Showing posts with label Panduan Fiqh Syiah Imamiah. Show all posts
Showing posts with label Panduan Fiqh Syiah Imamiah. Show all posts

Friday, December 25, 2009

Mukadimah Shalat 2

Mukadimah Shalat 2

1. Masalah yang sama dalam mengusap kepala dan kaki
2. Penerangan syarat-syarat wudhu

Masalah
yang sama dalam mengusap kepala dan kaki

Perhatikan masalah-masalah di bawah dalam mengusap kepala dan kaki:

1) Ketika mengusap hendaklah tangan menyapu kepala dan kaki, jika tidak wudhunya batal. Namun tidak ada masalah jikalau tangan di atas kepala dan kaki itu hanya bergerak sedikit untuk menyapu.

2) Jikalau ketika mengusap, tidak ada sisa lembapan wudhu di tapak tangan, hendaklah ia mengambil lembapan di anggota wudhu yang lain. Tidak boleh tangan dilembabkan dengan kelembapan yang ada pada bukan anggota wudhu.

3) Lembapan di tangan itu hendaklah meninggalkan kelembapan di kepala dan kaki ketika mengusap.

4) Tempat usapan hendaklah kering, namun tiada masalah jikalau lembapannya itu sedikit dan tidak mencegah lembapan yang ada pada tangan untuk mengusap.

5) Antara tangan dan tempat usapan, tidak boleh ada halangan seperti topi, cadur dan kasut walaupun halangan itu nipis dan air bisa sampai ke kulit. Namun tiada masalah jikalau berada dalam keadaan terpaksa atau hal yang tidak dapat dielakkan.


6) Tempat usapan hendaklah bersih. Terus jikalau ada najis dan tidak dapat dicuci dengan air hendaklah ia bertayammum


1. Syarat air wudhu

Air wudhu hendaklah suci, mutlak dan mubah (bukan dirampas), dengan ini tidak sah wudhu dengan air najis, mudhaf dan air rampasan walau pun tidak diketahui kuantiti najis dan mudhafnya. Namun wudhunya sah jikalau terlupa bahawa ia mengambil wudhu dengan air rampasan
.

Tidak sah mengambil wudhu dengan air berikut:

1) Air yang tidak mendapat izin tuannya.
2) Air yang tidak diketahui tuannya mengizinkan atau tidak.
3) Air yang telah diwakaf untuk orang-orang tertentu
4) Sebagai Ihtiyat wajib, berwudhu dengan air paya atau permatang yang tidak diizinkan adalah pemiliknya adalah batal. Namun dibolehkan berwudhu jikalau tidak diketahui samada pemiliknya mengizinkan atau tidak.

2. Syarat wadah air wudhu

1) Wadah air wudhu hendaklah yang Mubah. Oleh itu wudhu menjadi batal jikalau wadah air rampasan.

2) Bukanlah dari jenis emas atau perak

3. Syarat-syarat anggota wudhu

1) Anggota wudhu hendaklah suci

2) Tidak ada sesuatu yang menghalangi air sampai ke anggota wudhu. Tidak ada penghalang pada anggota yang diusap walaupun sesuatu yang nipis.

4. Syarat cara-cara berwudhu

Hendaklah Tertib dan Muwalat wudhu diperhatikan.

Perhatikan setiap satu daripada dua istilah ini:

- Tertib dalam wudhu: Cucian atau usapan anggota hendaklah dilaksanakan menurut tertib berikut: 1. Mencuci muka 2. Mencuci tangan kanan 3. Mencuci tangan kiri 4. Mengusap di depan kepala 5. mengusap di kaki kanan 6. mengusap di kaki kiri.

Wudhu menjadi batal jikalau tertib ini tidak dihiraukan.

- Muwalat ialah tidak berhenti sebentar ketika sedang mengambil wudhu.

5. Syarat-syarat orang yang mengambil wudhu

1) Sesiapa yang mampu mengambil wudhu sendiri tidak boleh meminta bantuan orang lain mengambil wudhu untuknya. Wudhu menjadi batal jikalau orang lain mencuci muka dan tangannya atau mengusap kepala dan kaki untuknya.

Namun jikalau ada bahagian perlaksanaan wudhu yang tidak mampu dilakukan sendiri, ia hendaklah meminta bantuan orang lain, akan tetapi dia hendaklah berniat wudhu.

2) Barangsiapa yang mengetahui wudhu membahayakannya; iaitu ia tahu wudhu bisa menyebabkan ia sakit atau ia takut jatuh sakit, hendaklah ia bertayammum.

Namun jika seseorang yang tidak tahu bahawa wudhu membahayakannya atau tidak, maka wudhunya menjadi sah.

Penting

1) Tiada masalah berwudhu jikalau coretan pena atau 'ballpen' yang tidak berlapisan, atau titik-titik berminyak yang tidak mencegah sampainya air ke kulit. Namun jikalau titik-titik berwarna bekas coretan pena mempunyai lapisan atau minyak yang mungkin menyebabkan penyerapan air tidak sampai ke kulit, hendaklah coretan itu disingkirkan.
2) Jikalau ada jangka waktu berhenti sebentar dalam melaksanakan wudhu, ke
tika hendak mencuci atau mengusap lagi, lembapan pada anggota yang sudah dicuci masih belum kering, wudhunya sah.

Mukadimah Shalat 1

Mukadimah Shalat

1. Mengetahui tata cara wudhu
2. Mempelajari hukum-hukum yang berkaitan dengan setiap amalan wudhu

Wudhu

Setiap insan hendaklah membersihkan lahiriah dirinya sebelum shalat (dan beberapa amalan lain), dengan berwudhu, yaitu membersihkan tubuh dari najis dan adakalanya seseorang itu harus mandi atau Tayammum.

