Thursday, August 19, 2010

Wahabi Saudi menyerang majlis Imam Mahdi di Madinah




Bulan lalu, polis agama telah menyerang majlis agama yang diadakan di Kota Madinah pada hari lahir Imam Mahdi.

Menurut Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA), pada bulan lalu, Polis Agama di Arab Saudi telah menyerang majlis mengenang kelahiran Imam Mahdi. Imam tersebut menurut kepercayaan Syiah adalah Imam ke 12 yang menjadi penyelamat umat manusia di akhir zaman.
Penyerangan tersebut ditujukan kepada Pertubuhan al-Ahsa yang sedang menganjurkan majlis kelahiran Imam Mahdi di sebuah hotel berdekatan dnegan Masjid Nabawi.

Menurut saksi, tanpa sebarang notis awal, beberapa anggota Polis Agama menyerang lokasi pertubuhan itu di sebuah hotel dan memusnahkan semua lukisanb, slogan, kain rentang yang mengandungi kata-kata Nabi Muhammad dan kata-kata tentang Imam Mahdi. Tambahan lagi beberapa anggota Polis Agama telah memaksa penganjur majlis membatalkan acara tersebut serta merta. Tatkala serangan berlaku, Syaikh Ali al-Hejji sedang memberikan ucapan kepada hadirin.

Tiada maklumat tentang kerosakan atau penahanan penganjur dalam serangan tersebut. Meskipun demikian, Polis Agama mengenakan peraturan keras terhadap penziarah Syiah ke Masjid Nabawi dan permakaman Baqi' yang melarang mereka membawa sebarang buku tatacara solat yang dianggap Polis Agama berunsur syirik.

Insiden serangan ke atas majlis keagamaan yang dianjurkan oleh pertubuhan Haji dan Umrah di hotel mereka jarang direkodkan.

Banyak pertubuhan Umarah dan Haji dari al-Ahsa dan al-Qatif pergi ke kota Makkah dan Madinah ketika cuti musim panas untuk meluangkan waktu melaksanakan Umrah di Makkah dan menziarahi makamn Nabi Muhammad di Madinah.

Walau bagaimana pun banyak laman web radikal Salafi melaporkan maklumat yang tidak disahkan tentang keselamatan yang ketat di sekitar Masjid Nabawi dan permakaman Baqi'.
Tahun lalu, Polis Agama yang disokong oleh pasukan kesalamatan Saudi telah dituduh menyerang ribuan penziarah Syiah ke masjid Nabawi yang membawa kematian dan penangkapan dalam insiden yang dipanggil peristiwa al-Baqi'.

Aktivis Hak Asasi Manusia mengkritik lanjutan penahanan Syiah



Menurut sumber perundangan di al-Ahsa dan Qatif, pegawai Wahabi Saudi masih menahan beberapa orang warganya yang bermazhab Syiah lebih dari 6 bulan kerana penglibatan mereka dalam politik dan aktiviti keagamaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (as) - ABNA, Menurut sumber perundangan di al-Ahsa dan Qatif, pegawai Wahabi Saudi masih menahan beberapa orang warganya yang bermazhab Syiah lebih dari 6 bulan kerana penglibatan mereka dalam politik dan aktiviti keagamaan.

Sebagai tambahan tentang penahanan aktivis dan blogger Munir alJassass, sumber melaporkan bahawa kira-kira sedozen pemuda dari al-Ahsa dan Qatif masih menghabiskan waktu yang tidak didapat dipastikan di dalam penjara!

Beberapa orang pemuda ini adalah Turki Haidar al-Ali, Hussein Yusuf al-Harbi, Muntazar Isa al-Hashem, Bassam Ali al-Ali, Abdul Khaliq Hussein al-Hassan, Ali Hussein al-Hassan dan kesemua dari al-Ahsa.

Tinjauan menganggarkan bahawa jumlah awal tahanan dari al-Ahsa bermotifkan Mazhab dianggar kira-kira 40 orang pada 8 bulan pertama tahun lalu.

