Saturday, June 19, 2010
Syaikh al-Azhar menolak permohonan mufti Wahabi untuk menentang Syiah
Syaikh al-Azhar bertegas menolak permintaan mufti Wahabi yang menentang pengiktirafan al-Azhar terhadap Syiah sebagai salah satu mazhab rasmi. Beliau berkata: Pendirian tetap dan kekal universiti al-Azhar sepanjang sejarah adalah mencapai perpaduan dan Taqrib di kalangan umat Islam.
Menurut Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) pada hari ini, Ahmad al-Tayb enggan menerima pembacaan atas permohonan mufti yang tidak berharga ini serta melahirkan kebimbangannya, “Dalam 14 kurun usia Islam, Syiah dan Ahlusunnah telah menjadi dua sayap Islam dan tiada peperangan antara keduanya. Namun kekusutan dari jalan peperangan Firqah Mazhab yang tidak bijak boleh melemahkan umat Islam .
Beliau mengatakan bahawa Syiah dan Ahlusunnah mempunyai persamaan dalam Usuluddin: "Pendekatan antara Mazhab Islam adalah salah satu perhatian penting buat al-Azhar".
Syaikh al-Azhar menegaskan bahawa sepanjang sejarah riwayat Taqrib al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut Mufti terdahulu, Marji’ Syiah Taqiyuddin al-Qomi, sejak dari zaman pengasasan Darul Taqrib telah berusaha menyatukan umat Islam dan al-Azhar juga memainkan telah peranan pentingnya.
Katanya lagi Ahmad bin Sa’d bin Hamdan al-Hamdan al-Ghamidi, salah seorang pensyarah Universiti Ummul Qura di Makkah telah mengkritik keras pengiktirafan rasmi al-Azhar terhadap Mazhab Syiah dan dibolehkan berpegang dengannya seperti mazhab-mazhab yang lain selain meminta pengiktirafan ini dihapuskan.
Ahmad dalam perutusannya atas tajuk seruan kepada ulama al-Azhar yang beredar menerusi majalah elektronik Sabaq berkeras: ‘Syiah Ithna as-syariyah telah memanfaatkan al-Quran, sunnah dan 12 sumber lain untuk kepentingan Aqidah mereka yang bertentangan dengan agama Allah.
sumber berita: Ahlul Bait News Agency (ABNA) http://www.abna.ir/data.asp?lang=1&id=192666
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment