Sunday, June 20, 2010

Abdul Malik Rigi telah dihukum gantung sampai mati pagi tadi


"Abdul Malik Rigi telah digantung sampai mati pagi ini berdasarkan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Revolusi Islam di balai penghukum penjara dengan kehadiran beberapa orang sanak saudara mangsa kekejaman kumpulan terroristnya."

Khabar ini telah disampaikan kepada wartawan oleh Mahkamah Awam dan Revolusi Tehran. Abdul Malik telah didapati bersalah dengan 79 jenayah kejam yang disabitkan dengan akta 190, 191, 186, 185 dan 183 Kanun Hukuman Islam selama perbicaraan di salah sebuah mahkamah Tehran.

Kelmarin beliau sempat dipertemukan dengan keluarga korban lantas menyatakan penyesalan atas aksi ganasnya dan memohon ampun daripada keluarga mangsa. Kumpulan pengganas Jundullah ini sudah pun mengakui hubungannya dengan pagawai Nato di Afghanistan dan agensi perisikan asing CIA.


Abdul Malik dalam pertemuan
dengan keluarga mangsa
kekejamannya



Jundullah yang berpengkalan di Pakistan telah melangsungkan kegiatan pengeboman, pembunuhan, penyembelihan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 40 jiwa di selatan Iran.

Sebelum ini adiknya juga yang bernama Abdul Hamid Rigi telah dijatuhkan hukuman sama. Abdul Hamid mengakui telah membunuh isterinya Faizah Mansuri ketika tidur dan iparnya Shahab Mansuri telah disembelih oleh Abdul Malik dan video penyembelihan ini telah dikirim ke televisyen al-Arabiyyah.

Abdul Hamid ketika diziarahi mertuanya di penjara telah mengeluh bahawa beliau telah dipengaruhi pemikiran terrorist abangnya sambil bersumpah, dikeranakan pengaruh terrorist yang sangat dahsyat beliau sanggup menembak isterinya yang sedang tidur.

Sumber Berita: Ahlul Bait News Agency (ABNA)





















Gambar: Ipar Abdul Hamid yang
telah disembelih oleh Abdul Malik.
























Abdul Hamid Rigi yang telah
menjalani hukuman mati.






















Faizah Mansuri, telah dibunuh

oleh suaminya sendiri (Abdul Hamid)

Saturday, June 19, 2010

Tahrif dalam kitab Tarikh al-Khulafa Suyuhti - Menghapus catatan Bid'ah Umar

Syaikh al-Azhar menolak permohonan mufti Wahabi untuk menentang Syiah


Syaikh al-Azhar bertegas menolak permintaan mufti Wahabi yang menentang pengiktirafan al-Azhar terhadap Syiah sebagai salah satu mazhab rasmi. Beliau berkata: Pendirian tetap dan kekal universiti al-Azhar sepanjang sejarah adalah mencapai perpaduan dan Taqrib di kalangan umat Islam.

Menurut Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) pada hari ini, Ahmad al-Tayb enggan menerima pembacaan atas permohonan mufti yang tidak berharga ini serta melahirkan kebimbangannya, “Dalam 14 kurun usia Islam, Syiah dan Ahlusunnah telah menjadi dua sayap Islam dan tiada peperangan antara keduanya. Namun kekusutan dari jalan peperangan Firqah Mazhab yang tidak bijak boleh melemahkan umat Islam .


Beliau mengatakan bahawa Syiah dan Ahlusunnah mempunyai persamaan dalam Usuluddin: "Pendekatan antara Mazhab Islam adalah salah satu perhatian penting buat al-Azhar".


Syaikh al-Azhar menegaskan bahawa sepanjang sejarah riwayat Taqrib al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut Mufti terdahulu, Marji’ Syiah Taqiyuddin al-Qomi, sejak dari zaman pengasasan Darul Taqrib telah berusaha menyatukan umat Islam dan al-Azhar juga memainkan telah peranan pentingnya.

Katanya lagi Ahmad bin Sa’d bin Hamdan al-Hamdan al-Ghamidi, salah seorang pensyarah Universiti Ummul Qura di Makkah telah mengkritik keras pengiktirafan rasmi al-Azhar terhadap Mazhab Syiah dan dibolehkan berpegang dengannya seperti mazhab-mazhab yang lain selain meminta pengiktirafan ini dihapuskan.

Ahmad dalam perutusannya atas tajuk seruan kepada ulama al-Azhar yang beredar menerusi majalah elektronik Sabaq berkeras: ‘Syiah Ithna as-syariyah telah memanfaatkan al-Quran, sunnah dan 12 sumber lain untuk kepentingan
Aqidah mereka yang bertentangan dengan agama Allah.

sumber berita: Ahlul Bait News Agency (ABNA) http://www.abna.ir/data.asp?lang=1&id=192666

Thursday, June 17, 2010

Foto kekejaman Wahabi di kota Sadr

Pengeboman ini telah membunuh 120 jiwa orang awam yang tidak berdosa termasuk anak kecil dan wanita.




Bukti dari keratan akhbar kaitkan Wahabi dengan terrorist:

(Mungkin Wahabi akan mengatakan wartawan yang melaporkan berita ini terpengaruh dengan Syiah)

Kekejaman Wahabi di selatan Baghdad

Foto ini menunjukkan kekejaman Wahabi yang telah menyembelih warga Iraq bermazhab Syiah di kota Latifiyah, Muhammadiyah dan Yusufiyah. Kawasan ini telah menemukan beratus mayat orang Syiah mangsa penyembelihan!!!










Bukti dari keratan akhbar kaitkan Wahabi dengan terrorist:

(Mungkin Wahabi akan mengatakan wartawan yang melaporkan berita ini terpengaruh dengan Syiah)