jawab beliau: Dia seorang Ḥāfiz, thiqah, sarat dengan faedah, melainkan dia seorang yang banyak berfoya-foya dengan budak lelaki.
- Tadzkirah Al-Huffāz jilid 4 muka surat 1404; Siyar Aʽlam Al-Nubalā, jilid 22 muka surat 174.






Abdul Rahman Al-Dimasyqiyyah

Merupakan salah seorang pendebat anti Syiah yang termasyhur. Pernah disingkirkan dari institut pengajian Azhar Lubnan akibat melakukan homoseks.



.... 


Pegawai KDN dedah penghalalan liwat di kalangan Wahabi Malaysia.

Ustaz Zamihan berkata: “Wahabi memang suka meliwat.. perbuatan liwat di kalangan ustaz-ustaz di ma’had tahfiz, lebih 1500 pelajar madrasah tahfiz diliwat oleh mereka”





Penyelidikan ke atas ulama agama di Pakistan yang mencabul lebih 500 kanak-kanak.

Salah seorang imam mazhab Shafi'i di zaman ini

Dalam kitab Fatāwā Muʽāṣirah, karangan Dr. Wahba Al-Zuhailī menyatakan jawapan kepada pertanyaan salah seorang guru fikah Shafiʽī, imam jemaah, khatib Jumaat, ustaz tajwīd dan sīrah iaitu:









“Aku banyak menuntut ilmu agama di negara-negara Arab selama 5 tahun, ketika aku sampai ke Kanada, aku diminta berkhutbah Jumaat di beberapa pusat Islam dan banyak masjid, selain menjalankan kegiatan khutbah dan imam jemaah, aku mengajar fikah mazhab Shafiʽī, tajwīd dan sīrah. Masalahnya ialah aku menderita sakit, aku berharap daripada Allah (s.w.t) agar menjagaku daripadanya dan mengampuniku akibat melakukan dosa itu, aku cuba sedaya upaya untuk berlepas daripadanya, iaitu perbuatan kaum nabi Lut!”

Pemerintah Ahli Sunnah yang dituduh dengan perbuatan ini:


Walid bin Abdul Malik Umawi:

Ketika saudara lelakinya melihat jenazah Walid, beliau berkata:


فقال أخوه بعدا له : أشهد أنك كنت شروبا للخمر ماجنا فاسقا ولقد أرادني على نفسي هذا الفاسق وأنا أخوه ، لم يأنف من ذلك .
البداية و النهاية ج 10 ، ص 13 ، باب باب قتل يزيد بن الوليد الناقص للوليد بن يزيد ؛ 

Saudaranya berkata kepadanya: Aku bersaksi bahawa engkau terlalu banyak minum arak, jalang, fasik, dia pernah berhasrat melakukan perbuatan terkutuk denganku sedangkan aku ini saudara lelakinya, dia tidak pernah rasa buruk dengan perbuatan itu.
- Al-Bidāyah Wa Al-Nihāyah, jilid 1 muka surat 13; 







ولقد راودني عن نفسي
فوات الوفيات ـ محمد بن شاکر الکُتبي ـ ج 2 ، ‌ص 590 ، حرف الواو ترجمة الوليد بن يزيد ، رقم 566 ، 

Di dalam kitab Fawāt al-Wafayāt menceritakan saudara lelakinya berkata: 
“Sesungguhnya dia cuba menggodaku”
- Fawāt al-Wafayāt, Muḥammad bin Shākir al-Kutabī, jilid 2 muka surat 590.


Makmun dan keluarga Bani Abbasiyah

Perkara ini sudah banyak disebut dalam bahagian Yaḥyā bin Aktham

Abu Al-Jaysh, gabenor Damsyik dan Mesir:

Dia merupakan gabenor Damsyik dan Mesir. Setelah itu tiba zaman pemerintahan Ahmad bin Ṭūlūn dan orang ramai memberikan bai’at kepadanya. Dzahabī berkata:


كان جواداً ممدحاً شجاعاً مبذراً 
تاريخ الإسلام ج21/ص171

Beliau seorang yang pemurah, terpuji, berani, berfoya-foya
- Tarikh Al-Islam Li Al-Dzahabī, jilid 21 muka surat 171.

Sambil menggelar dia sebagai Abu Al-Jaysh, Dzahabi memetik kata-kata Ibnu ʽAsākir yang berkata:


قال كان أبو الجيش كثير اللواط بالخدم معجبا به مجترئا على اللّه عز وجل في ذلك وبلغ من أمره في اللواط بهم أنه دخل مع خدم له الحمام فأراد من واحد منهم الفاحشة فامتنع الخادم واستحيا من الخدم الذين معه في الحمام فأمر أبو الجيش أن يدخل في دبره يد كرنيب غليظ مدور ففعل ذلك به فما زال الخادم يضطرب ويصيح في الحمام حتي مات. 
تاريخ مدينة دمشق ج17/ص48 - تاريخ الإسلام ج21/ص173 - الوافي بالوفيات ج13/ص261


Abū Al-Jaysh banyak meliwat khadam lelaki yang mempersonakannya, dia berani terhadap Allah dalam melakukannya.  Pengliwatannya sampai ke peringkat suatu hari dia masuk ke kamar mandi bersama khadam-khadamnya dan ingin melakukan kekejian bersama salah seorang daripada mereka. Khadam itu pun menolak dan dia rasa malu terhadap khadam-khadam yang lain di dalam kamar mandi. Maka Abu Al-Jaysh pun memerintahkan tangkai senduk tebal dimasukkan ke dalam duburnya, 

Khadam melakukan perkara tersebut dan belum sempat selesai, Abu Al-Jaysh menjerit keras sehingga mati di dalam kamar mandi.
- Tārikh Madinah Dimashq, jilid 7 muka surat 48; Tārikh Al-Islām, jilid 21, muka surat 173; Al-Wāfī Bil Wafayāt, jilid 13 muka surat 261.

Akhir sekali kami menegaskan bahawa kebanyakan para ulama Ahlusunnah menentang amalan keji ini dengan ancaman hukuman had. Meskipun begitu ada segelintir pihak yang tidak mengambil pengajaran dengan apa yang menimpa kaum Nabi Lut (a.s) sebagaimana firman Allah:


Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu. - Al-Ankabut ayat 28

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. bahkan kamu kaum yang jahil". - Surah al-Naml ayat 55