Sunday, March 14, 2010

Foto Abdul Malik Rigi (ejen Amerika) yang diberkas Angkatan Perisikan Iran

Manurut warta berita Iran, Abdul Malik Rigi diberkas pada 23 Febuari 2010 ketika sedang melaksanakan tugas pentingnya sebagai seorang terrorist. Selama lima tahun beliau dan kumpulannya yang dikenal sebagai Jundullah telah melakukan pembunuhan kejam di wilayah timur Iran.

Aksi-aksi kejam kumpulan terrorist Jundullah:

  1. 2 Januari 2006: menculik 9 tentera Iran di perbatasan Iran-Afghanistan, seorang dari mangsa culik dibunuh dan yang lain dibebaskan setelah menyatakan ugutan.
  2. 15 Mac 2006: Membunuh 22 orang awam dan menculik 7 yang lain di daerah Tasuki, jalan antara Zahedan-Zabol. Seorang mangsa culik dibunuh dan yang lain dibebaskan setelah menyatakan ancaman.
  3. 13 Mei 2007: 34 warga Iran dibunuh dan menculik beberapa orang di jalan Darzin antara Bam-Kerman.
  4. 2 Febuari 2007: kumpulan ini membunuh 4 orang pegawai polis di Zahedan.
  5. 14 Febuari 2007: Bom kereta bunuh diri meledakkan bas yang membawa pengawal Revolusi sehingga menyebabkan 11 orang syahid dan 18 cedera.
  6. 13 Jun 2008: Menculik 16 orang pegawai polis dan tentera sebagai tahanan dan membunuh seorang dari mereka.
  7. 28 Mei 2009: Mengebom Masjid Amirul Mukminin di Zahedan dan 20 orang berpindah ke alam Baqa
  8. 18 Oktober 2009: Bom bunuh diri menyerang kota Sarbaz di wilayah timur Sistan dan Balucistan menyebabkan 43 orang mati termasuk seorang Komando Pegawai Revolusi Islam (As-Syahid Sustani) dan mencederakan lebih 150 orang.







































































































































































































































































Foto ini sejenak mengejutkan dunia hasil kebehasilan Perisikan/Intelijen Iran, ia menunjukkan Abdul Malik berada di pengkalan Amerika 24 jam sebelum dia diberkas. Badan perisikan Iran mendakwa mereka sudah mempunyai bukti kukuh penglibatan Amerika dengan kegiatan kumpulan terrorist Jundullah.


































Operasi kumpulan terrorist ini mirip dengan operasi Terrorist Wahabi yang lain seperti al-Qaeda, Sipahe Sahabah dan lain-lain lagi. Antara kesesatan mereka ini termasuklah menganggap orang Islam lain dari fahaman mereka adalah Kafir dan wajib dibunuh. Walaubagaimanapun ulama Ahlusunnah Iran menolak golongan Wahabi sebahagian daripada mereka.

Thursday, March 11, 2010

Gadis Iran diperkosa Angkatan Basiji sebelum dihukum mati

Dongeng hikayat gadis diperkosa oleh pengawal Revolusi Iran sebelum dilaksanakan hukuman bunuh ke atasnya masih diliputi kekaburan dan belum ada bukti kukuh. Kisah ini banyak beredar dalam internet mengiringi propaganda Amerika menjatuhkan maruah Iran dan Syiah. Semakin lama semakin kelihatan dongengan ini ditokok tambah dan matlamatnya sangat jelas, ia adalah bahan untuk mencerca Syiah!!! Oleh kerana terlalu rakus menyerang Syiah seorang netter dalam chatbox blog tentera dajjal terlanjur menyatakan asal kisah ini dari berita negara Syiah sendiri. Saya hairan, apakah ia dari agensi berita rasmi Iran IRNA, IRIB, ABNA atau MEHR? Namun setelah ditanya berkali-kali akhirnya mereka mengaku berita ini diambil dari Jurusalem Post dan Fox News. Memangnya berita gadis diperkosa sebelum dihukum mati di Iran telah hangat dicanang sejak tahun 1980 oleh golongan anti revolusi Islam. Bahkan setelah pilihanraya Iran berlangsung baru-baru ini editorial New York Times memfokuskan berita tahanan Iran telah diperkosa dengan tajuk utama “Shame On Iran”. Namun tahniah buat kerajaan pimpinan Ahmadi Nejad atas kebijaksanaan mereka menangani fitnah-fitnah ini. Televisyen Iran beberapa kali menyiarkan laman web yang memaparkan berita palsu dan rakaman perbualan telefon dari Amerika dalam bahasa Parsi yang menghasut pemuda-pemuda Iran bangun memberontak untuk menjatuhkan Kerajaan Republik Islam ini. Maka kita hendaklah berhati-hati terhadap berita propaganda yang datang dari entah mana sumber dan autentiknya.

