Wednesday, August 25, 2010

Sayed Hasan Nasrullah mengalu-alukan Lubnan ingin memperlengkapkan senjatanya dari Iran


Sayed Hasan Nasrullah, setiausaha agung Hizbullah mengatakan, "Hizbullah akan mengambil tanggung jawab permohonan Lubnan kepada Republik Islam Iran untuk melengkapkan sistem ketenteraan dengan memanfaatkan seluruh kekuatan dan kesetiakawanan yang ada."

Sayed Hasan Nasrullah mengalu-alukan Lubnan ingin memperlengkapkan senjatanya dari Iran.

Beirut, Sayed Hasan Nasrullah malam kelmarin dalam majlis berbuka puasa anjuran wanita Moqawamah di Madrasah al-Kawthar, Beirut telah memberikan ceramah melalui video conference mengatakan, "Iran sepanjang 28 tahun lalu telah membantu sejak zaman Lubnan dijajah rejim Israel, sekarang ia bersedia membantu tentera Lubnan tanpa sebarang syarat."

Beliau menekankan, "Ketika pilihanraya Parlimen Lubnan kami telah menerangkan bantuan Iran kepada tentera Lubnan, namun ada yang membantah. walaubagaimana pun sekarang setelah serangan Israel terhadap tentera Lubnan di al-'Adisah barulah mereka percaya dan menerima hakikat kita perlukan bantuan ketenteraan Lubnan."
Sayed Hasan Nasrullah mengungkapkan, "Peristiwa al-'Adisah

Sayed Hasan Nasrullah memberi usulan, kerajaan Lubnan boleh menyatakan hasrat ini ketika lawatan kerja Ahmadi Nejad ke Lubnan tidak lama lagi.

3 pengikut Syiah maut dibunuh taliban


Tengahhari kelmarin 3 Syiah Pakistan di lokasi berbeza maut dibunuh kumpulan Wahabi Taliban.

3 pengikut Syiah maut dibunuh taliban

Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA, tengah hari kelmarin 3 pengikut Syiah Pakistan yang bernama Azhar Bukhari, Imran Husain dan Azhar Husain maut di lokasi berbeza.

Azhar Husan Bukhari 35 tahun seorang pegawai polis berpangkat konstable anti rasuah mati dibunuh di daerah Koranggi Karachi. Beliau ditembak pada bahagian kepala dan badan ketika dalam perjalanan pulang dari rumah. Mayat beliau masih lagi berada di hospital Jinah, Karachi.

'Imran Husain, 22 tahun kelmarin di daerah Yadgar Chowk Gilgit mati ditembak. Manakala Azhar Husain bin Syabir Husain Naqvi 53 tahun pekerja CID mati dibunuh di wilayah Kuranggi Pakistan.

Syaikh Kazim al-'Amri dibebaskan dari Penjara Saudi


Saikh Kazim al-'Amri, anak tokoh Syiah Ayatullah Syaikh Muhammad 'Ali al-'Amri di Madinah telah dibebaskan dari tahanan kerajaan Arab Saudi.
Syaikh Kazim al-

Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA, kerajaan Arab Saudi akhirnya terpaksa membebaskan Hujjatul Islam Syaikh Muhammad al-'Amri anak Ayatullah Syaikh Muhammad 'Ali al-'Amri dari penjara berikutan tekanan tokoh agama dan politik.

Syaikh Kazim telah ditangkap oleh penguasa Arab Saudi 20 hari lalu dan dipenjarakan di satu tempat yang tidak dimaklumkan. Beberapa tokoh agama dan politik serta aktivis Syiah telah memberi tekanan terhadap kerajaan tersebut mendesak pembebasan segera beliau.

Pasukan Keselamatan Arab Saudi juga gagal menyatakan sebab penahanan beliau. Dalam peristiwa penahanannya pada 2 Ogos lalu Pasukan Perisikan Al-Mabahith Al-'Aamma telah menyerang ladang milik Syaikh 'Ali al-'Amri di daerah Awali dengan dalih terdapat pendatang tanpa izin bekerja di kedai ladang tersebut. Dalam serangan tiba-tiba tanpa amaran awal itu, anggota Al-Mabahith Al-'Aamma telah melompat dari dinding ladang dan memecahkan pintunya.

Saturday, August 21, 2010

Perjalananku ke Masjid merintis semangat memakai hijab


Hari pertama ke kuliah dengan hijab, Aseel tidak mampu meleraikan senyuman yang menguntum di wajahnya beberapa ketika. Kerana dulu dia selalu ingin memakai hijab. Namun dikeranakan undang-undang sekolah, hijab terpaksa dilepaskannya. Selanjutnya terjadi satu kisah setelah dia menamatkan pengajian di sekolah itu.

