Monday, March 8, 2010

Masjid Jami' Ahlusunnah di Bandar Abbas, Iran

انما یعمر مسجد الله من امن با لله و الیوم الاخر

Assalamualaikum wt...

Kali ini saya ingin berkisah tentang Masjid Ahlusunnah yang di dakwa oleh golongan Wahabi tidak wujud di Iran. Malah lebih parah lagi mereka berbohong bahawa golongan Syiah membunuh saudara kita Ahlusunnah. Innalillah Wa Inna Ilaihiraji'un!!!!!

Semoga Allah melindungi kita dari pembohongan ini. Dalam Chatbox blog Tentera Dajjal seorang netter mengatakan Masjid Sunni tiada sama sekali di Iran.Entahlah apakah dia benar-benar melihat sendiri atau berdasarkan khayalannya sahaja? Beliau turut mengatakan polisi negara Iran, jikalau ada Sunni di Iran mereka akan ditangkap dan dibunuh!!!























Namun beberapa hari kemudian datang lagi seorang netter yang lain membawa link berita seorang ulama Sunni dibunuh di depan sebuah Masjid:























Oh mengapakah mereka harus berbohong? seorang mengatakan tiada masjid Sunni di Iran manakala seorang yang lain membawa link (http://www.asharq-e.com/news.asp?section=1&id=14699) berita seorang ulama Sunni dibunuh di depan Masjid? apakah betul tiada masjid Sunni di Iran? Beberapa hari kemudian datang seorang lagi netter memaklumkan memang ada komuniti Sunni di Iran!!!

Setelah saya teliti ternyata pernyataan tersebut hanyalah keluar daripada seorang fanatik pada ajaran Wahabi.

Ini adalah foto-foto perasmian Masjid Jami' Bandar Abbas, Harmazegan miliknya Ahlusunnah Iran pada 31 Khordad 1387 Shamsiyah. Turut menghadiri acara ini ialah wakil Waliyul Faqih Ayatullah Na'im Abadi di daerah tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada jam 10 pagi.
























Majlis dirasmikan oleh Syaikh Sayed Abdul Ba'is Qattali, Imam Jamaah Ahlusunnah Bandar Abbas.
























Shalat berjamaah...




















Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi, beliau adalah Ulama Ahlusunnah Iran yang ke tiga berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti Madinah Munawwarah.



















Pandangan sisi masjid dengan menaranya yang cantik.



















Gambar di dalam masjid
























Mihrabnya


Sesuai dengan kempen Amerika memerangi Iran, golongan Wahabi pun turut bekerja secara tidak langsung di pentas sandiwara mereka. Hari ini Iran sudah berjaya menangkap ejen CIA yang bernama Abdul Malik Rigi, seorang pemimpin pergerakan militan Wahabi Jundullah. Pekerjaan mereka hanyalah membunuh dan mengebom Masjid Syiah di sekitar wilayah Balucistan. Namun Ahlusunnah Iran pun sedar dan menolak golongan Wahabi ini. Insyaallah akan saya dedahkan nanti.

Wassalam

Thursday, March 4, 2010

Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-23

Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-23 telah berlangsung dengan jayanya di Tehran pada hari selasa lalu. Para Ulama Sunni dan Syiah dari 48 buah Negara telah menghadiri persidangan ini dan membahaskan banyak perkara termasuk isu Palestin. Persidangan ini dipengerusikan oleh Hashemi Rafsanjani.

















Thursday, February 25, 2010

Takrif Maksum

Saudara yang bertanya, saya telah meneliti beberapa kitab tentang kalimah Maksum. Rasanya terpadalah saya membawakan pengertiannya secara ringkas. Asalnya perkataan ini secara Lughawi jika dirujuk dalam kitab Lisanul Arab, ia ditafsirkan sebagai tegah atau larang:

عصم - العِصْمة في كلام العرب المَنْعُ
لسان العرب ج 12 ص 403
Ismah (kemaksuman) dalam kalam Arab ialah al-Man‘u (tegah, larang). - Lisanul Al-Arab jil 12 hal 403.

