Monday, May 31, 2010

Cara membuatkan suami sukakan kerja-kerja rumah tangga

Salam hormat pembaca sekalian. Kali ini saya ingin menambah lembaran yang mengumpulkan artikel-artikel pengurusan keluarga Islam dalam blog ini. Artikel kali ini berjudul “Cara membuatkan suami sukakan kerja-kerja rumah tangga” diterjemah dari Rahsia-rahsia wanita tulisan Maryam ‘Attariyan, Department keluarga dan kehidupan, Yayasan Tebyan, Qom, Iran. Semoga bermanfaat kepada pencinta Ahlul Bait semua.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara membuatkan suami sukakan kerja-kerja rumah tangga

Apakah hingga saat ini anda punya impian suami anda membantu kerja-kerja rumah? Apakah sudah bertahun-tahun anda menanti kata-kata suami, bahawasanya ia mahu menolong kerja-kerja rumah? Semoga artikel ini membantu sehingga impian anda tercapai.

Jangan buat penilaian awal


Semua wanita yang sudah bernikah tahu bahawa lelaki punyai kefahaman berbeza dengan wanita. Untuk mencetuskan stimulasi dalam diri suami anda, ingatlah dan janganlah leka dengan perkara penting ini, jauhkan diri daripada membuat tanggapan bahawa suami anda hendaklah mengetahui itu dan ini atau hendaklah dia punyai kemampuan untuk melakukan sebarang kerja. Terimalah dia seadanya. Tenanglah dan damailah tanpa syarat jikalau keupayaannya terbatas, hanya itu saja yang terbaik dia lakukan dalam mempengaruhinya.


Sayangilah pasangan anda seperti mana ciri-ciri yang dia ada sekarang. Sebagaimana isteri minta disayangi dan diperhatikan, sebagaimana itu juga suami perlukan penghormatan. Begitu juga para wanita membayangkan kasih sayang suami mereka tanpa syarat dan penghalang, maka suami juga memerlukan penghormatan tanpa syarat dan halangan dari isteri mereka (walaupun hidup mengalami perubahan material).


Biarkan suami anda melakukan kesalahan


Kemungkinan inilah pengorbanan paling besar. Perkara paling cepat untuk mengikis kasih sayang dan kepercayaan pada suami ialah cepat mengkritik susah payah dan usaha mereka membantu urusan rumahtangga. Maksud kami tentang mengkritik ialah memfokuskan kemarahan yang tidak waras terhadap kesalahan-kesalahan suami. Jikalau iya pun, bawalah kritikan membangun dengan lemah lembut serta pada saat tiada masalah. Jikalau anda terus mendesak sudah tentu kerja-kerja menurut apa yang anda inginkan itu tidak perlu minta bantuan suami, lebih baik anda lakukan sendiri kerana tanggungjawab telah anda letakkan pada suami, tetapi anda sentiasa letakkan dia di bawah arahan anda. agaimana suami ingin melaksanakannya?


Sebagai contohnya, suami anda bantu memandikan anak anda berusia dua tahun, berikan dia kebebasan untuk melakukan kerja lazim memandikannya. Selama ia tidak mendatangkan bahaya kepada anak anda, biarkanlah ia memandikan dan bermain dengan si kecil itu menurut kesukaannya.


Begitu juga ketika pasangan anda memohon bantuan dalam melaksanakan tanggungjawabnya, jangan meleset dari sebarang pedoman yang dikasinya. Namun jika dalam keadaan yang tidak memerlukan campurtangan anda, lebih baik berdiam diri dan biarkan tanggungjawab ini berada di bahu suami anda. Jikalau dalam perbuatan suami terlihat ada kesalahan, janganlah cepat-cepat menunding masalah itu dengan marah dan bengis. Akan tetapi anda boleh ingatkan dia perkara penting ini di akhir malam atau setelah selesai kerja-kerja harian dalam keadaan suasana harmoni. Dari jalan ini, bukan sahaja anda tidak mengeluh kerja tanggungjawab suami, namun anda memberikan ia pengajaran baik. Buat suami anda, langkah-langkah ini iringilah dengan kemesraan dan senyuman. Dengan ini anda membetulkan dia dan menyiapkan latar suasana ia dapat lebih banyak membantu.
Ketika mengingatkan dia, mulakan bicara anda dengan menyebut kerja-kerja baik yang pernah dia laksanakan. Kemudian dengan penuh penghormatan dan kemersaan ingatkanlah ia kesilapan-kesilapan yang telah ia lakukan.

