Wednesday, August 7, 2013
Monday, August 5, 2013
Thursday, August 1, 2013
Tuesday, July 17, 2012
Ajaran Bani Umayyah ialah membenci Ali


Perhatian: Ahmad Nasim dalam satu dialog di negeri Perak pernah bertanya lebih kurang begini "Apakah tidak ada kecintaan kepada Ahlul Bait di sisi Ahlusunnah (Wahabi)... sehingga perlu kepada Syiah di dalam mencintai Ahlul Bait....?"
Sungguh berbahaya apabila kita melihat Ahlusunnah itu hanya berpegang kepada Sahabat nabi sebagai sumber agama setelah Al-Qur'an. Sebenar pada zaman dahulu, sekurang-kurangnya terdapat 3 kelompok fahaman umat Islam yang telah terbentuk iaitu:
1. Madrasah Ahlul Bait yang mengambil agama daripada sumber Al-Qur'an dan Ahlul Bait.
2. Madrasah Sahabah yang mengambil agama daripada sumber Al-Qur'an dan sahabat Nabi (s.a.w).
3. Madrasah Bani Umayyah yang mengambil sumber agama daripada ajaran Bani Umayyah.
Kajian ke atas fakta-fakta menunjukkan bahawa Islam yang difahami oleh kelompok Ahlusunnah yang cenderung dengan Bani Umayyah sangat bercanggah dan berbeza daripada Islam yang dipegang oleh kelompok Ahlusunnah iaitu madrasah Sahabah.
Perbahasan ini tidak akan terlepas dari merentasi krisis kemelut politik yang mencoreng sejarah hitam umat Islam. Tindakan awal yang diambil oleh Bani Umayyah setelah mencapai puncak kekuasaan ialah menjatuhkan martabat istimewa Ali bin Abi Talib . Inilah perang psikologi dan propaganda asasi yang dikuatkuasakan oleh regim monarki Muawiyah.
Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, fasal kelebihan para sahabat, bab keutamaan Ali bin Abi Talib:
“Muawiyah mengarahkan Saʻad, maka Muawiyah pun bertanya: Apa yang menghalang engkau dari menghina Aba Turab? Maka Sa'ad pun menjawab: Aku teringat 3 hal tentang kedudukan Ali yang pernah diucapkan oleh Rasulullah, maka aku tidak akan mencerca beliau selama-lamanya kerana tiga hal tersebut. Sesungguhnya salah satu dari tiga hal tersebut lebih aku sukai dari pada seekor sapi yang mahal."









Wednesday, August 25, 2010
Ayatullah Jaafar Subhani; Syiah tidak pernah mengkafirkan sahabat nabi
|
Qom- Petang Selasa kelmarin, Ayatullah Jaafar Subhani dalam kuliah tafsir surah al-Hasyr di Madrasah 'Ali Fiqh mendedahkan, "Hanya orang yang tidak berpelajaran sahaja yang menganggap sahabat nabi bersikap adil dari awal sampai akhir hayat mereka, atau mengatakan riwayat daripada mereka itu muktabar. Meskipun Syiah memberi penghormatan kepada mereka, ini bukanlah alasan untuk menutup mata dan memuktabarkan riwayat daripada sahabat." Beliau menambah, tidak seperti fitnah yang tersebar luas, Syiah juga mengasihi mereka namun sebahagian pembohongan menuduh syiah mengkafirkan sahabat."
"Kekafiran dan keadilan adalah dua masalah entiti yang berbeza dan tidak boleh kedua-duanya dicampur adukkan. Pada pandangan Syiah dikalangan sahabat lebih dari 70 peratus mereka itu bertaqwa dan berlaku adil, namun sebilangan daripada mereka ada juga bersikap tidak adil. Tidak adil dan kafir sangat jauh bezanya."
"Bagaimana mungkin Syiah mengkafirkan semua sahabat sedangkan lebih 150 orang daripada kalangan mereka itu adalah pengikut Ali (as). Oleh itu hendaklah mereka yang membuat tuduhan itu takut kepada Allah dan tidak berdusta lagi." tambah beliau.
Berkenaan riwayat-riwayat Ahlusunnah seperti di dalam Sahih Bukhari beliau mengatakan, "Dalam kitab Sahih Bukhari sebahagian riwayat menunjukkan kemurtadan para sahabat. Syiah menganggap kemurtadan ini adalah berpaling dari kepimpinan, bukannya keluar dari Islam. Oleh itu barangsiapa yang membuat tuduhan liar terhadap Syiah, mereka itu dikira tidak berpelajaran."
Merujuk kepada beberapa peristiwa bersejarah tentang ketidak adilan sebahagian para sahabat, ulama tafsir ini menjelaskan, "Sejarah menunjukkan bahawa sahabat Nabi beberapa kali mengingkari baginda dan banyak ayat telah turun untuk memberi hidayat dan menghalang mereka dari kesesatan dan kefasikan yang mana teladan itu dapat disaksikan dalam surah al-Hasyr."
Ayatullah Subhani menegaskan, "Sebahagian khutbah Nabi dan peperangan setelah wafat baginda seperti perang Jamal, Nahrawan dan..... perkara ini membuktikan sebahagian para sahabat terjebak seperti apa yang dirisaukan baginda dan gugurlah keadilan dari mereka itu."
Menurut beliau lagi, "Allah (swt) mendifinisikan sifat dan ciri-ciri para sahabat di dalam berbagai ayat, namun jelas sekali definisi itu tidaklah meliputi semua sahabat namun kebanyakan daripada mereka termasuk di dalamnya."
