Sunday, July 22, 2012

Dendam Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita serta Ahlul Bait baginda yang suci.

Sebelum ini kita telah membahaskan ajaran yang ingin disampaikan oleh Bani Umayyah iaitu doktrin membenci Saidina Ali. Kali ini mari kita meninjau lebih lanjut bagaimana Islam cuba diruntuhkan oleh regim monarki ini, sehinggakan golongan yang turut mencintai Ahlul Bait daripada kalangan Ahlusunnah wal Jamaah juga sedar bahawa gerakan Bani Umayyah bukan hanya berhasrat membalas dendam terhadap Ahlul Bait, namun mereka juga turut ingin melepaskan dendam kesumat terhadap para sahabat Nabi yang mengagungkan Ali dan Ahlul Bait, dan tidak pernah ikut bergabung dengan pemuja Bani Umayyah.

Disarankan kepada mereka yang ingin mengkaji lebih mendalam tentang perseteruan Bani Umayyah ini, agar merujuk kepada kitab Al-Imam Husain, karya Abdullah Al-'Alaili:


Tidak diragukan, Abdullah 'Alaili merupakan ulama Ahlusunnah yang tidak terpengaruh dengan Bani Umayyah dan bukan dari sekolah pemikiran Ahlul Bait.






Parti Bani Umawiyyah mencurangi Nabi dan dakwah baginda, dan kita sudah kenal bagaimanakah ketua Bani Umayyah, Abu Sufyan masuk Islam, dan kita telah kenal bagaimana Bani Umayyah tidak kekal di dalam mana-mana kedudukan yang muktabar di dalam latar Islam, yang mana telah muncul bersama kejayaan mencapai kekuasaan dan mencengkam Bani Hashim, yang bekerja di dalam bayangan agama sehingga membawa kepada dominasi kuasa, dan di dalam penguasan Yazid bin Abi Sufyan dan gabenor setelahnya di Syam terdapat langkah pertama memperdayakan kemampuan untuk meneguhkan tapak pendirian mereka setelah itu, dan mereka mendapat peluang baik untuk melaksanakan perbuatan bahaya, mereka berfikir bagaimana ingin membunuh khalifah soleh Umar bin Al-Khattab....

Sehingga ke halaman 54:




"Rampasan kuasa Bani Umayyah atau pemberontakan ke atas kekuasaan khalifah..."



"Ramai yang menghindari dari pemberontakan rampasan kuasa yang berkaitan dengan sanak saudara Umawiyyah..."

Iaitu ramai yang berpakat tidak mahu mendekati rampasan kuasa ini, samada daripada kalangan sahabat atau Ahlul Bait, mereka tidak mendekati rampasan kuasa ini. Selanjutnya:

"dan kita mempunyai teks-teks dan pemutus yang tidak dapat dibantah lagi dan saya memberi nasihat kepada semua orang yang menekuni catatan peristiwa ini atau jangkamasa ini, agar mendapatkan kitab dalam pelajaran mereka, berjudul: الن.اع والتخاصم فیما بین بنی امیة وبنی هاشم (Perbalahan dan perseteruan antara Bani Umayyah dan Bani Hashim)."

Sehingga ke catatan di halaman berikutnya:




"dan matlamat utama kelompok ini ialah mengumpulkan seluruh kekuatan untuk kekuasaan bani Umayyah, peralihan puncak kekuasaan walau apa pun caranya semenjak kewafatan Nabi (s.a.w)...."

Inilah yang diperolehi mereka di zaman Muawiyah, ia berupaya mendapatkan pemerintahan, mula mengangkat dirinya sebagai penguasa Islam, khalifah, raja dan sebagainya, sehinggalah terbentuknya ajaran Bani Umayyah yang mencipta hadis palsu, mengangkat kedudukan Bani Umayyah, menjatuhkan martabat Ali, sampailah kepada doktrin memerangi Ali itu adalah ijtihad meskipun bergelar Fiatul Baghi (golongan penderhaka) dan meskipun membunuh para sahabat.

Pentingnya di sini ialah kita dapat melihat perbezaan ketara antara Bani Umayyah dan Ahlusunnah, dan seharusnya kita menelaah lebih lanjut kitab:

النزاع والتخاصم فیما بین بنی امیة وبنی هاشم



Kitab: "Niza' Wa Taqashum Fima Baina Bani Umayyah Wa Bani Hashim" karya Taqiyuddin Al-Maqrizi. Iaitu kitab yang dikarang oleh ulama Ahlusunnah bukan daripada kalangan penyokong Bani Umayyah. Semoga para pembaca tidak tertipu bahawa sesungguhnya Ahlusunnah yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah itu benar-benar berbeza dengan kelompok pendukung Bani Umayyah.

