Wednesday, August 4, 2010

Amaran Sayed Hasan Nasrullah: Persiapan cukup untuk menghadapi aggresif penceroboh.


Setiausaha agung Hizbullah Sayed Hasan Nasrullah memberi amaran pada hari Selasa kelmarin sambil mengisyaratkan serangan Israel di selatan Lubnan kelmarin bahawa Moqawamah tidak akan berdiamkan diri jikalau Israel menyerang tentera Lubnan di waktu akan datang. Beliau memberi jaminan bahawa tangan tentera Israel yang menyerang tentera nasional akan dipotong.


Amaran Sayed Hasan Nasrullah: Persiapan cukup untuk menghadapi aggresif penceroboh.

Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (as), Setiausaha Agung Hizbullah Sayed Hasan Nasrullah memberi amaran pada Selasa kelmarin bahawa pergerakan Moqawamah tidak akan berdiam diri jikalau tentera Israel menyerang tentera Lubnan di waktu akan datang, beliau memberi jaminan bahawa tangan penyerang akan dipotong.

Sayed Nasrullah telah berucap di televisyen layar besar di Stadium al-Raya di Selatan Beirut ketika pergerakan Hizbullah menyambut ulangtahun festival kemenangan, beberapa jam setelah serangan ganas Israel terhadap tentera Lubnan.

"Saya menyatakan dengan tulus hati, di mana saja tentera Lubnan yang diserang dan di sana juga ada Moqawamah, di sana juga ada kemampuan, pergerakan Moqawamah tidak akan berdiam diri atau senyap mahupun menahan diri", Sayed Nasrullah memberitahu orang ramai yang menyertai acara itu.

Menurut Sayed Hasan Nasrullah, keganasan Israel menyerang Lubnan, tanah airnya dan kedaulatannya tidak akan berhenti namun ia berlanjutan dengan berbagai jalan. "Ia telah mewujudkan bahawa tidak kurang dari 7,000 serangan ganas Israel terhadap kedaulatan Lubnan sejak 14 Ogos 2006 di mana dunia memilih untuk tidak membuka mulut. Serangan ini berlaku di udara, darat dan laut. Apa yang kita telah saksikan hanyalah pernyataan setelah itu" tambah beliau apa yang berlaku dalam peristiwa selasa lalu adalah buktinya.

Pernyataannya tentang kemajuan di selatan Lubnan, Sayed Nasrullah memberi perhatian kepada tentera Lubnan yang gugur itu ketika mempertahankan negara mereka. "Tentera Lubnan melakukan apa yang harus mereka lakukan iaitu mengorbankan tentera mereka. Wartawan Lubnan juga turut terkorban". Katanya.

Sementara itu setiausaha Agung Hizbullah menekankan bahawa Moqawamah telahpun mencapai kewaspadaan yang tinggi sepanjang hari, beliau menerangkan bahawa pemimpin Hizbullah telah dimaklumkan oleh tentera Lubnan sejak konflik pertama dan ia telah pun bersiap untuk berdiri di samping. "Ada panggilan peribadi komandan kawasan tersebut dan saya memberi arahan supaya tidak bertindak tanpa arahan secara langsung. Kami dimaklumkan bahawa kami tidak boleh memulakan sebarang kegiatan selama belum mendapat tugas dari arahan tertinggi tentera Lubnan. Kami sudah menghubungi komandan tentera Lubnan dan menerangkan bahawa kami sudah siap mengambil tindakan jikalau mereka arahkan. Kami telah lakukan apa yang diperlukan dalam usaha mempertahankan tanah air suci kami".

Sayed Nasrullah menekankan bahawa pesanan Lubnan tentang konflik ini sangat jelas, "Lubnan, seluruh Lubnan tidak akan berlunak dengan mana-mana serangan ganas tanah sucinya walaupun satu tangan pun". Menurutnya, kaedah ketenteraan ialah tentera, orang awam dan Moqawamah akan dimandikan dengan darah.

Hingga kini, Sayed Nasrullah bersumpah bahawa peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi diwaktu mendatang melainkan Israel mengulangi kesilapannya. "Mulai sekarang tentera Lubnan yang diserang di mana-mana bahagian Lubnan yang ada Moqawamah, pejuang Moqawamah tidak akan berdiri malas". Setiausaha Agung Hizbullah berjanji, "Kami akan memotong tangan Israel yang menyerang tentera Lubnan", katanya lagi.

"Pegawai dan tentera Lubnan adalah saudara kami yang tercinta. Bagaimana pejuang akan duduk diam sejak sekarang dalam keadaan tentera diserang? Saya berkata secara tulus, kami tidak akan berdiam diri dan akan memotong tangan Israel yang dihulurkan untuk menyerang tentera".

Setiausaha Agung Hizbullah juga mengingatkan isu tribunal siasatan khas Lubnan yang menyiasat pembunuhan perdana menteri Rafiq Hariri, beliau menolak tuduhan Israel bahawa Hizbullah terlibat dalam pembunuhan itu. Beliau berjanji akan memberi bukti yang jelas penglibatan Israel dalam kes tersebut pada sidang media bulan depan.

"Media Israel sedang bergembira menyiarkan segala jenis spekulasi ke arah itu, mereka berbicara tentang ledakan bom yang besar, perang saudara, krisis dan banyak lagi". Sayed Nasrullah mengatakan, partinya menekankan kebenaran. "Kami mahu mempertahankan perpaduan Lubnan dan menjadi rakyatnya yang sejati". Kata beliau lagi "Kami mahu mempertahankan negara kami, perpaduannya dan keamanan awam, oleh kerana kami mahukan kebenaran dan keselamatan untuk negara kami, kami telah mengadakan protes beberapa minggu lalu".

"Pada Isnin mendatang, saya akan mengadakan persidangan media di mana saya akan tampilkan bukti penglibatan Israel dalam pembunuhan Rafiq Hariri dan ia akan dibawa ke tribunal antarabangsa di Hague. Kami akan bawakan bukti penting bahawa Israel melalui ejennya, sudah cuba meyakinkan Hariri bahawa dalam tahun 1993 Hizbullah cuba membunuhnya. Kami menyalahkan Israel dalam pembunuhannya, dan beberapa orang yang akan saya dedahkan akan membuka garis penyiasatan terbaru yang akan membawa pengenalan ke atas pembunuhnya". Ujar Nasrullah.

Sayed Nasrullah mengistiharkan bahawa pada mulanya dia akan terpaksa mendedahkan salah satu rahsia penting hubungan salah satu operasi besar untuk mendekati bukti penglibatan Israel yang terlibat dalam pembunuhan Hariri. "Setelah persidangan media hendaklah inisiatif yang lebih serius diambil atas fakta yang akan didedahkan". Kata Sayed Hassan.

Sementara itu, Seiausaha agung Hizbullah berkata persidangan tiga pihak yang telah dilangsungkan di Beirut minggu lalu yang menggabungkan Presiden Lubnan Michel Sleiman, president Syria Bachar Assad dan Raja Saudi Abdullah bin Abdul-Aziz adalah perhatian untuk melindungi Lubnan. "Apa yang kami mengerti adalah terdapat usaha Arab untuk melindungi Lubnan dan kami mengalu-alukan semua usaha ini dan menyatakan kegembiraan setiap pendekatan Arab, terutama sekali antara Syria dan Arab Saudi kerana ia akan memberi kesan pertama Lubnan dan konsekuensi perselisihan Arab akan terlihat pertama kalinya di Lubnan". Komen Nasrullah tentang persidangan minggu lalu.

Sayed Nasrullah juga menekankan bahawa "Ada yang membangkitkan kebimbangan perang terhadap Lubnan boleh tercetus". Namun telah dipastikan sehingga kini tiada tanda-tanda perang di Lubnan dan beliau menafikan ada perang dalam masa terdekat. "Biarkan Israel salah maklumat dan biarkan dia percaya apa yang dia mahu, ada perkara yang akan kami dedahkan untuk mempertahankan negara dan ada perkara yang kami rahsiakan demi mempertahankan negara". Nasrullah menyatakan polisi Hizbullah tentang 'kekaburan konstruktif'yang menghalang beliau mendedahkan apa yang pejuang miliki menuruti "aerial deterrence" melainkan berlakunya perang berasingan dengan Zionis.

