Sunday, July 22, 2012

Dendam Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita serta Ahlul Bait baginda yang suci.

Sebelum ini kita telah membahaskan ajaran yang ingin disampaikan oleh Bani Umayyah iaitu doktrin membenci Saidina Ali. Kali ini mari kita meninjau lebih lanjut bagaimana Islam cuba diruntuhkan oleh regim monarki ini, sehinggakan golongan yang turut mencintai Ahlul Bait daripada kalangan Ahlusunnah wal Jamaah juga sedar bahawa gerakan Bani Umayyah bukan hanya berhasrat membalas dendam terhadap Ahlul Bait, namun mereka juga turut ingin melepaskan dendam kesumat terhadap para sahabat Nabi yang mengagungkan Ali dan Ahlul Bait, dan tidak pernah ikut bergabung dengan pemuja Bani Umayyah.

Disarankan kepada mereka yang ingin mengkaji lebih mendalam tentang perseteruan Bani Umayyah ini, agar merujuk kepada kitab Al-Imam Husain, karya Abdullah Al-'Alaili:


Tidak diragukan, Abdullah 'Alaili merupakan ulama Ahlusunnah yang tidak terpengaruh dengan Bani Umayyah dan bukan dari sekolah pemikiran Ahlul Bait.






Parti Bani Umawiyyah mencurangi Nabi dan dakwah baginda, dan kita sudah kenal bagaimanakah ketua Bani Umayyah, Abu Sufyan masuk Islam, dan kita telah kenal bagaimana Bani Umayyah tidak kekal di dalam mana-mana kedudukan yang muktabar di dalam latar Islam, yang mana telah muncul bersama kejayaan mencapai kekuasaan dan mencengkam Bani Hashim, yang bekerja di dalam bayangan agama sehingga membawa kepada dominasi kuasa, dan di dalam penguasan Yazid bin Abi Sufyan dan gabenor setelahnya di Syam terdapat langkah pertama memperdayakan kemampuan untuk meneguhkan tapak pendirian mereka setelah itu, dan mereka mendapat peluang baik untuk melaksanakan perbuatan bahaya, mereka berfikir bagaimana ingin membunuh khalifah soleh Umar bin Al-Khattab....

Sehingga ke halaman 54:




"Rampasan kuasa Bani Umayyah atau pemberontakan ke atas kekuasaan khalifah..."



"Ramai yang menghindari dari pemberontakan rampasan kuasa yang berkaitan dengan sanak saudara Umawiyyah..."

Iaitu ramai yang berpakat tidak mahu mendekati rampasan kuasa ini, samada daripada kalangan sahabat atau Ahlul Bait, mereka tidak mendekati rampasan kuasa ini. Selanjutnya:

"dan kita mempunyai teks-teks dan pemutus yang tidak dapat dibantah lagi dan saya memberi nasihat kepada semua orang yang menekuni catatan peristiwa ini atau jangkamasa ini, agar mendapatkan kitab dalam pelajaran mereka, berjudul: الن.اع والتخاصم فیما بین بنی امیة وبنی هاشم (Perbalahan dan perseteruan antara Bani Umayyah dan Bani Hashim)."

Sehingga ke catatan di halaman berikutnya:




"dan matlamat utama kelompok ini ialah mengumpulkan seluruh kekuatan untuk kekuasaan bani Umayyah, peralihan puncak kekuasaan walau apa pun caranya semenjak kewafatan Nabi (s.a.w)...."

Inilah yang diperolehi mereka di zaman Muawiyah, ia berupaya mendapatkan pemerintahan, mula mengangkat dirinya sebagai penguasa Islam, khalifah, raja dan sebagainya, sehinggalah terbentuknya ajaran Bani Umayyah yang mencipta hadis palsu, mengangkat kedudukan Bani Umayyah, menjatuhkan martabat Ali, sampailah kepada doktrin memerangi Ali itu adalah ijtihad meskipun bergelar Fiatul Baghi (golongan penderhaka) dan meskipun membunuh para sahabat.