Cerita dongeng dalam artikel ini datang dalam bentuk yang agak kretif namun punyai matlamat kesyaitanannya yang satu. Mereka mengatakan di bawah undang-undang Iran gadis yang masih perawan tidak boleh dihukum mati, namun tiada undung-undang tersebut di Iran.

Fox News agensi berita Zionis Yahudi yang sering membawa berita tidak sahih dan kadangkala melucukan. Dakwaannya militia Basiji menjalankan tugas di penjara adalah pendustaan yang nyata. Basiji bukanlah staff penjara namun mereka adalah tentera sukarela.

Mula-mula mereka mengatakan wanita yang perawan tidak boleh dihukum gantung sampai mati, langkah menyelesaikan masalah ini adalah menikahkannya secara paksa pada malam ia akan dihukum bunuh. Pertanyaannya sah atau tidak pernikahan secara paksa? Bolehkah ia dinikahkan tanpa izin wali? Kalau mereka mengatakan ia dipaksakan menikah Mut’ah, namun tetap saja tidak masuk akal kerana pernikahan Mut’ah dengan gadis yang masih perawan memerlukan izin wali. Maka diketahuilah penglipurlara cerita dongeng ini sama sekali tidak mengetahui hukum fiqh mazhab Syiah Imamiah. Ia hanyalah semata-mata hikayat yang dicanang oleh Zionis.



























Ini ialah kata-kata seorang netter mengisahkan gadis diperkosa sebelum dihukum mati. Menarik perhatian di sini kisah ini ialah berita dari negara Syiah sendiri!!!
























Setelah ditanya bertubi-tubi mana dia bukti ia dari berita negara Syiah akhirnya pendusta ini mengakui bahawa ia dari Fox News dan Jurusalem Post. Lihatlah percanggahan kata-katanya.
























Kisah ini ternyata dipungut dari Jurusalem Post (http://www.jpost.com/servlet/Satellite?cid=1246443842931&pagename=JPost%2FJPArticle%2FShowFull), saat saya membuka laman itu, link tersebut sudah tiada. Namun cerita ini masih tersimpan di Fox News (http://www.foxnews.com/story/0,2933,534116,00.html?test=latestnews) dan masih memautkan link cerita ini dari Jurusalem Post. Mengapakah Fox News suka sekali membela Zionis? Lihatlah saban hari berita yang ditayangkannya hanyalah sekitar warga Palestin dikaitkan dengan kegiatan terroris. Ia tidak akan sekali-kali memfokuskan berita pencabulan hak asasi manusia oleh Zionis.

Tuesday, March 9, 2010

Tehran's conference on Palestinian resistance movement

TEHRAN, Mar. 1 (MNA) -- Conference entitled “National and Islamic Unity for the Future of Palestine” was held in Tehran on Sunday. President Mahmoud Ahmadinejad and Majlis Speaker Ali Larijani attended the event.












Monday, March 8, 2010

Wahabi tidak punya tempat di kalangan Ahlusunnah Iran.

Imam jamaah Ahlusunnah, Masjid Makki Zahedan mengatakan: Majoriti Ahlusunnah Iran adalah bermazhab Hanafi dan Syafie manakala Wahabi tiada tempat dikalangan mereka. ‘Abdul Hamid Ismail Zahi dalam khutbah Jumaat menyatakan Majoriti Ahlusunnah Iran tinggal di wilayah Marzi dan beberapa wilayah Iran lain. Mereka tidak punyai hubungan dengan pemikiran keras dan radikal Wahabi serta sentiasa menjaga kesatuan Islam dengan saudara-saudara Syiah dan pengikut mazhab Islam yang lain.

Khatib Jumaat Ahlusunnah Zahidan menegaskan:


ما به صراحت اعلام مي کنيم که تفکر وهابيت در سر ما نيست و ما اهل سنت حنفي مذهب هستيم.

“Kami berterus terang mengumumkan bahawasanya tiada pemikiran Wahabi dalam kepala kami dan kami adalah Ahlusunnah bermazhab Hanafi.”

Ismail menambah:

اهل سنت ايران در صحنه دفاع از ميهن اسلامي همراه در كنار برادران شيعه خود هشت سال در جبهه جنگ از کشور در مقابل تجاوز دشمنان دفاع کردند و تاکنون بارها در حمايت از انقلاب و نظام جمهوري اسلامي در راهپيمايي ها و انتخابات مختلف مشارکت داشته اند.