Terima kasih atas susah payah suami anda melaksanakan urusan rumahtangga.


Jangan biarkan bantuan dan penjagaan dari suami tidak diringi dengan terima kasih (walaupun jika perkara yang anda inginkan tidak terlaksana semuanya). Dengan ini anda telah mempengaruhi dan menyokong ia agar lebih banyak membantu.

Hendaklah katakanya padanya sesungguhnya bantuannya telah banyak memberi kesan kerja-kerja anda siap dengan cepat.


Kuatkan situasi mengenal diri.

Suami anda dapat bersabar dalam berbagai tekanan dan kesusahan di tengah masyarakat dan tempat kerja. Sentiasalah iringi dia dengan dukungan, pembelaan dan insentif sokongan. Dalam keadaan seperti ini tanpa memerlukan keluhan, anda dapat menukar sikap suami.

Jangan mengharapkan suami dapat membaca fikiran kita.

Bertentangan dengan tanggapan umum para wanita, mereka mengira suami dapat melihat betapa sibuknya kita, mereka dapat membaca fikiran dan keperluan kita. Kaum lelaki tidak mampu melakukan ini. Mungkin anda sepanjang masa sibuk dalam menguruskan bayi, kerja-kerja rumahtangga dan lain-lain lagi. Emosi anda tertekan dengan tanggungjawab berat di bahu anda. Dalam menghadapi perkara begini lebih baik anda momohon bantuan dari suami dengan penuh rasa hormat.

Ajari suami anda

Sebelum kerja-kerja (tanggungjawab di rumah) diserahkan kepada suami anda, ajarilah ia terlebih dahulu dengan menunjukkan cara melaksanakan kerja di depan matanya. Dengan ini kemusykilan mendatang dapat dicegah awal. Begitu juga ayat: “Bolehkah kamu membantu saya?.” Lebih baik anda menggunakan ayat yang lebih terperinci dan jelas seperti: “Bolehkah kamu bantu saya sehingga makan tengahhari siap dan rumah dikemaskan?

Sunday, May 30, 2010

Pesanan Rahbar: Saya dan kamu senasib.

Saya dan kamu senasib. Pesanan pemimpin kepada pasangan muda.







Perkahwinan, salah satu dari hakikat penting yang berlangsung dalam hidup manusia dan ia mampu mengubah aturcara hidup manusia.
Hendaklah anda kenali seseorang yang bernasib baik akibat salah memilih jalan hidupnya. Seorang gadis dari keluarga yang baik dan beragama boleh tergugat aqidahnya di waktu mendatang, dengan satu kesilapan salah memilih calon suami yang tidak harmoni di sudut aqidah dan kebahagiaan rumahtangga. Tidak ada ragu lagi pilihan terpenting setiap insan ialah pemilihan pasangan. Dengan ikatan pernikahan, dua insan akan berkongsi semua urusan seperti detik-detik suka duka, sihat dan sakit serta miskin dan kaya. Pendek kata semua detik-detik hidup masa mendatang akan diharungi bersama. Memang benar lelaki sepanjang hari sibuk bekerja dan begitu juga sesetengah perempuan. Waktu-waktu bersama hanyalah sekitar setelah tengahhari dan ada pula yang dikeranakan kesibukan, mereka hanya bertemu pada malam hari. Jikalau negara menyiapkan fasiliti perkahwinan buat mereka yang mencapai usia yang sesuai, maka banyak masalah akan selesai dengan sendiri apabila semua institusi berganding bahu memikirkan dan melangsungkan atucara untuk matlamat kesejahteraan rakyat. Atas dasar kesedaran permasalahan sosial, demi kebaikannya pemimpin agung revolusi Islam Iran memberikan sedikit pesanan dalam satu surat dalam program perkahwinan mahasiswa. Beliau mengatakan:


"همسری شما جوانان عزیز که پیوند دل ها و جسم ها و سر نوشت ها ست . صمیمانه به همه ی شما فرزندان عزیزم تبریک می گویم . توصیه می کنم به همسران خود مهر بورزید . به آنان وفادار باشید و خویشتن را در سرنوشت یکدیگر شریک بدانید . از گره افتادن در زندگی مشترک بر حذر باشید و گره های کوچک وبی اهمیت را نادیده بگیرید . خداوند به شما خوشبختی وشادابی واعتلاء روحی عطا فرماید و کانون زندگی تان را با فرزندانی تندرست و صالح گرمی و روشنی ببخشد."

