Sunday, September 5, 2010

Nuklear Israel dalam jangkauan senjata Iran

Pengerusi Perhubungan Ketua Angkatan Tentera Iran, Major Jeneral Hassan Firouzabadi berkata, nuklear Israel berada dalam jangkauan senjata negara itu. Namun beliau menolak kemungkinan untuk menyerang.


Nuklear Israel dalam jangkauan senjata Iran


Mejar General Hassan Firouzabadi memberi amaran Iran akan bertindak balas terhadap sebarang serangan aggresif ke atas Iran. "Tentera Iran dengan kelengkapan ketenteraan dan strategi efektif akan mengirim serangan dahsyat kepada musuh" kata beliau.

"Kami berharap tidak ada apa yang mendesak serangan ke atas tapak nuklear Israel" tambah beliau lagi.

Beliau menerangkan, "Peperangan nuklear bukanlah kemahuan mana-mana negara, kami akan membalas kepada mereka dengan cara yang lain".

Reaktor Israel Dimona di sahara Negev telah menjadi kontroversi dan dipercayai telah menempatkan 300 kepala peledak nuklear.

Berhubung gertakan rakan sejawat beliau di Laksamana Mike Mullen Amerika, beliau menjelaskan, "Michael Mullen sendiri mempunyai perisikan dan dia tahu berdada dengan Iran bukanlah kemahuan Amerika dan Israel".

Pernyataan beliau ini menyusul setelah Israel dan sekutunya di Barat mengulangi ancaman mereka untuk menyerang pengkalan nuklear Iran dengan dalil negara ini telah pun memperlengkapkan kekuatan tenteranya dengan senjata nuklear.

Iran walau bagaimana pun menyangkal tuduhan tersebut dan menjawab ia hanyalah program nuklear untuk tujuan kesejahteraan dan keamanan.


Indonesia;
Ahli akademik dakwa Candi Borobudur adalah tinggalan nabi Sulaiman (as)

Ahli akademik Indonesia yang membuat penyelidikan Lembaga Studi Islam dan Kepurbakalaan yang dipimpin oleh KH. Fahmi Basya, pensyarah Matematika Islam Universiti Islam Syarif Hidayatullah dikatakan telah berhasil mengaitkan kompleks candi di Jawa Tengah itu sebagai bangunan yang dibina oleh tentera Nabi Sulaiman (as).

Negeri Saba dalam kisah ratu balqis sebelum ini disebut berada di Yaman pernah juga dikaitkan dengan dengan negeri Sabah di kepulauan Borneo, Malaysia. Namun baru-baru ini ahli akademik Indonesia yang membuat penyelidikan Lembaga Studi Islam dan Kepurbakalaan yang dipimpin oleh KH. Fahmi Basya, pensyarah Matematika Islam Universiti Islam Syarif Hidayatullah dikatakan telah berhasil mengaitkan kompleks candi di Jawa Tengah itu bangunan yang dibangunkan oleh tentera Nabi Sulaiman (as).

Antara alasan yang dikemukakan adalah ratu Boko dalam sumber literatur Jawa mempunyai nama lain iaitu ratu Balqis. Manakala nama kota Slemen di Jogyakarta dikatakan berasal dari perkataan Sulaiman. Fahmi Basya menerangkan Sulaiman adalah satu-satunya nabi yang menggunakan pangkal nama Su. Kata suku Su inilah yang menjadi pangkal nama beberapa pemimpin Indonesia seperti Sukarno, Suharto dan Susilo.

Sementara patung-patung Buddha di candi tersebut dikatakan patung bidadara syurga yang mengambil nabi Sulaiman berambut kerinting sebagai modelnya. Rumusan penyelidikan tersebut turut menyimpulkan bahawa suku Jawa dikenali juga sebagai Bani Lukman kerana sifat-sifat suku tersebut berpandukan ajaran Lukmanul Hakim sebagaimana yang ada di dalam al-Quran.

Walau bagaimanapun teori Fahmi Basya ini perlu dikukuhkan dengan sebarang manuskrip yang seharusnya menjadi tunjang sejarah premier. Ahli sejarah, JJ Rijal pula memberitahu Jakarta Globe bahawa dakwaan Fahmi itu mungkin boleh dikategorikan sebagai sejarah ideologi.

Walau bagaimana pun Fahmi Basya menegaskan, setelah bukti-bukti berjaya dihimpunkan, beliau akan menyerahkan petisyen ke mahkamah untuk menuntut Candi Borobudur menjadi hak milik warisan Islam. - Wartawan ABNA.ir

Halaman gerbang candi Ratu Boko

Nahdatul Ulama: Hubungan kukuh KL-Jakarta akan kekal

2010/09/05

JAKARTA: Organisasi Islam terbesar di Indonesia Nahdlatul Ulama (NU) menegaskan bahawa hubungan persaudaraan antara Indonesia dan Malaysia adalah terlalu kuat untuk dirosakkan oleh kepentingan ego individu.

