Ketika Dr. Ramadhan al-Buthi syahid dibom oleh pengganas, kita menyaksikan bagaimana Yusuf al-Qardhawi menafikan perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh pemberontak itu.
Ulama ini mempertikaikan kejadian pengeboman tersebut sambil berdalih bahawa keadaan masjid itu masih elok dan tidak banyak kerosakan. Malah ada penyokong FSA yang bertanya kenapa korban hanya pecah di kepala sahaja.
Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini kenapa baru sekarang mereka mempertikaikan kejadian tersebut? Kenapa baru sekarang menganalisa berita? Kami ingin mengajak pembaca yang budiman meneliti kembali kes lama yang diabaikan tanpa sebarang bantahan daripada penyokong FSA:
Kisah dongeng pengeboman kedai roti di Syria.
Kisah ini sangat terkenal pada bulan Disember 2012, iaitu kononnya pesawat MIG kepunyaan regim Bashar al-Assad mengebom pembeli roti:
Link: http://www.merdeka.com/dunia/pabrik-roti-di-suriah-digempur-300-tewas.html
Namun bom seberat lebih kurang 250 kilo itu tidaklah meledak seperti yang sepatutnya, lihat gambar yang disiarkan oleh Utusan Malaysia ini, mayat bergelimpangan, tetapi jasad korban masih utuh! sedangkan batu-bata berserakan, namun dinding bangunan bercat putih disampingnya tetap berdiri teguh!
Link: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121225/lu_01/90-maut-dibom-ketika-beli-roti
Tidaklah menghairankan kalau bom yang meledak di dalam masjid al-Iman tidak menghasilkan banyak kemusnahan kerana kekuatan letupannya agak kecil daripada bom pesawat tempur MIG. Namun apa yang kita lihat di sini jenazah dan dinding dalam gambar tersebut tidak menggambarkan ledakan bom seberat lebih kurang 250 kg. Mari kita lihat sandiwara berikutnya yang dilakukan FSA untuk menipu umat Islam:
Link: http://www.mubarizin.com/serangan-udara-membunuh-puluhan-orang-suriah/
Kelihatan seorang lelaki berlakon dengan mengutip roti setelah kejadian, namun siapakah yang menjatuhkan roti tersebut? Rupa-rupanya roti itu sengaja dijatuhkan di atas darah dalam satu klip video yang mereka lepaskan dalam internet secara tidak sengaja:
Ada suara lelaki dalam video itu mengarahkan agar roti dilumurkan dengan darah! Ini salah satu bukti bahawa terrorist FSA sanggup berbohong untuk mengemis simpati umat Islam.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dan keluarga tercinta dari fitnah akhir zaman ini.
No comments:
Post a Comment