Pentingnya di sini ialah kita dapat melihat perbezaan ketara antara Bani Umayyah dan Ahlusunnah, dan seharusnya kita menelaah lebih lanjut kitab:

النزاع والتخاصم فیما بین بنی امیة وبنی هاشم



Kitab: "Niza' Wa Taqashum Fima Baina Bani Umayyah Wa Bani Hashim" karya Taqiyuddin Al-Maqrizi. Iaitu kitab yang dikarang oleh ulama Ahlusunnah bukan daripada kalangan penyokong Bani Umayyah. Semoga para pembaca tidak tertipu bahawa sesungguhnya Ahlusunnah yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah itu benar-benar berbeza dengan kelompok pendukung Bani Umayyah.

Sedangkan sekolah pemikiran Ahlul Bait pula mempunyai kepercayaan "kemaksuman Imam" (Iaitu Ahlul Bait dengan makna khusus, bukan 'Urfil Am), kekhalifahan Ali serta-merta setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w), mengakui kedudukan tinggi Ali dan Ahlul Bait, mempercayai kecintaan pada mereka ini adalah tanda iman sementara membenci Ahlul Bait adalah tanda munafik.

Berbeza dengan sekolah pemikiran Ahlusunnah walaupun mereka turut mempercayai kecintaan Ali adalah tanda iman dan membencinya itu tanda munafik, mereka juga mempercayai kedudukan istimewa dan keutamaan Ali, dan mempercayai kekhalifahan Ali (salah seorang khalifah ke-empat).

Namun pemikiran Bani Umayyah pula meremehkan seluruh keutamaan Ali. Dalilnya ialah menjadikan penghinaan ke atas Ali sebagai sunnah sebagaimana dalam perbahasan sebelum ini. Meskipun zaman Bani Umayyah telah berlalu, namun kejahatan ini dilanjutkan dan diisokong pula Syeikh mereka iaitu Ibnu Taimiyyah.

Al-Manawi menulis sesuatu yang amat penting tentang kejahatan Bani Umayyah di dalam kitab Faydh Al-Qadir, di mana tulisan ini telah cuba disembunyikan dari dibaca oleh orang awam.



Dalam jilid ke 3 halaman 14, di bawah tafsir hadis: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian 2 khalifah, Kitab Allah yang merupakan tali terbentang antara langit dan bumi, dan itrahku Ahlul Bait"

Di bawah hadis tersebut Al-Manawi mengatakan:




"mereka (Ahlul Bait) adalah Ashhabul Kisa' yang Allah hilangkan kenistaan dan dikatakan juga mereka yang diharamkan zakat....

Selanjutnya beliau mengatakan:

قال القرطبي : وهذه الوصية وهذا التأكيد العظيم يقتضي وجوب احترام أهله وإبرارهم وتوقيرهم ومحبتهم وجوب الفروض المؤكدة التي لا عذر لأحد في التخلف عنها هذا مع ما علم من خصوصيتهم بالنبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم وبأنهم جزء منه

... Al-Qurtubi berkata: Wasiat ini dan penegasan besar ini diikuti dengan kewajipan memberikan penghormatan kepada ahlinya, melayan mereka dengan baik, bersopan santun dengan mereka, dan mengasihi mereka telah menjadi sebuah kewajipan tegas yang mana tidak seorang pun diizinkan bertindak sebaliknya. Ini juga adalah seperti mana yang sudah diketahui ciri-ciri keistimewaan mereka dengan Nabi (s.a.w), bahawa mereka adalah sebahagian daripada baginda...

