Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Firman Allah (s.w.t):
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud ayat 113)
Berikutan penindasan terhadap rakyat Kedah yang bermazhab Syiah Imamiyah selama negeri ini diperintah oleh Azizan, dengan ini pihak kami yang mengendalikan blog Mahdawiyyat memutuskan untuk menahan diri kami dari memberikan undi kepada mana-mana pemimpin yang zalim.
Antara sebab yang jelas ialah Azizan menyebarkan fitnah dengan melancarkan buku "Mengapa Aku Meninggalkan Syiah". Pihak kami telah lama membuktikan kepalsuan buku tersebut dengan tulisan ilmiah bahawa terdapat banyak fakta yang bertentangan antara satu sama lain sehingga golongan Wahabi yang terlalu bangga dengan buku ini pun tidak mampu memberikan reaksi terhadap tulisan kami. Sehingga kini tidak kelihatan mana-mana pemimpin PAS yang meminta maaf atas keterlanjuran mereka. Lihat jawapan kami di sini:
http://mahdawiyyat.blogspot.de/2011/10/sepintas-lalu-buku-kenapa-aku.html
Selain itu kerajaan PAS Kedah didapati sanggup bekerjasama dengan gerakan Wahabi yang membawa gelombang anti Syiah. Kerajaan ini telah melangsungkan seminar anti Syiah dengan membiarkan misionaris Wahabi mencanangkan fitnah mereka sedangkan golongan ini terkenal mengagungkan ideologi terrorist Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab. Menurut kami tindakan ini boleh membawa kerosakan Ahlusunnah sendiri, sila tonton video ini:

Sukacita dimaklumkan di sini, pihak kami bukan anti dengan Parti Islam Semalaysia (PAS), cuma merasa kesal dengan sikap tidak amanah parti ini apabila tidak lagi beramal dengan Al-Quran dan Sunnah dengan membiarkan fitnah bermaharaja lela di tempat yang mereka perintah. Kami tidak minta PAS membela Syiah, tetapi melibatkan diri dalam fitnah adalah perkara yang berbahaya untuk negara dan umat.
Semoga Allah menyelamatkan umat Islam dari gelombang fitnah yang melanda tanahair kita.

No comments:
Post a Comment