“Pemuda yang dikasihi, pasangan anda seorang yang menghubungkan hati, jasmani dan nasib. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah anda curahkan kasih sayang kepada pasangan anda. Setialah dengan mereka dan kerjasamakan diri anda dalam aturcara nasib satu sama lain."


"Cegahilah kerumitan dalam hidup bersama, dan abaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian spiritual. Moga dikurniakan (padamu) fokus kehidupan anda anak-anak tercinta yang sihat dan soleh serta penyinar.
"

Friday, May 28, 2010

Takabbur























Takabbur membuatkan Iblis binasa dan dilaknat selama-lamanya kerana enggan sujud kepada Adam.


Takabbur adalah satu perasaan bahawa dirinya lebih besar, lebih hebat dan lebih baik daripada orang lain. Akhirnya ia terasa kagum terhadap diri sendiri dan diselubungi kegoan. Fenomena ini biasanya membawa orangnya menapak ke arah sifat tercela seperti cinta takhta, hasad, zalim dan menghina orang lain.


Kesombongan, keangkuhan, kecongkakan, kekibiran, kemegahan dan bangga diri, semua ini merupakan sifat dalaman yang membuatkan seseorang itu tidak beriman. Allah berfirman:

ان في صدورهم الا كبر - غافر 56

"Sesungguhnya tidak ada apa dalam dada-dada mereka kecuali keangkuhan"

Jenis-jenis Takabbur

Takabbur kadangkala berbentuk pengingkaran wujudnya Allah atau tidak mahu melaksanakan firmanNya sebagai hamba. Kadangkala ia dari sudut pengingkaran risalah kenabian atau enggan menerima agama-agama wahyu, kitab-kitab suci dan Syariat. Sekali-kali takabbur dapat dilihat dari sikap seseorang itu yang bangga diri dan merasakan orang lain kecil di matanya. Takabbur ini dapat dilihat dalam perbuatan invidu seperti perbicaraan, pendirian, cara duduk bangun dan jalan serta cara bersosial seorang itu. Allah (swt) tidak menyukai orang yang takabbur:

لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ -23

dalam ayat lain tempat orang yang takabbur adalah api neraka:

وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْمُتَكَبِّرِينَ (60)

Penyebab Takabbur

Perkara-perkara yang mencetuskan sifat-sifat takabbur dalam diri manusia sangat banyak. Antaranya ialah: harta, ilmu, kudrat, pangkat, kecantikan dan nasab keturunan. Namun semua pencetus takabbur ini selalunya menjelma pada personaliti orang yang tidak terpelajar dan mereka yang menurut kehendak hawa nafsu sahaja. Manakala manusia sempurna tidak terpengaruh dari pencetus-pencetus tersebut kerana mereka tahu semua itu akan binasa. Mereka mengerti manusia berasal dari ayah dan bunda yang sama dan dari tanah manusia diciptakan. Abi Abdillah berkata:

عن أبي عبدالله عليه السلام قال: ما من رجل تكبر أو تجبر إلا لذلة وجدها في نفسه

Abi 'Abdillah berkata: "Seorang pemuda itu tidak bertakabbur melainkan terdapat kenistaan dalam dirinya" - al-Kafi alKulaini, jil 2 hal 436 fasal باب الكبر

Ini menunjukkan semangat takabbur untuk kepuasan diri mencerminkan kenistaan dalam diri manusia itu sendiri.

Takabbur dalam riwayat.