Iaitu Al-Qurtubi menyatakan sikap Ahlusunnah terhadap Ahlul Bait, seterusnya beliau melanjutkan:

كما قال : " فاطمة بضعة مني " ومع ذلك فقابل بنو أمية عظيم هذه الحقوق بالمخالفة والعقوق فسفكوا من أهل البيت دماءهم وسبوا نساءهم وأسروا صغارهم وخربوا ديارهم وجحدوا شرفهم وفضلهم واستباحوا سبهم ولعنهم فخالفوا المصطفى صلى الله عليه و سلم في وصيته

"Sepertimana sabda Nabi: Fathimah sebahagian daripadaku, sementara itu Bani Umayyah menerima keagungan ini dengan menentangnya dan mengkhianatinya, menumpahkan darah Ahlul Bait, menghina perempuan mereka, menawan kanak-kanak mereka, memusnahkan rumah mereka, menyangkal kemuliaan dan kelebihan mereka, membolehkan penghinaan atas mereka dan melaknat mereka. Maka Bani Umayyah menderhakai wasiat Nabi Muhammad (s.a.w).

Inilah masalah asasi yang terdapat pada Bani Umayyah. Inilah yang menjadi masalah pada Ibnu Taimiyah dan ajarannya yang mengecilkan martabat Ahlul Bait, sedangkan ulama bersepakat tentang kewajipan mencintai dan berselawat kepada keluarga Nabi ini.

Nyata sekali kepalsuan golongan munafik yang mengaku cinta pada Ahlul Bait ini. Mereka ini sudah sesat jauh dari Ahlusunnah yang sejati.



Ahmad Nasim dalam satu dialog di negeri Perak pernah bertanya lebih kurang begini "Apakah tidak ada kecintaan kepada Ahlul Bait di sisi Ahlusunnah (Wahabi)... sehingga perlu kepada Syiah di dalam mencintai Ahlul Bait....?" Sudah tentu pengakuan cinta kepada Ahlul Bait daripada golongan pendukung Bani Umayyah ini tidak dapat dipercayai sama sekali.

Di dalam kitab Tarikh Al-Tabari, terdapat catatan arahan Muawiyah kepada gabenor Kufah supaya menghina Ali:








أن معاوية بن أبى سفيان لما ولى المغيرة بن شعبة الكوفة ... لا تتحم عن شتم على وذمه والترحم على عثمان والاستغفار له والعيب على أصحاب على والاقصاء لهم وترك الاستماع منهم وبإطراء شيعة عثمان رضوان الله عليه والادناء لهم والاستماع منهم

"...Tatkala Muawiyah bin Abi Sufyan melantik Mughirah bin Syu'bah menjadi gabenor Kufah... "Jangan berhenti dari menghina Ali dan mencercanya selain menunjukkan rasa belas kasihan kepada Uthman, dan memohon keampunannya, dan mengaibkan Ali, menghindari mereka dan tidak mendengar daripada mereka, menghargai Syiah Uthman ridhwanullah 'alaihim, mendekati mereka dan mendengar daripada mereka...

Inilah yang akan pembaca dapati daripada kitab Ibnu Taimiyah, apabila sampai kepada Ali maka mereka akan menghina beliau, sebaliknya mereka juga mengangkat tinggi martabat Syiah Uthman. Arahan penghinaan ke atas Ali ini juga sudah kita bahaskan dalam artikel sebelum ini.

Tercatat di dalam Mustadrak Ala Sahihain:

أن المغيرة بن شعبة سب علي بن أبي طالب فقام إليه زيد بن أرقم ، فقال : يا مغيرة ، ألم تعلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم « نهى عن سب الأموات ، فلم تسب عليا وقد مات ؟

"Sesungguhnya Mughirah bin Syu'bah menghina Ali bin Talib. Maka Zaid bin Arqam bangun dan berkata: Wahai Mughirah, tahukan engkau Rasulullah (s.a.w) melarang penghinaan ke atas mayat? Maka mengapa engkau menghina Ali sedangkan beliau sudah meninggal?"






Zahabi juga turut menukulkan hadis ini dalam kitab Talkhisnya dengan mengatakan:

هذا حديث صحيح على شرط مسلم و لم يخرجاه

"Hadis ini Sahih atas syarat Al-Bukhari dan Muslim, mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya"

Lihatlah mereka ini tidak terdaya lagi menegur penghinaan ke atas Ali selaku keluarga Rasulullah! tidak mampu menegur penghinaan ke atas Ali selaku seorang khalifah, tidak ada kekuatan menegur penghinaan ke atas orang yang dicintai Allah dan RasulNya, bahkan mereka menegur penghinaan ke atas mayat. Subjeknya di sini adalah mayat.