Dalam Kamus Arab-Melayu Idris Al-Marbawi kalimah ‘Ishmah ditakrifkan sebagai:

تنزه عن الرتكاب الخطايا
“Jauh daripada berbuat dosa”

Jauh dari berbuat dosa ini bertepatan dengan ayat al-Quran yang membawa kalimah ini ketika menerangkan Nabi Allah Yusuf (as) menolak undangan isteri Aziz sebagai berikut:
وَ لقد راودته فاستعصم

“sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak.” Surah Yusuf ayat 32

Namun apakah kemaksuman itu semata-mata bermaksud menjauhkan diri dari dosa? dalam surah Ali 'Imran Allah berfirman:


: «وَ اعْتَصِمُواْ بحَِبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَ لَا تَفَرَّقُوا
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” - Surah Ali ‘Imran ayat 103

Dengan meneliti maksud kedua-dua ayat tadi, maka dapatlah kita fahami kalimah I’tisham itu membawa maksud menegah diri dari berbuat dosa disamping tetap menaati Allah. Syaikh Mufid mengatakan:

العصمة لطف يفعله الله بالمكلف بحيث يمتنع منه وقوع المعصية وترك الطاعة مع قدرته عليهما
النكت الاعتقادية ص 37

"Kemaksuman, anugerah Allah yang termasuk hal mukallaf, ia menegah dari berlakunya maksiat dan menegah meninggalkan ketaatan, dengan kemampuan berbuat kedua-duanya."

Maka dapatlah kita fahami bahawasanya kemaksuman adalah mencegah diri dari malakukan dosa dan teguh mentaati Allah (swt).

Di dalam kitab akidah lain menyebut bahawasanya kemaksuman itu adalah sikap jasmani seseorang, di mana sesiapa yang maksum itu bukan sahaja tidak melakukan dosa, malahan tidak pernah terlintas di fikirannya ingin melakukan dosa.

Semoga bermanfaat, wassalam

Tuesday, February 23, 2010

Hadis ikutilah mereka setelahku iaitu Abu Bakar dan Umar

Malam ini rumah saya dikunjungi tetamu bertanyakan tentang Hadis yang masyhur di kalangan Ahlusunnah: “Ikutilah mereka setelahku iaitu Abu Bakar dan Umar”. Riwayat ini sudah tentu dikira kelebihan Abu Bakar dan Umar. Mari kita teliti perawinya:

Hadis ini telah dibawakan teman saya dari kitab Sunan Tarmizi melalui jalur Abdul Malik bin Umair:

- حدثنا الحسن بن الصباح البزار حدثنا سفيان بن عيينة عن زائدة عن عبد الملك بن عمير عن ربعي عن حذيفة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : اقتدوا باللذين من بعدي أبي بكر و عمر


Hadis ini sebenarnya telah diriwayatkan dari 6 jalur, maka saya telah meneliti Abdul Malik bin Numair dalam kitab Tahzibul Kamal seperti berikut:

أحمد بن حنبل يقول : عبد الملك بن عمير مضطرب الحديث جدا مع قلة روايته .

تهذيب الكمال - المزي - ج 18 - ص 373

Ahmad bin Hanbal mengatakan Hadis-hadis Abdul Malik bin Umair sangat-sangatlah kacau bersama sedikit sekali pengriwayatannya - Kitab Rijal Tahzibul Kamal jil 18 hal 373

Maka terjawablah kisah mengapakah Sayyidah Fatimah dan para sahabat seperti Salman, Abu Zar tidak menuruti Hadis ini....

Sunday, February 14, 2010

Mengapakah kita memanggil Aisyah dengan sebutan Ummulmukminin?

Mengapa saya memanggil Aisyah dengan nama Ummul Mukminin? Sering juga saya menegur anak-anak yang mengeluarkan perkataan yang tidak pantas terhadap Aisyah binti Abu Bakar . Apakah ulama Syiah di Iran memanggil Ummul Mukminin Aisyah dikarenakan a respecful title given to her?. Mari kita sama-sama meneliti fakta-fakta ini.

Allah memperkenalkan tentang isteri Nabi (saw) kita Bunda Orang Beriman dalam ayat:

النَّبِيُّ أَوْلى‏ بِالْمُؤْمِنينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْواجُهُ أُمَّهاتُهُمْ. الأحزاب/6 .

Nabi lebih aula dari orang beriman dan isteri-isterinya termasuk ibu-ibu mereka (orang beriman)- al-Ahzab ayat 6

Jelas sekali dalil ini menyatakan penghormatan dan kelebihan isteri-isteri nabi dikenal sebagai ibunda orang beriman, namun pertanyaan yang sering muncul di sini apakah maksud dari Ummul Mukminin? dan apakah hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka?