Sedangkan sekolah pemikiran Ahlul Bait pula mempunyai kepercayaan "kemaksuman Imam" (Iaitu Ahlul Bait dengan makna khusus, bukan 'Urfil Am), kekhalifahan Ali serta-merta setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w), mengakui kedudukan tinggi Ali dan Ahlul Bait, mempercayai kecintaan pada mereka ini adalah tanda iman sementara membenci Ahlul Bait adalah tanda munafik.

Berbeza dengan sekolah pemikiran Ahlusunnah walaupun mereka turut mempercayai kecintaan Ali adalah tanda iman dan membencinya itu tanda munafik, mereka juga mempercayai kedudukan istimewa dan keutamaan Ali, dan mempercayai kekhalifahan Ali (salah seorang khalifah ke-empat).

Namun pemikiran Bani Umayyah pula meremehkan seluruh keutamaan Ali. Dalilnya ialah menjadikan penghinaan ke atas Ali sebagai sunnah sebagaimana dalam perbahasan sebelum ini. Meskipun zaman Bani Umayyah telah berlalu, namun kejahatan ini dilanjutkan dan diisokong pula Syeikh mereka iaitu Ibnu Taimiyyah.

Al-Manawi menulis sesuatu yang amat penting tentang kejahatan Bani Umayyah di dalam kitab Faydh Al-Qadir, di mana tulisan ini telah cuba disembunyikan dari dibaca oleh orang awam.



Dalam jilid ke 3 halaman 14, di bawah tafsir hadis: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian 2 khalifah, Kitab Allah yang merupakan tali terbentang antara langit dan bumi, dan itrahku Ahlul Bait"

Di bawah hadis tersebut Al-Manawi mengatakan:




"mereka (Ahlul Bait) adalah Ashhabul Kisa' yang Allah hilangkan kenistaan dan dikatakan juga mereka yang diharamkan zakat....

Selanjutnya beliau mengatakan:

قال القرطبي : وهذه الوصية وهذا التأكيد العظيم يقتضي وجوب احترام أهله وإبرارهم وتوقيرهم ومحبتهم وجوب الفروض المؤكدة التي لا عذر لأحد في التخلف عنها هذا مع ما علم من خصوصيتهم بالنبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم وبأنهم جزء منه

... Al-Qurtubi berkata: Wasiat ini dan penegasan besar ini diikuti dengan kewajipan memberikan penghormatan kepada ahlinya, melayan mereka dengan baik, bersopan santun dengan mereka, dan mengasihi mereka telah menjadi sebuah kewajipan tegas yang mana tidak seorang pun diizinkan bertindak sebaliknya. Ini juga adalah seperti mana yang sudah diketahui ciri-ciri keistimewaan mereka dengan Nabi (s.a.w), bahawa mereka adalah sebahagian daripada baginda...

Iaitu Al-Qurtubi menyatakan sikap Ahlusunnah terhadap Ahlul Bait, seterusnya beliau melanjutkan:

كما قال : " فاطمة بضعة مني " ومع ذلك فقابل بنو أمية عظيم هذه الحقوق بالمخالفة والعقوق فسفكوا من أهل البيت دماءهم وسبوا نساءهم وأسروا صغارهم وخربوا ديارهم وجحدوا شرفهم وفضلهم واستباحوا سبهم ولعنهم فخالفوا المصطفى صلى الله عليه و سلم في وصيته

"Sepertimana sabda Nabi: Fathimah sebahagian daripadaku, sementara itu Bani Umayyah menerima keagungan ini dengan menentangnya dan mengkhianatinya, menumpahkan darah Ahlul Bait, menghina perempuan mereka, menawan kanak-kanak mereka, memusnahkan rumah mereka, menyangkal kemuliaan dan kelebihan mereka, membolehkan penghinaan atas mereka dan melaknat mereka. Maka Bani Umayyah menderhakai wasiat Nabi Muhammad (s.a.w).

Inilah masalah asasi yang terdapat pada Bani Umayyah. Inilah yang menjadi masalah pada Ibnu Taimiyah dan ajarannya yang mengecilkan martabat Ahlul Bait, sedangkan ulama bersepakat tentang kewajipan mencintai dan berselawat kepada keluarga Nabi ini.