(c) http://unggaspagi.blogspot.com

Ketika aku masih kecil sekitar 10 atau 11 tahun, aku beriya-iya ingin memakai hijab. Akan ku pakai ia nanti. Inilah kepatuhan dikau kepada Allah tanpa mengambil peduli apa saja yang orang katakan.

Namun aku berada di dalam sekolah Kristian yang mengharamkan hijab! Walaupun warga Islam dan Kristian dalam negaraku hidup tenteram dan damai dalam satu tahap, ada orang mengatakan bahawa sekolah yang melarang hijab itu adalah dikeranakan ingin meraih bantuan dana dari Perancis. Apa pun aku hanya menanti waktu. Aku masih kecil dan aku tahu sepupu dan sahabat-sahabatku belum mulai membusanakan telekung.

Setelah aku selesai tahun akhir di sekolah dalam bulan Jun, aku sungguh girang dan bersyukur. Terkenang angan-angan yang telah ku pasang dan hijab adalah matlamat teratas. Ku kira ia akan ku pakai di musim panas namun telah ku tangguh beberapa ketika untuk memperolehi pakaian yang menepati citarasa, tudung dan segala macam... Tidak seperti yang aku jangkakan, bermulanya hari pertama di universiti nanti adalah satu kejutan untuk aku mengenakan hijab lantaran lemahnya aku untuk mencari alasan memakainya meskipun sudah tidak ada kaitan dengan sekolah yang telah ku tinggalkan. Lemahnya aku mengambil langkah itu!

Aku memakainya dan merenung pada cermin sambil membayangkan jikalau aku tidak kelihatan begini serta tidak berani keluar dari rumah. Setiap pagi aku berkeadaan begini selama beberapa minggu kemudian terlupakan ia.

Setelah itu aku mendapati diriku sungguh menyedihkan. Tidak ada lagi kepercayaan yang diletakkan pada diri sendiri. Selalu ku katakan, aku mesti memakainya, hanya kerana ini aku tidak menghadiri pengajian. Namun di sana tidak ada siapa-siapa yang boleh menjaga perasaanku melainkan diri sendiri. Badanku terasa lemah... Tidak dapat ku kawal diri ini untuk melaksanakan apa yang ku rasa benar. Makanya aku tidak mampu melawan tentangan luaran!

Lantas teringat aku bagaimana caranya, sebelum memulainya aku mesti menyebut hijab dalam doa. Namun setelah bermula pengajian setiap kali aku memikirkan hijab dan ingin berdoa, air mata mula minitis tanpa terdaya menyebut sebarang perkataan pun. Jikalau mengatakan aku ingin memakai hijab, ini bererti aku berdusta. Malunya ingin ku bicarakan tentangnya. Inilah kisah kegagalan!

Ramadhan menjelang! Oh aku sukakan bulan ini! 2 minggu pertama seperti bulan ramadhan tahun lalu: berpuasa, solat, membaca al-Quran dan berdoa. Setelah berbuka seluruh keluarga akan ke masjid. Seperti biasa aku membusanai pakaian solat. Namun pada suatu ketika aku memakai hijab menuju ke masjid. Oh sungguh indah ku rasakan.

Telah dua hari aku memakai hijab ke masjid, rumahku sepi. Semua orang pergi kerja atau sekolah dan kuliah ku bermula pada pukul 12:00. Aku sudah siap dan sudah memikirkan apa yang hendak dipakai. Hijab kelihatan di mataku sejak awal pagi dan aku mencubanya lantas mengambil waktu yang panjang merapikannya. Akhirnya: inilah hari aku memakai hijab.

Aku bersumpah, sepanjang jalan ke universiti seakan-akan bermimpi aku sedang terbang.

Kesudahannya aku memakainya! Kataku pada diri, "Aku lebih dekat dengan Allah sekarang... kini aku boleh keluar dan menghimpun kebaikan setiap kali orang memandangku. Penampilanku mengingatkan orang tentang Islam.

Perasaan mendapat belasan rahmat tuhan mulai menyapa, jauh dari sudut hati inginku menangis dan bersyukur. Masih ku ingat reaksi rakan-rakan di universiti: Setiap orang mengucapkan tahniah dengan senyuman atau pelukan mesra sambil mengatakan aku kelihatan cantik dengannya. Orang yang aku sukar mengenalinya pun ada mengungkapkan syabas. Sungguh aku menghargai mereka yang memberikan tidak balas positif. Sekembalinya aku ke rumah ibu bapa ku amat terkejut dan hati mereka benar-benar bergetar. Aku tidak rasa mereka dapat menjangkanya walaupun telah ku beritahu.

