Saturday, July 16, 2011

ANCAMAN JAKIM TERHADAP AHLUSUNNAH

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sanggup bersekongkol dengan penganut ajaran sesat Wahabi untuk memusnahkan Ahlusunnah Wal Jamaah dan Islam keseluruhannya. Ini dapat kita saksikan apabila blog Ahlusunnah mendedahkan kesesatan Pegawai Penyelidik JAKIM yang menganut ajaran Wahabi, malangnya hingga hari ini pihak JAKIM belum dilihat mengambil tindakan ke atas pegawai tersebut. Sila rujuk pada pautan ini:

http://ustazmoden.wordpress.com/2010/07/17/pegawai-penyelidik-jakim-sendiri-masih-sesat-isu-nur-muhammad/

Pihak JAKIM juga dikhuatiri memusnahkan ajaran Ahlusunnah yang sebenar apabila menyebarkan pembohongan bahawa Syiah yang membunuh Saidina Husain di Karbala. Sila rujuk pada pautan ini:

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/jawab_syiah.pdf

Padahal yang memberi Bai'ah dan mengundang Imam Husain adalah warga Kufah. Dengan tidak semena-mena JAKIM menunding jari bahawa penduduk Kufah itu adalah Syiah. Dengan memutarbelitkan fakta ini, apakah pihak JAKIM menyangka mereka dapat membasuh otak orang ramai Ahlusunnah supaya tidak menyalahkan pembunuh sebenar Saidina Husain, iaitu Yazid.

Saya merujuk perkara ini di dalam buku teks At-Tarikh Al-Islami yang diajar di sekolah-sekolah agama di Kedah. Secara terang-terang buku ini mengkritik Yazid selaku pembunuh saidina Husain. Lihat imbasan di bawah:






Hanya Wahabi sahaja yang tidak mahu mengaku Yazid sebagai pembunuh Saidina Husain. Sebaliknya mereka akan meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak Syiah. Saya mempunyai banyak bahan rujukan bahawa ulama Ahlusunnah melaknat Yazid dan sekaligus membuktikan pembunuh Saidina Husain ialah Yazid. Jikalaulah matlamat pegawai JAKIM itu menafikan Yazid sebagai pembunuh sebenar saidina Husain, maka saya beranggapan bahawa JAKIM adalah ancaman kepada Ahlusunnah. Selain itu saya menganggap JAKIM sudah diperalatkan oleh golongan Wahabi untuk menyebarkan kesesatan mereka terhadap umat Islam.

Sunday, June 26, 2011

Wahabi menghina Isteri nabi.

Sudah lama saya tidak dapat menulis kerana tersibuk dengan urusan hidup. Saya berharap semoga Allah memberikan lebih banyak ruang dan waktu untuk saya membaca dan meneliti. Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang isu caci maki.

Seperti biasa golongan Wahabi bersama Yahudi merancang supaya umat Islam berperang sesama sendiri dan cuba memperalatkan isu semasa atau institusi kerajaan agar terjadinya insiden keganasan di Malaysia. Saya sudah membaca tulisan tidak berilmiyah "127 - Malapetaka Syi’ah Bersama Demonstrasi BERSIH 2.0" dari link ini: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2011/06/127-semangat-syiah-dalam-demonstrasi.html

Antara pembohongan yang dicanangkan ialah Syiah caci-maki para sahabat! Saya katakan caci maki adalah haram di dalam Islam dan al-Quran sudah menjelaskannya. Tak perlu kita bicarakan, mencaci maki adalah terkeluar dari ajaran Ahlusunnah dan Syiah.

Dalam waktu yang singkat ini biarlah saya bawakan sebuah hadis untuk membuktikan bahawa mencaci maki isteri nabi memang sudah lama menjadi amalan Wahabi. Abu Dawud di dalam Sunannya yang ditermasuk sebagai Sahih Sittah (Six Compilers of Hadith: Bukhari, Muslim, Ibn Majah, Abu Dawood, Tirmizi and Nisa'i) menceritakan: Ketika berlaku pertengkaran sengit antara Aisyah dan Zainab di depan mata Rasulullah (s.a.w), Zainab mula mencerca Aisyah. Rasulullah pun berkata kepada Aisyah:

سبيها، فسبتها فغلبتها
.

Iaitu Rasulullah memberi arahan kepada Aisyah, “Cercalah ia, maka Aisyah pun mencaci maki Zainab, dan Aisyah pun menang”.

Pertengkaran di depan Rasullah ini pernah diriwayatkan juga di dalam Sahih Muslim. Aisyah berkata Rasulullah kelihatan gembira ketika aku mencerca Zainab dan dalam membela Aisyah baginda bersabda: “Sesungguhnya Aisyah adalah anak Abu Bakar”

انها ابنة ابی بکر

Saya mengatakan perbuatan mencerca ini dilarang di dalam surah Al-An’am ayat 108: "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan". Tak kan lah Rasulullah melakukan perkara bertentangan dengan Al-Quran? Tapi golongan Wahabi membolehkan caci maki terutama sekali kalau kita membaca karya Ibnu Taimiyah, bacalah di dalamnya penuh dengan caci maki seperti perkataan pondan, anak najis dan sebagainya yang tidak syak lagi sebuah perbuatan buruk yang bertentangan dengan Al-Quran!!!

