Pembohongan Wahabi... seperti biasa mereka cuba mengemis simpati Ahlusunnah, namun pihak kami mendapati ada di kalangan saudara-saudara kita semakin sedar tentang kewujudan golongan munafik yang mencanangkan pendustaan tentang Syria.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Firman Allah (s.w.t):
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud ayat 113)
Berikutan penindasan terhadap rakyat Kedah yang bermazhab Syiah Imamiyah selama negeri ini diperintah oleh Azizan, dengan ini pihak kami yang mengendalikan blog Mahdawiyyat memutuskan untuk menahan diri kami dari memberikan undi kepada mana-mana pemimpin yang zalim.
Antara sebab yang jelas ialah Azizan menyebarkan fitnah dengan melancarkan buku "Mengapa Aku Meninggalkan Syiah". Pihak kami telah lama membuktikan kepalsuan buku tersebut dengan tulisan ilmiah bahawa terdapat banyak fakta yang bertentangan antara satu sama lain sehingga golongan Wahabi yang terlalu bangga dengan buku ini pun tidak mampu memberikan reaksi terhadap tulisan kami. Sehingga kini tidak kelihatan mana-mana pemimpin PAS yang meminta maaf atas keterlanjuran mereka. Lihat jawapan kami di sini:
Selain itu kerajaan PAS Kedah didapati sanggup bekerjasama dengan gerakan Wahabi yang membawa gelombang anti Syiah. Kerajaan ini telah melangsungkan seminar anti Syiah dengan membiarkan misionaris Wahabi mencanangkan fitnah mereka sedangkan golongan ini terkenal mengagungkan ideologi terrorist Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab. Menurut kami tindakan ini boleh membawa kerosakan Ahlusunnah sendiri, sila tonton video ini:
Sukacita dimaklumkan di sini, pihak kami bukan anti dengan Parti Islam Semalaysia (PAS), cuma merasa kesal dengan sikap tidak amanah parti ini apabila tidak lagi beramal dengan Al-Quran dan Sunnah dengan membiarkan fitnah bermaharaja lela di tempat yang mereka perintah. Kami tidak minta PAS membela Syiah, tetapi melibatkan diri dalam fitnah adalah perkara yang berbahaya untuk negara dan umat.
Semoga Allah menyelamatkan umat Islam dari gelombang fitnah yang melanda tanahair kita.
Pagi tadi video yang dikatakan detik-detik terbunuhnya Dr. Ramadhan Al-Bouti tersebar luas dalam internet. Namun antara keraguan yang timbul dalam video terebut ialah:
1. Muncul bayang-bayang (dipercayai bayangan orang yang mengambil video)
3. Di manakah audio tembakan dan teriakan orang di dalam masjid? padahal sebelumnya kedengan suara ceramah Syeikh al-Buthi.
4. Latar belakang tempat duduk Syeikh al-Buthi tidak sama dengan hari kejadian:
Page "تنسيقية حي التضامن في دمشق" mendakwa sejumlah 9 orang askar Iran dari pasukan Liwak Abul Fadhl telah ditangkap ketika melarikan diri dengan pakaian wanita. Rupa-rupanya gambar tersebut telah dipungut dan dikitar semula oleh Wahabi untuk mencanang fitnah!
Foto lama dari perang Iraq telah dikitar semula oleh BBC dan al-Jazeera untuk dijadikan alat propaganda untuk menipu umat. Lihatlah betapa mudahnya kaum muslimin diperbodohkan. Sementara itu ejen-ejen Zionis tetap meneruskan penyebaran laporan palsu seperti ini kerana mereka tahu umat Islam sudah tidak mengikuti arahan al-Qur'an supaya menyelidiki berita yang disampaikan oleh orang fasik, manakala penyebar fitnah juga tidak menunjukkan tanda-tanda insaf atau bertaubat walaupun sudah datang keteranyan yang nyata:
Foto ini pernah mendapat kritikan dari pihak media: