Friday, July 16, 2010

Kelantangan Imam Jamaah Ahlusunnah Zahedan tentang peristiwa Masjid Jami’ Zahedan



Menurut berita Sunni Online Maulana Abdul Hamid imam jamaah Masjid Makki, telah menyuarakan pendiriannya terhadap pengeboman masjid Syiah di Zahedan, tenggara Iran.


Terjemahan: Maulana Abdul Hamid, imam shalat Jumaat Ahlusunnah Zahedan dalam khutbahnya minggu ini di masjid Makki Zahedan dengan menyebut peristiwa serangan terroris ke atas masjid Jami' kota ini mengatakan: Nabi Islam (saw) di akhir khutbahnya di sahara Mina memberi amaran bahawa nyawa, harta dan maruah orang Islam ke atas muslimin yang lain umpama kesucian di hari eidul Qurban dan bulan Eid adalah dari bulan-bulan haram sebagaimana kesucian tanah haram. Sebagaimana 3 pengharaman syadid hari-hari di Mina sebagaimana itu juga darah, maruah dan harta kaum muslimin tetap menjadi pengharaman syadid.

وی افزود : نه فقط ریختن خون یک مسلمان ، بلکه ریختن خون انسان بیگناه ، حتی اگر کافر هم باشد در اسلام جایز نیست و حرام است . و فقط در شرایط خاصی مانند تجاوز و جنایت است که علما می توانند فتوای جهاد بدهند و صدور این فتوا نیز کار هرکسی نیست که ضرورت جهاد را تشخیص بدهد .

Beliau menambah: Bukan hanya menumpahkan darah seorang muslim, bahkan menumpahkan darah orang yang tidak berdosa walaupun orang kafir tidak dibenarkan di dalam Islam dan ianya Haram. Cuma dalam kondisi-kondisi tertentu seperti menjatuhkan hukuman dan kriminal, ulama boleh memberi fatwa berjihad dan mengeluarkan fatwa ini juga bukanlah individu sebarangan yang dapat menentukan keperluan berjihad.

مولانا عبدالحمید گفت : همه مسلمانان شیعه و سنی با هم برادرند و منتسب به دین مبین اسلام هستند و حرمت خون ، مال و آبروی آنان بسیار شدید است .

Maulana Abdul Hamid mengatakan: Semua orang Islam Syiah dan Sunni adalah bersaudara. Mereka beragama Islam dan haramnya darah, harta serta maruah mereka adalah pengharaman yang sangat keras.

امام جمعه اهل سنت زاهدان گفت : حادثه پنجشنبه شب گذشته ما را به شدت مبهوت و متاثر کرد . و با خود اندیشیدیم که کدام عقل و اندیشه و کدام فتوای شرعی اجازه داده است که مسجد و محل عبادت و نیایش و مراسم مذهبی مورد حمله انتحاری قرار بگیرد ؟ کدام عالمی می تواند به نام جهاد فتوا بدهد که در مسجد امنیت مردم سلب شود و در شهر آتش فتنه روشن شود .

Imam Jamaah Zahidan mengatakan: Peristiwa hari khamis malam lalu sangatlah mengejutkan dan memberi kesan kepada kita. Kita memikirkan akal mana? pemikiran mana? dan Fatwa syar'i mana yang memberi izin serangan ke atas masjid, tempat ibadat, tempat berdoa dan majlis keagamaan? Ilmu yang mana dapat memberi fatwa jihad dengan meragut keamanan orang di dalam masjid dan menyalakan api fitnah di tengah kota?

وی افزود : در اسلام حتی چنین حمله ای در معابد دیگر ادیان ناجایز است و چگونه می توان جواب خون مسلمانانی را که در مسجد مورد حمله قرار گرفته اند در برابر خداوند داد؟

Beliau menambah: Islam tidak membenarkan serangan walaupun ke atas rumah ibadat agama lain, bagaimanakah bisa dijawab menumpahkan darah orang Islam dalam masjid adalah kerana Allah?...

Masjid Syiah Zahedan dibom terroris Wahabi, 27 maut




Innalillah, Wa inna ilaihiraji'un

Malam kelmarin masjid Syiah telah dibom oleh militan Wahabi menyebabkan 27 orang terbunuh. Peristiwa ini berlaku di Zahedan, kawasan majoriti Ahlusunnah tenggara Iran. Menurut sumber berita Ahlul Bayit News Agency, 2 bom diletupkan oleh pengebom bunuh diri ketika jamaah masjid sedang berhimpun membaca doa kumail.




Sementara itu Maulawi Abdul Hamid Ismail Zahi, Imam Jamaah Ahlusunnah Masjid Makki Zahedan langsung mengistiharkan aksi terroris kumpulan Wahabi ini khilaf dengan Syarak dan golongan Ahlusunnah pun turut berdukacita di atas kekejaman Wahabi ini. Beliau mengatakan, "Siapakah yang mau menjawab untuk darah saudara seagama kita, Syiah yang telah ditumpahkan? Siapakah yang telah mengeluarkan fatwa bahawa aksi begini adalah jihad dan dibolehkan? Apakah dosa saudara Syiah kita sehingga mereka mesti sampai ke darjat syuhada?

Abdul Hamid menegaskan tidak ada ahli ilmu yang mengkafirkan orang sehingga tercetus peristiwa ini dan memaknai aksi ini sebagai Jihad. Katanya lagi aksi ini juga tidak ada di sisi Syara. Kriminal seperti ini di masa mendatang akan kami hukum dengan tegas.

Berita hari ini menyebut korban dalam peristiwa ini adalah 27 orang.

Berikut adalah foto-foto sekitar peristiwa ini:































Menurut Husain Ali Syahriari ahli Parlimen Zahedan, ledakan pertama berlangsung dari seorang yang memakai jilbab yang meledakkan bom di tubuhnya setelah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid. Tatkala orang ramai berkumpul, datang seorang lagi meledakkan dirinya. Berikut adalah foto Wahabi pengebom bunuh diri dalam peristiwa ini yang sudah beredar dalam internet:






Pengebom bunuh diri ini bernama Abdul Basit Rigi





Yang ini pula bernama 'Aziz Muhammad Rigi

Wednesday, July 7, 2010

Video Wahabi membunuh orang Syiah

Ini antara koleksi video kejam terrorist Wahabi (dari kumpulan al-Qaeda) membunuh Syiah di Iraq. Mangsa telah diculik dan dibawa ke satu tempat untuk ditembak di kepala seorang demi seorang dengan pistol. Ada banyak lagi video yang akan saya tampilkan di sini sebagai bukti bahayanya ajaran wahabi ini yang bukan hanya mengkafirkan orang lain, malahan mereka membunuh sesiapa pun yang tidak sependapat dengan pegangan mereka.
















Video ini pula menunjukkan kira-kira 30 orang pekerja Syiah ditembak di Iraq. Pembunuhan ini mengingatkan kita bagaimana Sunni dibunuh ketika Wahabi menyerang Hijaz. Semoga ajaran sesat ini cepat dibanteras sebelum terlambat.







Tuesday, July 6, 2010

Sayed Husain Fadhlullah meninggal dunia, Hamas mengucapkan takziah namun Wahabi mengucapkan Alhamdulillah.



Menurut laman web Palestine Info, perwakilan Hamas di Lubnan mengirim pesanan dukacita Takziah dari pergerakannya atas kewafatan Ulama Syiah Lubnan Sayed Husain Fadhlullah yang telah banyak menyumbangkan jasanya dalam pergerakan Moqawamatul Islamiyyah menentang Zionist. Namun seorang netter Wahabi dalam ChattingBox blog Tentera Dajjal mengucapkan Alhamdulillah dan mengatakan Sayed Fadhlullah adalah pengembang ajaran Yahudi!!! Kata-kata ini jelas menghina pergerakan ummat Islam Palestin dan Lubnan sekaligus mezahirkan kebencian Wahabi terhadap perjuangan ummah membebaskan bumi Palestin dari injakan tapak sepatu penjajah Zionist. Dendam Zionis dan Wahabi terhadap perpaduan Sunni- Syiah seperti tidak ada ubatnya. Luka mereka bertambah parah setelah kemenangan Hizbullah di Lubnan dalam perang 33 hari pada tahun 2006. Kini mereka berganding bahu memecahbelahkan perpaduan, mencucuh emosi orang awam dengan dakwaan kononnya Syiah membunuh Sunni dan berbagai taktik mengemis simpati yang lain supaya dapat mengekalkan kegembiraan musuh-musuh Islam. Semoga Allah memelihara pergerakan Moqawamah sampai kemenangan dan kemerdekaan Palestin menjulang tinggi kalimah Allah.