Dari Qatif dan lebih dari 6 bulan termasuk al-Jassaas ialah dua pemuda (Yusuf Zaheri dan Muhammed al-Labbad) masih lagi dalam tahanan untuk didakwa kerana terlibat dalam protes saksi mata di kota Awamiya tahun lalu untuk mengutuk serangan ke atas penziarah dari Madinah di tangan pasukan keselamatan dan polis agama.

Warga al-Ahsa pula telah ditahan di kampung al-Rumailah ketika Asyura kerana menggantungkan kain rentang kedukaan untuk as-Syahid Imam Hussain.

Penguasa Wahabi Saudi memberikan alasan-alasan menghalang masyarakat di kota dan kampung al-Ahsa dari melangsungkan sebarang acara nyanyian kegembiraan atau hiburan dalam majlis agama yang disambut oleh Syiah sepanjang tahun.

Serangan polis terus menerus di al-Ahsa di mana beberapa pondok pengedaran gula-gula untuk acara kelahiran Ahlul Bait (keluarga nabi Muhammad). Serangan juga turut melancarkan kempen untuk membuang tanda-tanda atau kain rentang dari jalan-jalan di perkampungan Rumailah.

Hingga kini penguasa masih menahan aktivis sosial Ramzi Mohammed dari kota Awamiya untuk minggu ke-empat kerana protes yang telah disebut tadi di tempatnya.

Hingga kini selain menghalang tahanan dari mengambil peguam bela untuk mempertahankan kes mereka, tidak ada apa-apa dakwaan perundangan dikeluarkan ke atas mereka.

Sumber hak asasi manusia yang tidak didedahkan mengatakan tahanan yang dipenjara yang lebih dari 6 bulan telah dianggap melanggar Artikel 114 Kod Prosedur Jenayah di Arab Saudi. Artikel tersebut menyatakan tahanan tidak boleh ditahan melebihi 6 bulan di penjara tanpa pertuduhan, jika tidak mereka hendaklah dibebaskan.

Penguasa Wahabi Saudi enggan memberi ulasan di hadapan awam tentang pelanggaran hak asasi manusia mereka terhadap warga Syiah. Pegawai badan hak asasi manusia juga dikatakan masih mendiamkan diri terhadap kempen terus menerus penangkapan yang berbaur mazhab sejak beberapa tahun lalu.

Laporan tahunan Amesty International baru-baru ini mengumumkan Arab saudi telah meminggirkan keprogressifan tahap penghormatan hak asasi manusia bahkan sistem keselamatan dan garisan keras regim masih menghalang perubahan sebenar hak asasi manusia di dalam negara itu.

Laporan tahuan situasi hak asasi manusia, Jabatan Urusan Luar Amerika Syarikat mengesahkan lanjutan penyiksaan warga Syiah di Arab Saudi dari banyak alasan termasuk pergerakan sosial, perundangan, ekonomi dan diskriminasi politik.

Kisah Cendiakawan & Tokoh Syiah; Tiga hikayat menarik tentang Syaikh Mufid.





Mimpi benar Syaikh Mufid

Pada suatu malam Syaikh Mufid bermimpi sedang duduk dalam satu masjid di Baghdad dan Fatimah Zahra (as) mengambil tangan Imam Hasan dan Imam Husain (as) lalu datang kepada Syaikh Mufid sambil berkata:یا شیخ! علّمهما الفقه"Wahai Syaikh! Ajari mereka berdua Fiqh"Sayikh Mufid terjaga dari tidur terpinga-pinga lantas memikirkan mimpi akah ini? dan saya ini siapa untuk mengajar Fiqh kepada dua imam? Dari sudut yang lain mimpi melihat Imam Maksum bukanlah mimpi syaitan.

Ketika subuh menyinsing Syaikh itu pergi ke masjid yang telah dia bermimpi dan duduk di sana, tiba-tiba dia melihat dari jauh seorang yang keliahatan seperti hamba sahaya perempuan yang baik memasuki masjid dan ditangannya dua anak lelaki.

Beliau datang kepada Syaikh dan berkata:ا شیخ! علّمهما الفقهSyaikh kini sudah mengerti maksud mimpinya dan beliau memberi pengajian dan pendidikan kepada anak-anak itu dengan bersungguh-sungguh serta meletakkan penghormatan yang sangat besar kepada kedua mereka.

