Sunday, June 20, 2010

Abdul Malik Rigi telah dihukum gantung sampai mati pagi tadi


"Abdul Malik Rigi telah digantung sampai mati pagi ini berdasarkan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Revolusi Islam di balai penghukum penjara dengan kehadiran beberapa orang sanak saudara mangsa kekejaman kumpulan terroristnya."

Khabar ini telah disampaikan kepada wartawan oleh Mahkamah Awam dan Revolusi Tehran. Abdul Malik telah didapati bersalah dengan 79 jenayah kejam yang disabitkan dengan akta 190, 191, 186, 185 dan 183 Kanun Hukuman Islam selama perbicaraan di salah sebuah mahkamah Tehran.

Kelmarin beliau sempat dipertemukan dengan keluarga korban lantas menyatakan penyesalan atas aksi ganasnya dan memohon ampun daripada keluarga mangsa. Kumpulan pengganas Jundullah ini sudah pun mengakui hubungannya dengan pagawai Nato di Afghanistan dan agensi perisikan asing CIA.


Abdul Malik dalam pertemuan
dengan keluarga mangsa
kekejamannya



Jundullah yang berpengkalan di Pakistan telah melangsungkan kegiatan pengeboman, pembunuhan, penyembelihan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 40 jiwa di selatan Iran.

Sebelum ini adiknya juga yang bernama Abdul Hamid Rigi telah dijatuhkan hukuman sama. Abdul Hamid mengakui telah membunuh isterinya Faizah Mansuri ketika tidur dan iparnya Shahab Mansuri telah disembelih oleh Abdul Malik dan video penyembelihan ini telah dikirim ke televisyen al-Arabiyyah.

Abdul Hamid ketika diziarahi mertuanya di penjara telah mengeluh bahawa beliau telah dipengaruhi pemikiran terrorist abangnya sambil bersumpah, dikeranakan pengaruh terrorist yang sangat dahsyat beliau sanggup menembak isterinya yang sedang tidur.

Sumber Berita: Ahlul Bait News Agency (ABNA)





















Gambar: Ipar Abdul Hamid yang
telah disembelih oleh Abdul Malik.
























Abdul Hamid Rigi yang telah
menjalani hukuman mati.






















Faizah Mansuri, telah dibunuh

oleh suaminya sendiri (Abdul Hamid)

No comments:

Post a Comment