Majalah keluaran terrorist al-Qaedah


Majalah berbahasa Inggeris bernama 'Inspire' dalam format PDF ini sudah beredar dalam internet sejak hari Rabu lalu yang dipercayai diupload dari negara Yaman. Ia menampilkan tulisan tentang beberapa orang bintang popular pengganas al-Qaeda iaitu Usamah bin Laden dan Ayman al-Zawahiri. Antara artikel menarik di dalamnya ialah cara membuat bom di dapur ibu.





Thursday, July 1, 2010

Label Wahabi, pemisah, pemecah belah, tidak sejajar dengan penduduk Baluc dan Ahlu Sunnah Iran


'Abdul Hamid ketika memberi ucapan dalam majlis penghormatan para penghafal al-Quran Karim di kota Niksyahr

Penyebaran ajaran Wahabi di kalangan masyarakat Ahlusunnah Iran sudah mencetuskan suasana tidak harmoni apabila buku dan risalah wahabi dalam bahasa Parsi beredar disekitar wilayah selatan Iran ini. Lebih parah lagi cetusan Wahabifobia ini semakin meruncing apabila kumpulan terrorist Jundullah bertidak ganas membunuh penduduk Syiah di kawasan Ahlusunnah Iran. Berikut adalah petikan berita dari Sunni Online Iran:

به گزارش پایگاه اطلاع رسانی سنی آنلاین، مولانا عبدالحمید که در مراسم تجلیل از حفاظ قرآن کریم شهرستان "نیکشهر" در جنوب استان سیستان و بلوچستان سخن می‏گفت از برخی تبعیضات و نابرابری‏ها علیه ملت بلوچ و جامعه اهل‏سنت ایران که ناشی از نگاه مذهبی مسئولین است، انتقاد کرد

Terjemahan: Telah disampaikan kepada laman web siaran berita Sunni Online (pada Ahad, tanggal 30 Khordad, 1389), Maulana 'Abdul Hamid dalam majlis penghormatan para penghafal al-Quran Karim di kota Niksyahr, selatan negeri Sistan dan Balucistan (Iran). Beliau mengkritik sebagian prasangka berat sebelah, menyerang warga Baluc dan masyarakat Ahlusunnah Iran yang mencetuskan pandangan mazhab.

ایشان طی سخنان خود از اینکه گاهاً، برخی با عنوان "وهابیت" انواع اتهامات را متوجه اهل سنت ایران می‏کنند به شدت انتقاد کرد و گفت: «"وهابیت" مارکی است که به هیچ وجه به اهل سنت ایران نمی‏خورد و مطرح کردن این عنوان در ایران و چسباندن آن به اهل سنت ایران از سوی برخی افراد تنگ‏نظر و فرصت‏طلب عنوان می‏شود.»

Beliau dalam waktu memberi ucapan telah mengecam keras beberapa tohmahan yang kadangkala menuduh Ahlusunnah Iran sebagai Wahabi. Beliau menambah: Wahabi ialah satu label yang tidak berkaitan sedikitpun dengan wajah Ahlusunnah Iran. Terangnya lagi label ini datang dari beberapa individu di dalam Iran yang terdesak dan mencari kesempatan.

مولانا عبدالحمید در ادامه، مردم بلوچ و اهل سنت ایران را از صفاتی همچون؛ "تجزیه طلبی" و "تفرقه‏افکنی" مبرّا دانست و خاطر نشان کرد: «ملت بلوچ و جامعه اهل سنت، اسلام‏دوست، وحدت طلب و وطن‏خواه هستند

Maulana Abdul Hamid menambah, warga Baluc dan Ahlusunnah Iran suci dari sifat pemisah dan pemecah belah. Beliau mengatakan: Warga Baluc dan masyarakat Ahlusunnah cintakan Islam, tuntutan perpaduan dan patriotik.