Friday, July 5, 2013

Ancaman ISMA terhadap ummat dan negara 004


Akidah ISMA: Allah menetap atas belakang nyamuk?

Oleh kerana ISMA rajin menuruti jalan Ibnu Taimiyah, maka salah satu pegangan mereka yang mengancam akidah umat Islam di Malaysia ialah ALlah menetap di atas belakang nyamuk!


ﻭﻟﻮ ﻗﺪ ﺷﺎﺀ ﻻﺳﺘﻘﺮ ﻋﻠﻰ ﻇﻬﺮ ﺑﻌﻮﺿﺔ ﻓﺎﺳﺘﻘﻠﺖ ﺑﻪ ﺑﻘﺪﺭﺗﻪ ﻭﻟﻄﻒ ﺭﺑﻮﺑﻴﺘﻪ ﻓﻜﻴﻒ ﻋﻠﻰ ﻋﺮﺵ ﻋﻈﻴﻢ ﺍﻛﺒﺮ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﻭﺍﻻﺭﺽ ،
 ،ﻓﻜﻴﻒ ﺗﻨﻜﺮ ﺍﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﻔﺎﺝ ﺍﻥ ﻋﺮﺷﻪ ﻳﻘﻠﻪ

Seandainya sesungguhnya Dia (Allah) kehendaki, nescaya Dia boleh menetap di atas belakang nyamuk, maka bersendirianlah (nyamuk) dengan kekuasaan Allah dan kelembutan Rububiyyah-Nya. Maka bagaimana pula di atas Arasy yang besar,lebih besar dari langit dan bumi?.




Ertinya ISMA mempunyai akidah yang menjisimkan Allah! Punahlah akidah Ahlusunnah di Malaysia gara-gara ISMA!

Muqaddimah:

Mungkin ramai tidak menyedari kumpulan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak hanya bersekongkol dengan gelombang anti Syiah yang dicetuskan oleh terrorist Wahabi, namun mereka ini berpotensi untuk memusnahkan akidah Ahlusunnah Wal Jamaah di Malaysia.



Antara kesesatan kumpulan ini ialah mengikuti tinggalan Ibnu Taimiyah sebagai jalan terbaik untuk menghadapi serangan ideologi dan pemikiran yang mengancam jatidiri dan pegangan aqidah Umat Islam.

No comments:

Post a Comment