Wednesday, August 7, 2013
Monday, July 29, 2013
Ulama Sunni & Syiah Iraq, tandatangan dokumen tolak fitnah mazhab
Berita ini baru 2 hari lalu, tapi media Malaysia tak mau siarkan.
Lihat juga mesej persidangan kesatuan Ulama Bilad al-Sham di bawah ini.
.
Lihat juga video Syiah mazhab pertama dalam Islam:
..
Thursday, July 25, 2013
[Video] Kesatuan Ulama Bilad al-Sham (Sunni/Syiah): Wahabi seret umat Islam ke dalam fitnah
Dari sini kita dapat memahami bahawa berita anti Syiah yang dicanang dalam akhbar sejak 2-3 hari ini hanyalah sandiwara politik dan ada kepentingan yang diinginkan oleh mereka. Persoalan yang timbul ialah kenapa mereka biarkan fahaman Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab disebarkan oleh golongan Takfiri/Wahabi di Malaysia? Sedangkan pemikiran mereka ini jelas membawa kepada masalah terrorist.
Sebenarnya masalah pecah belah bukanlah disebabkan kewujudan Syiah, namun faktor sebenar ialah wujudnya gerakan terrorist Wahabi yang dibiayai oleh negara asing!
Tuesday, July 2, 2013
Ahlusunnah: Syiah sebahagian dari Islam
Berdasarkan pengamatan tentang gerakan Wahabi sekarang, kerajaan Malaysia patut diperingatkan bahawa mereka ini sedang menyusup kebencian terhadap Syiah sebagaimana yang dilakukan oleh kumpulan terrorist di seluruh dunia. Andainya gerakan ini tidak dibendung lebih awal maka yang menjadi sasaran bukan sahaja Syiah, bahkan kerosakan akidah di kalangan Ahlusunnah dan keselamatan negara juga tergugat.
Alhamdulillah, Ahlusunnah Wal Jamaah hari ini tidak mengkafirkan Syiah! Syeikh Al-Azhar berkata: Kami solat di belakang mereka. Fatwa marji' taqlid Syiah pun membolehkan pengikut mereka solat di belakang Ahlusunnah.

Link: http://www.arabnet5.com/news.asp?c=2&id=71730
Tidak ada satu pun alasan untuk mengkafirkan Syiah:
Link: http://www.islammemo.cc/akhbar/arab/2010/10/16/108987.html#2
Terima kasih Syeikh Al-Azhar!
Saturday, February 23, 2013
Saturday, June 19, 2010
Syaikh al-Azhar menolak permohonan mufti Wahabi untuk menentang Syiah

Syaikh al-Azhar bertegas menolak permintaan mufti Wahabi yang menentang pengiktirafan al-Azhar terhadap Syiah sebagai salah satu mazhab rasmi. Beliau berkata: Pendirian tetap dan kekal universiti al-Azhar sepanjang sejarah adalah mencapai perpaduan dan Taqrib di kalangan umat Islam.
Menurut Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) pada hari ini, Ahmad al-Tayb enggan menerima pembacaan atas permohonan mufti yang tidak berharga ini serta melahirkan kebimbangannya, “Dalam 14 kurun usia Islam, Syiah dan Ahlusunnah telah menjadi dua sayap Islam dan tiada peperangan antara keduanya. Namun kekusutan dari jalan peperangan Firqah Mazhab yang tidak bijak boleh melemahkan umat Islam .
Beliau mengatakan bahawa Syiah dan Ahlusunnah mempunyai persamaan dalam Usuluddin: "Pendekatan antara Mazhab Islam adalah salah satu perhatian penting buat al-Azhar".
Syaikh al-Azhar menegaskan bahawa sepanjang sejarah riwayat Taqrib al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut Mufti terdahulu, Marji’ Syiah Taqiyuddin al-Qomi, sejak dari zaman pengasasan Darul Taqrib telah berusaha menyatukan umat Islam dan al-Azhar juga memainkan telah peranan pentingnya.
Katanya lagi Ahmad bin Sa’d bin Hamdan al-Hamdan al-Ghamidi, salah seorang pensyarah Universiti Ummul Qura di Makkah telah mengkritik keras pengiktirafan rasmi al-Azhar terhadap Mazhab Syiah dan dibolehkan berpegang dengannya seperti mazhab-mazhab yang lain selain meminta pengiktirafan ini dihapuskan.
Ahmad dalam perutusannya atas tajuk seruan kepada ulama al-Azhar yang beredar menerusi majalah elektronik Sabaq berkeras: ‘Syiah Ithna as-syariyah telah memanfaatkan al-Quran, sunnah dan 12 sumber lain untuk kepentingan Aqidah mereka yang bertentangan dengan agama Allah.
sumber berita: Ahlul Bait News Agency (ABNA) http://www.abna.ir/data.asp?lang=1&id=192666
Tuesday, March 9, 2010
Tehran's conference on Palestinian resistance movement
Monday, March 8, 2010
Wahabi tidak punya tempat di kalangan Ahlusunnah Iran.
Imam jamaah Ahlusunnah, Masjid Makki Zahedan mengatakan: Majoriti Ahlusunnah Khatib Jumaat Ahlusunnah Zahidan menegaskan:
ما به صراحت اعلام مي کنيم که تفکر وهابيت در سر ما نيست و ما اهل سنت حنفي مذهب هستيم.
“Kami berterus terang mengumumkan bahawasanya tiada pemikiran Wahabi dalam kepala kami dan kami adalah Ahlusunnah bermazhab Hanafi.”
Ismail menambah:
اهل سنت ايران در صحنه دفاع از ميهن اسلامي همراه در كنار برادران شيعه خود هشت سال در جبهه جنگ از کشور در مقابل تجاوز دشمنان دفاع کردند و تاکنون بارها در حمايت از انقلاب و نظام جمهوري اسلامي در راهپيمايي ها و انتخابات مختلف مشارکت داشته اند.
“Ahlusunnah Iran dalam medan perang, telah mempertahankan Negara Islam bersama-sama saudara-saudara Syiah selama delapan tahun, dalam menghadapi pencerobohan musuh, dan hingga sekarang masih mempertahankan revolusi, pemerintahan republik Islam dengan menyertai berbagai perarakan dan pilihanraya”.
Tambah beliau lagi:
اگر معدود افرادي داراي تفکرات تند يا برخي ناهنجاري ها باشند حسابشان از اکثريت اهل سنت جداست
“Jikalau ada segelintir individu yang mempunyai pemikiran keras dan tidak normal, maka mereka tidak termasuk dalam kelompok majoriti Ahlusunnah”
Beliau selaku Imam Masjid Makki Zahedan menegaskan kepada wartawan:
به گزارش منابع خبري، امام جمعه مسجد مکي اهل سنت زاهدان تاکيد کرد: حفظ وحدت و امنيت ملي کشور و تقويت اخوت اسلامي خواست اهل سنت ايران است و همه بايد در مسير وحدت و امنيت ملي حرکت کنيم.
“Menjaga kesatuan, keamanan tanahair, pengukuhan persaudaraan Islam Ahlusunnah
Thursday, March 4, 2010
Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-23





