Mukadimah Shalat
1. Mengetahui tata cara wudhu
2. Mempelajari hukum-hukum yang berkaitan dengan setiap amalan wudhu
Wudhu
Setiap insan hendaklah membersihkan lahiriah dirinya sebelum shalat (dan beberapa amalan lain), dengan berwudhu, yaitu membersihkan tubuh dari najis dan adakalanya seseorang itu harus mandi atau Tayammum.
Niat dalam Wudhu
Dalam amalan-amalan ibadah tidak perlu berniat dengan ungkapan atau meletakkan di dalam hati, namun hanya sekadar seseorang itu faham dan tahu pelaksanaannya. Jika seseorang itu ditanya apa yang dilakukannya, cukuplah ia mampu menjawab misalannya saya sedang mengambil wudhu. Tidak ada masalah berniat dengan bahasa apa pun.
Niat sama seperti ibadah yang lain hendaklah dengan niat 'qurbatan' yaitu seseorang berniat mengambil wudhu semata-mata mentaati perintah Allah, niat selain dari ini membatalkan wudhu.
Amalan wudhu
Wudhu:
1. Mencuci
Muka: Dengan kadar: Dimulai dari tempat tumbuhnya rambut di kepala sampai akhir dagu. Dengan lebar sebanyak selang antara ibu jari dan jari tengah.
Tangan kanan dan tangan kiri: Bermula dari jari sehingga hujung jari-jari.
2. Mengusap
Kepala: Bahagian depan iaitu di atas dahi
Kaki: Dari hujung jari sehingga bahagian bonjol di atas kaki
Cucian
Ketika mencuci muka, hendaklah bermula dari tumbuhnya rambut sehingga penghujung dagu dan kedua tangan itu bermula dari siku sehingga hujung jari-jemari. Namun untuk meyakinkan hendaklah sedikit sekitarnya dicuci juga (iaitu dicuci juga sedikit keliling bahagian muka dan sedikit di atas siku).
- Apakah mencuci wajah dan tangan hendaklah dari atas ke bawah?
Dengan ihtiyat wajib hendaklah wajah dicuci dari atas ke bawah. jikalau dicuci dari bawah ke atas wudhunya batal.
- Apakah kewajiban seseorang yang wajahnya atau tangannya tidak normal, atau pun dahinya tumbuh sedikit rambut?
Hendaklah ia mencuci sepertimana orang biasa berwudhu.
- Apakah perlu disampaikan air pada kulit muka yang ditumbuhi rambut?
Jikalau kulit muka boleh ditemui antara rambut itu, hendaklah dikenakan air padanya. Sehinggakan jika ia syak bahawa kulitnya boleh ditemui atau tidak di antara rambut, dengan ihtiyat wajib hendaklah air dikenakan pada rambut di kulit mukanya.
- Berapa kalikah anggota wudhu perlu dicuci?
Satu kali sahaja sudah memadai dan dibenarkan cucian kali kedua. Namun cucian melebihi dari 2 kali adalah haram.
Beberapa Masalah
1. Tidak wajib mencuci dalam hidung dan mulut, sekitar bibir dan mata saat ia dikatup (bahagian dalam mata dan mulut yang tidak dapat dilihat ketika ia ditutup). Namun untuk keyakinan, wajiblah mencuci sedikit bahagian itu.
2. Anduh atau kulit yang ditampal untuk memulihkan kecederaan namun tidak menghalang wudhu, cukuplah dicuci luarannya. Jika luka yang dibubuh ubat atau perlu memakai sesuatu, hendaklah ubat atau sesuatu itu disingkirkan. Jikalau tidak boleh disingkirkan, hendaklah ia mengambil wudhu Jabirah (akan dibincangkan nanti).
3, Mencuci 3 kali anggota wudhu adalah Bid'ah dan Haram. Kadangkala membatalkan wudhu, iaitu dalam keadaan mengusap dengan air cucian ke-3 itu, kerana ianya bukan lagi air wudhu.
Mengusap/sapu
1. Mengusap kepala.
Tentang mengusap kepala (bahagian depannya) fahamilah perkara penting ini:
- Bahagian wajib diusap: Bahagian usapan yang wajib: Sekadar usapan yang diberitahu oleh seseorang yang melihatnya.
- Bahagian mustahab diusap: usapan selebar 3 jari yang dirapatkan serta panjangnya satu jari
- dalam mengusap kepala tidaklah wajib mengusap atas kulit kepala, atau pangkal rambut, adapun di atas bahagian depan juga sah. Namun jikalau rambut itu panjang sehingga jatuh berjuntai ke muka apabila disisir, hendaklah ia mengusap kulit kepala atau pangkal rambut.
- Jikalau rambut yang tumbuh dari tempat lain berkumpul di tempat usapan, mengusapnya tidak sah. Usapannya hendaklah di atas kulit atau rambut di depan kepala.
2. Mengusap kaki.
Mengusap atas kaki hendaklah dengan lembapan yang dihasilkan dari cucian tangan kiri bermula dari hujung jari hingga bonjolan di atas kaki. Cukuplah lebarnya walaupun dengan satu jari sekalipun.
- Ukuran mustahab dalam mengusap kaki ialah dengan keseluruhan atas kaki diusap dengan tangan.
Penting:
Usapan hendaklah didahului dengan kaki kanan dahulu, kemudian barulah kaki kiri, namun tidak semestinya kaki kanan diusap dengan kaki kanan dan kaki kiri diusap dengan kaki kiri.
Tambahan:
Perhatikan 2 masalah dari kitab istiftaat Ayatullah Khamenei:
1. Mengusap kepala dan kaki hendaklah dengan lembapan yang tersisa di tangan dan sebagai Ihtiyat hendaklah kepala diusap dengan tangan kanan, namun menyapunya tidak semestinya dari atas ke bawah.
2. Jikalau tidak dapat menyingkirkan ramput palsu, dibolehkan mengusap di atasnya.
3. Ayatullah Khamenei dalam tajuk mengusap kaki berkata: Seseorang itu hendaklah mengusap dari hujung jarinya hingga sendi kaki.
Sumber:
درسنامه احکام ج 2
No comments:
Post a Comment