"Maksud ayat-ayat seperti ini ialah sahabat hakiki yang memiliki sifat dan personaliti seperti ini sahaja, bukan bermaksud pakaian keadilan dan kesucian dibusanakan ke tubuh semua sahabat." menurut beliau lagi.
Sumber berita: : http://www.irna.ir/html/1389/13890603/212070.htm
Sunday, February 14, 2010
Mengapakah kita memanggil Aisyah dengan sebutan Ummulmukminin?
Mengapa saya memanggil Aisyah dengan nama Ummul Mukminin? Sering juga saya menegur anak-anak yang mengeluarkan perkataan yang tidak pantas terhadap Aisyah binti Abu Bakar . Apakah ulama Syiah di Iran memanggil Ummul Mukminin Aisyah dikarenakan a respecful title given to her?. Mari kita sama-sama meneliti fakta-fakta ini.
Allah memperkenalkan tentang isteri Nabi (saw) kita Bunda Orang Beriman dalam ayat:
النَّبِيُّ أَوْلى بِالْمُؤْمِنينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْواجُهُ أُمَّهاتُهُمْ. الأحزاب/6 .
Nabi lebih aula dari orang beriman dan isteri-isterinya termasuk ibu-ibu mereka (orang beriman)- al-Ahzab ayat 6
Jelas sekali dalil ini menyatakan penghormatan dan kelebihan isteri-isteri nabi dikenal sebagai ibunda orang beriman, namun pertanyaan yang sering muncul di sini apakah maksud dari Ummul Mukminin? dan apakah hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka?
Ternyata mereka ini diserupakan dengan ibu dalam bentuk metafora, bukannya ibu kandung yang menyebabkan muhrim. Sangat jelas tidak ada siapa-siapa boleh mengatakan para isteri nabi menjadi muhrim kepada semua orang beriman seperti hukum muhrimnya ibu dan anak atau juga mewarisi harta pusakanya.
Satu-satunya pengaruh keibuan Ummul Mukminin yang disebut dalam riwayat dan sejarah Islam ialah haram menikah dengan mereka setelah kewafatan Nabi (saw). Maqatil bin Sulaiman seorang ulama tafsir terawal Ahlusunnah menulis sebab penurunan ayat 53 surah al-Ahzab:
«وَما كانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْواجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذلِكُمْ كانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظيماً»
فقال طلحة بن عبيد الله القرشي من بني تيم بن مرة : ينهانا محمد أن ندخل على بنات عمنا ، يعني عائشة ، رضي الله عنها ، وهما من بني تيم بن مرة ، ثم قال في نفسه : والله ، لئن مات محمد وأنا حي لأتزوجن عائشة، فأنزل الله تعالى في قول طلحة بن عبيد الله «وَما كانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْواجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذلِكُمْ كانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظيماً» لأن الله جعل نساء النبي صلى الله عليه وسلم على المؤمنين في الحرمة كأمهاتهم . فمن ثم عظم الله تزويجهن على المؤمنين.
الأزدي البلخي، أبو الحسن مقاتل بن سليمان بن بشير (متوفاي150هـ) ، تفسير مقاتل بن سليمان، ج 3، ص 53 ، تحقيق : أحمد فريد ، ناشر : دار الكتب العلمية - لبنان/ بيروت ، الطبعة : الأولى ، 1424هـ - 2003م .
Talhah bin Ubaidullah Qurasyi dari Bani Tim berkata: Muhammad, kami akan pergi kepada puteri paman kami (ra) dan kedua mereka dari Bani Tim. Kemudian dia berkata pada dirinya: Demi Allah, jika wafatnya Muhammad dan aku masih hidup, akan ku nikahi Aisyah, maka turunlah ayat Allah tentang perkataan Talhah bin Ubaidillah: Kamu tidak punya hak menyakiti Rasulullah dan tidak berhak menikahi isteri-isterinya setelah wafat baginda selama-lamanya, sesungguhnya ia adalah besar (dosa) di sisi Allah.
Allah menjadikan kehormatan isteri Nabi (saw) seperti ibu kepada orang beriman. Karena itu perkahwinan dengan mereka adalah besar (dosa) di sisi Allah.
Abu Muzaffar Sam’ani menulis:
وقوله : «ما كانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ» قال أهل التفسير : لما نزلت آية الحجاب ومنع الرجال من الدخول في بيوت النبي ، قال رجل من الصحابة : ما بالنا نمنع من الدخول على بنات أعمامنا ، والله لئن حدث أمر لأتزوجن عائشة ، والأكثرون على أن القائل لهذا طلحة بن عبيد الله ، وكان من رهط أبي بكر الصديق .
السمعاني، ابوالمظفر منصور بن محمد بن عبد الجبار (متوفاي489هـ)، تفسير القرآن، ج 4، ص 301 ، تحقيق: ياسر بن إبراهيم و غنيم بن عباس بن غنيم، ناشر: دار الوطن - الرياض - السعودية، الطبعة: الأولى، 1418هـ- 1997م.
Dan firmannya: Kamu tidak punya hak menyakiti Rasulullah… telah berkata ahli tafsir: tatkala turunnya ayat al-hijab dan laki-laki terhalang memasuki rumah Rasulullah, seorang lelaki daripada sahabat Nabi telah berkata: Apa sudah terjadi kami dihalang pergi kepada puteri paman kami? Demi Allah jikalaulah terjadi (kewafatan Nabi), akan ku nikahi Aisyah.
Kebanyakan orang percaya, orang yang berkata demikian adalah Thalhah bin Ubaidullah, dari kabilah Abu Bakar as-Siddiq
* Jikalau ada typing error atau kesilapan silahkan ajukan kritikan yang membangun.
.jpg)