Tuesday, August 3, 2010

Dari menjadi seorang penari terkenal kepada seorang yang sujud dan beribadah.




Penari universal Amerika yang mempunyai mendapat banyak tempat untuk nyanyian dan tarian tidak menghalang Loon, penyanyi Amerika memeluk agama Islam.


Dari menjadi seorang penari terkenal kepada seorang yang sujud dan beribadah.

Penari universal Amerika yang mempunyai mendapat banyak tempat untuk nyanyian dan tarian tidak menghalang Loon, penyanyi Amerika memeluk agama Islam.

Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (as) - (ABNA) Penyanyi muda Amerika yang masyhur Chauncey Lamont Hawkins yang dikenali sebagai Loon telah masuk Islam kira-kira 7 bulan lalu. Beliau menamakan dirinyua sebagai Amir Muhaddis. Katanya, "Menyanyi di Amerika telah cukup membuatkan saya sangat terkenal sehingga saya termasuk dalam senarai undian Top 10 penyanyi teratas di Amerika dan semakin hari saya semakin terkenal.

Beliau mengatakan, "Namun terkenal dan kedudukan harta tidak sekali-kali sesuai untuk mengiringi kebahagiaan dan ketenangan dalaman sehingga saya menerima kesan kebudayaan Islam di kota Abu Zibbi, Emarat. Di sana saya lihat orang awam pergi ke masjid melaungkan azan dan menunaikan shalat. Saya telah menyaksikan akhlak dan perangai baik mereka. Sejak itu saya mengambil keputusan untuk meneliti bagaimana agama Islam berada di tengah-tengah masyarakat.

Amir menambah, "setelah berfikir dengan lama dan bersungguh hati, saya meninggalkan bidang nyanyian yang telah lama saya melibatkan diri iaitu sejak usia 17 tahun. Sekarang saya dapat merasakan ketenangan hati yang ajaib"

Penyanyi ini baru masuk Islam minggu lalu telah menziarahi Mekah dan Madinah.

Amir juga mempunyai hubungan komunikasi dengan Anjuman Tabligh Kanada yang menyebabkan dia semakin hari semakin bertambah kecintaannya terhadap Islam. Beliau berkata, "Saya mempunyai program dakwah untuk menarik penyanyi dan seniman masuk Islam"

Amir Muhaddis Hawkins pada 20 Jun 1975 telah dilahirkan di kawasan bangsa kulit hitam di New York. Beliau telah berjaya merakamkan beberapa album rap Amerika seperti U.S. sales, Worldwide Sales dan Singles.

Israel menyerang Lubnan


Serangan tentera regim zionis ke atas Lubnan kelmarin menyebabkan 4 orang tentera Lubnan maut.


Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Tentera regim zionis telah menyerang Lubnan sehingga 4 orang askar Lubnan maut.

Salah satu sumber keselamatan menyebut, serangan ini bermula sebaik sahaja pihak zionis beraksi menebang pokok di dalam bumi Lubnan. Tentera Lubnan terpaksa memberi tembakan amaran dan tindakan ini menyebabkan unit artileri menyerang balas.

Serangan ini menyebabkan 3 orang tentera Lubnan terbunuh dan 4 yang lain bersama seorang warga tempatan cedera. 3 tentera Israel juga dikatakan cedera dan jenteranya mengalami kerosakan.



Gambar kereta kebal Israel

Pertengkaran seorang Wahabi dengan ulama Iran




Beberapa hari lalu seorang ekstrimis Wahabi telah menghina salah seorang ulama Syiah dan menzahirkan kedegilannya terhadap kemaksuman dan kesucian Ahlul Bait (as)

Menurut pejabat Agensi Berita Ahlul Bait, pertengkaran berlaku antara seorang fanatik Wahabi dengan seorang penziarah Baitullah al-Haram dari Iran bermula dari penghinaan ke atas seorang ulama Syiah.

Cetusan ini bermula apabila salah seorang Wahabi Saudi masuk ke dalam masjid dan menghina seorang ulama Syiah. Wahabi tersebut adalah penyelia pekerja Umrah dan tanah suci dan penziarah tersebut adalah seorang mahasiswa. Beliau memulakan kata-kata dengan pertanyaan, "Adakah anda seorang pengikut Ahlul Bait?" penziarah Iran ini menjawab, "Iya". Dari ini bermula serangannya terhadap seorang ulama Syiah dan bermula sebuah pertengkaran.