Hadis ini juga disepakati oleh Nasirudin Albani di dalam kitab Silsilah Ahadis Sohihah:





Iaitu "dikeluarkan oleh Al-Hakim, daripada Syu'bah..." sehinggalah "Mengapakah engkau menghina Ali sedangkan beliau sudah meninggal dunia?

Kemudian tercatat di situ: "Sahih atas syarat Muslim dan disepakati oleh Al-Zahabi", Aku (Nasirudin Albani) berkata seperti yang dikatakan (oleh Zahabi).

Berdasarkan fakta-fakta ilmiyah, golongan pemikir Bani Umayyah apabila berdepan dengan penentangan terhadap Muawiyah daripada kalangan Sunni, mereka akan menyalahkan ulama Ahlusunnah terpengaruh dengan Syiah atau sedang berpura-pura menjadi Sunni

Kesimpulannya Bani Umayah berdendam dengan Rasulullah dan melepaskan kesumat mereka terhadap Ahlul Bait dengan melakukan jenayah kejam terhadap keluarga baginda.

Tuesday, July 17, 2012

Fitnah terhadap Syiah, akhirnya mengungkap pemalsuan kitab Sahih Al-Bukhari





Salam Alaikum, semoga ceria di pagi ini.

Ketika melayari internet tiba-tiba saya dapati seorang sahabat kita menuduh bahawa Syiah berdusta bahawa Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Sahabat Nabi melaknat sahabat iaitu:

Muawiyah Bin Abi Sofyan dan Harist Bin Hisam...


Izinkan saya menjawabnya buat tatapan pencinta kebenaran.

Permasalahan pertama yang ditimbulkan hadis dari Sahih Al-Bukhari:



Lalu di manakah hadis itu? mari kita lihat di dalam Sahih Al-Bukhari terbitan Maktabah Salafiyyah, Kaherah (sila klik pada gambar untuk resolusi yang lebih jelas):






Kemudian katanya lagi:

"Prognosis dari kedustaan diatas adalah : Ahlusunnah Wal Jama'ah tidak pernah memuat satupun riwayat yang mengatakan bahwa didalam shalat boleh melaknat sebagaimana riwayat syiah, dan Imam Buchori tidak pernah memuat riwayat tersebut, terlebih yang dilaknat adalah para sahabat Rosulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam.."

Saya dapati Sayid Murtadha Ridhawi memetik hadis tersebut dari kitab Durrul Manthur Fi Tafsir Ma'thur yang ditulis oleh Jalaludin Al-Suyuthi:


Iya, memang Jalaludin Suyuthi menulis riwayat tersebut di dalam kitabnya, sama-sama kita saksikan:





Oleh itu kesimpulannya ialah teks riwayat yang dimuatkan di dalam buku Murtadha Ridhawi itu ada di dalam kitab Ahlusunnah Wal Jamaah. Tuduhan bahawa Syiah berdusta adalah tidak benar dan muncul dari prasangka jahat golongan yang membenci Syiah.


Terungkap! Rupa-rupanya kitab Sahih Al-Bukhari sudah tidak asli lagi. Sudah dipalsukan!

Kata beliau:

"dan Imam Buchori tidak pernah memuat riwayat tersebut, terlebih yang dilaknat adalah para sahabat Rosulullah"

Apa yang saya fahami daripada maksud beliau ialah Al-Bukhari tidak pernah memuatkan riwayat yang melaknat Abu Sufyan dan Haris bin Hisyam seperti yang dinulkilkan oleh Al-Suyuthi:

وأخرج أحمد والبخاري والترمذي والنسائي وابن جرير والبيهقي في الدلائل عن ابن عمر قال « قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم أحد : اللهم العن أبا سفيان ، اللهم العن الحرث بن هشام ،

"Dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal, AL-Bukhari, Al-Tirmizi, Al-Nisa'i, Ibnu Juraij, Al-Baihaqi di dalam kitab Al-Dala'il, daripada Ibnu Umar yang berkata Rasulullah (s.a.w) berdoa pada hari Ahad:

"Ya Allah, laknatilah Abu Sufyan, Ya Allah Laknatilah Al-Haris bin Hisyam."