Imam Ali mengatakan :

اياك والكبر فانه اعظم الذنوب والأم العيوب - غرر الحكبم حديث 3652

"Jauhkan dirimu dari takabbur, sesungguhnya ia merupakan dosa besar dan 'aib paling buruk"

Imam Ali mengatakan:

عجبت للمتكبر الذي كان بالامس نطفة و يكون غدا جيفة – نهج البلاغة حكمة 126

“Aku hairan dengan orang yang takabbur, kelmarin ia hanyalah air mani dan esok akan menjadi bangkai.”

Imam Ali mengatakan:
ثمرة الكبر المسبة - غرر الحكبم حديث 4614
“Akibat takabbur adalah kehinaan”

Imam Shadiq mengatakan:

لا يطمعن ذوالكبرفي الثناء الحسن – الخصال ج 2 ص 434
“Tidak ada harapan pujian yang baik buat orang yang takabbur”

Imam Shadiq mengatakan:

من تكبر علي الناس ذل – بحار الانوارج 77 ص 235
“Barangsiapa takabbur dengan manusia, hinalah ia”

اجتنبوا الكبر فان العبد لا يزال يتكبر حتى يقول الله عز و جل اكتبوا عبدى هذا فى الجبارين – ميزان الحكمة حديث 1722

“Cegahilah dirimu dari takabbur, sesungguhnya seorang hamba tidak takabbur sehingga Allah berfirman: tuliskanlah hambaku ini dalam golongan yang angkuh.

Tanda-tanda takabbur

Orang yang takabbur menganggap dirinya lebih hebat dari orang lain. Oleh itu ia akan
bersikap tidak menghormati orang lain. Sebahagian tanda-tanda takabbur ialah:

Kelihatan ia mengkerut dahinya, memandang orang lain dengan hujung mata, berbicara dengan nada tinggi dan sombong, berjalan dengan bangga, mendabik dada, mulutnya selalu menyebut aku seperti ini dan aku seperti itu, sentiasa menceritakan kelebihan dirinya kepada orang lain, menganggap orang lain jahil, tidak menerima hakikat kebenaran dari bicara orang lain, tidak membalas panggilan orang-orang yang lemah dan miskin, menagih pujian orang, tidak memberi salam, dalam majlis sentiasa duduk di atas, mencegah diri dari dinasihati serta orang lain dianggap tidak bernilai .

Sifat takabbur membuatkan Iblis binasa dan dilaknat selama-lamanya kerana tidak mahu sujud kepada Adam. Begitu juga Fir‘aun dan Namrud telah binasa kerana tidak menerima seruan para nabi. Mereka ini tidak punya kedudukan di sisi Allah dan manusia, malah dikumpulkan bersama orang-orang yang terhina sebagaimana menurut suatu riwayat, mereka ini umpama semut yang hancur di bawah injakan tangan-tangan dan kaki-kaki pada hari kiamat.

Janganlah mubazir

Allah swt berfirman:

کلوا و اشربوا ولاتسرفوا انه لایحب المسرفین - اعراف ٣١

"Makan dan minumlah olehmu, dan janganlah kamu berlebih-lebihan"

و اهلکنا المسرفین- انبیا ٩

"Kami telah musnahkan golongan yang berlebih-lebihan"






















































Wednesday, May 26, 2010

Mengapakah kalian sujud di atas tanah?




















Sayang sekali mereka selalu mengkritik Syiah sujud di atas tanah Karbala. Fiqh Syiah ini dianggap syirik. Namun menarik perhatian kita, sebahagian cendiakawan terkenal mereka mengatakan dibolehkan sujud di atas najis.

Thahawi Hanafi dalam kitab Mukhtasar Ikhtilaf al-Ulama menukilkan daripada Abu Hanifah:


في النجاسة موضع القدمين أو السجود
بشر بن الوليد عن أبي يوسف عن أبي حنيفة إذا كان في موضع قدميه بول أكثر من قدر الدرهم فصلاته فاسدة ولا تفسد عليه في موضع السجود .
الطحاوي الحنفي، ابوجعفر أحمد بن محمد بن سلامة (متوفاي321هـ)/ الجصاص، مختصر اختلاف العلماء، ج1، ص261، تحقيق: د. عبد الله نذير أحمد، ناشر: دار البشائر الإسلامية - بيروت، الطبعة: الثانية، 1417هـ

Tentang najis pada tempat dua kaki dan sujud:
Busyr bin Walid, daripada Abu Yusuf, daripada Abu Hanifah: Jikalau di tempat kakinya ada air kencing lebih banyak dari satu dirham, maka shalatnya batal. Namun najis begitu tidak membatalkan shalat jika ia berada di tempat sujud. - Al-Thahawi al-Hanafi, Mukhtasar Ikhtilaf al-Ulama, jil 1 hal 261

Di tempat yang lain beberapa kali Abu Hanifah mengatakan tiada masalah jika ada najis di tempat sujud. Selain itu mana-mana tempat shalat yang terdapat sedikit najis juga tidak membatalkan shalat.