Ayatullah Sayid Ali Khamenei selaku pemimpin dan Marji' Syiah terbesar di dunia telah mengeluarkan fatwa haram menghina simbol Ahlusunnah apabila timbol kontroversi Yasir Al-Habib, lihat di: http://unggaspagi.blogspot.com/2010/10/fatwa-sayed-ali-khamenei-haram-menghina.html

Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Ulama besar ini, semoga perpaduan Sunni dan Syiah semakin utuh di samping kita sama-sama membongkar kegiatan Wahabi membunuh dan merosakkan tempat suci umat Islam dalam persidangan antara mazhab nanti.

Sunday, June 19, 2011

Wahabi berada di bawah perlembagaan Kuffar!!




Anak didik Wahabi tidak segan silu menamakan perlembagaan Malaysia sebagai Kufar. Emosinya seolah-olah nak berperang dengan kerajaan Malaysia. Katanya:


"kami juga mahu negara kita kembali kpd sistem kerajaan Islam, tinggalkan demokrasi, tp bukan sekarang, kerana kita masih lagi termaktub dibwh perlembagaan kufar.. "

Disamping itu ia mengatakan:

"kita harus memerangi mereka (Syiah) dahulu.. "

Apakah setelah memerangi Syiah, mereka akan perangi pula dengan kerajaan Malaysia?

Sunday, January 16, 2011

Taliban/wahabi memotong hidung & telinga seorang gadis

Semua orang sudah sedia maklum, Taliban ialah kumpulan yang berpegang dengan ajaran Wahabi, dan Wahabi tidak dapat dipisahkan dengan kezaliman sebagaimana yang kita baca di dalam kitab hasil penulisan Ibnu Taimiyah.



Gambar-gambar ini ialah koleksi bukti kekejaman Wahabi yang ada dalam simpanan saya. Nama perempuan ini ialah ‘Aisyah berusia 18 tahun. beliau telah dipaksa menikah seorang lelaki Afghanistan ketika masih berusia dini dan belum mengerti apa-apa tentang alam rumahtangga. Pada suatu hari beliau ditangkap atas kesalahan melarikan diri dari suaminya dan mahkamah Taliban/Wahab melanjutkan perlaksanaan kezaliman mereka. Perempuan ini dipotong hidung dan telinganya!!!! kerana dianggap melakukan dosa besar. Suaminya tanpa belas kasihan mula menghiris hidung dan telinga perempuan malang ini. Hingga kini ‘Aisyah hidup dengan keadaan dirinya seperti ini tanpa sebarang hiasan atau persolekan.



‘Aisyah menyentuh wajahnya yang cacat dan berkata sayu: “Inilah yang mereka lakukan terhadap saya. Lantas bagaimana kami hendak berdamai dengan mereka?”

Hakikatnya Wahabi bukan sahaja golongan pengganas/terroris, bahkan mereka adalah musuh Islam yang berselindung dalam Ahlusunnah untuk membinasakan umat Islam dengan akidah mereka yang sesat lagi menyesatkan.

Monday, October 4, 2010

Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi: Yasir al-Habib bodoh dan Wahabi lebih jahil darinya


Individu ini jikalau bukan upahan dan ejen maka ia adalah bodoh dan gila; namun ulama Wahabi adalah lebih jahil darinya kerana berdalil: Orang Syiah telah meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka, bukti betapa Wahabi tidak bermantiq ialah seluruh kecaman mereka dilemparkan terhadap Syiah, sedangkan watak seorang insan bodoh atau upahan dan ejen ini dijadikan ukuran! saya telah menulis lebih dari 140 kitab tentang aqidah, tafsir dan beberapa ilmu yang lain namun tidak pernah terkandung di dalamnya sedikit pun kata-kata yang tidak sepatutnya kepada isteri nabi. Namun kata-kata orang itu bukan sahaja tidak berasas, bahkan menunjukkan ia orang upahan.

Yasir al-Habib bodoh dan Wahabi lebih jahil darinya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi dalam pelajaran luar pada hari Isnin (kelmarin) menyentuh tentang fitnah baru terhadap Mazhab Syiah, "Saya dengar baru-baru ini seorang individu yang tidak berpelajaran dan lagaknya seperti ulama di London, atas nama Syiah telah menghina kesucian mazhab lain. Beliau telah mengeluarkan kata-kata aneh yang tidak sepatutnya dilemparkan terhadap salah seorang isteri Nabi serta telah mengaitkan sebahagian mereka dengan perbuatan nista".