Ternyata mereka ini diserupakan dengan ibu dalam bentuk metafora, bukannya ibu kandung yang menyebabkan muhrim. Sangat jelas tidak ada siapa-siapa boleh mengatakan para isteri nabi menjadi muhrim kepada semua orang beriman seperti hukum muhrimnya ibu dan anak atau juga mewarisi harta pusakanya.

Satu-satunya pengaruh keibuan Ummul Mukminin yang disebut dalam riwayat dan sejarah Islam ialah haram menikah dengan mereka setelah kewafatan Nabi (saw). Maqatil bin Sulaiman seorang ulama tafsir terawal Ahlusunnah menulis sebab penurunan ayat 53 surah al-Ahzab:

«وَما كانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْواجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذلِكُمْ كانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظيماً»

فقال طلحة بن عبيد الله القرشي من بني تيم بن مرة : ينهانا محمد أن ندخل على بنات عمنا ، يعني عائشة ، رضي الله عنها ، وهما من بني تيم بن مرة ، ثم قال في نفسه : والله ، لئن مات محمد وأنا حي لأتزوجن عائشة، فأنزل الله تعالى في قول طلحة بن عبيد الله «وَما كانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْواجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذلِكُمْ كانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظيماً» لأن الله جعل نساء النبي صلى الله عليه وسلم على المؤمنين في الحرمة كأمهاتهم . فمن ثم عظم الله تزويجهن على المؤمنين.

الأزدي البلخي، أبو الحسن مقاتل بن سليمان بن بشير (متوفاي150هـ) ، تفسير مقاتل بن سليمان، ج 3، ص 53 ، تحقيق : أحمد فريد ، ناشر : دار الكتب العلمية - لبنان/ بيروت ، الطبعة : الأولى ، 1424هـ - 2003م .

Talhah bin Ubaidullah Qurasyi dari Bani Tim berkata: Muhammad, kami akan pergi kepada puteri paman kami (ra) dan kedua mereka dari Bani Tim. Kemudian dia berkata pada dirinya: Demi Allah, jika wafatnya Muhammad dan aku masih hidup, akan ku nikahi Aisyah, maka turunlah ayat Allah tentang perkataan Talhah bin Ubaidillah: Kamu tidak punya hak menyakiti Rasulullah dan tidak berhak menikahi isteri-isterinya setelah wafat baginda selama-lamanya, sesungguhnya ia adalah besar (dosa) di sisi Allah.

Allah menjadikan kehormatan isteri Nabi (saw) seperti ibu kepada orang beriman. Karena itu perkahwinan dengan mereka adalah besar (dosa) di sisi Allah.

Abu Muzaffar Sam’ani menulis:

وقوله : «ما كانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ» قال أهل التفسير : لما نزلت آية الحجاب ومنع الرجال من الدخول في بيوت النبي ، قال رجل من الصحابة : ما بالنا نمنع من الدخول على بنات أعمامنا ، والله لئن حدث أمر لأتزوجن عائشة ، والأكثرون على أن القائل لهذا طلحة بن عبيد الله ، وكان من رهط أبي بكر الصديق .

السمعاني، ابوالمظفر منصور بن محمد بن عبد الجبار (متوفاي489هـ)، تفسير القرآن، ج 4، ص 301 ، تحقيق: ياسر بن إبراهيم و غنيم بن عباس بن غنيم، ناشر: دار الوطن - الرياض - السعودية، الطبعة: الأولى، 1418هـ- 1997م.

Dan firmannya: Kamu tidak punya hak menyakiti Rasulullah… telah berkata ahli tafsir: tatkala turunnya ayat al-hijab dan laki-laki terhalang memasuki rumah Rasulullah, seorang lelaki daripada sahabat Nabi telah berkata: Apa sudah terjadi kami dihalang pergi kepada puteri paman kami? Demi Allah jikalaulah terjadi (kewafatan Nabi), akan ku nikahi Aisyah.

Kebanyakan orang percaya, orang yang berkata demikian adalah Thalhah bin Ubaidullah, dari kabilah Abu Bakar as-Siddiq

* Jikalau ada typing error atau kesilapan silahkan ajukan kritikan yang membangun.