Kepada mereka yang selalu mengejek Fiqh Syiah ini, saya ingin bertanya sujud yang manakah lebih baik? Di atas tanah Sayidu Syuhada (tanah Karbala) atau sujud di atas najis?

Tuesday, May 25, 2010

Dokumen kaitkan Arab Saudi dengan al-Qaeda


Beberapa individu yang turut disertai oleh putera-putera bani Saud, lebih dari 73 pegawai tinggi tentera dan pasukan keselamatan mempunyai hubungan dengan jaringan al-Qaeda Iraq. Matlamat mereka ialah mewujudkan situasi tidak aman, kekacauan dalam negara ini, memberi bantuan dana dan senjata keperluan terroris/pengganas.

Berdasarkan surat ini, salah seorang yang berkaitan secara langsung dengan rangkaian al-Qaeda Iraq ialah putera Bandar bin Sultan, mantan duta Arab Saudi di Amerika satu ketika dahulu. Beliau sekarang adalah setiausaha majlis keselamatan nasional Arab Saudi.

Turut dinyatakan ialah anggota al-Qaeda yang sudah ditangkap telah diberi arahan supaya melangsungkan operasi keganasan di wilayah penduduk Syiah.

sumber berita shiaonline http://shia-online.ir/article.asp?id=11610&cat=1

Monday, May 24, 2010

Sidang media ibu bapanya isteri Abdul Hamid Rigi


Ayah dan ibu isterinya Abdul Hamid Rigi tampil di hadapan para wartawan setelah hukuman mati ke atasnya berlangsung. Mereka menceritakan kisah pembunuhan Faizah isteri Abdul Hamid dan Syahab Mansuri saudara laki-laki isterinya.

Mereka mengatakan: Abdul Hamid sama seperti Abdul Malik juga, ketua kedua-dua mereka adalah Amerika dan Britain melaksanakan jenayah kejam sehinggakan keluarga mereka tidak punya harga.

Berdasarkan pengakuan Abdul Hamid Rigi, beliau sendiri menembak isterinya “Faizah Mansuri” ketika tidur atas permintaan Abdul Malik Rigi. Begitu juga Shahab Mansuri, saudara lelaki Faizah disembelih oleh Abdul Malik dan filemnya diberi kepada stesyen tv al-Arabiyah.

Puan Musawi berkata: “Setelah anak laki-laki saya Shahab pergi ke Zahedan dan sempadan Pakistan, dia menelefon saya dan berkata, oleh kerana Hamid tidak datang untuk menghantar anak perempuan saya, hendaklah saya temani mereka sehingga ke tempat yang ditetapkan oleh Hamid, saya akan balik dalam beberapa hari.”

Tabahnya lagi: “Saya tidak mendapat berita tentang kedua anak saya selama beberapa ketika, sehinggalah Hamid menelefon dan berkata anak lelakimu telah mendapat kemalangan dengan motor dan jenazahnya saya boleh serahkan di sempadan. Namun ketika berbicara, Abdul Malik Rigi mengambil telefon daripada Hamid, tanpa mukaddimah dia berkata esok malam tontonlah filem penyembelihan anak lelakimu di saluran tv al-Arabiyah.”

“Malik Rigi mendakwa jenayah anak saya ialah mata-mata yang punyai hubungan dengan Pasukan Keselamatan Iran sedangkan tiada sama sekali ia berhubung dengan pasukan keselamatan bahkan tempatnya itu tiada sarana untuk komunikasi.”

Dalam lawatannya menziarahi Abdul Hamid di penjara, Hamid bersumpah sesungguhnya beliau telah dipengaruhi oleh Abdul malik sehingga sanggup membunuh sepasang suami isteri dan 3 anak mereka ketika tidur.

