Wednesday, August 25, 2010

Ayatullah Jaafar Subhani; Syiah tidak pernah mengkafirkan sahabat nabi


Ayatullah Jaafar Subhani salah seorang Marji' Taqlid terkemuka menyatakan, "Syiah tidak pernah mengkafirkan para sahabat, bahkan mencintai dan menghormati mereka. Namun kami tidak menganggap mereka semua adil."

Syiah tidak pernah mengkafirkan sahabat nabi

Qom- Petang Selasa kelmarin, Ayatullah Jaafar Subhani dalam kuliah tafsir surah al-Hasyr di Madrasah 'Ali Fiqh mendedahkan, "Hanya orang yang tidak berpelajaran sahaja yang menganggap sahabat nabi bersikap adil dari awal sampai akhir hayat mereka, atau mengatakan riwayat daripada mereka itu muktabar. Meskipun Syiah memberi penghormatan kepada mereka, ini bukanlah alasan untuk menutup mata dan memuktabarkan riwayat daripada sahabat." Beliau menambah, tidak seperti fitnah yang tersebar luas, Syiah juga mengasihi mereka namun sebahagian pembohongan menuduh syiah mengkafirkan sahabat."

"Kekafiran dan keadilan adalah dua masalah entiti yang berbeza dan tidak boleh kedua-duanya dicampur adukkan. Pada pandangan Syiah dikalangan sahabat lebih dari 70 peratus mereka itu bertaqwa dan berlaku adil, namun sebilangan daripada mereka ada juga bersikap tidak adil. Tidak adil dan kafir sangat jauh bezanya."

"Bagaimana mungkin Syiah mengkafirkan semua sahabat sedangkan lebih 150 orang daripada kalangan mereka itu adalah pengikut Ali (as). Oleh itu hendaklah mereka yang membuat tuduhan itu takut kepada Allah dan tidak berdusta lagi." tambah beliau.

Berkenaan riwayat-riwayat Ahlusunnah seperti di dalam Sahih Bukhari beliau mengatakan, "Dalam kitab Sahih Bukhari sebahagian riwayat menunjukkan kemurtadan para sahabat. Syiah menganggap kemurtadan ini adalah berpaling dari kepimpinan, bukannya keluar dari Islam. Oleh itu barangsiapa yang membuat tuduhan liar terhadap Syiah, mereka itu dikira tidak berpelajaran."

Merujuk kepada beberapa peristiwa bersejarah tentang ketidak adilan sebahagian para sahabat, ulama tafsir ini menjelaskan, "Sejarah menunjukkan bahawa sahabat Nabi beberapa kali mengingkari baginda dan banyak ayat telah turun untuk memberi hidayat dan menghalang mereka dari kesesatan dan kefasikan yang mana teladan itu dapat disaksikan dalam surah al-Hasyr."

Ayatullah Subhani menegaskan, "Sebahagian khutbah Nabi dan peperangan setelah wafat baginda seperti perang Jamal, Nahrawan dan..... perkara ini membuktikan sebahagian para sahabat terjebak seperti apa yang dirisaukan baginda dan gugurlah keadilan dari mereka itu."

Menurut beliau lagi, "Allah (swt) mendifinisikan sifat dan ciri-ciri para sahabat di dalam berbagai ayat, namun jelas sekali definisi itu tidaklah meliputi semua sahabat namun kebanyakan daripada mereka termasuk di dalamnya."

"Maksud ayat-ayat seperti ini ialah sahabat hakiki yang memiliki sifat dan personaliti seperti ini sahaja, bukan bermaksud pakaian keadilan dan kesucian dibusanakan ke tubuh semua sahabat." menurut beliau lagi.


Sumber berita: : http://www.irna.ir/html/1389/13890603/212070.htm

Sayed Hasan Nasrullah mengalu-alukan Lubnan ingin memperlengkapkan senjatanya dari Iran


Sayed Hasan Nasrullah, setiausaha agung Hizbullah mengatakan, "Hizbullah akan mengambil tanggung jawab permohonan Lubnan kepada Republik Islam Iran untuk melengkapkan sistem ketenteraan dengan memanfaatkan seluruh kekuatan dan kesetiakawanan yang ada."

Sayed Hasan Nasrullah mengalu-alukan Lubnan ingin memperlengkapkan senjatanya dari Iran.

Beirut, Sayed Hasan Nasrullah malam kelmarin dalam majlis berbuka puasa anjuran wanita Moqawamah di Madrasah al-Kawthar, Beirut telah memberikan ceramah melalui video conference mengatakan, "Iran sepanjang 28 tahun lalu telah membantu sejak zaman Lubnan dijajah rejim Israel, sekarang ia bersedia membantu tentera Lubnan tanpa sebarang syarat."