Rupa-rupanya hadis tersebut (yang melaknat Abu Sufyan dan Haris) memang tidak ada di dalam Sahih Al-Bukhari di zaman ini kerana sudah disingkirkan dari manuskrip aslinya. Bukti-bukti lain pemalsuan kitab al-Bukhari sepert ini memang ada. Ini menunjukkan bahwa kitab sumber agama paling utama di sisi Ahlusunnah sudah diselewengkan!. Tidak mustahil sunnah nabi yang mereka amalkan juga sudah tidak asli lagi, dan saya ada bukti mengenainya. Wallahua'lam.


Ajaran Bani Umayyah ialah membenci Ali





Perhatian: Ahmad Nasim dalam satu dialog di negeri Perak pernah bertanya lebih kurang begini "Apakah tidak ada kecintaan kepada Ahlul Bait di sisi Ahlusunnah (Wahabi)... sehingga perlu kepada Syiah di dalam mencintai Ahlul Bait....?"

Sudah tentu kata-katanya tidak boleh dipercayai sedikitpun kerana ajaran yang dibawa oleh Muawiyah ialah membenci Ali bin Abi Talib.

Sungguh berbahaya apabila kita melihat Ahlusunnah itu hanya berpegang kepada Sahabat nabi sebagai sumber agama setelah Al-Qur'an. Sebenar pada zaman dahulu, sekurang-kurangnya terdapat 3 kelompok fahaman umat Islam yang telah terbentuk iaitu:

1. Madrasah Ahlul Bait yang mengambil agama daripada sumber Al-Qur'an dan Ahlul Bait.
2. Madrasah Sahabah yang mengambil agama daripada sumber Al-Qur'an dan sahabat Nabi (s.a.w).
3. Madrasah Bani Umayyah yang mengambil sumber agama daripada ajaran Bani Umayyah.

Kajian ke atas fakta-fakta menunjukkan bahawa Islam yang difahami oleh kelompok Ahlusunnah yang cenderung dengan Bani Umayyah sangat bercanggah dan berbeza daripada Islam yang dipegang oleh kelompok Ahlusunnah iaitu madrasah Sahabah.

Perbahasan ini tidak akan terlepas dari merentasi krisis kemelut politik yang mencoreng sejarah hitam umat Islam. Tindakan awal yang diambil oleh Bani Umayyah setelah mencapai puncak kekuasaan ialah menjatuhkan martabat istimewa Ali bin Abi Talib . Inilah perang psikologi dan propaganda asasi yang dikuatkuasakan oleh regim monarki Muawiyah.

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, fasal kelebihan para sahabat, bab keutamaan Ali bin Abi Talib:

، أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِى سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ
فَقَالَ أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلاَثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَلَنْ أَسُبَّهُ
لأَنْ تَكُونَ لِى وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَىَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

“Muawiyah mengarahkan Saʻad, maka Muawiyah pun bertanya: Apa yang menghalang engkau dari menghina Aba Turab? Maka Sa'ad pun menjawab: Aku teringat 3 hal tentang kedudukan Ali yang pernah diucapkan oleh Rasulullah, maka aku tidak akan mencerca beliau selama-lamanya kerana tiga hal tersebut. Sesungguhnya salah satu dari tiga hal tersebut lebih aku sukai dari pada seekor sapi yang mahal."


Imbasan daripada Sahih Muslim, sila klik pada gambar untuk resolusi yang lebih baik

Jelas bahawa Abu Turab tersebut ialah gelaran yang Rasulullah berikan kepada Ali bin Abi Talib. Cuma di dalam teks tersebut dikatakan tidak jelas apakah arahan Muawiyah kepada Sa'ad bin Abi Waqqas.