Beliau menegaskan bahawa individu seperti ini tidak mewakili Syiah sambil menambah: "Individu ini samada insan upahan dan ejen, atau seorang yang bodoh dan gila; namun ulama Wahabi lebih jahil darinya kerana mengambilnya sebagai bukti untuk mengatakan: 'Syiah telah menzahirkan apa yang terpendam dalam diri mereka!' mereka sedang mengecam beratus ulama Syiah di Iran, Lubnan, negara-negara Arab dan Eropah dikeranakan seorang yang berwatak ulama sambil mengatakan dia adalah bodoh".

Marji' taqlid Syiah ini menambah, "Tanda-tanda Wahabi tidak berlogika ialah kecaman mereka dilemparkan kepada seluruh ulama Syiah, walaupun mereka sedang mengadili ciri-ciri perkataan seorang individu upahan dan ejen! Kami mengatakan perkataannya adalah dusta dan dia adalah seorang jahil. Namun Wahabi telah terjebak dengan katas-katanya! Saya sendiri telah menulis lebih dari 140 kitab tentang Aqidah, Tafsir dan beberapa ilmu lain namun tiada terkandung perkataan yang tidak sepatutnya kepada ister-isteri nabi. Kata-kata individu itu bukan sahaja tidak berasas, bahkan menunjukkan ia orang upahan".

Ayatullah Makarim Syirazi sambil mengisyaratkan fitnah besar ini adalah menentang Islam dan mengatakan, "Kemungkinan individu yang tinggal di London ini berbicara demikian akibat kesan dari propaganda asing, kerana itu Wahabi di Hijaz menerima pengaruh propaganda ini. Kedua-dua pihak saling menghulurkan tangan sehingga membahayakan umat Islam. Mereka bekerja sehingga memperolehi habuan yang diinginkan, setelah itu mereka akan pergi."

Guru Hawzah Ilmiyah Qom ini memfokuskan pergerakan musuh dengan berkata, "Mereka juga mewujudkan keraguan iaitu: 'Jikalau perbuatan ini dikecam, mengapa Ayatullah kamu tidak berkata apa-apa?!' Kami mengecam dan mengatakan setiap penghinaan terhadap isteri Rasullah adalah tidak patut, mengecam beliau sama seperti menghina Rasulullah dan perkara ini telah disiarkan dalam saluran TV al-Wilayat".

Beliau menambah, "Apakah Wahabi telah lupa bahawa Imam Khomeini telah mengistiharkan kemurtadan Salman Rusdi kerana bahagian penting buku Ayat-Ayat Syaitan itu menghina isteri Rasulullah dan meletakkan perbuatan yang sangat keji buat isteri Rasulullah. Namun mereka tidak mengecam Salman Rusdi; bahkan mereka mengecam Imam ini padahal mereka berlepas diri dalam isu itu kemudian melayan pula kata-kata orang gila. Ini menunjukkan mereka sama sekali bukan ahli logika".

Ayatullah Makarim Syirazi di akhir bicaranya mengatakan, "Hendaklah kita berwaspada dalam perdebatan dan perbahasan, hendaklah kita memberikan jawapan dengan dalil logik kepada orang lain dan tidak mengerjakan sesuatu yang khilaf. Saya berharap umat Islam bekerjasama supaya tidak terjebak dalam bahaya propaganda musuh."

Penting dinyatakan di sini bahawa seorang individu yang tidak berkelayakan memakai pakaian ulama Syiah dan tidak disahkan pengajiannya dari mana-mana Hawzah Ilmiyah dan Marji' Taqlid telah berceramah dalam saluran TV Fadak. Ia telah memberi keuntungan kepada fitnah yang sekaligus membawa pengkafiran Wahabi dan pengganas terhadap Syiah.

Sayang sekali beliau telah mengeluarkan kata-kata yang sangat hina terhadap ulama Syiah seperti As-Syahid Ayatullah Sayed Muhammad Baqir Sadr dan al-Marhum Ayatullah Bahejat namun sebagai pengikut Syiah kita berlepas diri dari perbuatannya.

Al-Habib dalam bulan Ramadhan lalu telah menganjurkan majlis kematian Aisyah isteri Rasulullah. Ia telah memberi ceramah yang mengandungi penghinaan lantas membawa masalah besar kepada Syiah Kuwait dan Arab Saudi. Ulama Syiah di kedua negara ini seperti Syaikh 'Amri, Syaikh Husain Ma'tuq, Syaikh Hasan Safar, Syaikh Ali Al-Muhsin, Syaikh Abdul Jalil al-Samin, Syaikh Namr dan Syaikh Hashim al-Salman menentang keras dan menolak perkataan al-Habib.

Menarik perhatian di sini ialah saat-saat al-Habib mendapat tekanan, ia mendapat perlindungan dari negara England termasuk beberapa pertubuhan hak asasi manusia!