"Kalau berlaku konflik, yang akan rugi kita sendiri. Orang lain atau pihak-pihak yang tidak suka dengan dengan persaudaraan kita, akan mengambil manfaat dari itu," kata Ketua Dewan Syura NU Pusat, Kyai Haji Masdar Farid Mas’udi. "Walaupun pihak-pihak berkenaan itu pada awalnya tak mempunyai niat sedemikian, namun jika Indonesia dan Malaysia menjadi lemah, mereka akan ambil manfaatnya," katanya. Beliau mengulas ketegangan yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia berikutan insiden yang berlaku di kawasan sempadan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Pulau Bintan di kepulauan Riau pada 13 Ogos lalu.

Dalam insiden itu, tujuh nelayan Malaysia ditahan oleh bahagian penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia manakala Polis Marin Malaysia pula dikatakan menahan tiga pegawai penguat kuasa kementerian tersebut atas kesalahan menceroboh wilayah perairan negara masing- masing.

Pihak berkuasa kedua-dua negara telah membebaskan mereka yang ditahan pada 17 Ogos lalu, namun beberapa kumpulan aktivis masyarakat Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi menuntut supaya Malaysia meminta maaf di atas tindakannya itu dan mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas terhadap Malaysia dalam soal menjaga kedaulatan wilayah Indonesia.

Masdar berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai begitu banyak persamaan seperti dari segi etnik, bahasa dan agama.
"Hubungan kedua-dua negara ini sudah seperti abang-adik, sehingga sering terlibat berkelahi perang mulut, namun ia hanya akan berlangsung sebentar saja.
”Mungkin justru terlalu dekat jadi semacam ada keberanian untuk saling mengganggu. Kalau orang jauh yang tidak punya kedekatan, tidak akan seperti itu.

”Namun meskipun sering bertengkar, kita tidak akan terjerumus pada konflik yang serius,” katanya.

Dari kacamata seorang rakyat Indonesia, Masdar menyifatkan sikap Malaysia yang sering disebut sebagai merendahkan Indonesia, perlu dijadikan sebagai satu motivasi agar Indonesia makin memajukan diri dari segala aspek.

"Kerana pada kenyataannya, Indonesia kaya dengan pelbagai sumber daya alam, dan negara yang lebih besar namun ia masih tertinggal.

”Setiap muncul masalah, kami tidak terlalu khauatir. Boleh dikatakan ada sedikit ketegangan tetapi kami tidak ambil pusing. Saya kira ini untuk memotivasi pemimpin Indonesia untuk lebih menata diri, memperkuat daya saing bukan untuk menggagahi orang lain," katanya.

Beliau turut menyoroti semangat perpaduan yang wujud dalam Asean yang boleh dicontohi dalam melayari hubungan baik antara kedua-dua pihak. - BERNAMA

Friday, September 3, 2010

Galeri;
Hari al-Quds sedunia di Qom, Iran (1)

Hari al-Quds sedunia di Qom, Iran




Mufti Mesir; Di dalam Islam tidak wujud Wahabi atau Salafi

Mufti Mesir;
Di dalam Islam tidak wujud Wahabi atau Salafi

Dr. Ali Jum'ah dalam memberi pandangannya tentang orang yang menggelarkan dirinya Wahabi menegaskan, "Di dalam Islam tidak ada mazhab yang bernama Wahabi atau Salafi. Hakikatnya dalam diri mereka tidak ada apa-apa melainkan keganasan".

Di dalam Islam tidak wujud Wahabi atau Salafi

Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Mufti Mesir ketika menjelaskan tentang fahaman Wahabi dan Salafi menegaskan, "Nama-nama ini tidak ada dalam Islam, hakikat mereka ini akhirnya tersingkap jua."

Dr. Ali Jum'ah menambah, "Orang yang menamakan diri mereka Wahabi dianggap golongan Muhammad Ibnu Wahab. Salafiyah juga bukanlah mazhab yang asing, namun mereka mengaitkan diri mereka dengan ajaran Salaf Soleh dalam tiga kurun awal sejarah Islam. Maka individu ini menggelarkan diri mereka sebagai Salaful Soleh supaya orang tidak mengkritik mereka. Namun golongan Salafiyah hakikatnya adalah mainan yang bewarna dan berkilau di mana batin mereka tidak lain tidak bukan adalah ekstrimis, pengganas, mabuk darah dan tidak bersedia dicabar".

Beliau melahirkan pandangan ini ketika menjawab pertanyaan tentang perbezaan antara Wahabi, Salafi dan hubungan mereka dengan Mazhab Ahlul Bait (as). Soalan ini diajukan kepada beliau ketia memberikan ucapan di perpustakaan 'Misr Jadidah'.