Saturday, December 7, 2013

Pemimpin militan yang membunuh ribuan Syiah Pakistan terbunuh!

Ini bukan ulama Sunni seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia dan Reuter, tetapi terrorist Wahhabi yang mengaku Sunni!


Pakistan;
Ketua Senior pengganas Wahabi maut ditembak

Pemimpin senior pengganas Sipah-e-Sahaba, Shamsur Rehman Muawiya yang banyak menumpahkan darah ribuan Syiah Pakistan mati ditembak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin senior militan yang berkait rapat dengan Sipah-e-Sahaba, Shamsur Rehman Muawiya ditembak beberapa militan yang tidak dikenali di Lahore.

Kumpulan Rehman sebelum ini telah dibentuk oleh anggota militan Sipah-e-Sahaba yang menjadi dalang siri pembunuhan beribu-ribu Syiah Pakistan. Setelah kumpulan Sipah-e-Sahaba diharamkan, Reman menukar nama kumpulannya sebagai Ahle Sunnat Wal Jamaat.

Pembunuhan tersebut terjadi ketika Rehman sedang berada berada dalam perjalanan di Utara Harbans Pura.

"Dua individu bersenjata yang menunggang motorsikal melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaan Muawiya, sehingga menyebabkan beliau dan pemandunya mengalami kecederaan parah," kata pegawai polis tempatan, Rana Abdul Jabbar.

"Kami sedang menyiasat insiden ini, tetapi pembunuhan ini seperti sudah dirancang," tambah Jabbar.

Pemandunya pula mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital.

Jurubicara kumpulannya, Qasim Farooqi mengesahkan insiden tersebut dan berkata Shamsur Rehman Muawiya sedang dalam perjalanan ke tempat mesyuarat ketika diserang.

Hingga kini belum ada kumpulan yang mengaku bertanggung jawab dalam kejadian tersebut.

Pembunuhan ini terjadi setelah tiga hari ulama Syiah yang juga pemimpin senior Majlis Wahdat Muslimin (MWM), Allamah Deedar Ali Jalbani dibunuh militan, di Karachi.

Sementara itu salah seorang pemimpin militan Ahle Sunnat Wal Jamaat dalam Twitternya berkata, pembunuhan tersebut adalah konspirasi besar yang mencetuskan situasi tegang dan demonstrasi besar di seluruh negara.

Kira-kira 150 orang sudah berkumpul di Islamabad manakala pasar berhampiran ditutup kerana penduduk tempatan bimbang rusuhan akan tercetus.

Sementara itu kira-kira 500 orang penunjuk perasaan yang sebahagiannya lengkap dengan senjata api merusuh di Anarkali dengan membakar tayar.





No comments:

Post a Comment