Kedua anak itu tiada yang lain lagi kecuali Sayid Ridha yang tersohor sebagai Syarif dan Sayid Murtadha yang terkenal sebagai 'Allamul Huda. Kedua mereka merupakan ahli Fuqaha terkenal di zaman mereka.

Kebenaran bersama siapa?

Mereka telah berkata: Ada satu masalah antara Syaikh Mufid dan Sayid Murtadha khilaf pendapat. Mereka berdua bersetuju untuk menulis masalah tersebut ditulis kepada Amirul Mukminin (as)

Beberapa ketika berlalu, tertulis jawapan dengan satu tulisan bewarna hijau iaitu: انت شیخی و معتمدی و الحق مع ولدی علم الهدیiaitu: Wahai Syaikh Mufid! dikau berada dalam keyakinan namun kebenaran bersama anakmu (anak muridmu) 'Allamul Huda (Sayid Murtadha).

Kesilapan fatwa Syaikh Mufid dan bantuan ghaib.

Seorang warga desa datang kepada Syaikh Mufid bertanyakan soalan: Seorang perempuan hamil telah meninggal dunia dan kandungannya masih hidup, apakah perut perempuan itu hendaklah dibedah dan bayinya dikeluarkan atau beliau dan kandungannya dipusarakan? Syaikh Mufid menjawab: Kebumikanlah dia bersama kandungannya.

Lelaki itu pulang dalam perjalanan beliau terlihat seseorang datang kepadanya sambil berkata: Wahai lelaki, Syaikh Mufid berkata perut perempuan itu hendaklah dibelah, bayinya hendaklah dikeluarkan dan perempuan itu ditanam.Setelah beberapa lamanya peristiwa itu berlalu, kisah tersebut sampai ke pengetahuan Syaikh Mufid. Syaikh mengatakan: Saya tidak pernah mengutuskan sesiapa pun, termaklumlah bahawa orang itu Imam Mahdi. Saya telah tersalah dalam hukum hakam syariat, lebih baik saya tidak memberikan fatwa lagi. Kerana itu beliau balik ke rumah dan menutup pintunya. Beliau tiada lagi keluar dari rumah dan menjawab pertanyaan.

Beberapa ketika kemudian datanglah surat dari Imam Mahdi (aj) kepada Syaikh dengan jaminan: Tanggung jawab engkau ialah memberikan fatwa dan tanggungjawab kami ialah menjaga engkau. Kami tidak biarkan engkau melakukan kesilapan. Setelah mendapat arahan ini Syaikh kembali mengeluarkan fatwa.

Sumber: Kisah-kisah kehidupan ulama, karya Muhammad Taqi Sharfi

Tuesday, August 10, 2010

Pendedahan bersejarah Sayed Hasan Nasrullah tentang pembunuhan Hariri











Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan membentangkan kaitan dan dokumen penglibatan regim Zionis dalam pembunuhan Rafiq Hariri mantan perdana menteri lalu.




Pendedahan bersajarah Sayed Hasan Nasrullah tentang pembunuhan Hariri

Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (as) - ABNA - Sayed Hasan Nasrullah dalam sidang media melalui Video Conference' telah menyiarkan gambar-gambar tempat pembunuhan Rafiq Hariri dan sambil menegaskan, "Pesawat pengintip regim Zionis pada Februari tahun 2005 telah mengambil gambar di tempat letupan kereta mantan Perdana Menteri Lubnan di Beirut."

Setiausaha Agung Hizbullah menerangkan, "Gambar ini menunjukkan penglibatan regim Israel dalam pembunuhan Rafiq Hariri."

Dalam pernyataan Sayed Hasan Nasrullah, "Hizbullah Lubnan berusaha memperolehi gambar-gambar seperti ini yang membuktikan pesawat pengintip Israel dalam berbagai waktu, sudut dan jarak sedang mengambil gambar pergerakan kereta yang membawa Rafiq Hariri. Gambar diambil sebelum letupan keretanya pada Februari tahun 2005."

Sayed Hasan mengingatkan, "Dokumentasi dan gambar ini dapat menunjukkan mukadimah perlaksanaan operasi bunuh."

Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan dalam sidang media 2 jam setengah tadi malam menekankan, "Hizbullah mempunyai maklumat dan berita-berita yang lain yang berkaitan dengan perkara ini, namun mereka belum mendedahkannya lagi. Dalam keadaan yang memerlukan pada waktu lain ia akan sampai ke pengetahuan umum."

Sayed Hasan Nasrullah menekankan, "Operasi ganas terhadap Rafiq Hariri terjadi dalam rangka kerja yang dibentuk oleh politik besar dalam rantau."

Beliau menyatakan jawatankuasa penyiasat memburukkan nama Hizbullah sambil menegaskan, "Oleh kerana ini kami tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Jawatankuasa Penyiasat Mahkamah Antarabangsa tentang pembunuhan Rafiq Hariri, namun jika kerajaan Lubnan sendiri yang membentuk jawatankuasa untuk ini, Hizbullah akan menyerahkan bukti dan dokumennya."

Setiausaha Agong Hizbullah menerangkan tentang tuduhan regim Zionis bahawa Hizbullah terlibah dalam pembunuhan Rafiq Hariri, "Regim Zionis dari awal lagi sejak berlaku peristiwa 13 September 1993 mula membuat tuduhannya."

Sayed Hasan Nasrullah menambah, "Semua warga Lubnan tahu pada hari itu surat perjanjian Oslo ditandatangani dan Hizbullah berdemonstrasi di pinggir selatan Beirut dan menentang kerajaan yang berada di bawah tanggungjawab Hariri pada waktu itu."

Nasrullah menambah, "Pada waktu itu 10 orang penunjuk perasaan ditembak mati dan hampir 50 orang cedera serta ketegangan politik tercetus antara Hizbullah, kerajaan Rafiq Hariri dan Rafiq Hariri sendiri."

Setiausaha Agung Hizbullah berkata, "Israel masuk ke dalam lapangan dan berusaha melalui salah satu dari tentera upahan meyakinkan bahawa Hizbullah berusaha membunuhnya. Rancangan pembunuhan itu pun masuk ke fasa perlaksanaannya."

Sidang media Hizbullah itu menyiarkan rakaman pengakuan salah seorang ejen Zionis. Hasan Nasrullah mengatakan, "Pengakuan-pengakuan cerita rekaan Israel ini pada ketika itu menunjukkan bahawa pemikiran Rafiq Hariri disibukkan dengan masalah ini."

Beliau mengatakan, "Israel pada 14 Februari 2005 (hari pembunhan Hariri) langsung menuduh kami melakukannya dan

mengulangi tuduhan ini hingga Spiegel melanjutkannya dengan menyebarkan risalah untuk menuduh Hizbullah."

Sayed Hasan menambah, "Anda juga baru-baru ini mendengar pendedahan Israel tentang perkara ini namun ketika kita perhatikan dengan teliti, kita dapat melihat ringkasannya hanya menunjukkan bukti tuduhan Israel ke atas Hizbullah."

Sebagai tambahan dalam sidang media ini, Sayed Hasan Nasrullah menyiarkan perincian dan pengakuan seorang lagi ejen Zionis yang sudah ditangkap bernama Mahmud Rafi'. Sayed Hasan mengatakan tentang perisik ini, "Mahmud Rafi' telah mengakui cuba menyimpan nombor komandan Hizbullah."

Beliau sambil menerangkan peribadi ini ditangkap ketika pemasangan bom di kawasan Zahrani pada tahun 2005 yang disasarkan kepada ketua parlimen Lubnan. Namun sistem maklumat tentera Lubnan telah menemui dan melupuskan bom itu. Beliau mengatakan, "Pengeboman di kawasan al-Zahrani sangat jitu dan berbahaya di mana wujud laporan dan gambar yang berkaitan."

Nasrullah menambah, "Bom ini menurut pengakuan Mahmud Rafi' dan pengamatan terhadap ciri-cirinya sertatus peratus ianya buatan Israel. Masalah ini menunjukkan Israel dalam pandangan kami adalah pembunuh mantan Perdana Menteri Rafiq Hariri pada awal tahun 2005. Mereka berhasrat ingin membunuh ketua Syiah perlimen Lubnan dalam tahun tersebut serta mencetuskan fitnah antara Syiah dan Sunni dalam Lubnan namun tuhan sekali lagi menyelamatkan Lubnan."