“Ahlusunnah Iran dalam medan perang, telah mempertahankan Negara Islam bersama-sama saudara-saudara Syiah selama delapan tahun, dalam menghadapi pencerobohan musuh, dan hingga sekarang masih mempertahankan revolusi, pemerintahan republik Islam dengan menyertai berbagai perarakan dan pilihanraya”.

Tambah beliau lagi:

اگر معدود افرادي داراي تفکرات تند يا برخي ناهنجاري ها باشند حسابشان از اکثريت اهل سنت جداست

“Jikalau ada segelintir individu yang mempunyai pemikiran keras dan tidak normal, maka mereka tidak termasuk dalam kelompok majoriti Ahlusunnah”

Beliau selaku Imam Masjid Makki Zahedan menegaskan kepada wartawan:

به گزارش منابع خبري، امام جمعه مسجد مکي اهل سنت زاهدان تاکيد کرد: حفظ وحدت و امنيت ملي کشور و تقويت اخوت اسلامي خواست اهل سنت ايران است و همه بايد در مسير وحدت و امنيت ملي حرکت کنيم.

Menjaga kesatuan, keamanan tanahair, pengukuhan persaudaraan Islam Ahlusunnah Iran dan keseluruhannya hendaklah kita bergerak dalam landasan Wahdah dan keamanan nasional” – Sumber berita Wahdat

Masjid Jami' Ahlusunnah di Bandar Abbas, Iran

انما یعمر مسجد الله من امن با لله و الیوم الاخر

Assalamualaikum wt...

Kali ini saya ingin berkisah tentang Masjid Ahlusunnah yang di dakwa oleh golongan Wahabi tidak wujud di Iran. Malah lebih parah lagi mereka berbohong bahawa golongan Syiah membunuh saudara kita Ahlusunnah. Innalillah Wa Inna Ilaihiraji'un!!!!!

Semoga Allah melindungi kita dari pembohongan ini. Dalam Chatbox blog Tentera Dajjal seorang netter mengatakan Masjid Sunni tiada sama sekali di Iran.Entahlah apakah dia benar-benar melihat sendiri atau berdasarkan khayalannya sahaja? Beliau turut mengatakan polisi negara Iran, jikalau ada Sunni di Iran mereka akan ditangkap dan dibunuh!!!























Namun beberapa hari kemudian datang lagi seorang netter yang lain membawa link berita seorang ulama Sunni dibunuh di depan sebuah Masjid:























Oh mengapakah mereka harus berbohong? seorang mengatakan tiada masjid Sunni di Iran manakala seorang yang lain membawa link (http://www.asharq-e.com/news.asp?section=1&id=14699) berita seorang ulama Sunni dibunuh di depan Masjid? apakah betul tiada masjid Sunni di Iran? Beberapa hari kemudian datang seorang lagi netter memaklumkan memang ada komuniti Sunni di Iran!!!

Setelah saya teliti ternyata pernyataan tersebut hanyalah keluar daripada seorang fanatik pada ajaran Wahabi.

Ini adalah foto-foto perasmian Masjid Jami' Bandar Abbas, Harmazegan miliknya Ahlusunnah Iran pada 31 Khordad 1387 Shamsiyah. Turut menghadiri acara ini ialah wakil Waliyul Faqih Ayatullah Na'im Abadi di daerah tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada jam 10 pagi.
























Majlis dirasmikan oleh Syaikh Sayed Abdul Ba'is Qattali, Imam Jamaah Ahlusunnah Bandar Abbas.
























Shalat berjamaah...




















Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi, beliau adalah Ulama Ahlusunnah Iran yang ke tiga berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti Madinah Munawwarah.



















Pandangan sisi masjid dengan menaranya yang cantik.



















Gambar di dalam masjid
























Mihrabnya


Sesuai dengan kempen Amerika memerangi Iran, golongan Wahabi pun turut bekerja secara tidak langsung di pentas sandiwara mereka. Hari ini Iran sudah berjaya menangkap ejen CIA yang bernama Abdul Malik Rigi, seorang pemimpin pergerakan militan Wahabi Jundullah. Pekerjaan mereka hanyalah membunuh dan mengebom Masjid Syiah di sekitar wilayah Balucistan. Namun Ahlusunnah Iran pun sedar dan menolak golongan Wahabi ini. Insyaallah akan saya dedahkan nanti.

Wassalam

Thursday, March 4, 2010

Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-23

Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-23 telah berlangsung dengan jayanya di Tehran pada hari selasa lalu. Para Ulama Sunni dan Syiah dari 48 buah Negara telah menghadiri persidangan ini dan membahaskan banyak perkara termasuk isu Palestin. Persidangan ini dipengerusikan oleh Hashemi Rafsanjani.