Namun bagi mereka yang banyak menelaah kitab-kitab sudah tentu faham apa yang diarahkan oleh Muawiyah. Tidak lain dan tidak bukan bahawa arahan tersebut ialah mencaci.

Muawiyah mengerahkan jentera kerajaannya menghina Ali bin Abi Talib.

Di dalam kitab Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah, Syeikh Al-Mujassimah Ibnu Taimiyyah menjelaskan bahawa arahan Muawiyah itu ialah Menghina:

وعن سعد بن أبي وقاص قال أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا بالسب فأبى فقال ما منعك أن تسب علي بن أبي طالب
"Diriwayatkan Saad bin Abi berkata: Muawiyah bin Abu Sufyan mengarahkan Sa'ad supaya menghina. Lantas Muawiyah bertanya: Apa yang menghalangmu dari mencaci maki Ali bin Abi Talib?"

Berikut adalah imbasan halaman daripada kitab tersebut, jilid 5 halaman 40:


Begitu juga dalam jilid ke 5 halaman 42, Syeikhul Mujassimah mengatakan:

وأما حديث سعد لما أمره معاوية بالسب فأبى فقال ما منعك أن تسب علي بن أبي طالب

"Adapun hadis Muawiyah mengarahkannya (Sa'ad) supaya mencaci maki, maka Sa'ad pun enggan berbuat demikian. Maka Muawiyah pun bertanya: Apa yang menghalangmu dari mencerca Ali bin Abi Talib?"

Kemudian Ibnu Taimiyyah melanjutkannya lagi:

فهذا حديث صحيح رواه مسلم في صحيحه


"Hadis sahih ini, diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Sahihnya."

Sila klik pada imbasan berikut:

Sangat jelas di sini politik Muawiyah ketika itu ialah mencerca Ali bin Abi Talib, yang dianggap sahabat serta khalifah ke-empat oleh Ahlusunnah Wal Jamaah. Sungguh aneh apabila golongan yang mengagungkan Bani Umayyah bermati-matian membela Muawiyah dalam bab ini.

Setelah mengakui bahawa arahan Muawiyah itu adalah menghina, Ibnu Taimiyyah pun mula menolak keutamaan Ali:

وفيه ثلاث فضائل لعلي لكن ليست من خصائص الأئمة ولا من خصائص علي

"Dan didalam hadis itu ada tiga keutamaan Ali, namun ia bukanlah ciri-ciri istimewa pemimpin, dan bukanlah juga ciri-ciri istimewa Ali"

Cercaan terhadap Ali bin Abi Talib tidak terhenti pada Muawiyah sahaja, bahkan kerahan menghina sahabat dan saudara nabi ini melibatkan seluruh jentera parti dan pemerintahannya. Bahkan Ibnu Taimiyah mengakui karakteristik kerajaan Bani Umayyah ialah mencerca Ali:

وأعظم ما نقمه الناس على بني أمية شيئان أحدهما تكلمهم في علي

"Dan sebesar-besar dendam orang ramai terhadap Bani Umayyah ialah 2 perkara, salah satunya ialah perbicaraan mereka terhadap Ali." - Minhaj Al-Sunnah, jilid 8 halaman 239."

Sila rujuk pada imbasan kitab Minhaj Al-Sunnah di bawah:




Dengan ini jelaslah bahawa Bani Umayyah memang membenci dan mencerca Ali. Bagi golongan ini (termasuk Wahabi), mencerca Ali bukanlah masalah, namun masalah akan timbul sekiranya cercaan ditujukan kepada Abu Bakar, Umar dan Uthman. Sikap talam dua muka golongan Wahabi terungkap apabila sampai dalam perbahasan ini.