Tentang Pengiktirafan Mahmud Rafi' tentang penerimaan, perlindungan dan bantuan terhadap beberapa orang dari kumpulan Israel dalam bumi Lubnan, Hasan Nasrullah mengatakan, "Apakah Jawatankuasa Antarabangsa Penyiasat ada menyoal Mahmud Rafi' tentang Israel dan kemasukan mereka dalam Lubnan dengan bantuannya?"

Dua orang lagi ejen Israel yang bernama Nasir Nad dan Faisal Muqallid diperkenalkan dalam sidang media ini.

Hasan Nasrullah mengatakan tentang ejen ini, "Individu ini telah memindahkan kumpulan-kumpulan Israel dalam Lubnan antara pantai dan kawasan dalaman Lubnan."

Nasrullah menambah, "Persoalannya kumpulan ini masuk ke Lubnan untuk apa? Apakah mereka mengumpulkan maklumat? Apakah

Israel kekurangan anggota untuk mengumpulkan maklumat sehingga terpaksa mengutus beberapa orang dari Mosad atau tentera Israel ke dalam bumi Lubnan beberapa hari?"

"Ejen ini dan pengakuan yang ditegasnya bahawa beg-beg hitam yang terdapat di dalamnya bahan letupan dan senjata atau sesuatu yang mirip dengannya telah dialih dan diletakkan dalam kawasan pergunungan Lubnan."

Tambahnya lagi begitu juga Adibul 'Ilm salah seorang ejen Israel yang telah diumumkan, setelah dia ditangkap dalam tahun 2009 oleh pasukan keselamatan Lubnan telah mengakuinya dengan memberi gambaran vektor, penelitian jalan-jalan, kawasan pantai dan pergunungan Lubnan."

Nasrullah juga mengatakan, "Penangkapan ejen penting dalam sektor komunikasi dan pengiktirafan mereka juga menunjukkan bahawa musuh (Israel) mendominasi teknikal komunikasi Lubnan sehingga mereka boleh mendengar setiap orang, setiap tujuan, mengetahui dengan tepat tempat kehadirannya, pergi balik seseorang itu sehingga dapat individu tersebut dibunuh."

Sayed Hasan Nasrallah memberi perhatian tentang pesawat Regim Zionis dan dengannya Israel dapat bergerak di Lubnan.

Beliau mengatakan, "Pesawat ini boleh mengambil gambar di tempat-tepat yang dikehendaki seperti, rumah-rumah, jalan-jalan, kereta-kereta dan perarakan-perarakan yang ada."

Nasrullah juga mengatakan kami mempunyai gambar-gambar tentang persediaan Israel untuk membunuh Hariri, "Setelah kesyahidan Hariri saya pergi menziarahi keluarganya meminta Hizbullah membantu penyiasatan. Setelah penyiasatan sempurna, kami dapat maklumat perisikan yang menerangkan tindakan Israel."

Sambil menerangkan mata-mata asing yang sudah keluar negara beliau mengatakan, "Kami ada filem dan gambar bahawa pesawat-pesawat Israel mengambil gambar perjalanan dan kawasan yang berkemungkinan ingin melangsungkan operasi."

Sayed Hasan Nasrullah mengatakan, "Sahabat-sahabat kami beratus jam menghabiskan waktu untuk meneliti filem ini dan mereka telah memberi dialog-dialog berkaitan serta meminta bantuan daripada individu-individu kognitif tentang wilayah-wilayah berbeza yang kami tidak banyak mengenalinya. Dari penyiasatan ini kami mendapati keputusan yang sangat penting dan telah dimaklum jika hasilnya disampaikan kepada mereka dengan tindakan sebelum kita menyatakan terlebih dahulu, kita akan dituduh menentang Israel."