Beliau mengatakan lagi dalam siding media tersebut: “Saya mencari dan melapor tentang anak-anak saya, penangkapan dan hukuman ke atas Malik Syaitan melalui Pasukan Keselamatan dan Pengadilan Republik Islam Iran, pihak polis antarabangsa Interpol. Saya berharap pemerintah Pakistan bekerja sama dalam menyelesaikan kes jenayah ke atas anak saya.”

Pernyataan telah dikeluarkan bahawa Abdul Hamid Rigi telah melakukan berbagai jenayah dan pada pagi kelmarin beliau telah menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara Zahedan.

Foto Abdul Malik Rigi (ejen Amerika) yang diberkas Angkatan Perisikan Iran

Pengganas Iran dihukum gantung sampai mati pagi tadi

Pengganas Iran dihukum gantung sampai mati pagi tadi


Iran telah menghukum gantung sampai mati penjenayah terrorist Abdul Hamid Rigi di tenggara kota Zahedan tadi pagi.

Perlaksanaan hukuman ini telah dikeluarkan oleh Mahkamah Revolusi Islam ke atas Abdul Hamid Rigi setelah beliau didapati bersalah di atas kes pembunuhan orang awam dan pasukan keselamatan Iran. Selain itu beliau juga telah menghadapi pertuduhan samun bersenjata, operasi pengeboman dan perdagangan dadah/narkoba.

Dalam pengakuan awal beliau, Abdul Hamid mengesahkan laporan bahawa Washington turut bersekongkol dan membiayai kumpulan terroris yang mengganas di Iran.

Pada tahun 2009, dalam satu wawancara dengan Press TV Abdul Hamid menyatakan bahawa sejak tahun 2005, sudara laki-lakinya telah beberapa kali bertemu dengan ajen Amerika di kota Islamabad dan Karachi dan melanjutkan komunikasi dengan mereka.

Saudara laki-lakinya, Abdul Malik Rigi ketua pergerakan terroris Jundullah telah ditangkap setelah melangsungkan beberapa operasi pembunuhan dan pengeboman. Abdul Malik juga menyatakan beberapa orang yang dipercayai ejen Israel dan Amerika menawarkan wang kepadanya dan memberikan senarai nama-nama orang dikehendaki dibunuh di Tehran.

Keganasan kumpulan terroris ini telah mengorbankan puluhan orang awam dalam beberapa serangan.














































Foto Abdul Malik Rigi (ejen Amerika) yang diberkas Angkatan Perisikan Iran

Sidang media ibu bapanya isteri Abdul Hamid Rigi

Saturday, May 22, 2010

Al-Qaedah mengambil keputusan mengebom semua makam di Karbala dan Najaf

Salah seorang anggota jaringan al-Qaedah terakhir yang berhasil ditangkap, telah menyatakan beberapa rencana mereka dalam wawancara bersama televisyen al-Hurra.

Menurut berita, beliau Abdullah Azzam Qahthani suatu ketika dahulu adalah pegawai tentera Arab Saudi. Dalam wawancara ini beliau menambah: “Saya ingin meletupkan Haram imam-imam Syiah di kota Karbala dan Najaf. Rencana dan pemetaan ini telah saya bentangkan.

Beliau turut mendakwa: Selain itu, telah direncanakan juga balas dendam terhadap negara Denmark dan Belanda kerana menghina nabi Muhammad. Mereka berhasrat menyerang pasukan bola sepak kedua negara ini dalam pertandingan piala dunia Afrika selatan.

Minggu lalu Qasim Musawi, jurubicara Pasukan Keselamatan Baghdad memaklumkan penangkapan Abdullah Azzam Qahthani di tempat yang bernama Qahtani. Beberapa jenis senjata, bahan ledakan, peta dan banyak alat terroris telah ditemui.

Tuesday, May 18, 2010

Ulama Syiah terkemuka memberi peringatan kepada presiden Azerbaijan terhadap pemusnahan Masjid Syiah.