Ibnu Taimiyah ragu apakah Ali termasuk ke dalam 12 orang khalifah:

Ibnu Taimiyyah selaku penyokong kuat Bani Umayyah telah memasukkan Yazid bin Muawiyah Laknatullah sebagai salah seorang daripada 12 orang khalifah yang disebut dalam sahih Muslim:

وفي لفظ لا يزال الإسلام عزيزا إلى أثنى عشر خليفة كلهم من قريش
وهكذا كان فكان الخلفاء أبو بكر وعمر وعثمان وعلي ثم تولى من اجتمع الناس عليه وصار له عز ومنعة معاوية وابنه يزيد

"Dan di dalam lafaz "Islam kekal selama-lamanya sampai kepada dua belas orang khalifah yang semua mereka itu daripada kaum Quraysh", mereka itu ialah khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Kemudian orang ramai mengangkat mereka yang menyebabkan Islam gilang gemilang, iaitu Muawiyah dan anaknya Yazid..." - Sila rujuk imabasan kitab Minhaj Al-Sunnah seperti di bawah, dari jilid 8 halaman 238.




Kemudian kita buka lembaran-lembaran berikutnya dari kitab yang menjadi pegangan pengikut Bani Umayyah hingga zaman ini, pada halaman 244, Ibnu Taimiyah berkata:

والمقصود هنا أن الحديث الذي فيه ذكرالاثنى عشر خليفة سواء قدر أن عليا دخل فيه أو قدر انه لم يدخل

"Dan yang dimaksudkan di sini, sesungguhnya Hadis yang menyebut dua belas orang khalifah itu, kira-kira samada Ali termasuk di dalamnya atau sama sahaja kira-kira tidak termasuk..."


Terbukti, golongan ini ragu-ragu, bagi mereka sama sahaja andainya Ali termasuk sebagai 12 orang khalifah yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w), bahkan tidakpenting juga jikalau Ali tidak termasuk di kalangan mereka.

Jadi di manakah cinta terhadap Ahlul Bait dan menzahirkannya (Mawaddah) seperti mana yang dituntut di dalam surah Syura ayat 23? Jikalau anda belum jelas, mari kita singkap misteri yang menyelubungi benak hati golongan ini. Anda dipersilakan merujuk pada Minhaj Al-Sunnah karya Syeikhul Mujassimah Ibnu Taimiyah, jilid 5 halaman 466:

وأيضا فقد انتظمت السياسة لمعاوية ما لم تنتظم لعلي فيلزم أن تكون رعية معاوية خيرا من رعية علي ورعية معاوية شيعة عثمان وفيهم النواصب المبغضون لعلي فتكون شيعة عثمان والنواصب أفضل من شيعة علي فيلزم على كل تقدير إما أن يكون الثلاثة أفضل من علي وإما أن تكون شيعة عثمان والنواصب أفضل من شيعة علي والروافض


"Tersusunnya politik Muawiyah selama tidak tersusunnya politik Ali. Maka menjadi kelaziman bahawa orang yang berada dibawah pemerintahan Muawiyah lebih baik daripada mereka yang di bawah pemerintahan Ali. Yang dibawah pemerintahan Muawiyah ialah pengikut Uthman, di kalangan mereka itu ada Nashibi pembenci Ali. Maka Syiah Uthman dan golongan Nashibi lebih baik daripada Syiah (pengikut) Ali, maka hendaklah ditetapkan seluruh perhitungan samada ketiga-tiga lebih baik daripada Ali mahupun Syiah Uthman, dan golongan nashibi lebih baik daripada Syiah Ali dan Rafidhah (Syiah Imamiyah). Minjah Al-Sunnah, jilid 5 halaman 466.


Tidakkah Allah mewajibkan kita menyintai Ahlul Bait? Sebaliknya ajaran Ibnu Taimiyah mengagungkan dan mengutamakan golongan yang membenci Ali. Sedangkan hadis menyebut bahawa menyintai Ali adalah iman dan membencinya adalah munafik. Tidak diragukan lagi bahawa apa yang diajar oleh Ibnu Taimiyah itu adalah ajaran munafik menurut nas hadis nabawi.