Thursday, February 25, 2010

Takrif Maksum

Saudara yang bertanya, saya telah meneliti beberapa kitab tentang kalimah Maksum. Rasanya terpadalah saya membawakan pengertiannya secara ringkas. Asalnya perkataan ini secara Lughawi jika dirujuk dalam kitab Lisanul Arab, ia ditafsirkan sebagai tegah atau larang:

عصم - العِصْمة في كلام العرب المَنْعُ
لسان العرب ج 12 ص 403
Ismah (kemaksuman) dalam kalam Arab ialah al-Man‘u (tegah, larang). - Lisanul Al-Arab jil 12 hal 403.

Dalam Kamus Arab-Melayu Idris Al-Marbawi kalimah ‘Ishmah ditakrifkan sebagai:

تنزه عن الرتكاب الخطايا
“Jauh daripada berbuat dosa”

Jauh dari berbuat dosa ini bertepatan dengan ayat al-Quran yang membawa kalimah ini ketika menerangkan Nabi Allah Yusuf (as) menolak undangan isteri Aziz sebagai berikut:
وَ لقد راودته فاستعصم

“sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak.” Surah Yusuf ayat 32

Namun apakah kemaksuman itu semata-mata bermaksud menjauhkan diri dari dosa? dalam surah Ali 'Imran Allah berfirman:


: «وَ اعْتَصِمُواْ بحَِبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَ لَا تَفَرَّقُوا
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” - Surah Ali ‘Imran ayat 103

Dengan meneliti maksud kedua-dua ayat tadi, maka dapatlah kita fahami kalimah I’tisham itu membawa maksud menegah diri dari berbuat dosa disamping tetap menaati Allah. Syaikh Mufid mengatakan:

العصمة لطف يفعله الله بالمكلف بحيث يمتنع منه وقوع المعصية وترك الطاعة مع قدرته عليهما
النكت الاعتقادية ص 37

"Kemaksuman, anugerah Allah yang termasuk hal mukallaf, ia menegah dari berlakunya maksiat dan menegah meninggalkan ketaatan, dengan kemampuan berbuat kedua-duanya."

Maka dapatlah kita fahami bahawasanya kemaksuman adalah mencegah diri dari malakukan dosa dan teguh mentaati Allah (swt).

Di dalam kitab akidah lain menyebut bahawasanya kemaksuman itu adalah sikap jasmani seseorang, di mana sesiapa yang maksum itu bukan sahaja tidak melakukan dosa, malahan tidak pernah terlintas di fikirannya ingin melakukan dosa.

Semoga bermanfaat, wassalam

No comments:

Post a Comment