Ulama Syiah terkemuka Ayatullah Zainul Abidin Ghurbani, memfokuskan keadaan masjid Syiah di Azerbaijan dalam solat Jumaat lalu. Beliau memberi pernyataan pada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev: “Saya berikan kata dua, anda akan muncul sebagai abu dalam lunggukan sejarah sama seperti Mohammad Reza Shah dan Saddam Husein.” Ayatollah menambah: Ilham Aliyev tidak seharusnya menjadi alat Zionis dan Wahabi, atau tokoh Islam terkemuka akan menyeru Syiah berjuang dan memberontak.” Selain itu Ayatullah Nasir Makarem Shirazi juga telah memberi peringatan kepada pemerintah Azerbaijan supaya menghentikan pemusnahan masjid-masjid di negara itu.

Monday, May 17, 2010

Kritikan Imam Jamaah tentang perarakan simbolik Tabut Fathimah Zahra

Imam Jamaah wilayah Asad Abad, Iran berkata:

حمل نمادين تابوت حضرت زهرا (س) در شب شهادت اين بانو، هتك حرمت به ساحت مقدس آن بزرگوار است.

Membawa simbolik tabut Zahra (as) di malam-malam syahadah wanita ini, menjejaskan penghormatan terhadap lapangan kesucian beliau.

Telah diberitakan bahawasanya – Hujjatul Islam wal Muslimin Ali Zadsar Jirofti waktu zuhur kelmarin dalam pertemuan perwakilan Husainiyah kota-kota wilayah Asad Abad mendedahkan amalan khurafat tersebut telah tersebar kepada musuh Islam. Beliau berkata: “Membawa simbolik tabut Zahra (as) di malam-malam syahadah wanita ini, menjejaskan penghormatan terhadap lapangan kesucian beliau, memecah belahkan dan menjadi agenda komplot British untuk menghapuskan Islam”.

Katanya lagi perbualan telefonnya dengan pejabat Daftar Rahbar, mereka memaklumkan membawa simbolik Tabut di wilayah ini menjejaskan penghormatan Fathimah Zahra (as), pengagungan khurafat dan hukumnya haram. Mereka meminta orang ramai dan penyelia Husainiyah mencegah diri dari mengeluarkan kata-kata dan pengagungan khurafat, hendaklah menguatkan iktiqad agama dalam acara kedukaan mereka terhadap penghulu wanita dunia dan syurga ini sehingga tidak menjadi konspirasi musuh Islam di Britain.

Gabenor wilayah Asad Abad menjelaskan salah satu fondasi Islam ialah menghormati Ahlul Bait dan berkabung untuk mereka. Beliau menambah: Musuh-musuh Islam dan ajaran sesat seperti Wahabi menyiarkan propaganda beberapa khurafat, dengan mempersoalkan kerasionalan agama Islam dan mazhab Syiah.

Moustafa Azadbakht menyatakan Husainiyah adalah institusi yang mendukung pemerintahan Republik Islam. Beliau mengatakan: Hendaklah diperluaskan perbahasan Akhlaq, Mazhabi, ‘Irfani dan tauladan watak Fathimah Zahra (as) kepada orang awam sehingga mereka lebih mengenal Islam dan masalah agama.

Friday, May 14, 2010

Amerika, Israel dan pemikiran Wahabi, asas stimulasi fitnah antara Syiah dan Sunni


Telah berlangsung Seminar Agama dan Politik dengan tajuk “Fitnah antara Syiah dan Sunni” di Markaz Penelitian Qaherah.

Diberitakan seminar ini bertujuan menyelidik metodologi yang mempertahankan perpaduan mazhab Islam dari perpecahan dan pertelingkahan seterusnya membentuk gagasan perpaduan umat Islam seluruh dunia.

Syaikh Mahmud ‘Asyur, ulama al-Azhar yang memimpin Darul Taqrib Bainal Mazahib Islami (Lembaga Pendekatan Antara Mazhab) menekankan perselisihan antara orang-orang Islam dicetuskan dari tersebarnya pemikiran Wahabi, Amerika dan Israel dalam dunia Islam.

Hanya Amerika dan Israel sahaja yang menikmati keuntungan dari perselisihan antara Mazhab dalam Islam.

Para ulama Universiti al-Azhar menegaskan bahawasanya Islam adalah satu agama dan membentuk firqah darinya adalah bid’ah dan tidak berasas sama sekali.