Monday, March 8, 2010

Wahabi tidak punya tempat di kalangan Ahlusunnah Iran.

Imam jamaah Ahlusunnah, Masjid Makki Zahedan mengatakan: Majoriti Ahlusunnah Iran adalah bermazhab Hanafi dan Syafie manakala Wahabi tiada tempat dikalangan mereka. ‘Abdul Hamid Ismail Zahi dalam khutbah Jumaat menyatakan Majoriti Ahlusunnah Iran tinggal di wilayah Marzi dan beberapa wilayah Iran lain. Mereka tidak punyai hubungan dengan pemikiran keras dan radikal Wahabi serta sentiasa menjaga kesatuan Islam dengan saudara-saudara Syiah dan pengikut mazhab Islam yang lain.

Khatib Jumaat Ahlusunnah Zahidan menegaskan:


ما به صراحت اعلام مي کنيم که تفکر وهابيت در سر ما نيست و ما اهل سنت حنفي مذهب هستيم.

“Kami berterus terang mengumumkan bahawasanya tiada pemikiran Wahabi dalam kepala kami dan kami adalah Ahlusunnah bermazhab Hanafi.”

Ismail menambah:

اهل سنت ايران در صحنه دفاع از ميهن اسلامي همراه در كنار برادران شيعه خود هشت سال در جبهه جنگ از کشور در مقابل تجاوز دشمنان دفاع کردند و تاکنون بارها در حمايت از انقلاب و نظام جمهوري اسلامي در راهپيمايي ها و انتخابات مختلف مشارکت داشته اند.

“Ahlusunnah Iran dalam medan perang, telah mempertahankan Negara Islam bersama-sama saudara-saudara Syiah selama delapan tahun, dalam menghadapi pencerobohan musuh, dan hingga sekarang masih mempertahankan revolusi, pemerintahan republik Islam dengan menyertai berbagai perarakan dan pilihanraya”.

Tambah beliau lagi:

اگر معدود افرادي داراي تفکرات تند يا برخي ناهنجاري ها باشند حسابشان از اکثريت اهل سنت جداست

“Jikalau ada segelintir individu yang mempunyai pemikiran keras dan tidak normal, maka mereka tidak termasuk dalam kelompok majoriti Ahlusunnah”

Beliau selaku Imam Masjid Makki Zahedan menegaskan kepada wartawan:

به گزارش منابع خبري، امام جمعه مسجد مکي اهل سنت زاهدان تاکيد کرد: حفظ وحدت و امنيت ملي کشور و تقويت اخوت اسلامي خواست اهل سنت ايران است و همه بايد در مسير وحدت و امنيت ملي حرکت کنيم.

Menjaga kesatuan, keamanan tanahair, pengukuhan persaudaraan Islam Ahlusunnah Iran dan keseluruhannya hendaklah kita bergerak dalam landasan Wahdah dan keamanan nasional” – Sumber berita Wahdat

No comments:

Post a Comment