Itulah hari yang istimewa buatku. tidak dapat ku lupa hari itu bagaimana aku tidak mampu meleraikan senyuman yang menguntum di wajahku beberapa ketika. Aku merasai semuanya - langit yang berarak, pepohon yang melambai-lambai serta manusia yang kegembiraan kerana tindakanku.

Sekarang setelah empat tahun kisah ini berlalu pergi, aku berani katakan bahawa hijab adalah satu pencapaian besar dalam hidupku. Ia membawa diriku lebih mendekati Allah, mengingatkan orang lain tentang Islam ketika menyusuri denyut nadi kehidupan ini. Aku merasakan kejayaanku di sekolah dan semua jurusan punyai asas. Ia memberikan aku kudrat dan keyakinan yang tidak ku raih sebelumnya. Hijab benar-benar mempengaruhi seluruh hidupku. Sekarang bolehlah aku memberi perhatian terhadap diriku dan Islamku dari sisi yang lain. Inginku katakan kepada semua saudaraku yang mahu memakai hijab namun belum menguruskannya sampai sekarang:

Jikalau dikau cukup kuat mengawal diri sendiri, maka engkau mampu menempuhi cabaran yang lain. Namun kalaulah engkau terlalu lemah, maka tidak dapat kau menguruskan segala-galanya. Sekiranya Islam bersemanyam dalam hatimu, adalah menyenangkan ia ditampakkan dan maklumkan kepada dunia melalui penampilan bahawasanya engkau seorang muslim.


Jikalau dikau cukup kuat mengawal diri sendiri, maka engkau mampu menempuhi cabaran yang lain. Namun kalaulah engkau terlalu lemah, maka tidak dapat kau menguruskan segala-galanya. Sekiranya Islam bersemanyam dalam hatimu, adalah menyenangkan hati ia ditampakkan dan dimaklumkan kepada dunia melalui penampilan bahawasanya engkau seorang muslim.

Thursday, August 19, 2010

Mengenali doa al-Iftitah di bulan Ramadhan



Doa al-Iftitah ini telah diajarkan oleh Imam ke-12 untuk dibaca sepanjang malam-malam dalam bulan Ramadan.

Doa ini terbahagi kepada dua bahagian:

1) Perhubungan manusia dengan Allah.2) Pemimpin yang membimbing kita menuju jalan Allah(Imam maksumin).

Bahagian pertama menceritakan zat ketuhanan, dan menyatakan betapa Allah Maha mengasihani dan mencurahkan kasihNya kepada manusia. Di antara perkara yang disentuh di dalam bab ini adalah seperti berikut:

a) Pujian kepada Allah. Sepertimana dalam gagasan doa lain, doa al-Iftitah dimulai dengan pujian dan sanjungan kepada Allah. Bukan kerana Allah perlukan dipuji sebelum menjawab doa, tetapi demi mengingatkan pembaca doa ini terhadap keagungan Allah dan akibatnya. Oleh itu perasaan gerun terhadap Allah dalam hati yang selalu lalai sentiasa mengiringi pembacaan doa ini.

Permulaan doa juga meletakkan pembacanya bertapak antara harapan dan ketakutan, dan memantulkan kesantunan yang sepatutnya ada pada diri pembaca. Allah sangatlah mengasihani dan sangatlah dahsyat menghukum. Manusia hendaklah tidak berputus asa dan tidak juga terlalu yakin, tetapi mestilah terus bersungguh-sungguh di jalan Allah.

b) Menekankan keesaan Allah. Allah tiada punyai isteri atau anak dan Dia Maha Sempurna, tidak berbelah bahagi kekuasaan dan jagaanNya dalam mengawal alam semesta. Penghuni langit dan syurga adalah kepunyaanNya. Inilah kuasa yang menjadi kepercayaan pembaca doa memohon daripada Allah, sebagaimana layaknya tiada siapa berhak mengubah sesuatu melainkan Dia.

c) Allah Yang Maha Pemurah. Semua khazanah Allah tidak pernah habis, dan ia sentiasa dikurniakan kepada makhlukNya. Keperluan manusia pula sangat besar. Dengan membuka pintu doa, Allah pasti memberikan kunci khazanahNya kepada pemohon. PintuNya selalu terbuka dan tiada doa kepadaNya ditolak tanpa memberi jawapan. Namun manusia pula ramai tidak bersyukur dan sentiasa haloba. Mereka fikirkan doa mereka langsung dikabulkan. Bila ganjaran yang diharapkan tiada berkunjung tiba, maka mereka berpaling.