Beliau menekankan, "Ketika pilihanraya Parlimen Lubnan kami telah menerangkan bantuan Iran kepada tentera Lubnan, namun ada yang membantah. walaubagaimana pun sekarang setelah serangan Israel terhadap tentera Lubnan di al-'Adisah barulah mereka percaya dan menerima hakikat kita perlukan bantuan ketenteraan Lubnan."
Sayed Hasan Nasrullah mengungkapkan, "Peristiwa al-'Adisah

Sayed Hasan Nasrullah memberi usulan, kerajaan Lubnan boleh menyatakan hasrat ini ketika lawatan kerja Ahmadi Nejad ke Lubnan tidak lama lagi.

3 pengikut Syiah maut dibunuh taliban


Tengahhari kelmarin 3 Syiah Pakistan di lokasi berbeza maut dibunuh kumpulan Wahabi Taliban.

3 pengikut Syiah maut dibunuh taliban

Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA, tengah hari kelmarin 3 pengikut Syiah Pakistan yang bernama Azhar Bukhari, Imran Husain dan Azhar Husain maut di lokasi berbeza.

Azhar Husan Bukhari 35 tahun seorang pegawai polis berpangkat konstable anti rasuah mati dibunuh di daerah Koranggi Karachi. Beliau ditembak pada bahagian kepala dan badan ketika dalam perjalanan pulang dari rumah. Mayat beliau masih lagi berada di hospital Jinah, Karachi.

'Imran Husain, 22 tahun kelmarin di daerah Yadgar Chowk Gilgit mati ditembak. Manakala Azhar Husain bin Syabir Husain Naqvi 53 tahun pekerja CID mati dibunuh di wilayah Kuranggi Pakistan.

Syaikh Kazim al-'Amri dibebaskan dari Penjara Saudi


Saikh Kazim al-'Amri, anak tokoh Syiah Ayatullah Syaikh Muhammad 'Ali al-'Amri di Madinah telah dibebaskan dari tahanan kerajaan Arab Saudi.
Syaikh Kazim al-

Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA, kerajaan Arab Saudi akhirnya terpaksa membebaskan Hujjatul Islam Syaikh Muhammad al-'Amri anak Ayatullah Syaikh Muhammad 'Ali al-'Amri dari penjara berikutan tekanan tokoh agama dan politik.

Syaikh Kazim telah ditangkap oleh penguasa Arab Saudi 20 hari lalu dan dipenjarakan di satu tempat yang tidak dimaklumkan. Beberapa tokoh agama dan politik serta aktivis Syiah telah memberi tekanan terhadap kerajaan tersebut mendesak pembebasan segera beliau.

Pasukan Keselamatan Arab Saudi juga gagal menyatakan sebab penahanan beliau. Dalam peristiwa penahanannya pada 2 Ogos lalu Pasukan Perisikan Al-Mabahith Al-'Aamma telah menyerang ladang milik Syaikh 'Ali al-'Amri di daerah Awali dengan dalih terdapat pendatang tanpa izin bekerja di kedai ladang tersebut. Dalam serangan tiba-tiba tanpa amaran awal itu, anggota Al-Mabahith Al-'Aamma telah melompat dari dinding ladang dan memecahkan pintunya.

Saturday, August 21, 2010

Perjalananku ke Masjid merintis semangat memakai hijab


Hari pertama ke kuliah dengan hijab, Aseel tidak mampu meleraikan senyuman yang menguntum di wajahnya beberapa ketika. Kerana dulu dia selalu ingin memakai hijab. Namun dikeranakan undang-undang sekolah, hijab terpaksa dilepaskannya. Selanjutnya terjadi satu kisah setelah dia menamatkan pengajian di sekolah itu.

(c) http://unggaspagi.blogspot.com

Ketika aku masih kecil sekitar 10 atau 11 tahun, aku beriya-iya ingin memakai hijab. Akan ku pakai ia nanti. Inilah kepatuhan dikau kepada Allah tanpa mengambil peduli apa saja yang orang katakan.

Namun aku berada di dalam sekolah Kristian yang mengharamkan hijab! Walaupun warga Islam dan Kristian dalam negaraku hidup tenteram dan damai dalam satu tahap, ada orang mengatakan bahawa sekolah yang melarang hijab itu adalah dikeranakan ingin meraih bantuan dana dari Perancis. Apa pun aku hanya menanti waktu. Aku masih kecil dan aku tahu sepupu dan sahabat-sahabatku belum mulai membusanakan telekung.

Setelah aku selesai tahun akhir di sekolah dalam bulan Jun, aku sungguh girang dan bersyukur. Terkenang angan-angan yang telah ku pasang dan hijab adalah matlamat teratas. Ku kira ia akan ku pakai di musim panas namun telah ku tangguh beberapa ketika untuk memperolehi pakaian yang menepati citarasa, tudung dan segala macam... Tidak seperti yang aku jangkakan, bermulanya hari pertama di universiti nanti adalah satu kejutan untuk aku mengenakan hijab lantaran lemahnya aku untuk mencari alasan memakainya meskipun sudah tidak ada kaitan dengan sekolah yang telah ku tinggalkan. Lemahnya aku mengambil langkah itu!

