Showing posts with label Jawaban. Show all posts
Showing posts with label Jawaban. Show all posts
Monday, March 25, 2013
Yusuf Qardhawi puji pembunuh Ahlusunnah!
Sebelum ini kami telah siarkan bagaimana Dr. Yusuf al-Qardhawi memberi fatwa bunuh terhadap ulama yang menyokong Bashar Assad, sekarang saksikan fakta berkenaan pengkhianatan ulama besar ini terhadap Islam dengan memuji tokoh pembunuh Ahlusunnah Wal Jamaah, iaitu Muhammad Ibnu Abdul Wahhab:
http://www.raya.com/news/pages/93a4a6a5-dfc5-4aac-bebc-0970ac6c2bbc
Iaitu, Allamah Dr. Yusuf al-Qardhawi menafsirkan Muhammad ibnu Abdul Wahhab adalah pembawa panji-panji tauhid di semenanjung tanah Arab selepas Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah.
Sedangkan fakta-fakta sebenar menunjukkan Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab ini telah membawa ajaran terrorist masuk ke dalam masuarakat Islam. Sanggupkah anda mengorbankan ajaran Ahlusunnah semata-mata kerana fanatik buta tuli?
Sila tonton fakta pembunuhan umat Islam yang telah dilakukan oleh gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab:
Qardhawi juga juga tidak malu-malu memberikan khutbah dalam masjid Jami' Muhammad bin Abdul Wahhab:
http://www.qaradawi.net/news/5453-2011-12-22-05-19-53.html
Kepada mereka yang masih mendukung Yusuf al-Qardhawi sila perhatikan baik-baik perkara yang telah kami sampaikan di sini dengan keinsafan sebelum anda terjerumus bersama-sama tukang fitnah di akhir zaman.
Saturday, March 23, 2013
Kemunafikan majoriti para sahabat menurut Wahabi
Golongan Wahabi melancarkan aksi provokasi terbaru di alam maya dengan menyiarkan 9 foto facebooker Syiah dan antara kata-kata hasutan mereka ialah:
Ini antara pencacai2 SYiah Melayu yang mulut mereka sangat lantang mencerca sahabat.
Ini antara pencacai2 SYiah Melayu yang mulut mereka sangat lantang mencerca sahabat.
Seperti biasa apabila tidak dapat menjawab pembohongan-pembohongan Wahabi yang terlalu banyak beredar dalam internet, maka mereka beralih kepada taktik serangan terhadap peribadi.
Dengan cara ini, mereka berhasrat agar orang awam akan bertindak aggresif terhadap Syiah dan kami dapati ada yang menulis komen ingin menyembelih pengikut mazhab Syiah.
Berkenaan cercaan terhadap sahabat ini, kami ingin paparkan kepada pembaca budiman bagaimana Wahabi mempunyai kepercayaan bahawa majoriti para sahabat itu munafik.
Ibnu Taimiyah selaku tokoh pujaan Wahabi telah berkata:
الرابع أن الله قد اخبر انه سيجعل للذين آمنوا و عملوا الصالحات ودا و هذا وعد منه صادق و معلوم أن الله قد جعل للصحابة مودة في قلب كل مسلم لا سيما الخلفاء رضي الله عنهم لا سيما أبو بكر و عمر فان عأمةالصحابة و التابعين كانوا يودونهما و كانوا خير القرون و لم يكن كذلك علي فان كثيرا من الصحابة و التابعين كانوا يبغضونه يسبونه و يقاتلونه
Ke-empat, sesungguhnya Allah menjadikan kecintaan kepada orang beriman dan beramal soleh, dan ini adalah janji yang benar, dan telah sedia maklum bahawa Allah telah menjadikan kecintaan kepada sahabat di dalam hati setiap muslim, terutamanya khulafa radhiallahuanhum Abu Bakar dan Umar. Para sahabat dan tabi'in ummumnya menyintai kedua-dua mereka sedangkan mereka ini adalah orang terbaik dalam kurun tersebeut. Tidak terjadi demikian kepada Ali, sesungguhnya kebanyakan sahabat dan tabi'in membenci, mencerca dan memeranginya.
- Minhaj Al-Sunnah, Ibnu Taimiyah, jilid 7 muka surat 135 - 136
Apakah maksud membenci Ali bin Abi Talib menurut sunnah Nabi?:
قال علي: والذي فلق الحبة وبرأ النسمة إنه لعهد النبي الأمي صلى الله عليه و سلم إلى أن لا يحبني إلا مؤمن ولا يبغضني إلا منافق
Ali berkata: "Demi Allah yang telah membelah biji2an dan membebaskan jiwa, sesungguhnya perjanjian Nabi yang ummi (Muhammad shallallaahu 'alaihi wa sallam) kepadaku adalah : "Tidaklah mencintaiku kecuali orang mu'min, dan tidaklah membenciku kecuali orang munafik."
(Shahih Muslim 1/86 no.78)
Ertinya golongan Wahabi mempunyai keyakinan bahawa majoriti para sahabat adalah munafik! dan bakat talam dua muka Wahabi terserlah kerana tidak mengkritik golongan yang membenci dan mencerca Ali bin Abi Talib.
Subscribe to:
Posts (Atom)