Perlu disebut di sini wabawa Wahabi sentiasa memaklumkan bahawa mereka adalah pencinta AHlul Bait dan menuduh kita dituduh melakukan perkara syirik, namun hakikat Wahabi yang terpendam perlahan-lahan akan muncul

Keajaiban semesta alam + gambar tujuh masjid

Saluran Discovery dan True Vision memperkenalkan

Keajaiban semesta alam + gambar tujuh masjid




Saluran Discovery Channel dan True Vision akan menayangkan tujuh masjid lama dan ajaib dalam dunia Islam sebagai usaha memperkenalkan keagungan seni bina dan keajaiban penting ke seluruh dunia. Masjid Imam Khomeini di Isfahan adalah salah satu dari masjid tersebut.

Menurut Agensi Berita Ahlul Bait (as) - Masjid umat Islam selain dari tempat ibadah, perhimpunan, penggubalan undang-undang, pendidikan, pengajaran dan mengasuh ruhani, ia juga menzahirkan tingginya kesenian dan kejuruteraannya. Masjid yang penuh dengan syarat-syarat seni bina dan seni reka eksklusif kesan dikaitkan dari berbagai pelajaran dari al-Quran dan citarasa penduduk tempatan, penduduk di zaman berbeza yang telah memeluk agama Islam.

Antara masjid-masjid ini, tujuh masjid indah dan bersejarah diputuskan sebagai “Tujuh keajaiban dunia Islam yang memaparkan sejarah keagungan dan kecemerlangan agama Ilahi” Ia juga akan diperkenalkan juga dalam salah satu televisyen Thailand saluran ‘True Vision’ pada jam 9 pagi hari Ahad awal Ogos.

Dokumentari ini membawa penontonnya menyusuri dunia Islam dengan menunjukkan tujuh masjid indah. Ia juga memaparkan pandangan enam pemuda Islam tentang jejak sejarah dan mesej Islam. Dokumentari satu jam ini menggambarkan perasaan pemuda-pemuda itu setelah pergi ke Makkah dan bagaimana identiti Islam di Negara mereka dibandingkan dengan pelbagai masjid yang lain. Berdasarkan fokus terhadap tujuh masjid itu, ia menerangkan kehidupan enam pemuda tersebut yang tinggal berhampiran dengan masjid-masjid itu dan mengerjakan shalat di sana .

Tujuh keajaiban dunia Islam ini dihidangkan dalam dokumentari berjudul Pemegang Amanah Kegemilangan Sejarah dan Keagungan Islam dan menunjukkan seni bina Islam iaitu:

1. Masjidul Haram di Makkah al-Mukarramah, Hijaz
2. Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin
3. Masjid Hamra di Granada, Spanyol
4. Masjid Imam Khomeini, Isfahan, Iran
5. Masjid Biru di Istanbul, Turki
6. Masjid Jami' di Djenne, Mali
7. Masjid Badashahi, di Lahor, Pakistan

Pandangan sisi lain Masjidul Haram di Makkah al-Mukarramah, Hijaz

.

.Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin

Pandangan sisi lain Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin

.

Masjid Hamra di Granada, Spanyol


.Masjid Hamra di Granada, Spanyol


Masjid Imam Khomeini, Isfahan, Iran

.Pandangan sisi lain Masjid Imam Khomeini, Isfahan, Iran


Masjid Biru di Istanbul, Turki

Masjid Jami' di Djenne, Mali

.

Pandangan sisi lain Masjid Jami' di Djenne, Mali

.

Masjid Badashahi, di Lahor, Pakistan

.

Masjid Badashahi di waktu malam



Rancangan ini akan menemui penonton sehari setelah dokumentari selama 1 jam ini disiarkan di televisyen Thailand pada 2 Ogos dalam Discovery Channel. Discovery merupakan saluran TV Amerika berbahasa Inggeris yang menghasilkan dokumentari sangat berkualiti tentang sejarah, ilmu, geografi dan teknologi maklumat.