Aku memakainya dan merenung pada cermin sambil membayangkan jikalau aku tidak kelihatan begini serta tidak berani keluar dari rumah. Setiap pagi aku berkeadaan begini selama beberapa minggu kemudian terlupakan ia.

Setelah itu aku mendapati diriku sungguh menyedihkan. Tidak ada lagi kepercayaan yang diletakkan pada diri sendiri. Selalu ku katakan, aku mesti memakainya, hanya kerana ini aku tidak menghadiri pengajian. Namun di sana tidak ada siapa-siapa yang boleh menjaga perasaanku melainkan diri sendiri. Badanku terasa lemah... Tidak dapat ku kawal diri ini untuk melaksanakan apa yang ku rasa benar. Makanya aku tidak mampu melawan tentangan luaran!

Lantas teringat aku bagaimana caranya, sebelum memulainya aku mesti menyebut hijab dalam doa. Namun setelah bermula pengajian setiap kali aku memikirkan hijab dan ingin berdoa, air mata mula minitis tanpa terdaya menyebut sebarang perkataan pun. Jikalau mengatakan aku ingin memakai hijab, ini bererti aku berdusta. Malunya ingin ku bicarakan tentangnya. Inilah kisah kegagalan!

Ramadhan menjelang! Oh aku sukakan bulan ini! 2 minggu pertama seperti bulan ramadhan tahun lalu: berpuasa, solat, membaca al-Quran dan berdoa. Setelah berbuka seluruh keluarga akan ke masjid. Seperti biasa aku membusanai pakaian solat. Namun pada suatu ketika aku memakai hijab menuju ke masjid. Oh sungguh indah ku rasakan.

Telah dua hari aku memakai hijab ke masjid, rumahku sepi. Semua orang pergi kerja atau sekolah dan kuliah ku bermula pada pukul 12:00. Aku sudah siap dan sudah memikirkan apa yang hendak dipakai. Hijab kelihatan di mataku sejak awal pagi dan aku mencubanya lantas mengambil waktu yang panjang merapikannya. Akhirnya: inilah hari aku memakai hijab.

Aku bersumpah, sepanjang jalan ke universiti seakan-akan bermimpi aku sedang terbang.

Kesudahannya aku memakainya! Kataku pada diri, "Aku lebih dekat dengan Allah sekarang... kini aku boleh keluar dan menghimpun kebaikan setiap kali orang memandangku. Penampilanku mengingatkan orang tentang Islam.

Perasaan mendapat belasan rahmat tuhan mulai menyapa, jauh dari sudut hati inginku menangis dan bersyukur. Masih ku ingat reaksi rakan-rakan di universiti: Setiap orang mengucapkan tahniah dengan senyuman atau pelukan mesra sambil mengatakan aku kelihatan cantik dengannya. Orang yang aku sukar mengenalinya pun ada mengungkapkan syabas. Sungguh aku menghargai mereka yang memberikan tidak balas positif. Sekembalinya aku ke rumah ibu bapa ku amat terkejut dan hati mereka benar-benar bergetar. Aku tidak rasa mereka dapat menjangkanya walaupun telah ku beritahu.

Itulah hari yang istimewa buatku. tidak dapat ku lupa hari itu bagaimana aku tidak mampu meleraikan senyuman yang menguntum di wajahku beberapa ketika. Aku merasai semuanya - langit yang berarak, pepohon yang melambai-lambai serta manusia yang kegembiraan kerana tindakanku.

Sekarang setelah empat tahun kisah ini berlalu pergi, aku berani katakan bahawa hijab adalah satu pencapaian besar dalam hidupku. Ia membawa diriku lebih mendekati Allah, mengingatkan orang lain tentang Islam ketika menyusuri denyut nadi kehidupan ini. Aku merasakan kejayaanku di sekolah dan semua jurusan punyai asas. Ia memberikan aku kudrat dan keyakinan yang tidak ku raih sebelumnya. Hijab benar-benar mempengaruhi seluruh hidupku. Sekarang bolehlah aku memberi perhatian terhadap diriku dan Islamku dari sisi yang lain. Inginku katakan kepada semua saudaraku yang mahu memakai hijab namun belum menguruskannya sampai sekarang:

Jikalau dikau cukup kuat mengawal diri sendiri, maka engkau mampu menempuhi cabaran yang lain. Namun kalaulah engkau terlalu lemah, maka tidak dapat kau menguruskan segala-galanya. Sekiranya Islam bersemanyam dalam hatimu, adalah menyenangkan ia ditampakkan dan maklumkan kepada dunia melalui penampilan bahawasanya engkau seorang muslim.


Jikalau dikau cukup kuat mengawal diri sendiri, maka engkau mampu menempuhi cabaran yang lain. Namun kalaulah engkau terlalu lemah, maka tidak dapat kau menguruskan segala-galanya. Sekiranya Islam bersemanyam dalam hatimu, adalah menyenangkan hati ia ditampakkan dan dimaklumkan kepada dunia melalui penampilan bahawasanya engkau seorang muslim.