d) Perhubungan Allah dan manusia sungguh merupakan perhubungan yang aneh. Walaupun manusia perlukan pertolongan Allah dan perlu juga berusaha di jalanNya, ternyata Allah sentiasa menjemput dan sudi menerima kedatangan harapan manusia, Dia lah Yang menunjukkan kasihNya dan mengurniakan pertolongan kepada manusia dalam berbagai cara. Sebagaimana dalam sebuah doa yang dikenali dengan doa Abu Hamzah Thumali Imam ke-4 mengatakan: Pujian bagi Allah yang terus menjawab jika ku seru Dia, walaupun aku enggan menerima panggilanNya, dan pujian kepada Allah yang sudi memberi bila ku pohon padaNya, meskipun aku bakhil bila Dia menyuruhku. Inilah harga renungan buat sesiapa yang menganggap Allah itu adalah Tuhan yang zalim dalam mengatur manusia.

Doa ini merupakan pelajaran terbaik dalam pandangan Islam tentang zat Allah. Tuhan Yang Maha Mengasihani dan pemurah. Yang mengatur manusia lebih baik dan sepatutnya. Umbi perhubungan Allah dan manusia ialah kasih pencipta kepada makhluknya. Terserah kepada manusia mencari dalam hatinya sendiri tentang balasan dan jawapan kepada penciptanya.
Bahagian kedua: doa ini banyak melontarkan selawat dan salam kepada junjungan Nabi s.a.w. dan para Maksumin. Kemudian membicarakan peranan Imam ke-12 a.s. Di antara perkara yang disentuh dalam bab ini adalah seperti berikut:

a) Selawat ke atas Nabi s.a.w. Selepas iman kepada Allah SWT, bahagian terpenting dalam agama ialah beriman kepada utusanNya. Selepas mengakui kebesaran dan kedermawanan pencipta, doa ini mengajar kita mengakui kecemerlangan pimpinan yang membimbing menuju jalan Allah. Selawat dicurahkan sebagai tanda kasih dan penghargaan untuk Nabi s.a.w. disertakan juga pengakuan bahawa manusia perlukan simpati dan kasih daripada Allah. Ia juga mengemaskan ingatan terhadap Nabi(s) dan inspirasi untuk menyusuri jalan baginda.

b) Kasihkan para Maksumin. Pewaris baginda (saw) juga harus diingat dalam bacaan doa. Mereka ini adalah pemimpin sebenar seluruh umat Islam yang sememangnya telah dilantik oleh Allah. Kepercayaan dan kasih kepada mereka merupakan perkara yang penting dalam aqidah Islam.

c) Peranan Imam ke-12. Dalam setiap zaman, Allah mengutuskan wakilnya untuk membimbing manusia kepada kebenaran dan keadilan di muka bumi dan Imam ke-12 adalah pemimpin di zaman kita yang bakal tiba menegakkan agama Allah di muka bumi. Bahagian akhir dalam doa al-Iftitah membicarakan kedatangannya, menyiap sediakan orang beriman untuk menyertai penegakan undang-undang Allah di muka bumi.

Doa memohon pertolongan dan kejayaan kepada Imam ke-12 mengingatkan kita sedang menanti kemunculan beliau dan mesti bersedia menyambutnya. Sejenak kita akan disapa kesedaran bahawa tanggungjawab ketika keghaibannya dan betapa pentingnya melatih diri kita sebagai pembantunya. Kita juga mendoakan semoga impian besar kaum muslimin, iaitu tertegaknya sebuah negara yang mementingkan agama Allah dan penghuninya menghina kemunafikan.

Sesungguhnya keimanan kepada Tuhan melibatkan risalah yang dibawa oleh utusanNya dalam mengembangkan agama Allah di dunia. Kesinambungan itu dilanjutkan oleh Imam. Oleh itu hendaklah kita berusaha, beramal dan berdoa untuk kedatangannya di mana manusia dapat mengecap keadilan dan keamanan sebenar serta memenuhi keperluan hanya dibawa pimpinan yang dilantik Allah ini.

Pada dasarnya, kandungan doa ini mempunyai nilai kerohanian dan irfan yang begitu tinggi sekali. Maka itu pembaca doa ini haruslah bukan sekadar membacanya, bahkan hendaklah menghayati dan merenungkan isi kandungan yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Dengan haknya keagungan nama-nama Allah yang dan kemuliaan makhluk pilihanNya boleh mengakibatkan banyak masalah yang dihadapi pasti akan dapat menemui jalan keluarnya.
Sesungguhnya kita semua sangat memerlukan doa seperti ini kerana ia mendidik keimanan dan mengatur langkah kehidupan seharian kita. Seharusnya kita mulai merencanakan hidup kita di waktu mendatang saat doa yang indah ini dibaca pada malam-malam Ramadan.