Thursday, November 24, 2011

Jemaah Masjid Negara musyrik menurut Wahabi!


Mungkin ramai yang tidak tahu mengapakah ajaran Wahabi adalah gerakan terrorist. Jawapannya sangat mudah, iaitu menganggap umat Islam sebagai Kafir atau musyrik. Lantaran itu membunuh umat Islam menurut mereka adalah wajib. Inilah ajaran yang termaktub dalam kitab-kitab Ibnu Taimiyah dan kita sudah lihat banyak bukti kekejaman yang dilakukan golongan ini.

Baru-baru ini seorang wahabi cuba menyebarkan racunnya dalam Harakah atau Parti Islam Semalaysia kononnya Syiah itu kafir dan musyrik. Antara bukti yang cuba beliau ajukan ialah gambar Ahmadinejad sedang bersolat di samping makam Imam Khomeini. Beliau menuduh ini adalah perbuatan syirik dan tidak akan diampun oleh Allah. Namun beliau tidak sedar bahawa amalan solat di samping kubur juga adalah amalan Syiah yang sama dengan Ahlusunah Wal Jamaah.

Saya katakan penyebar propaganda palsu ini memahami agama Islam yang suci dengan hawa nafsunya yang serakah. Apabila ditegur dengan baik, beliau telah menghapuskan komen-komen di situ. Antaranya ialah:

1. Ahmadinejad solat mengadap ke arah kiblat, bukan ke arah kubur.
2. Golongan Muwahhid membina masjid di depan gua Ashhabul Kahfi
3. Kebanyakan masjid-masjid di Malaysia dibangunkan di samping kubur

Dengan hati yang keras Wahabi tersebut tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata yang membongkar rahsia Wahabi, iaitu yang mereka sembunyi daripada pengetahuan Ahlusunnah Wal Jamaah di seluruh dunia, beliau mengaku tidak solat di masjid yang ada kubur, walaupun masjid negara!!!!

Intisari daripada reaksinya ialah: Orang yang solat di samping kuburan hukumnya syirik. Ertinya golongan wahabi telah menuduh jemaah masjid negara sebagai musyrik!

Saudara-saudari sekalian, sila rujuk pada pautan ini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=166239670139441&set=a.165010146929060.36697.138966516200090&type=1&ref=notif&notif_t=like&theater

Masjid Negara yang bakal dibom oleh Wahabi apabila mereka rasa sudah kuat dan agresif.

No comments:

Post a Comment