Thursday, July 4, 2013

Ancaman ISMA terhadap ummat dan negara 002

Kekafiran mereka yang menggelarkan Ibnu Taimiyah sebagai Syeikhul Islam

Muqaddimah:

Mungkin ramai tidak menyedari kumpulan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak hanya bersekongkol dengan gelombang anti Syiah yang dicetuskan oleh terrorist Wahabi, namun mereka ini berpotensi untuk memusnahkan akidah Ahlusunnah Wal Jamaah di Malaysia.



Antara kesesatan kumpulan ini ialah mengikuti tinggalan Ibnu Taimiyah sebagai jalan terbaik untuk menghadapi serangan ideologi dan pemikiran yang mengancam jatidiri dan pegangan aqidah Umat Islam.

ISMA menggelarkan Ibnu Taimiyah sebagai rh.a (Radhiallahuanhu)? Di manakah jati diri Ahlusunnah kamu? Sedangkan Ahlusunnah mencela Ibnu Taimiyah. Antaranya ada yang melaknat tokoh sesat ini:




Al-Imam Al-Shaukani pula mencatatkan sesuatu dalam kitab Al-Badru Al-Thali':

من أطلق على ابن تيمية أنه شيخ الإسلام فهو بهذا الاطلاق كافر

Barangsiapa yang menggelar Ibnu Taimiyah sebagai Syeikhul Islam, maka ia adalah kafir"


Jadi buat apa ISMA memuji Ibnu Taimiyah? Memanggil Syeikhul Islam sahaja boleh menyebabkan kekafiran malah ISMA ingin mengmbil tokoh sesat ini sebagai pedoman? Maaf kami tidak yakin ISMA adalah Ahlusunnah, bahkan merosakkan Ahlusunnah. Selain itu ajaran Ibnu Taimiyah didapati membawa kepada pemikiran terrorist. Ayuh ISMA! mari kita bantu negara dengan membasmi terrorist, tinggalkan segera Ibnu Taimiyah, jangan ajar masyarakat berpegang dengan tokoh sesat ini.

No comments:

Post a Comment