Niat dalam Wudhu

Dalam amalan-amalan ibadah tidak perlu berniat dengan ungkapan atau meletakkan di dalam hati, namun hanya sekadar seseorang itu faham dan tahu pelaksanaannya. Jika seseorang itu ditanya apa yang dilakukannya, cukuplah ia mampu menjawab misalannya saya sedang mengambil wudhu. Tidak ada masalah berniat dengan bahasa apa pun.

Niat sama seperti ibadah yang lain hendaklah dengan niat 'qurbatan' yaitu seseorang berniat mengambil wudhu semata-mata mentaati perintah Allah, niat selain dari ini membatalkan wudhu.

Amalan wudhu


Wudhu:

1. Mencuci

Muka:
Dengan kadar: Dimulai dari tempat tumbuhnya rambut di kepala sampai akhir dagu. Dengan lebar sebanyak selang antara ibu jari dan jari tengah.

Tangan kanan dan tangan kiri:
Bermula dari jari sehingga hujung jari-jari.

2. Mengusap

Kepala: Bahagian depan iaitu di atas dahi
Kaki: Dari hujung jari sehingga bahagian bonjol di atas kaki

Cucian

Ketika mencuci muka, hendaklah bermula dari tumbuhnya rambut sehingga penghujung dagu dan kedua tangan itu bermula dari siku sehingga hujung jari-jemari. Namun untuk meyakinkan hendaklah sedikit sekitarnya dicuci juga (iaitu dicuci juga sedikit keliling bahagian muka dan sedikit di atas siku).

- Apakah mencuci wajah dan tangan hendaklah dari atas ke bawah?

Dengan ihtiyat wajib hendaklah wajah dicuci dari atas ke bawah. jikalau dicuci dari bawah ke atas wudhunya batal.

- Apakah kewajiban seseorang yang wajahnya atau tangannya tidak normal, atau pun dahinya tumbuh sedikit rambut?

Hendaklah ia mencuci sepertimana orang biasa berwudhu.

- Apakah perlu disampaikan air pada kulit muka yang ditumbuhi rambut?

Jikalau kulit muka boleh ditemui antara rambut itu, hendaklah dikenakan air padanya. Sehinggakan jika ia syak bahawa kulitnya boleh ditemui atau tidak di antara rambut, dengan ihtiyat wajib hendaklah air dikenakan pada rambut di kulit mukanya.

- Berapa kalikah anggota wudhu perlu dicuci?

Satu kali sahaja sudah memadai dan dibenarkan cucian kali kedua. Namun cucian melebihi dari 2 kali adalah haram.


Beberapa Masalah

1.
Tidak wajib mencuci dalam hidung dan mulut, sekitar bibir dan mata saat ia dikatup (bahagian dalam mata dan mulut yang tidak dapat dilihat ketika ia ditutup). Namun untuk keyakinan, wajiblah mencuci sedikit bahagian itu.

2.
Anduh atau kulit yang ditampal untuk memulihkan kecederaan namun tidak menghalang wudhu, cukuplah dicuci luarannya. Jika luka yang dibubuh ubat atau perlu memakai sesuatu, hendaklah ubat atau sesuatu itu disingkirkan. Jikalau tidak boleh disingkirkan, hendaklah ia mengambil wudhu Jabirah (akan dibincangkan nanti).

3, Mencuci 3 kali anggota wudhu adalah Bid'ah dan Haram. Kadangkala membatalkan wudhu, iaitu dalam keadaan mengusap dengan air cucian ke-3 itu, kerana ianya bukan lagi air wudhu.

Mengusap/sapu

1. Mengusap kepala.

Tentang mengusap kepala (bahagian depannya) fahamilah perkara penting ini:

-
Bahagian wajib diusap: Bahagian usapan yang wajib: Sekadar usapan yang diberitahu oleh seseorang yang melihatnya.
-
Bahagian mustahab diusap: usapan selebar 3 jari yang dirapatkan serta panjangnya satu jari
-
dalam mengusap kepala tidaklah wajib mengusap atas kulit kepala, atau pangkal rambut, adapun di atas bahagian depan juga sah. Namun jikalau rambut itu panjang sehingga jatuh berjuntai ke muka apabila disisir, hendaklah ia mengusap kulit kepala atau pangkal rambut.
- Jikalau rambut yang tumbuh dari tempat lain berkumpul di tempat usapan, mengusapnya tidak sah. Usapannya hendaklah di atas kulit atau rambut di depan kepala.

2. Mengusap kaki.

Mengusap atas kaki hendaklah dengan lembapan yang dihasilkan dari cucian tangan kiri bermula dari hujung jari hingga bonjolan di atas kaki. Cukuplah lebarnya walaupun dengan satu jari sekalipun.

- Ukuran mustahab dalam mengusap kaki ialah dengan keseluruhan atas kaki diusap dengan tangan.

Penting:

Usapan hendaklah didahului dengan kaki kanan dahulu, kemudian barulah kaki kiri, namun tidak semestinya kaki kanan diusap dengan kaki kanan dan kaki kiri diusap dengan kaki kiri.

Tambahan:

Perhatikan 2 masalah dari kitab istiftaat Ayatullah Khamenei:

1.
Mengusap kepala dan kaki hendaklah dengan lembapan yang tersisa di tangan dan sebagai Ihtiyat hendaklah kepala diusap dengan tangan kanan, namun menyapunya tidak semestinya dari atas ke bawah.

2.
Jikalau tidak dapat menyingkirkan ramput palsu, dibolehkan mengusap di atasnya.


3.
Ayatullah Khamenei dalam tajuk mengusap kaki berkata: Seseorang itu hendaklah mengusap dari hujung jarinya hingga sendi kaki.

Sumber:
درسنامه احکام ج 2