Tambahannya lagi gambar yang diambil pesawat pengintip Israel dari berbagai sudut dan waktu tempat pembunuhan Hariri telah ditayang. "Saya ada satu soalan penting, apakah anda kenal kawasan ini berkaitan dengan Hizbullah dan para pejuang atau rumah, ataupun tempat kehadirannya di mana Israel telah mengambil gambar? Mengapa Israel mengambil perhatian kawasan ini sehinggakan lima jalan raya dan tiga jalan masuk dalam zaman yang berbeza dan sudut yang berbeza hampir dari pantai?

Apakah pengambilan gambar ini tidak disengajakan?

Nasrallah mengatakan, "Kami mempunyai maklumat lebih kukuh tentang pergerakan musuh yang berkaitan pada hari 14 Fabruari 2005. Setiap badan antarabangsa yang mengikuti penyiasatan ini bolehlah mencari jadual penerbangan Israel jikalau mereka mahu mengakui. Dalam bentuk yang lain boleh juga dicari gambar-gambar pergerakan dari antena negara-negara jiran yang mempunyai radar yang telah dirakam mereka. Kami mempunyai bukti-bukti sendiri dan jika waktu jawatankuasa penyiasat bukan bermotif politik benar-benar terbentuk, kami akan bekerjasama untuk mencari kebenaran. Saya tidak mendakwa kami telah memberikan bukti kukuh. Kami membentangkan akan tetapi pandangan umum, maklumat, saksi dan pertanyaan akan kami terangkan sehingga arah baru penyiasatan terbuka. Jika sesiapa yang inginkan kebenaran hendaklah dokumen-dokumen dan maklumat dipertimbangkan. Sebahagian maklumat yang kami perolehi ini telah lama dan maklumat yang lain ditangguhkan ke masa akan datang."

Di samping itu Televisyen al-Jazirah memaklumkan setelah ucapan Hasan Nasrullah bahawa Setiausaha Agung Hizbullah telah berusaha tidak menghuru harakan ketenangan dalam Lubnan dan menjauhkan kemasukan analisa-analisa politik.

Monday, August 9, 2010

Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran dalam kunjungan presiden Guinea-Bissauan


Ayatullah Sayed Ali Khamenei dalam kunjungan ini menegaskan, "Ummat Islam adalah gagasan yang besar dan sangat berkemampuan. Mereka hendaklah bekerjasama dan bersatu dalam segenap segi."


Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran dalam kunjungan presiden Guinea-Bissauan: Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (as) - ABNA.ir yang memetik dari laman web informasi Pejabat Rahbar pagi ini, tentang kunjungan Malam Bacai Sanha presiden negara Guinea, Ayatullah Sayed Ali Khamenai sambil mengalu-alukan perluasan hubungan Iran dengan negara-negara Islam lain menekankan , "Umat Islam adalah gagasan yang besar dan sangat berkemampuan. Mereka hendaklah bekerjasama dan bersatu dalam segenap segi."

Beliau mengatakan, "Jikalau kerjasama yang baik dapat direalisasikan di antara negara-negara Islam dan bangsanya, pasti seluruh umat Islam akan mendapat manfaatnya."

Pemimpin revolusi ini tentang pentingnya rantau benua Afrika menekankan: "Tangan-tangan penjajah yang masuk campur sepanjang tahun melanjutkan kewujudan masalah besar untuk Afrika dan barat benua ini.

Mengenai sambutan baik kerjasama Iran dengan negara-negara Afrika, Ayatullah Khamenei menambah, "Iran bertentangan dengan penjajah, sebagai sebuah negara yang bersaudara boleh membantu kemajuan negara anda menuruti keperluan nasional"

Beliau sambil mengaitkan prestasi ilmu dan teknologi Iran setelah revolusi Islam menekankan, "Semua kemajuan ini adalah hasil keberkatan semangat Islam dan jati diri nasional yang dihadiahkan dari kemunculan Imam Khomeini. Setiap bangsa percaya pada diri mereka lantas memasuki lapangan kerja dan berusaha, pasti akan mencapai kemajuan seperti ini"

Pemimpin revolusi Islam di akhir kunjungan ini menegaskan lagi tentang pentingnya keamanan, kedamaian, kemajuan dan kemakmuran di Afrika dan barat benua ini.