Nyata sekali kepalsuan golongan munafik yang mengaku cinta pada Ahlul Bait ini. Mereka ini sudah sesat jauh dari Ahlusunnah yang sejati.



Ahmad Nasim dalam satu dialog di negeri Perak pernah bertanya lebih kurang begini "Apakah tidak ada kecintaan kepada Ahlul Bait di sisi Ahlusunnah (Wahabi)... sehingga perlu kepada Syiah di dalam mencintai Ahlul Bait....?" Sudah tentu pengakuan cinta kepada Ahlul Bait daripada golongan pendukung Bani Umayyah ini tidak dapat dipercayai sama sekali.

Di dalam kitab Tarikh Al-Tabari, terdapat catatan arahan Muawiyah kepada gabenor Kufah supaya menghina Ali:








أن معاوية بن أبى سفيان لما ولى المغيرة بن شعبة الكوفة ... لا تتحم عن شتم على وذمه والترحم على عثمان والاستغفار له والعيب على أصحاب على والاقصاء لهم وترك الاستماع منهم وبإطراء شيعة عثمان رضوان الله عليه والادناء لهم والاستماع منهم

"...Tatkala Muawiyah bin Abi Sufyan melantik Mughirah bin Syu'bah menjadi gabenor Kufah... "Jangan berhenti dari menghina Ali dan mencercanya selain menunjukkan rasa belas kasihan kepada Uthman, dan memohon keampunannya, dan mengaibkan Ali, menghindari mereka dan tidak mendengar daripada mereka, menghargai Syiah Uthman ridhwanullah 'alaihim, mendekati mereka dan mendengar daripada mereka...

Inilah yang akan pembaca dapati daripada kitab Ibnu Taimiyah, apabila sampai kepada Ali maka mereka akan menghina beliau, sebaliknya mereka juga mengangkat tinggi martabat Syiah Uthman. Arahan penghinaan ke atas Ali ini juga sudah kita bahaskan dalam artikel sebelum ini.

Tercatat di dalam Mustadrak Ala Sahihain:

أن المغيرة بن شعبة سب علي بن أبي طالب فقام إليه زيد بن أرقم ، فقال : يا مغيرة ، ألم تعلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم « نهى عن سب الأموات ، فلم تسب عليا وقد مات ؟

"Sesungguhnya Mughirah bin Syu'bah menghina Ali bin Talib. Maka Zaid bin Arqam bangun dan berkata: Wahai Mughirah, tahukan engkau Rasulullah (s.a.w) melarang penghinaan ke atas mayat? Maka mengapa engkau menghina Ali sedangkan beliau sudah meninggal?"






Zahabi juga turut menukulkan hadis ini dalam kitab Talkhisnya dengan mengatakan:

هذا حديث صحيح على شرط مسلم و لم يخرجاه

"Hadis ini Sahih atas syarat Al-Bukhari dan Muslim, mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya"

Lihatlah mereka ini tidak terdaya lagi menegur penghinaan ke atas Ali selaku keluarga Rasulullah! tidak mampu menegur penghinaan ke atas Ali selaku seorang khalifah, tidak ada kekuatan menegur penghinaan ke atas orang yang dicintai Allah dan RasulNya, bahkan mereka menegur penghinaan ke atas mayat. Subjeknya di sini adalah mayat.

Hadis ini juga disepakati oleh Nasirudin Albani di dalam kitab Silsilah Ahadis Sohihah:





Iaitu "dikeluarkan oleh Al-Hakim, daripada Syu'bah..." sehinggalah "Mengapakah engkau menghina Ali sedangkan beliau sudah meninggal dunia?

Kemudian tercatat di situ: "Sahih atas syarat Muslim dan disepakati oleh Al-Zahabi", Aku (Nasirudin Albani) berkata seperti yang dikatakan (oleh Zahabi).

Berdasarkan fakta-fakta ilmiyah, golongan pemikir Bani Umayyah apabila berdepan dengan penentangan terhadap Muawiyah daripada kalangan Sunni, mereka akan menyalahkan ulama Ahlusunnah terpengaruh dengan Syiah atau sedang berpura-pura menjadi Sunni

Kesimpulannya Bani Umayah berdendam dengan Rasulullah dan melepaskan kesumat mereka terhadap Ahlul Bait dengan melakukan jenayah kejam terhadap keluarga baginda.

No comments:

Post a Comment