Thursday, August 15, 2013

Jemaah Syiah Pendang cium khatib?


Kebiadaban blog Medan Tempur Kedah dikecam hebat penduduk Pendang yang tidak berpuas hati apabila blogger tersebut menyebarkan fitnah bahawa jemaah Syiah mencium tok khatib setelah khutbah Jumaat. Semua ini berpunca dari sebuah klip video yang disangkanya sebagai rakaman aksi cium mulut ke mulut dan dia langsung menuduhnya sebagai amalan pengikut mazhab Syiah.




Tinjauan mendapati video fitnah itu menunjukkan khutbah hari raya, bukah khutbah Jumaat kerana tradisi mencium tok khatib ini selalunya dilakukan pada hari tersebut. Malah tuan punya blog tidak tahu bahawa ia adalah tradisi penduduk Kedah (di Indonesia pun ada) walaupun beliau mengaku tinggal di Kedah dan masjid terletak di sebelah rumahnya!













Video yang dimuatkan ke dalam Youtube pula telah diprivatekan, namun para pembaca masih boleh menonton di link alternatif berikut: http://www.youtube.com/watch?v=e6io5sLKmHU

Komen penduduk Pendang




Komen dalam blog tersebut:











No comments:

Post a Comment